Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 29 Disember 2011

Pemuda PAS Menyokong Penubuhan Gerakan Selamatkan Felda [GSF]

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Menyokong Penubuhan Gerakan Selamatkan Felda [GSF]
05 Safar 1433 bersamaan 29 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang telah yang ketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Masalah yang berkait dengan Felda bukanlah satu permasalah yang baru didengari. Terbaru adalah apabila Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di dalam satu kenyataannya bertarikh 19 Oktober 2011 menyatakan niatnya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd [FGVH] ke Bursa Malaysia [BSKL].

Tindakan ini nyata mendapat bantahan daripada sebahagian anak-anak Felda yang prihatin. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden ANAK Saudara Mazlan Aliman pada 16 Disember 2011 yang menasihatkan agar penyenaraian FGVH ini jangan disokong secara membuta tuli tetapi perlu didasari dengan pengetahuan dan bukan sentimen.

Seruan daripada ANAK disahut oleh beberapa NGO yang lain antaranya Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertindak Peneroka Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa).

Semua NGO-NGO ini bersepakat dan akhirnya menubuhkan Gerakan Selamatkan Felda [GSF] hari ini. Pemuda PAS diberitahu matlamat utama GSF ini adalah untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga dimaklumkan usaha untuk menyenaraikan FGVH ke BSKL ini bakal menjejaskan aset 112,635 peneroka. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyokong penubuhan GSF ini dan akan bersama GSF memperjuangkan hak peneroka. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga membantah penyenaraian FGVH ke BSKL sekiranya ianya akan memberikan kerugian kepada peneroka.

DPPM berpendapat penyenaraian dalam suasana ketidaktentuan pasaran pada suku pertama 2012 adalah amat berisiko dan penyerahan aset peneroka ini tidak akan menguntungkan peneroka buat jangka masa panjang. Keadaan turun-naik pasaran saham yang tidak menentu memungkinkan penyenaraian ini tidak memberi pulangan laba seperti yang diharapkan. DPPM percaya Felda mampu diperkukuh melalui pengurusan yang lebih efisien tanpa perlu campur tangan politik demi kebajikan peneroka Felda.

DPPM bersedia menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membantu perjuangan GSF ini demi menghormati amanat asal penubuhan Felda oleh Tun Razak yang nampaknya telah dikhianati oleh anak beliau sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disediakan oleh,
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Promo Program Sambutan Tahun Baru Bersama Pemuda PAS Malaysia

Ahad, 18 Disember 2011

Bersiap Menghadapi Banjir

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Saya menjangkakan bahawa di seluruh negara ketika ini sedang berhadapan dengan penurunan hujan yang sekata. Sepanjang hari ini di Kluang hujan turun dengan agak lebat dan kadang-kadang renyai-renyai.

Respon daripada rakan-rakan facebook saya juga menunjukkan hujan berlaku di mana-mana.

Ini yang mereka kata :-

Rina Al FarabiBand Shah alampun. Dah mcm kat new york. Cewaah.

Ab Initio Mehmet Fikovic sy ada di kluang tuan.bila nk ngeteh? :)

Ikhwan Muslimun otw banjir kot

Aminuddin Abdul Jalil MELAKA PUN SAMA.

Ainon Mohd. Janda Baik pun sama...

Al Faqir Abu Hamdi KUANTAN DAH 3 HARI HUJAN

Mohd Najib Zainee JB pon hujan

Azzurrie Al Ghazali Sini kejap hujan, kejap mendung. Laporan dr Taxes, Malaysia. :D

Rata-rata memberikan laporan bahawa hujan terus turun di merata tempat.

Saya tidak fikirkan sangat dengan hujan yang turun dengan lebatnya pada hari ini atau pada hari-hari terdahulu tetapi apabila hujan turun dengan lebat membawa makna bahawa kemungkinan banjir akan berlaku adalah tinggi.

Kluang adalah merupakan di antara kawasan yang tidak terkecuali daripada banjir kerana sejarah Kluang telah membuktikan bahawa Kluang pada asalnya adalah merupakan sebuah kawasan berpaya dan mudah ditenggelami air. Sebuah kampung di Kluang dikenali sebagai Kampung Paya adalah merupakan salah satu bukti bahawa Kluang adalah sebuah kawasan berpaya pada satu masa dahulu.

Sejarah Kluang dapat diteliti daripada wikipedia yang cukup menarik untuk dibaca.

Kluang pernah dikenali ramai dengan satu peristiwa banjir besar pada tahun 1969. Walaupun pada ketika itu saya masih belum lahir lagi namun ia telah mencatatkan satu sejarah besar kepada Kluang.

Selepas daripada itu banjir masih terus berlaku di Kluang namun ia melibatkan beberapa kawasan yang rendah seperti Kampung Palembang, Kampung Bentong Dalam, Kampung Cacing dan beberapa kawasan rendah yang lain.

Pada awal tahun ini sebenarnya Kluang telah dilanda banjir dan saya masih ingat lagi apabila banjir yang berlaku pada ketika pengundi di Dun Tenang terpaksa bergegas pulang ke rumah masing-masing untuk menyelamatkan harta benda kerana hujan lebat yang telah turun sejak beberapa hari mengakibatkan banjir di beberapa lokasi termasuk di tengah bandar Labis.

Ketika itu, saya telah dihubungi oleh keluarga memaklumkan rumah ibu saya dinaiki air namun apakan daya kerana rumah penginapan Pemuda PAS Johor di Labis juga di naiki air dan saya tidak mampu untuk ke mana-mana.

Dengan hujan yang masih turun dengan kadar berterusan ini, saya melihat ia akan membawa kepada air naik ke tahap yang bahaya dan akan menyebabkan banjr boleh berlaku. Sebentar tadi, sahabat saya di Kampung Palembang telah menghantar SMS memaklumkan agar saya dan rakan-rakan lain bersiap sedia untuk membantu mereka di sana kerana paras air telah naik dan jika hujan berterusan maka tidak mustahil banjir akan berlaku.

Apapun, beberapa tips untuk menghadapi banjir saya kemukakan di sini untuk panduan kita bersama:-

  1. Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
  2. Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan; Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.
  3. Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
  4. Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan
  5. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
  6. Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
  7. Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
  8. Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
  9. Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.

Mudah-mudahan Allah menjauhkan penduduk Kluang daripada banjir.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang

Isnin, 28 November 2011

Hajat Tertunai Pada Malam Anak Muda











Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Pada 25 November 2011 yang lalu, saya telah berjaya menunaikan hasrat yang sekian lama terpendam untuk membuat penampilan memetik gitar dan menyampaikan lagu di hadapan ramai dalam program bersama rakyat.

Semoga ia bukan yang pertama dan yang terakhir.

Wassalam

Rabu, 12 Oktober 2011

Haramkan Filem KLIP 3GP


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Semakin hari semakin jijik untuk melihat dan menonton filem yang dikeluarkan oleh penerbit dan syarikat perfileman di Malaysia. Hanya kerana melihat kepada faktor keuntungan daripada hasil kutipan jualan tiket dan jualan filem maka soal agama dan adat sudah tidak lagi menjadi pertimbangan utama.

Ketika ini, filem yang terlalu banyak membawa unsur tahyul dan seram disajikan kepada masyarakat yang sememangnya mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang menakutkan dan menyeramkan sehingga timbul dialog yang menghina Islam terjadi disebabkan kurangnya peka terhadap apa yang dilakonkan.

Semalam, satu posting di facebook saya yang dihantar oleh Akhi Fairuz selaku Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc) yang melahirkan rasa kekesalan di atas penerbitan sebuah filem yang tidak berfaedah ini. Beliau menyatakan bahawa :-

"Jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini. Apa yang mahu diketengahkan di dalamnya? Gejala sosial melibatkan remaja? Sebaran video lucah melalui kamera bimbit? Zina yang semakin membarah di dalam masyarakat? Berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir ada orang merakam aksi lucah anda? Atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet?"

Saya telah juga beberapa kali melihat klip video tersebut di dalam laman Youtube dan saya juga kecewa dan kesal dengan apa yang telah berlaku. Saya tidak dapat melihat apa-apa pun unsur yang positif daripada klip video ini melainkan ia bakal merangsang nafsu penonton dan sudah pasti ia akan dijadikan sumber utama menarik minat masyarakat khususnya anak muda untuk menonton filem yang durjana ini.

Sekali pandang, ia telah sama sekali menghilangkan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang tiada unsur Islam dan mengetepikan budaya Melayu walaupun saya percaya 100% pelakon utamanya adalah daripada kaum Melayu yang beragama Islam.

Persoalannya, apakah sekadar berpandukan kepada mesej terhadap filem sudah boleh dijadikan modal kepada penerbit untuk mengeluarkan satu filem yang mengandungi aksi seks yang bakal meruntuhkan jiwa dan raga masyarakat khususnya di kalangan anak-anak muda masa kini yang terdedah dengan pelbagai sumber yang mudah untuk diperolehi dihujung jari.

Filem seperti ini bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada penonton tetapi ia juga memberikan kesan kepada pelakonnya iaitu Shamimi Amalian Norhisham.

Dalam laporan Harian Metro, telah disiarkan berita berikut :-

KUALA LUMPUR: Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.

“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.

Sekali lagi, saya mempertikaikan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang seolah-olahnya serasi dengan filem seperti ini. Adakah LPF dapat memberikan kepastian bahawa filem seumpama ini dapat membina sebuah masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia?

Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 13 Oktober 2011. Masih ada masa lagi untuk rakyat membuat bantahan dan dan masih ada ruang lagi untuk filem ini ditarik balik penayangannya kepada umum.

Saya menyeru agar masyarakat Malaysia menolak filem ini!


Isnin, 26 September 2011

Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke 44





Rabu, 21 September 2011

Zizan Raja Lawak Mohon Maaf - Tahniah!



“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap”


Tahniah kepada Zizan yang telah menulis di dalam Twitternya yang memohon maaf di atas babak kontroversi yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya.
.
Sememangnya, sikap ini adalah sikap yang terpuji dan perlu menjadi contoh kepada semua tidak kira siapa pun kita.

.
Mungkin pada asalnya, dialog tersebut tidak menampakkan apa-apa kecacatan dan hanyalah sekadar untuk berhibur tetapi perlu kita ingat bahawa dialog seumpama ini akan menyebabkan Islam dipermainkan dan dipandang rendah oleh penganut agama lain.

.
Ingatlah kepada firman Allah Ta'ala di dalam Surah At-taubah, Ayat 65:

.
Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

.
Semoga ia menjadi iktibar kepada semua.

.
Wassalam

Selasa, 20 September 2011

Pemuda PAS akan Serahkan Memorandum Kepada FINAS dan JAKIM Isu Filem Hantu Bonceng



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Tiba-tiba kita dikejutkan oleh satu dialog yang filem 'Hantu Bonceng' yang telah didedahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang dikatakan telah menghina Islam.

Ada banyak komentar yang telah diberikan, ada yang menyokong dan ada yang menyanggah pandangan DPPM ini.

Justeru DPPM akan menyerahkan memorandum kepada FINAS dan JAKIM pada hari esok, 21 September 2011 untuk memberikan hujah-hujah yang menyokong kenyataan media yang telah disiarkan oleh Ketua DPPM ini.

Memorandum tersebut akan disiarkan di laman web selepas memorandum tersebut diserahkan kepada pihak yang telah dinyatakan di atas.

Wassalam.
----------------------------------------------

PAS dakwa 'Hantu Bonceng' hina Islam - malaysiakini

Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Penapis teh atau cendol?

Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik.

hantu bonceng the movieDalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.

Justeru, dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.

"Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea (teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar?

"Sehingga masih banyak adegan yang 'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan," kata graduan Universiti Al-Azhar itu.

Lebih malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.

Cadang lembaga penapisan tertinggi

Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai saluran.

"Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" soalnya lagi.

hantu bonceng the movieSehubungan itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama dalam menangani karya berkaitan Islam.

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama, seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi.

Katanya, industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan "tangkal pelaris".

Lawatan DPPM Ke Harakah

KUALA LUMPUR, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan satu sesi lawatan mahabbah ke pejabat Unit Berita, Harakah di Jalan Pahang. Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hassan, lawatan ini sebenarnya sememangnya telah lama dirancang oleh saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau berkata di dalam pertemuan tersebut,

"Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Dewan Pemuda PAS selaku sayap parti dan juga lidah rasmi PAS".

Rombongan daripada DPPM diketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Saudara Khairul Faizi, Ustaz Syed Abdul Kadir, Saudara Yusapiza, Saudara Mohd Sany, Saudara A. Halim, Saudara Wan Asrul dan Saudara Kamaruzzaman.

Manakala wakil daripada HARAKAH ialah Saudara Ahmad Lutfi, Saudara Taufiq Yahya, Saudara Rashidi, Saudara Tarmizi dan Haji Roslan.

Kesimpulan daripada pertemuan ini akhirnya mencetuskan beberapa resolusi penting untuk gerak kerja PAS terutama dalam menghadapi PRU 13 yang semakin hampir. DPPM juga mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak HARAKAH kerana sudi menerima kunjungan mahabbah daripada DPPM.

Rabu, 7 September 2011

Debat Ilmiah Pemuda PAS dan Pemuda UMNO




Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Pada 6 September, saya dan rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah hadir ke Bangunan UMNO di Menara Dato' Onn yang jaraknya lebih kurang 5 minit sahaja daripada Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut.

Saya hadir bersama sdr Yusapiza Yaakob, Penolong Setiausaha DPPM, sdr Kamaruzaman Mohamad dan sdr Suhaimie Abd Aziz (Ketua dan Timbalan ketua DPP Wilayah Persekutuan). Turut hadir juga sdr Zahriezan Jamaluddin (Exco Pemuda Selangor/KP DPP Pandan).

Alhamdulillah, kunjungan kami telah disambut dengan baik oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Selepas perbincangan diadakan selama lebih kurang 20 minit, kami telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan tujuan surat tersebut dihantar kepada Pemuda UMNO Malaysia. Surat tersebut telah saya 'post' di dalam blog saya ini.

Secara keseluruhannya, pertemuan ini dapat diadakan dengan baik dan saya mengucapkn tahniah dan terima kasih kepada Datuk Megat yang secara terbuka dapat berbincang dengan kami. Beliau telah nyatakan pada sidang media tersebut bahawa perkara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat Biro Politik PPUM dalam masa terdekat untuk memperhalusi sama ada perlu atau tidak debat ilmiah ini diadakan.

Sebagai wakil DPPM semasa menyerahkan surat tersebut, saya meletakkan satu harapan agar Debat Ilmiah ini dapat dilaksanakan dan direalisasikan kerana saya percaya debat ilmiah ini adalah satu medan untuk kita membentuk satu dimensi baru kepada catatan sejarah negara kita yang selama ini cukup kuat dipengaruhi oleh penjajah khususnya British. Mereka menulis sejarah mengikut acuan dan kehendak mereka sendiri.

Sedangkan, apa yang mereka catatkan adalah satu bentuk pembohongan terhadap apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kepentingan mereka sendiri termasuklah melabelkan penentang kepada mereka adalah pemberontak.

Perdebatan Ilmiah ini juga sangat penting kerana ia akan memberi ruang dan peluang kepada pemimpin muda yang kesemuanya lahir selepas daripada zaman kemerdekaan yang mana sudah tentu akan memberikan pandangan yang berbeza daripada mereka yang pernah melalui zaman sebelum daripada kemerdekaan negara kita.

Orang muda perlu mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin kerana ketika ini isu ini sedang hangat diperkatakan. Jika debat ilmiah ini tidak berjaya untuk diadakan maka saya percaya ia akan sukar untuk dilaksanakan pada masa akan datang kerana suasana mempengaruhi

Mat Sabu tunjuk bukti


Mat Sabu tunjuk bukti - Sinar Harian

JOHOR BAHRU - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.

Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

“Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Selasa, 6 September 2011

Surat Kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



8
Syawal 1432
6 September 2011

Kepada;

YB Saudara Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

Yang Berhormat Saudara;

JEMPUTAN RASMI BERDEBAT ISU ‘MENCARI KEBENARAN FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA’

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menjemput saudara dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk berdebat di atas tajuk ‘Mencari Kebenaran Fakta Sejarah Kemerdekaan Negara’. Jemputan ini adalah ekoran timbulnya kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong serta sejarah kemerdekaan negara.

Atas penolakan Haji Mohamad Sabu terhadap cabaran debat dengan saudara baru-baru ini, kami dengan ini mempelawa saudara untuk mengadakan debat mengenai isu ini bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kami merasakan platform yang paling layak untuk saudara adalah di atas pentas Pemuda UMNO bersama Pemuda PAS.

Kami berpendapat, isu ini perlu diperjelaskan secara ilmiah dan akademik untuk pengetahuan rakyat. Selama ini rakyat dipesongkan terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan negara yang ditulis dengan versi penjajah.

Justeru atas platform perdebatan, wajar diadakan majlis ini bagi menghuraikan segala kekusutan yang timbul. Kami juga tidak berniat mahu mencetus persengketaan antara Pemuda PAS dan Pemuda UMNO, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta.

Kami menyerahkan kepada saudara untuk meletakkan syarat, tarikh, lokasi dan masa yang bersesuaian dengan saudara untuk diadakan majlis perdebatan ini. Sebaiknya biarlah ia diadakan secara terbuka untuk ditonton agar dapat dinilai secara hikmah oleh rakyat.

Kami mengharapkan agar saudara sedia menerima pelawaan ini bagi membuktikan keikhlasan saudara untuk mencari kebenaran. Untuk sebarang makluman, saudara boleh menghubungi saya selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia ditalian 019 7701830. Kami menanti sebarang respons saudara berhubung jemputan rasmi kami ini.


Sekian terima kasih.

Disediakan oleh;


KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia
019 7701830

Rabu, 27 Julai 2011

Clone voters: PAS wants swift police action - Free Malaysia Today


Clone voters: PAS wants swift police action - Free Malaysia Today
Teoh El Sen
| July 26, 2011

PETALING JAYA: The police must investigate allegations of “clone voters” now that the Election Commission (EC) has confessed to its existence in the electoral rolls.

PAS Youth secretary Khairul Faizi Ahmad Kamil said the discovery of several new cases of “clone voters” is irrefutable proof that phantom voters existed on the EC’s voter lists.

Khairul, who lodged a report at the Dang Wangi police headquarters today, said that since the EC itself had admitted to the existence of “clones”, the police must take immediate action.

“This is serious. These cases seem to show that anyone in Malaysia can get two ICs and two different people can have a same IC number.

“Malaysia’s democracy is now under threat because voting itself is being questioned,” he said.

Khairul’s report was a follow-through to the party’s expose last week.

PAS Youth’s democratic rehabilitation and mobilisation committee chairperson Suhaizan Kaiat last week revealed that one of the main “players” in these “clone voters” cases was the National Registration Department (NRD).

“Two big offences have been made by NRD and EC. One is that the NRD has issued old ICs to two identities.

“Secondly, EC has allowed a voter the right to vote more than once,” said Suhaizan, who is also Johor PAS Youth chief.

Suhaizan had previously revealed the existence of double registration of voters on the electoral rolls.

Double deals

The first case involved one Mariam Su, who was registered with two new registered identity cards (NRIC) – 720616025472 and 720610025738.

This was despite her having only one old IC with the number A2278510.

A second case involved one S Murugan, who was registered with the same birth date, gender but was registered as a voter in both state and parliamentary constituencies.

Murugan had two NRICs that are nearly identical save for the last four digits.

Murugan, whose old IC number was A2909056, is currently registered under two NRICs, 731002025877 and 731002025201.

Today, Suhaizan also provided another two examples of “double registration” in the electoral roll.

He said two voters with different names are Low Kim Lian and Tom binti Din. Both were registered under the same old IC 1790975.

Both are voting in the same state and parliamentary constituency.

Another case is of one Baharom Abd Rahman. He has the same birth date, gender but is registered in a different voting locality.

He is registered under 550331025859/4774090 and RF65018 (believed to be identity for postal vote).

“All these are proof of mistakes, and there are many more. How could there be such problems that NRD and EC did not verify in the first place?

“There’s something wrong with their SOP (standard operating procedure),” Suhaizan said.

EC ‘U-turn’

Suhaizan noted that despite proof of overlapping data in the electoral rolls, the EC has no right to strike out the compromised list unless someone goes through a lengthy court process.

He said this was because under Section 14 of the Election (Conduct of Elections) Regulations 1981, the electoral roll serves as evidence to determine whether a person is entitled to vote.

Suhaizan also said that EC is making a mistake in saying that it is confident in its election process.

“The EC does not understand the problem: the biometric system can only be used when you have a complete and authentic electoral roll.

“At this point in time and until we have solved problems with the integrity of the electoral roll, this system is not suitable for Malaysia,” he said.

On Sunday, The Star quoted EC deputy Wan Ahmad Wan Omar as saying that the EC needs the help of political parties and individuals to purge “clones” from the electoral rolls.

He admitted that there were clones, saying that the EC had “never denied the existence of clones”.

Wan Ahmad’s statement has been termed a “U-turn” by PAS, as the EC had previously denied the existence of phantom voters.

IC klon ancam keselamatan negara


IC klon ancam keselamatan negara - Harakahdaily
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.

Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.

"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.

Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.

Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.

Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.

Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.

Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.

"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Biometrik tak atasi undi lebih sekali

Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini.

Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.

Ianya juga perlu kepada pengkala data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.

Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.

"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya.

Ahad, 24 Julai 2011

Ramadhan Semakin Hampir Dengan Kita : Sudahkah Kita Bersedia?


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Hari ini hari ketiga saya di Kuching Sarawak, bukannya bercuti atau bersantaian tetapi hadir untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah di bumi Sarawak ini. Insya Allah, jika tidak ada apa-apa halangan maka saya akan tiba di Kuala Lumpur pada lewat petang ini.

Saya mengucapkan syukur kepada Allah, Tuhan sekelian alam yang masih memberikan saya ruang dan peluang untuk terus hidup dan bernafas dan peluang ini tidak dirasai bagi mereka yang telah ditarik semula nyawa mereka malam tadi, semalam dan hari-hari yang telah berlaku.

Mungkin esok atau lusa akan hadir pula giliran kita kerana apa yang pasti kita semua akan sampai ke saat tersebut. Sebab itu, marilah kita manfaatkan hidup kita ini dengan sebaik-baiknya sebagai bekalan kita di akhirat nanti.

Saya berhasrat untuk membicarakan tentang Ramadhan sejak beberapa minggu yang lalu di dalam blog saya ini tetapi terlalu banyak kekangan yang membataskan saya. Mungkin coretan saya pada kali ini ringkas tetapi saya mahu kongsikan ia bersama dengan para pembaca semua. Jika ada manfaat maka ambillah ia tetapi jika ia sekadar perkara yang sudah biasa maka mungkin ia akan dikira sebagai 'mengulangkaji pelajaran' seperti mana yang kita amalkan semasa zaman kita bersekolah.

Tahun lalu, apabila Ramadhan semakin berakhir timbul rasa sedih terdetik di hati saya betapa bulan yang sungguh mulia ini akan pergi meninggalkan saya dalam keadaan saya dapat merasakan betapa kurangnya saya memanfaatkan kehadiran bulan ini secara khusus dalam hidup saya.

Biasanya, ada yang gembira bila Ramadhan berakhir bukan kerana budaya Melayu Islam di Malaysia, meraikan Syawal akan diadakan dengan begitu meriah sehingga seperti Syawal itu jauh lebih penting daripada mengisi ibadah di dalam bulan Ramadhan. Pesta Syawal berlangsung selama sebulan sedangkan Ramadhan dijadikan detik berpesta berbuka puasa dan membuat persiapan menghadapi hari Raya. Saya percaya, lagu-lagu raya telah ada dimainkan berulang-ulang kali di pusat membeli belah untuk menarik perhatian pembeli.
Bila bercakap tentang lagu, saya teringat kepada satu lagu nasyid yang cukup saya minati dan menambat hati saya sejak di alam kampus lagi iaitu lagu yang bertajuk Ramadhan Dua Zaman.

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman

Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
------------------

Namun, saya mengucap syukur kerana Ramadhan semakin hampir dan terlalu dekat untuk disambut. Di penghujung Ramadhan yang lalu saya berdoa agar Allah memberikan saya peluang lagi bertemu dengan Ramadhan kerana saya mahu berlumba mengejar ma’rifat.

Allahumma Ballighna Ramadhan, doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Sebab itu, para sahabat menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Katanya, doa tersebut ada yang dibacakan enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

Beberapa tips dan panduan yang boleh kita kongsikan bersama dalam hal membuat persiapan ini.

1. Menjadikan bulan Ramadhan sebagai Syahrut Tarbiyah, Da’wah

Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para da’ie dan pejuang Islam untuk melakukan dakwah dan tarbiyah. Terus melakukan gerakan reformasi (harakatul ishlah). Membuka pintu-pintu hidayah dan menebar kasih sayang bagi sesama manusia.

Sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan ini maka ia perlu diisi dengan aktiviti yng berfaedah untuk diri sendiri dan ummah.

2. Persiapan Mental

Persiapan mental untuk puasa dan ibadah terkait lainnya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, kerana tarikan keluarga yang ingin belanja mempersiapkan hari raya dan pulang kampung, sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusyukan ibadah Ramadhan. Kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat bukannya daripada permulaan RAmadhan tetapi dilihat pada penghujungnya.

3. Persiapan ruhiyah (spiritual)

Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an saum sunnah, dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:” Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

4. Persiapan fikriyah

Persiapan fikriyah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang terkait dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilan kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak menghasilkan kecuali kesia-siaan belaka.

Persiapan Fizikal dan Harta Seorang muslim tidak akan mampu atau berbuat secara optimum dalam berpuasa jika fizikalnya sakit. Oleh kerana itu mereka dituntut untuk menjaga kesihatan fizikal, kebersihan rumah, masjid dan lingkungan

5. Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul Ibadah)

Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu. Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif kepada peningkatan diri dan jemaah serta masyarakat.

6. Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrut Taubah (Bulan Taubat)

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islamik. Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.

Taubat bukan hanya terkait dengan meninggalkan kemaksiatan, tetapi juga terkait dengan pelaksanaan perintah Allah. Orang yang bertaubat masuk kelompok yang beruntung. Allah SWT. berfirman:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nuur 31).

Oleh kerana itu, di bulan bulan Ramadhan orang-orang beriman harus memperbanyak istighfar dan taubat kepada Allah SWT. Mengakui kesalahan dan meminta ma’af kepada sesama manusia yang dizhaliminya serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubah dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat maghfiroh (ampunan), rahmat dan karunia Allah SWT.

7. Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrul Muhasabah (Bulan Evaluasi)

Semua ibadah Ramadhan yang telah dilakukan tidak boleh lepas dari muhasabah atau penilaian. Kita bukan hanya perlu menyediakan Key Performance Indicator (KPI) kepada kerjaya kita sahaja tetapi juga perlu ada KPI kepada ibadah kita dalam bulan Ramadhan. Muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah kita perbuat dengan senantiasa menajamkan mata hati (bashirah).

Akhirnya, saya berpesan kepada diri saya yang lemah ini dan juga kepada para pembaca sekalian agar kita benar-benar dapat meraikan Ramadhan ini seperti mana yang dituntut oleh Islam bukannya yang dituntut oleh nafsu kita. Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberikan kita kekuatan untuk membina jati diri kita sebagai seorang muslim yang beriman dan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan.

Terus berjuang!.

Homestay My Village Barok Holiday
Kampung Boyan, Petrajaya Kuching
7.04 pagi, 24 Julai 2011

Jumaat, 22 Julai 2011

Ke mana Perginya Aku...?

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Akhir-akhir ini sudah mula terasa 'malas' untuk mengisi ruang waktu yang ada untuk menitip pandangan dan pendapat dalam blog saya ini. Bukan kerana 'malas' dalam erti kata yang malas sebenar tetapi 'malas' yang disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu didahulukan dan diberikan kepentingan terhadap perkara tersebut.

Perbagai peristiwa yang berlaku dalam tempoh dua minggu terakhir dan yang paling menggemparkan adalah berkaitan dengan himpunan pembersihan pilihanraya oleh satu kumpulan yang dipanggil BERSIH 2.0.

Berbeza dengan BERSIH yang pertama, saya telah memuatnaikkan (upload) ke dalam blog saya yang telah ditinggalkan dalam sejarah iaitu blog www.minda-kembara.com yang mana pada ketika itu tulisan saya yang bertajuk "Daripada Pasar Budaya Ke Istana Negara" telah mendapat tempat di dalam pelbagai blog dan akhibar termasuklah dalam sebuah buku yang dicetak oleh Ustaz Riduan Mohamad Noor. Kali ini, nampaknya semacam tidak berupaya untuk saya tunaikan harapan Ustaz Riduan walaupun beliau telah menghantar pesanan ke dalam ruangan mesej dalam facebook saya supaya segera menyiapkan artikel tersebut kerana sebuah buku mahu diterbitkan oleh Jundi Resources.

Ada juga yang bertanya kenapa perlu ada 2.0 di hujung BERSIH. Saya tidak ada jawapan yang tepat tetapi saya mengagak bahawa ia bagi melambangkan bahawa himpunan ini adalah himpunan yang kedua sejak ia kali pertama diadakan pada bulan November 2007. Bila diletakkan 2.0 saya lebih suka membawa pembaca semua kepada sebuah cerita aksi Die Hard 4.0 yang dilakonkan oleh pelakon hebat yang masih hidup walaupun terjun daripada bangunan ataupun pelbagai aksi yang mengerikan iaitu Bruce Willis. Filem ini tidak dimulakan dengan tajuk Die Hard 1.0, 2.0 dan 3.0 tetapi disambung dengan filem yang keempat dengan tajuk Die Hard 4.0. Barangkali, ia sekadar gimik untuk menarik penonton ke pawagam.

Sama jugalah jawapan saya kenapa BERSIH menamakan mereka sebagai BERSIH 2.0. Namun, bagi saya ia tidaklah terlalu penting daripada membicarakan tentang apa yang diperjuangkan oleh BERSIH.

Apa yang BERSIH perjuangkan?

Pertamanya, saya ingin menjelaskan bahawa BERSIH bukan pertubuhan HARAM tetapi adalah satu kempen yang digerakkan oleh 62 NGO yang mahukan satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Tidak sama dengan apa yang dilontarkan dan dipalitkan oleh pemerintah dan UMNO/BN bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram.

Keduanya, perjuangan BERSIH adalah seperti berikut :

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

2. Mereformasikan undi pos

3. Gunakan dakwat kekal

4. Masa kempen minima 21 hari

5. Akses media yang bebas dan adil

6. Kukuhkan institusi awam

7. Hentikan rasuah

8. Hentikan politik kotor

Secara panjang lebar saya tidak 'larat' hendak menaipnya di dalam blog ini pembaca boleh terus ke laman web rasmi BERSIH yang sangat mudah untuk diakses di dalam internet melainkan sekiranya talian internet pembaca telah dipotong. Itu, sendiri mahu ingatlah.

Insya Allah, saya akan berusaha dengan sepenuh semangat padu bagi menyiapkan rencana khas ini walaupun mungkin tidak sempat untuk saya tunaikan permintaan Ustaz Riduan kerana sehingga hari Ahad ini saya akan 'berkampung' di Kuching Sarawak.

Pada kesempatan ini juga saya ingin melahirkan rasa simpati saya kepada semua kaum keluarga yang telah kehilangan seorang pejuang yang gigih dan berhati waja.

Terus berjuang!

Khamis, 14 Julai 2011

Harakahdaily - Pemuda PAS Serah Memo kepada SUHAKAM

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini telah menyerahkan memorandum khas kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung tindakan penggunaan kekerasan tidak munasabah pihak polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Memorandum tersebut diserahkan sekitar jam 3.30 petang tadi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan dan diterima oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee bersama Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah di ibu pejabat Suhakam, di sini.

Selain mendedahkan kekerasan polis, Nasruddin yang ditemani 8 orang pegawai Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam memorandum itu turut mendedahkan tindakan penafian akses peguam oleh pihak polis terhadap para tahanan himpunan itu.

Dalam memorandum yang dibacakan oleh Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia sehubungan itu meminta Suhakam menubuhkan satu Panel Penyiasat seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 12(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1991.

Penubuhan panel itu bertujuan untuk menyiasat penggunaan kekerasan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), layanan buruk terhadap tahanan dan penafian akses kepada peguam semasa dalam tahanan.

Menurut Ahmad Zamri, selain itu, Suhakam diminta mengisytiharkan bahawa tindakan PDRM itu adalah menyalahi peruntukan undang-undang negara dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Suhakam diminta mengarahkan PDRM memohon maaf kepada semua tahanan yang telah dikasari.

"Suhakam diminta mengarahkan PDRM menghormati hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Suhakam diminta menasihati dan mengesyorkan kerajaan menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat penyelahgunaan kuasa serta kekerasan oleh PDRM," katanya.

Sebelum itu, ketika mendedahkan tindakan kekerasan PDRM, beliau berkata, pada 9 Julai lalu, suatu Himpunan Aman Bersih 2.0 telah dijadual berlangsung pada jam 2.00 petang di Kuala Lumpur.

Suhakam menerusi kenyataan media Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam pada 7 Julai juga mengalu-alukan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 itu.

Dalam kenyataan itu, Suhakam turut menyeru pihak berkuasa untuk menghormati kebebasan berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan seta Perkara 19 dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) berkaitan kebebasan berhimpun serta menyuarakan pandangan.

Katanya, walaupun begitu, pihak berkuasa iaitu Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk PDRM telah mengharamkan perhimpunan tersebut tanpa sebarang alasan yang munasabah dan wajar.

Malah, ujarnya, tindakan Kerajaan melalui KDN dan PDRM itu mengingkari titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar pihak-pihak berkenaan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan dengan aman.

"Beberapa siri tangkapan awal sebelum perhimpunan berlangsung telah dilakukan. Rakyat Malaysia yang dijamin kebebasan bergerak juga telah dinafikan hak mereka, malah ada juga yang telah ditangkap dan ditahan di lokap-lokap polis sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Para peserta Perhimpunan Aman Bersih 2.0 juga, jelasnya, telah dikasari anggota-anggota PDRM di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

"Para peserta Perhimpunan Aman Bersih 2.0 juga telah dilayan dengan tidak berperikemanusiaan semasa mereka ditangkap," katanya.

Mereka juga, menurutnya, telah disumbat berhimpit-himpit di dalam trak-trak PDRM sebelum dihantar ke lokasi tahanan.

"Para peguam yang mewakili anak-anak guam telah hadir di beberapa lokasi tahanan tetapi dihalang untuk mengakses anak-anak guam sehingga para tahanan dibebaskan secara berperingkat," katanya.

Tindakan KDN dan PDRM itu, tegas beliau, ternyata bersalahan dengan peruntukan undang-undang, khususnya Perlembagaan persekutuan, Perkara 5 (3) Kebebasan Diri.

"Selain itu, ia turut bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan dan Seksyen 28(A) Kanun Acara Jenayah," tegas beliau.

Rabu, 6 Julai 2011

BERSIH 2.0 - Kita Ke Stadium Merdeka!



BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
Abdul Rahim Sabari
Jul 6, 11
12:10pm

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Isnin, 27 Jun 2011

Retreat Dewan Pemuda PAS Malaysia




Mempengerusikan majlis penyampaian taujihad oleh Presiden PAS

Wajah baru Pemuda PAS Malaysia ketika diskusi dalam kumpulan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ust Nasrudin Hasan sedang memberikan penggulungan.

Presiden PAS sedang menjawab soalan wartawan

Watikah perlantikan kepimpinan Pemuda PAS Malaysia yang baru

Timbalan Ketua DPPM sedang memulakan bicara bagi memcahkan minda sebelum perbicangan dimulakan.


Imej Pemuda PAS Malaysia 2011 - 2013

Isnin, 20 Jun 2011

Ulasan Isu - Buku Hijau PAS



ulasan isu pada kali ini membabitkan tindakan PAS untuk menerbitkan Buku Hijau sebagai memperjelaskan tentang Tema Ucapan Dasar Presiden PAS yang telah dibentangkan di dalam Muktamar PAS baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan

Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai


Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".

“Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.

“Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?” soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat.

Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0.

Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis.

“Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?” tanya beliau.

Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.

Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

“Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa.

“Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Buku Hijau perinci konsep negara berkebajikan


Buku Hijau perinci konsep negara berkebajikan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk ‘Buku Hijau’ secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13.

“Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat,” kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan,” tambah beliau.

Semenjak PAS membentangkan penubuhan sebuah negara berkebajikan di Muktamar ke 57, pimpinan Umno and medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya minggu lalu.

Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara berkebajikan kerana manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan tetapi ia tetap diserang hebat oleh Umno.

Sebagai reaksi balas, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

Bersih 2.0: Hasrat 80 NGO sangat murni Aiman Athirah al-Jundi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO’s yang t


Bersih 2.0: Hasrat 80 NGO sangat murni
Aiman Athirah al-Jundi

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO’s yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai Walk For Democracy atau ”Berjalan Untuk Demokrasi” pada 9 Julai 2011 akan datang.

DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011.

DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.

Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara ini. Kelemahan-kelemahan ini dapat kita lihat dan fahami melalui 8 Tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0.

Seandainya kelemahan tadi berterusan dan tiada usaha bersunguh untuk memperbaikinya daripada semua pihak khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri, maka negara akan terdedah dengan satu situasi di mana keputusan-keputusan pilihan raya itu tidak atau kurang kredibil yang seterusnya akan mewujudkan ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan para warga terhadap sistem dan perjalanan pilihan raya itu sendiri. Fenomena ini nantinya boleh mengakibat satu ledakan cemas dan kebangkitan rakyat. Dan andai ianya tidak terpimpin secara bertanggungjawab maka ia akan memberi implikasi buruk kepada kita semua.

Justeru, DMPP percaya bahawa tindakan Jawatankuasa BERSIH 2.0 ini dilihat bertujuan mengimbangi kemarahan serta kebangkitan rakyat dan melorongkan ”kemarahan dan ketidakpuasan hati ini” kepada satu tindakan yang lebih terarah, bertanggungjawab, terpimpin hatta mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan khususnya yang terkandung dalam Perkara 10 berkaitan Kebebasan Bercakap, Berhimpun Dan Menubuhkan Persatuan: secara aman dan tanpa senjata.

Oleh yang demikian, DMPP menyeru pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya agar mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. Tindakan berterusan mengeluarkan ”ancaman tangkap” kepada rakyat adalah suatu yang sangat tidak wajar, tidak menghormati rakyat, membelakangi semangat keluhuran Perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang itu sendiri. ”Ancaman Tangkap” itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat. Kalau sikap dan budaya ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika polis menjadi satu Institusi Awam yang tidak akan lagi dihormati hatta dipandang rendah.

Sudah sampai masanya PDRM berhenti daripada menjadi ”Budak Suruhan Pihak Atasan”. Sudah sampai masanya PDRM mengambil pendekatan ”memahami dan menyantuni” kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

DMPP menyedari betapa BERSIH 2.0 sendiri telah menegaskan bahawa mereka dalam hasrat membimbing rakyat mempraktiskan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. BERSIH 2.0 juga bersedia dan sanggup bekerjasama di pihak Polis bagi memastikan program pada 9 Julai nanti akan berlangsung dalam keadaan yang aman, tertib dan terkawal. Justeru, DMPP mendesak Ketua Polis Negara agar segera membuka ruang perbincangan di antara kedua belah pihak demi kepentingan negara.

DMPP juga sangat memandang serius akan kenyataan berbau ”ancaman dan ugutan” yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali bersama Perkasa yang menegaskan ”mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan”.

DMPP menyifatkan kenyataan ini adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan awam khususnya pada hari tersebut. Apatah lagi Ibrahim Ali secara emosional melulu menegaskan bahawa “apa sahaja boleh berlaku pada 9 Julai itu nanti”. DMPP menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat anti establishment. Amat malang ianya dituturkan oleh seorang Ahli Parlimen tidak berparti (yakni Bebas) atau dalam konteks Malaysia kita fahami mereka ini sebagai Ahli Parlimen “Lompat” (Katak)!

Lebih malang bilamana kenyataan “ancaman dan ugutan” seperti ini tidak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa dan hanya menampakkan PDRM bertindak tidak professional serta double standard.

DMPP tidak berhasrat untuk menghalang sesiapapun untuk turut Turun pada 9 Julai nanti, atau berhimpun bila-bila masa dan di mana sahaja; tetapi yang penting perhimpunan itu mestilah diadakan secara aman, tanpa senjata, dengan objektif yang jelas dan bukan berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan atau sebarang tindakan vandalism atau anti sosial.

DMPP sangat berdukacita terhadap segala kenyataan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan oleh beberapa Menteri terhadap BERSIH 2.0. Ini termasuklah tuduhan Rais Yatim yang mengaitkan ”Serangan Siber” ke atas beberapa laman web kerajaan baru-baru ini sebagai berkait dengan BERSIH 2.0. Manakala Muhyidin Yassin membuat tuduhan bahawa Walk For Democracy itu adalah bertujuan untuk menumbangkan BN. DMPP melihat kenyataan-kenyataan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan bahawa UMNO BN sekarang berada pada tahap ”ketakutan yang melampau” sehingga ”bayangan sendiri difikirkan hantu!”.

DMPP mengajak seluruh rakyat dan semua pihak memahami bahawa apa yang akan berlaku pada 9 Julai 2011 itu nanti ialah satu program bersifat merakyat ; Walk For Democracy . Dan ianya secara khusus berkaitan dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0 untuk kita semua upaya menikmati satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Ianya bukan berkaitan persoalan politik kepartian yang sempit. Ianya bukan berkaitan persoalan individu orang tertentu. Ianya konsistant berkaitan Tuntutan Rakyat untuk SPR dan pihak berwajib bertindak segera Mereformasi Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya yang ada dalam negara ini agar lebih seimbang kepada semua pihak yang mengambil bahagian.

Akhirnya, DMPP menyeru seluruh rakyat jelata khususnya para wanita yang mahukan 8 Tuntutan BERSIH ini didengar dan tercapai agar hadir beramai-ramai dan bersama-sama kita BERJALAN UNTUK DEMOKRASI secara aman dan tertib. DMPP juga sedang dalam proses menggerakkan seluruh kekuatan organisasi dan jentera Dewan Muslimat PAS di seluruh negara untuk bersama menggerakkan rakyat HADHIR PADA TEMUJANJI KITA, 9 JULAI DI KUALA LUMPUR. DMPP yakin dan percaya, insyaAllah Kita akan lalui dan hadapi 9 Julai ini dengan penuh kewarasan, kejelasan tujuan dan penuh bertanggungjawab. Sungguhlah benar jihad yang paling besar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Ketua Penerangan

Dewan Muslimat PAS Pusat

20 Jun 2011, Kuala Lumpur .

Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan



Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan
- Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri

Jun 19, 11
11:58pm

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan.

Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan.

Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.

"Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya.

"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.

Oleh itu, katanya, perhimpunan 9 Julai di tiga lokasi akan diteruskan.

Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur di ibunegara malam ini.

Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan lebih 57 NGO gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.

Penyokong PERKASA juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut.

Dalam risalah yang diedarkan kepada hadirin yang hadir dalam perhimpunan petang tadi, mereka mengingatkan bahawa Ambiga merupakan "Wanita Hindu Yang Merbahaya" susulan tindakannya yang didakwa boleh menggugat Melayu dan Islam.

Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga.

Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.

Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007.

Beliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk BN supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN.

Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.

"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan BERSIH," katanya disambut dengan laungan takbir.

Manakala wakil daripada parti politik yang lain termasuk NGO gabungan turut berucap dan menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Selepas perasmian tersebut, lebih 700 hadirin dihiburkan dengan paluan gendang rancak yang mengasyikan bagi menaikkan semangat penyokong perhimpunan itu.