Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 28 April 2011

Jom UBAH - Tentatif


[ 19 hb Mei 2011 - Khamis ]

05.00 pm - Pelancaran JOM UBAH di Kuantan

05.40 pm - Jelajah Orang Muda bergerak ke Check Point 1 - Rusila

09.00 pm - Solat, Makan malam dan Himpunan JOM UBAH 1

12.00 am - isterehat


[ 20 hb Mei 2011 - Jumaat ]

05.30 am - Solat subuh berjamaah, sarapan dan bergerak ke Check Point 2 [ Pulau Melaka ]

[ singgah di Markaz PAS Bandar Jerteh : edar risalah ]
[ singgah di Markaz PAS Pasir Putih : ramah mesra DPP Pasir Putih ]

01.10 pm - Solat Jumaat - jama' taqdim - Makan tengahari dan Amanah Perjuangan oleh : YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Mursyidul Am PAS

03.00 pm - JOM UBAH Bergerak ke Check Point 3 - Alor Star

08.30 pm - Solat Isyak - jamak Ta'khir - dan bergerak ke Alor Star

12.00 pm - isterehat


[ 21 hb Mei 2011 - sabtu ]

05.30 am - Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh, sarapan dan bergerak Ke Check Point 4. - Perlis.

09.30 am - Himpunan JOM UBAH 2 di Markaz Tarbiyah PAS Perlis

12.00 pm - Makan Tengahari, solat Jama' Taqdim dan bergerak ke Check Point 5. - Penang

02.30 pm - Santai JOM UBAH di Pantai BERSIH Penang

05.30 pm - Bergerak ke Check Point 6 . Perak

08.30 pm - Solat Isyak jama' Ta'khir dan makan malam

09.30 pm - Malam Kebudayaan JOM UBAH Di Pantai Lumut.

12.00 am - Rehat


[ 22 hb Mei 2011 - ahad ]

05.30 am - Solat subuh, kuliah subuh, senaman dan sarapan

08.00 am - Bergerak ke Check Point 7. Selangor

09.30 am - Karnival JOM UBAH di Sabak Bernam

01.20 pm - Makan Tengahari, solat zuhur Jamak Taqdim dan bergerak ke Check Point 8. Wilayah Persekutuan.

03.30 pm - Labuh Tirai JOM UBAH

07.00 pm - Bersurai

-------------------------------------------
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengarah JOM UBAH

Ceramah : PAS Ganti UMNO di Parlimen Pandan





Rabu, 27 April 2011

Pelancaran Blog www.khairulfaizi.com

Selasa, 26 April 2011

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Khamis, 21 April 2011

Gambar Solo

Selasa, 19 April 2011

Jom Ngeteh!

Sabtu, 9 April 2011

Bandingkan pelaksanaan ideologi komunisme dalam politik moden di antara China dengan Cuba


Tulisan ini adalah penyelidikan yang dihasilkan oleh Khairul Faizi bin Ahmad Kamil. Anda digalakkan untuk menggunakannya sebagai bahan ilmiah. Rencana ini telah mula dipaparkan kepada umum pada 7 April 2010.
-----------------------------------------

1. Perdahuluan

Komunisme adalah merupakan salah satu daripada ideologi yang wujud dalam dunia dan telahpun berjaya diadaptasikan dalam sistem pemerintahan dalam beberapa buah negara. Negara seperti Rusia, China, Cuba dan Vietnam cukup sinonim dengan ideologi ini dalam sistem pemerintahan.

Fahaman komunisme dilihat sebagai satu fahaman yang memberikan hak sama rata kepada semua masyarakat tetapi ada juga yang menyatakan bahawa komunisme adalah satu fahaman yang bersifat paksaan terhadap rakyat.

Negara China dan Cuba adalah dua buah Negara yang telah mewujudkan pemerintahan yang berdasarkan kepada fahaman komunisme sejak daripada awal pemerintahannya. Pengaruh Mao Zedong di China dan Fidel Castro di Cuba yang menganut fahaman Komunisme telah memberikan permulaan pemerintahan komunisme di negara-negara tersebut.

Tugasan ini akan menghuraikan apakah sebenarnya yang dimaksudkan ideologi Komunisme, sejarah komunisme, sejarah bagaimana ideologi komunis sampai ke China dan Cuba. Tugasan ini juga akan memberikan pandangan sama ada ideologi Komunisme masih lagi relaven di Cuba ataupun tidak.

2. Apa itu ideologi komunisme?

Komunis adalah sebuah gerakan politik yang memberikan tumpuan kepada hak yang sama rata kepada semua rakyat dalam semua bidang. Idea ini sebenarnya telah dicetuskan oleh Plato dalam bukunya yang bertajuk Republic. Komunis mementingkan masyarakat tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan kepada pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta. Sejarah komunisme adalah sangat panjang dan telah dimodenkan oleh Karl Marx pada tahun 1845 sehinggalah ke hari ini.

Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. Karl Marx menafsirkan "Komunisme suci" dengan merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917 dan terus diamalkan sehingga tahun 1991. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.

Pada 21 Februari 1848 Manifesto Komunis telah diterbitkan di kota London beberapa minggu sebelum meletusnya Revolusi Perancis yang mana ia telah ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Kemudian manuskrip ini ditulis dalam beberapa bahasa yang lain seperti bahasa Perancis, Inggeris, Denmark dan bahasa-bahasa lain.

3. Negara-Negara Yang Masih Mengamalkan Ideologi Komunisme

Walaupun komunisme dilihat sebagai salah satu daripada kuasa besar dunia namun sebenarnya tidak banyak negara yang benar-benar ditubuhkan di atas dasar ini. Terdapat sembilan buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis iaitu Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet), China (Republik Rakyat China), Cuba (Republik Cuba), Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao), Vietnam (Republik Sosialis Vietnam), Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea), Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman), Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) dan Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea). Namun, sehingga tahun 2005 hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara.

Sebagai contohnya, Vietnam ialah sebuah negeri yang diperintah oleh satu parti dan disebut sebagai sebuah negara Republik Sosialis. Satu perlembagaan negara baru diluluskan pada bulan April 1992 untuk menggantikan perlembagaan lama yang sebelum ini telah digubal pada tahun 1975. Pindaan perlembagaan ini dibuat dengan tujuan untuk mempertegaskan peranan yang dimainkan oleh Parti Komunis Vietnam dalam semua jentera kerajaan, politik dan masyarakat. Hanya parti Komunis Vietnam sahaja yang dibenarkan bertanding di dalam pilihanraya Vietnam melainkan ada parti politik yang bergabung ataupun dinaungi oleh PKV. Ini termasuklah Barisan Tanahair Vietnam, para buruh dan parti-parti kesatuan sekerja. Walaupun negara masih secara rasminya komited kepada sosialisme sebagai fahaman penentuannya, namun kepentingan fahaman ini banyak berkurangan sejak 1990-an.

Negara-negara yang tidak lagi mengamalkan ideologi Komunisme di negara masing-masing walaupun sebelumnya telah mengamalkan ideologi tersebut sejak sekian lama. Terdapat beberapa sebab tidak melaksanakan dasar tersebut dengan pelbagai sebab yang berbeza. Republik Demokratik Rakyat Yaman atau Yaman Selatan adalah sebuah negara yang didirikan pada tahun 1967 di tempat yang kini adalah wilayah selatan negara Yaman. Yaman Selatan adalah satu-satunya negara berfahaman komunis di Timur Tengah. Yaman Selatan bersatu dengan Yaman Utara pada 22 Mei 1990 untuk membentuk Republik Yaman kini.

Yaman Utara mencapai kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1918 dan menjadi sebuah republik pada tahun 1962. Pada tahun 1939, pihak British menduduki pelabuhan Aden dan menjadikannya sebagai sebuah tanah jajahan. Mereka juga mencipta sebuah zon perikatan-perikatan yang tidak dikawal rapi (dikenali sebagai negeri-negeri naungan) di sekitar Aden untuk bertindak sebagai penampan perlindungan. Pada tahun 1967, pihak British berundur selepas tekanan yang semakin meningkat daripada pemberontakan tempatan dan serangan-serangan yang disokong oleh Mesir dari utara. Selepas pengunduran British, kawasan ini dikenali sebagai Yaman Selatan. Pada tahun 1970, kerajaan selatan mengamalkan sistem kerajaan komunis. Kedua-dua negara disatukan secara rasmi sebagai Republik Yaman pada 22 Mei 1990.

Ini bermakna bahawa Yaman Selatan tidak lagi melaksanakan ideologi Kamunisme dalam pemerintahannya bukanlah disebabkan rasa tidak percaya kepada idelogi komunis tetapi kerana berlakunya pergabungan dengan Yaman Utara untuk mewujudkan sebuah negara di bawah sisitem republik.

Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan. Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman kegemilangannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina. Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.

Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar.

Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Mynamar".

Sehingga ke hari ini hanya tinggal 5 buah negara sahaja yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Namun, sejauh mana negara-negara ini benar-benar melaksanakan ideologi komunisme akan diperbincangkan di dalam tugasan ini dengan mengambil dua buah negara iaitu China dan Cuba yang sebelum ini cukup sinonim dengan pemerintahan komunis sebagai pnghujahan sama ada komunisme masih lagi dipegang dan dilaksanakan di kedua-kedua negar tersebut.
.
4. Bagaimana Komunisme sampai ke China

Negara China pada asalnya adalah sebuah negara yang penuh dengan tamadun dan sejarah kerana ia telah wujud kira-kira 3,500 tahun yang lalu dan mempunyai sejarahnya yang panjang. Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin pada tahun 221 SM, China masih belum wujud lagi sebagai sebagai sebuah negara yang dikenali seperti hari ini. Ia masih lagi dikuasai oleh raja-raja yang menguasai negeri-negeri kerana faktor pengaruh yang berbeza. Waktu inilah juga merupakan titik tolak permulaan pengaruh falsafah Konfuciusme dan falsafah-falsafah lain keatas pemikiran China.

Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasty Qin. Pejabat maharaja ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureaukratik dilaksanakan. Selepas dinasti Qin, China mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar perluasan kawasan permerintahan berkonsepkan kerajaan dan bangsawanan. Kawasan jajajan bergantung kepada kekuatan dan kehebatan dinasti yang memerintah, dengan perluasan dan kuranganya tersendiri. Walau bagaimanapun maharaja mempunyai kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama China. Maharaja juga mempunyai jemaah menterinya yang tersendiri untuk menasihati baginda dalam perihal sivil dan martial, termasuk Perdana Menterinya.

Pada tarikh 1hb Januari 1912, Republik China muncul dan merupakan tanda tamatnya pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Sun Yat-sen seorang yang beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Yuan Shikai yang mengambil-alih daripada Sun Yat-sen bertindak tidak mengotakan janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti barunya tersendiri. Hasratnya tidak kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba sebelum sempat membawa pemerintahannya keatas keseluruhan empayar China.

Parti Komunis China ditubuhkan pada tahun 1921 setelah Kesatuan Republik Sosialis Soviet ditubuhkan pada Mac 1917 setelah kejatuhan kerajaan Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917. Sun Yat-sen, Panglima Agong kepada kerajaan ketenteraan pesaing di Guangzhou menubuhkan semula Kuomintang pada Oktober 1919 untuk menentang kerajaan di Beijing. Kerajaan di Beijing di bawah hulubalang-hulubalang berturut-turut masih mengekalkan topeng kesahan serta hubungan dengan dunia Barat.

Kesatuan Soviet telah memberikan bantuan kepada Sun Yat-sen dan tenteranya Kuomintang serta menganjurkan kerjasama Koumintang dengan Parti Komunis China (CCP). Namun, kedua-dua kumpulan ini tidak dapat disatukan sehingga berlakunya perebutan kuasa di China di antara pihak Nasionalis dengan pihak Komunis.

Perikatan Kuomintang dengan para hulubalang di Guangzhou terputus dan Sun melarikan diri ke Shanghai pada 1922. Pada masa itu, beliau sedar akan keperluan untuk mendapat bantuan Soviet bagi perjuangannya. Pada tahun 1923, sebuah kenyataan bersama oleh Sun dan seorang wakil Soviet di Shanghai menjanjikan bantuan Soviet terhadap penyatuan negara China. Para penasihat Soviet yang paling terkenal antara mereka ialah Mikhail Borodin, perisik daripada Comintern tiba di China pada tahun 1923 untuk membantu penyusunan semula serta pengukuhan Kuomintang selaras dengan gaya Parti Komunis Kesatuan Soviet. Parti Komunis Cina diarahkan oleh Comintern untuk bekerjasama dengan Kuomintang, dengan ahli-ahlinya digalakkan untuk mengambil bahagian semasa mengekalkan identiti-identiti parti masing-masing. Dasar untuk bekerjsama dengan Kuomintang dan Chiang Kai-shek telah disyorkan oleh Henk Sneevliet, komunis Belanda yang dipilih pada tahun 1923 untuk menjadi wakil Comintern di China kerana pengalaman pemberontakannya di Hindia Belanda.

Kematian Sun Yat-sen telah menyebabkan Kuomintang telah dipimpin oleh Jeneral Chiang Kai-Shek. Menjelang tahun 1926, Kuomintang telah dibahagikan kepada puak sayap kiri dan sayap kanan, dengan blok Komunis di dalamnya semakin bertumbuh. Pada Mac 1926, selepas menghalang sebuah percubaan penculikan terhadapnya, Chiang tiba-tiba memecat para penasihat Sovietnya, mengenakan sekatan terhadap penyertaan ahli-ahli Parti Komunis Cina dalam pucuk pimpinan, dan muncul sebagai ketua Kuomintang yang cemerlang. Kesatuan Soviet yang masih mengharap-harapkan untuk mencegah sebarang perpecahan antara Chiang dengan Parti Komunis Cina, memerintah kegiatan-kegiatan bawah tanah Komunis untuk memudahkan Ekspedisi Utara yang akhirnya dilancarkan oleh Chiang dari Guangzhou pada Julai 1926.

Pada awal tahun 1927, persaingan Kuomintang dengan Parti Komunis Cina akhirnya mengakibatkan perpecahan di dalam barisan pemberontakan. Parti Komunis Cina dan sayap kiri Kuomintang telah memutuskan untuk memindahkan pusat kerajaan Nasionalis dari Guangzhou ke Wuhan. Sebaliknya, Chiang yang Ekspedisi Utaranya terbukti berjaya, menyediakan tenteranya untuk memusnahkan jentera Parti Komunis Cina di Shanghai dan menubuhkan sebuah kerajaan anti-komunis di Nanjing pada bulan April 1927.

Pada tahun 1935, Mao Zedong telah mengambil alih kepimpinan Parti Komunis China. Beliau adalah seorang yang berpegang kuat kepada ajaran Marxisme-Leninisme. Beliau percaya bahawa revolusi bukan sahaja terhad kepada golongan pekerja tetapi juga revolusi juga melibatkan kaum petani khususnya di China.

Perang saudara yang berlaku berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat China, negara komunis yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China. Republik baru ini mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama. CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang melarikan diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970 mengamalkan demokrasi pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini, demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan tanah besar China. Mao Zedong, pemimpin Komunis China, mengistiharkan republik baru bagi negara ini, Republik Rakyat China dengan katanya 'orang Cina telah berdiri'.

Bagaimana Ideologi Komunisme Tiba di Cuba

Ideologi Komunisme di Cuba tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan mantan Presiden Cuba iaitu Fidel Castro atau nama sebenarnya Fidel Alejandro Castro Ruz kerana beliaulah yang telah mengetuai gerakan menggulingkan rejim Fulgencio Batista melalui Gerakan 26 Julai. Pada tahun-tahun yang berikutnya, Castro mengubah Cuba menjadi negara Komunis pertama di kawasan Barat. Castro telah mengambl alih kerajaan Cuba daripada tangan Fulgencio Batista pada Februari 1959 setelah Batista memeritah Cuba sejak tahun 1940. Batista telah membuat pembaharuan sosial secara besar-besaran termasuklah meletakkan beberapa ahli Parti Komunis di dalam pentadbirannya. Batsista juga telah membawa Cuba ke dalam kancah Perang Dunia ke dua dengan mengistharkan perang terhadap Jepun pada 9 Disember 1941 serta German dan Itali pada 11 Disember 1941.

Penglibatan awal Castro di dalam dunia politik bermula sejak zaman pelajar lagi. Castro telah mula mengkritik Batsista dan Amerika Syarikat telah memberi ruang kepada Castro untuk memperlebarluaskan pengatuhnya di kalangan rakyat Cuba kerana beliau bersifat terus terang dan berani. Castro dilabelkan sebagai seorang diktator terutamanya oleh phak Barat Di peringkat antarabangsa, selepas kegagalan Serangan Bay of Pigs oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba pada 1961, Castro terus mempmpin Cuba dengan mewujudkan pelbagai ketegangan dengan Amerika Syarikat, membina pakatan kerjasama dengan Kesatuan Soviet sehingga menghasilkan krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1962 dan campur tangan dalam banyak negara dunia ketiga.

Dalam pentadbiran negara, Castro menyelia perlaksanaan reformasi tanah, mengikuti dengan pengkolektifan pertanian, pemiliknegaraan industri-industri Cuba yang utama, dan penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang percuma. Mengikut perjanjian yang telah diputuskan oleh kerajaan Cuba, jika Castro mati atau sakit, beliau akan diwarisi oleh adiknya, Raúl Castro, yang merupakan Naib Presiden ketika itu.

Pasa 31 Julai 2006, Raúl Castro memangku tugas-tugas Presiden kerana penyakit Fidel Castro yang semakin serius. Menurut Perlembagaan Cuba Artikel 94, timbalan presiden akan memangku tugas presiden apabila Presiden sakit atau meninggal dunia. Raúl Castro telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Cuba pada 24 Februari 2008.


Zaman Kejatuhan Komunisme

Setelah fahaman komunisme berjaya mengusai beberapa buah Negara besar seperti Rusia, China dan Cuba namun fahaman ini telah mula melalui zaman keruntuhannya pada tahun 1985 apabila Mikhail Gorbachew memegang jawatan Ketua Parti Komunis Soviet Union (USSR). Menjelang tahun 1989 ekonomi Soviet Rusia amat goyah dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat punca masalah ini serta alasan terbaik kenapa Soviert Union ketinggalan dalam banyak bidang teknologi berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia Timur Jauh. Soviet Union sebelumnya seringkali bertindak sebagai mata-mata sebagaimana Amerika Syarikat
.
Negara-negara yang dipengaruhi oleh Soviet Rusia dilabel sebagai 'negara Blok Merah'. Negara-negara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi. Penentangan timbul dalam bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman Timur.

Pada tahun 1998, Gorbachev telah membentangkan dasarnya di dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan dasar tidak campur tangan sebagai dasar luar Kremlin. Dasar 'Perestrorika' diperkenalkan sebagai satu falsafah pentadbiran negara. Katanya , setiap negara mempunyai kebebasan memilih. Gorbachev mengumumkan akan mengurangkan separuh tentera dan berhasrat berundur dari Afghanistan. Kenyataan Gorbachev telah dilihat sebagai wira baru kepada negara-negara yang pernah dijajah oleh Soviet.

Di Negara China, pada tahun 1989 golongan mahasiswa mula bangkit menentang tindakan kerajaan China terutama setelah kematian seorang tokoh pembaharuan Cina yang disingkirkan. Keadaan semakin memuncak apabila Gorbachev melawat China . Mahasiswa China melaungkan ' Gorby Gorby' kepada Gorbachev kerana menganggap Gorbachev sebagai wira baru. Kerajaan China bertindak tegas dengan menangkap dan membunuh mereka yang melakukan revolusi di Medan Tiannammen pada 13 Jun 1989.

Kebangkitan kuasa rakyat juga semakin mendapat sambutan di negara Blok Merah seperti Hungary dan Romania. Pada bulan Mac 1919, tampuk pemerintahan Hungary diambil alih oleh pihak Komunis untuk tempoh yang singkat sebelum negara ini diduduki oleh pihak Romania sehingga bulan November tahun yang sama. Pada Februari tahun berikutnya, Hungary kembali di tangan orang tempatan dengan pemulihan sistem beraja yang menjadikan Laksamana Miklós Horthy sebagai Pemangku Raja.

Selepas perang, Hungary sangat kuat dipengaruhi fahaman Komunis yang dibawa masuk oleh pendudukan Soviet. Hungary menjadi sebuah negara Komunis di bawah kepimpinan Mátyás Rákosi yang didapati rakyatnya sebagai kejam lalu tercetusnya Revolusi Hungary 1956 yang kurang berjaya. Kerajaan Komunis ini tumbang pada tahun 1989 seiringan dengan kejatuhan Kesatuan Soviet, maka Hungary memeluk ekonomi pasaran dan demokrasi pelbagai calon. Hungary menjadi ahli Kumpulan Visegrad pada tahun 1991, menyertai NATO pada tahun 1999, dan menjadi ahli Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004.

Tapi di Romania, diktator Nicolae Ceausescu enggan menerima kuasa rakyat. Akhirnya Nicolae Ceausescu dan isterinya, yang ditembak mati oleh rakyatnya sendiri. Puncanya , selama berkuasa hampir 25 tahun, Ceausescu adalah diktator yang kejam dan korup. Ia memerintah Romania dengan sistem komunis sejak 1965.

Di Jerman, Tembok Berlin yang merupakan sempadan pemisah Jerman Timur (komunis) dengan Jerman Barat ( kapitalis ) telah diruntuhkan pada 9 November 1989 oleh rakyat Jerman Timur kerana kemahuan rakyat terhadap hak kebebasan. Kedua-dua negara tersebut digabungkan semula. Sebelum tembok ini diruntuhkan, lebih 2 juta rakyat Jerman Timur terutama kalangan cendikiawan lari ke negara Jerman Barat.

China juga turut berubah tapi agak perlahan terutama selepas Britain menyerahkan gugusan Pulau Hong Kong kepada China semula tahun 1997. Hong Kong, Macao dan Taiwan telah mengamalkan sistem demokrasi dan bagaimanakah dasar komunis akan dilaksanakan jika China mengambil alih kepulauan tersebut. Di Hong Kong, China membenarkan sistem demokrasi terus diamalkan. Di Taiwan, China menekankan sistem satu negara dua sistem.

Sehingga kini, hanya tinggal lima buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Namun sejauh mana komunisme masih lagi relaven di China dan Cuba akan dibahaskan di dalam tugasan ini.

Adakah komunisme masih relevan di China

PRC adalah merupakan sebuah negara Komunis secara definasinya kerana ia memang merupakan sebuah negara yang mengamalkan ideologi komunisme sejak abad ke-20 lagi. Namun, agak sukar untuk menakrifkan sama ada sesebuah negara itu mengamalkan ideologi komunisme atau tidak kerana ia tidak mempunyai penakrifan yang tepat dan jelas. China adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah pemerintahan yang sangat panjang iaitu sejak zaman maharaja kira-kira 2000 tahun yang lalu.

PRC sering dikatakan sebagai sebuah negara yang mengamalkan cara autokratik, komunis dan sosialis. Ahli Komunis yang bersayap lebih ke kiri lebih gemar menggelarkan China sebagai sebuah negara Kapitalis. Namun sejak kerajaan China cuba untuk membuka dasar ekonominya melalui dasar liberalisasi seperti pilihanraya di peringkat kampong dan sesetengah badan perwakilan namun Parti Komunis China terus menguasai dan mengawal pemilihan jawatan-jawatan di peringkat kerajaan.

Secara umumnya, China dilihat sebagai sebuah negara yang mengamalkan ideologi Komunisme dalam pemerintahannya lebih-lebih lagi China ditadbir oleh Parti Komunis China iaitu pemerintahan satu parti namun apabila dilihat daripada dasar-dasar kerajaan China sejak akhir-akhir ini lebih terbuka terutamanya dalam bidang ekonomi. Dimulai dengan tahun 1978 kepemimpinan China telah mereformasikan sektor ekonominya daripada suatu yang berasaskan sistem ekonomi kawasan pusat ala Soviet kepada suatu yang lebih kapitalis akan tetapi masih di bawah kawalan politik CCP. Kearah ini pentadbiran menukar ke sistem responsibiliti para keluaga dalam pertanian dalam penggantian sistem lama yang berasaskan penggabunggan, menambah kuasa pegawai tempatan dan pengurus kilang dalam industri, dan membenarkan pelbagai pengusahawanan dalam servis dan perkilangan ringan, dan membuka ekonomi kepada perdagangan dan pelaburan luar. Kawalan harga juga telah dilonggarkan. Ini telah mewujudkan penukaran sistem ekonomi berasaskan komunis kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis.

Sekalipun ia seringkali dilihat sebagai negara Komunis, kebanyakan ekonomi republik ini telahpun diswastakan sejak tiga dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, kerajaannya masih mengawal ekonominya secara politik terutamanya dengan syarikat-syarikat milik kerajaan dan sektor perbankan. Perlaksanaan liberalisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada dekad 1970-an, China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu. Deng Xioapeng tidak pernah menjadi Ketua Negara ataupun Ketua Kerajaan China namun beliau telah berkhidmat sebagai pemimpin de facto RPC sejak akhir dekad 1970 sehingga ke awal dekad 1990. Deng telah mempelopori “Sosialisme dengan ciri-ciri Cina” dan pembaharuan ekonomi China yang dikenali sebagai ekonomi pasaran sosialis.

Komunisme menekankan tentang kesamarataan di kalangan rakyat namun dalam reformasi ekonomi China, RPC pula lebih menekankan kenaikan taraf pendapatan peribadi dan kebolehan membuat pembelian dan mewujudkan sistem-sistem pengurusan baru untuk meningkatkan produktiviti. Kerajaan juga memfokuskan kepada perdagangan antarabangsa sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sektor ekonomi. Dengan cara ini, ia akan mewujudkan lebih daripada 2,000 Zon Ekonomi Khas (SEZ) di mana undang-undang mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelabur asing sehingga menghasilkan GDP perkapita bertambah empat kali ganda sejak tahun 1978. Pada tahun 1999 dengan jumlah penduduk seramai 1.25 billion dan GDP yang hanya berjumlah AS $3,800 per kapita, RPC menjadi ekonomi keenam terbesar di dunia dalam pertukaran wang asing dan ketiga terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat daripada segi kuasa pembelian. Perkembangan ekonomi negara China dikatakan terpantas di dunia dengan pertumbuhan mencecah 8% setiap tahun mengikut statistik kerajaan. Perkembangan positif ini adalah hasil daripada dasar ekonomi China yang terbuka tidak seperti mana yang dianjurkan oleh fahaman Komunisme.

Adakah komunisme masih relevan di Cuba

Untuk melihat sama ada Cuba masih lagi melaksanakan ideologi Komunisme atau pun tidak, faktor pendidikan dan ekonomi akan dijadikan perbandingan kerana kedua-dua faktor ini akan memperlihatkan sejauh mana peranan komunisme mempengaruhi kedua-dua bidang tersebut.

Di Cuba, sistem pendidikannya adalah berdasarkan ideologi Marxist sejak daripada Fidel Castro memerintah Cuba. Castro berusaha untuk memastikan bahawa setiap rakyat Cuba akan memahami dasar kerajaan yang ingin dicapai oleh oleh walaupun kehendaknya itu adalah melalui paksaan. Maka, cara yang paling tepat adalah melalui pembinaan pemikiran bermula sejak daripada waktu persekolahan lagi.

Fahaman ini cukup dipastikan bahawa ia akan diterapkan sejak daripada zaman anak-anak dilahirkan lagi. Cuba mewujudkan satu kaedah dengan memastikan bahawa setiap kanak-kanak akan disediakan sebuah fail sebagai bahan rujukan sepanjang hayat seseorang indidvidu tersebut. Fail ini akan disimpan oleh kerajaan Cuba dan rekod akan dikemaskini sentiasa. Sebagai contohnya, apabila seorang pelajar hendak memasuki universiti, setiap pelajar akan terpaksa menduduki peperiksaan dan temuduga sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka terhadap ideologi Marxist berdasarkan kepada "Committee for the Defense of the Revolution". Ini bermakna, sama ada seseorang itu suka atau pun tidak dengan ideologi Marxist mereka terpaksa juga mempelajari ideologi tersebut untuk memastikan bahawa mereka akan mendapat tempat di university ataupun mana-mana pusat pengajian tinggi.

Begitu juga dengan kod/etika untuk Kanak-kanak, Remaja dan Keluarga yang digubal oleh kerajaan Cuba yang disediakan untuk memastikan bahawa setiap keluarga berusaha untuk menerapkan ideologi komunisme di dalam setiap individu yang ada. Kod/etika ini di antaranya menyebut bahawa sekiranya terdapat keluarga yang mendidik fahaman yang berbeza dengan komunisme maka akan dipenjarakan selama tiga tahun. Sebab itu, tidaklah menjadi satu kemusykilan bagaimana fahaman komunisme mampu terus subur di dalam masyarakat Cuba sehingga ke hari ini.

Daripada sudut ekonomi, Cuba melaksanakan prinsip sosialis di dalam pelan pembangunan ekonomi Negara.Sejak daripada tahun 1959 lagi setiap hasil pengeluaran adalah dipunyai dan dilaksanakan oleh kerajaan dan pekerja adalah pekerja yang dilantik oleh kerajaan secara paksa. Cuba melaksanakan dagangan dengan Kesatuan Soviet sejak akhir 1980-an di mana Soviet memberikan subsidi kepada Cuba. Sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet, Cuba bergantung kepada Moscow untuk pasaran dan eksport. Pemerintahan Raúl Castro telah mewujudkan Sistem Pengeluaran Pertanian Komunis pada tahun 2008 dengan tujuan meneruskan agenda ekonomi komunisme.

Jika dilihat daripada kedua-dua perkara ini iaitu perkara ekonomi dan pendidikan kita akan melihat bahawa Cuba masih lagi mengamalkan sistem idelogi komunsime dan masih mahu mempertahankan ideologi tersebut.

Melalui penghujahan ini, walaupun Cuba dilihat masih lagi kuat untuk mempertahankan dan melaksanakan idelogi Komunisme ini namun dasar yang lebih terbuka telah mula dilaksanakan dalam pemerintahan Cuba lebih-lebih lagi semasa Raul Castro mengambil alih kerajaan pada tahun 2008.

Jika dibandingkan dengan Parti Komunis yang ada di dalam dunia ini seperti Parti Komunis Vietnam dan Parti Komunis China, Parti Komunis Cuba lebih hampir kepada fahaman Marxisme-leninisme dan model tradisi Kesatuan Soviet. PKC lebih komited dengan konsep sosialis daripada kerajaan komunis yang lain dan tidak mahu bergantung dan bergabung dengan pertautan dengan mana-mana negara luar untuk prospek ekonominya.

Kesimpulan

Kejatuhan Kesatuan Soviet sebenarnya adalah merupakan bermulanya kejatuhan fahaman Komunsime di dunia sehingga banyak Negara yang melaksanakan fahaman ini mula hilang arah termasuklah Negara China dan Cuba. Perubahan ini berlaku kerana faktor globaliasi yang memerlukan seseduah Negara bekerjasama dengan Negara yang lain kerana atas dasar memperkukuh ekonomi Negara. Sebab itu, apabila Negara China membuka dasar ekonominya dengan membuka banyak pelaburan khususnya di dalam bidang perindustrian dan perkilangan maka banyak pelabur-pelabur daripada pelbagai negara membuat pelaburan di sana. Ini terbukti dengan peningkatan GDP yang mendadak bagi negara China. ada tahun 2003, GDP China dalam konteks kuasa pembelian mencapai AS$6.4 trilion, menjadi kedua terbesar di dunia. Dengan menggunakan pengiraan konvensional, ia dirangka pada tangga keenam.

Dengan penduduknya yang padat ini masih memberikan GDP per kapita yang sebanyak AS$ 5,000, atau 1/7 daripada Amerika Syarikat. Laporan rasmi kadar pertumbuhan pada tahun 2003 adalah 9.1%. Ia dianggarkan oleh perisik Amerika CIA pada tahun 2002 pertanian menyumbang sebanyak 14.5% GNP China dan sektor perindustrian dan pembinaan pula 51.7% dan perkhidmatan 33.8%. Purata pendapatan luar bandar adalah satu pertiga daripada di dalam bandar, jurang yang semakin membesar dalam dekad kebelakangan ini.

Perlaksanaan ekonomi terbuka China juga telah meningkatkan eksport China ke Amerika Syarikat daripada tahun ke tahun. Sebagai contohnya eksport China ke Amerika Syarikat adalah AS$125 bilion pada tahun 2002 manakala eksport Amerika ke China hanyalah sebanyak AS$19 juta sahaja.

Ini bermakna, tindakan kerajaan China untuk berubah ke arah sosialisme terutamanya dalam bidang ekonomi telah memberikan satu kelebihan kepada kerajaan untuk meningkatkan ekonominya seterusnya meletakkan China sebagai salah sebuah kuasa ekonomi terbesar ketika ini.

Penutup

Melalui maklumat yang telah dibentangkan di dalam tugasan ini, jelas membuktikan bahawa China dan Cuba masih lagi mengamalkan ideologi Komunisme dalam pemerintahannya. Namun, kerana beberapa faktor seperti faktor globalisasi, ekonomi dan faktor kejatuhan Kesatuan Soviet telah memberikan kesan kepada perkembangan politik di kedua-dua negara tersebut. China sebenarnya masih lagi melaksanakan ideologi Komunisme dalam pemerintahan negara namun dasar keterbukaan dalam pasaran ekonomi menyebabkan mereka bergerak ke arah pendekatan sosialis.

Bebezanya dengan Cuba yang diperintah oleh Fidel Castro yang telah memerintah sejak tahun 1959 sehinggalah ke tahun 2008 yang masih mengekalkan ideologi komunisme yang cukup kuat walaupun Castro turut sama melaksanakan sistem ekonomi ke arah sosialisme. Pada tahun 2002, lebih daripada separuh kilang memproses gula di Cuba terpaksa ditutup dan Cuba telah mengimport gula daripada negara luar walaupun pada sebelum itu Cuba adalah merupakan sebuah negara pengeluar gula. Tahun 2005 pula jumlah eksport Cuba adalah berjumlah $2.4 billion manakala jumlah import Cuba adalah sebanyak $ 6.9 billion.

Bagi mengatasi masalah ekonomi di Cuba, Raúl Castro selaku Presiden Cuba yang baru sejak tahun 2008 perlu melakukan reformasi terhadap pendekatan ideologi komunisme di dalam negaranya untuk memungkinkan ekonomi di Cuba dapat dipulihkan seperti mana yang telah dibuktikan oleh negara China yang satu ketika dulu cukup kuat mempertahankan ideologi Komunismenya.

Rujukan

Communist Party of Cuba, semakan terakhir pada 1 November 2009, Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/communist_party_of_cuba
The Communist Manifesto, semakan terakhir pada 1 November 2009, Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/the_communist_manifesto

Cuba, semakan terakhir pada 1 November 2009, Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/china

Communist party Of China, semakan terakhir pada 1 November 2009, Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/communist_party_of_china

China, semakan terakhir pada 1 November 2009, Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/china

Fidel Castro, semakan terakhir pada 1 November 2009, Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/fidel_castro

Analisa terhadap rencana bertajuk “Islamict Responses ti Globalization : Cultural Conflict In Egypt, Algeria and Malaysia”

Analisa oleh :
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Rencana yang ditulis oleh Paul M. Lubeck ini yang bertajuk “Islamict Responses ti Globalization : Cultural Conflict In Egypt, Algeria and Malaysia” ditulis berkaitan dengan kesan globalisasi dan pembangunan ekonomi terhadap negara-negara Islam ataupun negara yang majoritinya adalah masyarakat beragama Islam dengan membuat perbandingan di antara tiga buah negara iaitu Mesir dan Algeria yang dilihat menghadapi konflik yang tinggi manakala Malaysia pula dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai konflik yang rendah.

Penulis menyatakan bahawa tidak semua negara dan masyarakat dengan majoriti umat Islam mempunyai sejarah dan pengalaman yang sama dalam konflik yang melibatkan agama, etnik ataupun kaum. Pertembungan kaum tetap berlaku namun ada yang terkawal dengan baik tetapi ada juga yang memberikan kesan yang buruk kepada pemerintah dan rakyat terutamanya kpada gerakan Islam yang wujud dalam sesebuah negara. Penulis memberikan tiga faktor yang dilihat sebagai faktor utama terhadap perkembangan konflik bersama ini iaitu yang pertamanya adalah proses globalisasi termasuklah struktur ekonomi Fordist, liberalisasi ekonomi dan polisi perubahan struktural. Keduanya, adalah kapasiti pembangunan negara dan yang ketiganya adalah yang berkaitan dengan sejarah institusi dan gerakan Islam.

Semasa zaman menuntut kemerdekaan dikatakan bahawa negara yang majoritinya orang Islam mempunyai pelbagai pendekatan, ideologi dan asas sosial yang pelbagai di antara undang-undang awam dan tentera namun pada asasnya ia tetap berifat autoritarian (paksaan). Kadang-kadang rejim sekular berdasarkan kepada ketenteraan seperti di Mesir, Libya, Mali Nigeria, Niger, Algeria, Indonesia dan Sudan manakala yang lainnya berpusat seperti Ba’athists seperti di Tunisia, Iraq, Syiria dan Senegal. Akhirnya, pembinaan satu pergabungan semasa pemerintahan secara tidak langsung yang dibentuk melalui monarki autokratik yang bergabung dengan bantuan teknikal barat. Kuwait, Brunei, United Arab Emirates, Jordan, Morocco, and Saudi Arabia dikategorikan sebagai negara Islam manakala Jordan, Turki, Malaysia dan Pakistan dikategorikan sebagai negara semi demokratik.

Program Penyelarasan Struktur (SAPs) diperkenalkan untuk membantu negara-negara yang ingin membuat reformasi ekonomi liberal seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Soviet. Negara-negara autokratik seperti Magribi dan Indonesia berjaya menguruskan SAP dengan jayanya. Walaupun teori ortodok liberal mempertikaikan ekonomi terbaik dan politik liberal tidak dapat dipisahkan namun dalam perlaksanaan ia masih terlalu jauh untuk mencapai matlamatnya. Terdapat dua fasa liberal ekonomi semasa perang dunia kedua iaitu yang pertamanya fasa pertama daripada tahun 1945 sehingga 1971-1974, hasil daripada gerakan dan pencapaian kemerdekaan negara-negara majoriti Islam. Manakala fasa kedua bermula pada 1973-1974 dengan revolusi harga OPEC dan berakhir sehingga 1979 -1982.

Bagi fasa pertama, Ini adalah zaman perkembangan ekonomi yang stabil, kehendak pengurusan dan peningkatan pendapatan, tukaran mata wang yang kukuh. Paling penting, “golden age of capitalism” berdasarkan kepada harga minyak yang rendah dan stabil yang diimport daripada negara majoriti muslim. Paling utama kepada negara Islam, globalisasi ekonomi, masyarakat dan budaya adalah membunuh kerajaan, industri mengimport, mengurangkan kuasa autonomi ekonomi Negara, menghakis kesetiaan negara dan budaya. Industri Pembuat-Eksport (EOI) dalam fesyen seperti Singapura, Korea, Malaysia, and Thailand.

Bagi negara majoriti umat Islam, fasa kedua bermula pada 1973-1974 dengan revolusi harga OPEC dan berakhir sehingga 1979-1982. Di barat, ini adalah masa ekonomi antarabangsa yang tidak stabil, infalsi yang tidak terkawal, pendapatan sebenar dinafikan dan pembubaran pakatan Keynesia. Tetapi ia juga telah dikenalpasti dengan pergerakan ke hadapan oleh negara yang mengeksport minyak. Malangnya, bukan hanya petroleum telah meningkat dengan mendadak pendapatan ekonomi golongan elit tetapi juga merendahkan komitmen mereka kepada skala yang lebih besar, kawalan-kerajaan, projek industri yang tidak ada daya saing, polisi makroekonomi yang tidak realistik seperti petukaran wang asing.

Setelah Khomeini menguasai revolusi Iran pada tahun 1979, peningkatan petroleum telah memberi kesan mendadak terhadap pembangunan Iran terhadap pelbagai aspek seperti pelaburan, pendidikan tinggi dan pendapatan luar jangka yang tidak pernah dirasai oleh negara majoriti umat Islam. Peningkatan mendadak ini menyebabkan hubungan sosial terganggu dan mencipta keadaan struktur terhadap pembangunan gerakan politik. Hasil minyak akan menaikkan pendapatan penduduk bandar dengan mendadak, galakkan pembinaan mendadak dan menaikkan kadar inflasi. Kesannya adalah penduduk luar bandar penghijrahan ke bandar, peningkatan pasaran di bandar, kenaikan gaji di bandar kerana persaingan. Projek di bandar semakin banyak dengan tenaga kurang mahir. Import makanan juga bertambah. Ekonomi Iran sebagai negara pertama revolusi Islam bertambah baik dengan mendadak dengan hasil minyak setelah dikuasai oleh barat.
Penulis cuba untuk menggambarkan bahawa politik Islam adalah wajah baru kepada nasionalis dunia ketiga. Sebagai contohnya Pakistan yang telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dengan menyatakan bahawa Muslim adalah satu bangsa. Konflik adalah di antara mereka yang berjuang menegakkan negara Islam dan mereka yang ingin mengekalkan komuniti politik sekular. Tetapi kawasan majoriti muslim dalam negara sekular dihantui dengan korupsi dan dilemahkan dengan globalisasi dan liberalisasi tidak mampu menghalang populariti gerakan Islam. Tetapi Malaysia lebih berjaya mengatasi masalah ini.

Kesan negatif daripada peningkatan hasil petroleum dalam negara majoriti muslim dapat dikurangkan sekiranya kerajaan menguatkan kawalan seperti Syarikat Pohang Iron and Stell milik Korea sebagai contohnya di kawal oleh kerajaan dan ia adalah merupakan syarikat yang kedua terbesar di dunia dan harga paling effisien sebagai pengeluar besi waja termasuk kerja sama dengan USX di Carlifornia. Negara-negara OPEC sebaliknya disebabkan faktor birokrasi, rasuah dan ketidaksamarataan dalam ekonomi.

Pendapatan daripada hasil petroleum yang mendadak telah memberi kesan yang kurang baik kepada ekonomi. Perubahan mendadak tanpa amaran dalam pasaran antarabangsa memburukkan lagi keadaan. Kejatuhan harga petroleum dan peningkatan permintaan bantuan daripada negara muslim majoriti dalam tahun 1980an telah menyebabkan banyak kerosakan kepada program pembangunan. Arab Saudi juga diminta untuk mengurangkan program pembangunan yang diuruskan oleh institut kewangan barat.

Program membasmi kemiskinan daripada SAP dan aktiviti tempatan adalah menjadi kebiasaan dalam negara majoriti muslim dengan pelbagai ideologi politik (Magribi, Algeria, Mesir, Tunisia, Nigeria, Senegal, Pakistan, dan Jordan) namun apabila petroleum dijumpai di negara majoriti muslim, maka ia menarik minat golongan yang mendakwa mewakili rakyat memberi sokongan kepada kumpulan rakdikal Islam untuk kurangkan subsidi kerajaan, menghadkan pelaburan kerajaan dan memudaratkan golongan miskin dalam komuniti muslim.

Bukan sahaja SAP melanggar perjanjian seperti tanggungjawab kerajaan untuk memberi keperluan asas kepada orang miskin tetapi juga ketelusan terhadap kawalan asing (Kristian Barat atau Zionist) SAP mengesahkan kegagalan negara sekular untuk memperuntukkan keselamatan ekonomi seperti yang dijanjikan dalam projek pembangunan negara sekular. SAP dijadikan sebagai hujah oleh kumpulan militan Islam bahawa kegagalan negar sekular dan memberikan wajah baik kepada nasionalis Islam sebagai alternatif.

KONFLIK KOMMUNAL TINGGI : MESIR DAN ALGERIA

Dalam kes di Mesir, penulis cuba untuk menghuraikan konflik di atara regim Hosni Munarak dengan kaum minoriti Kristian Koptik. Kombinasi kejatuhan ekonomi, korupsi dan golongan islamis yang agak militan mahu menghapuskan regim mubarak. Krisis berlaku kerana pembangunan yang dilakukan tidak dapat meningkatkan taraf hidup dan demokrasi. Disebabkan sebelum itu Sadat menandatangani persetujuan dengan Israel sebanyak $2.1 billion bantuan tahunan amerika separuhnya untuk ketenteraaan, Mesir menjadi laluan atau hub kepada aktiviti AS di rantau tersebut. Populasi Mesir mencecah 60 juta rakyat, suku kepada rakyat di dunia arab. Rasuah di Mesir semakin bertambah manakala peluang pekerjaan berkurangan walaupun terdapat 100 ribu graduasi setiap tahun. Pembangunan dibuat seolah-olahnya Mesir adalah negara yang kaya tetapi rakyat tetap papa kedana. Kerajaan dan pemimpin kerajaan hidup mewah tetapi pembangunan untuk rakyat tidak seimbang.

Kerajaan yang dipimpin oleh Mubarak dilihat gagal dalam banyak perkara. Pertamanya, kerajaan Mesir cuba mengelak untuk melaksanakan reformasi yang perlu untuk menjana peluang pekerjaan dan menaikkan taraf hidup sejajar dengan populasi yang meningkat. Keduanya, Mubarak sukar utk melakukan penswastaan kerajaan. Ketiganya, Mubarak juga dikatakan mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk seperti kes tangkapan beramai-ramai suspek, diseksa dengan kerusi elektrik, suspek yang hilang tanpa dikesan dan penyeksaan tahanan tanpa belas kasihan. Kes pembunuhan seorang peguam hak asasi manusia, Abdel Harith Madani semasa di bawah tahanan polis menggambarkan regim Mubarak. Mubarak sememangnya dikritik oleh pelbagai pihak tentang kemanusiaan A Amnesty International, Human Rights Watch. Keempatnya, perlancongan Mesir berkurangan setelah berlakunya pembunuhan pelancong sedangkan perlancongan menjana lebih $2 billion sebelum perang teluk. Kelimanya, Mubarak menghadapi masalah korupsi dan kelemahan, hak asasi manusia yang dicabul oleh pihak berkuasa dan tidak beri ruang kepada standard hidup kepada majoriti.

Dalam kes Mesir ia masih bergantung kepada AS dalam sudut ekonomi dan lemah untuk menghadapi globalisasi. Konflik bersama akan berterusan melainkan satu anjakan secara menyeluruh dalam polisi dibuat, kemungkinan melalui revolusi atau semacam satu gerakan yang tak disangkamenyokong puak Islam yang mana kemudiannya memaksa AS untuk menerima regim Islam sebagai satu-satunya alternatif.

Negara sekular nasionalis kedua adalah Algeria yang mendapat kemerdekaan selepas perang am berdarah lebih 130 tahun. Disebabkan Algeria dijajah oleh Perancis maka Algeria terpaksa mengikut kaedah Perancis dan tidak ada sumber sejarah tersendiri. Bahasa, budaya etnik lebih mengikut Perancis. Peperangan untuk menyatukan undang-undang mempunyai sejarah yang panjang melibatkan pelbagai kumpulan termasuklah kumpulan Islam yang menentang Kolonial Perancis semasa gerakan kemerdekaaan. Peperangan di Algeria telah dilaporkan oleh regim bahawa lebih 30 ribu yang terkorban dan ramai yang menyebut 60 ribu. Sejak 1975 regim telah mengikut skrip yang sama dengan negara-negara pengeluar minyak yang rasuah, penambahan ketidakadilan, servis awam yang tidak effisien, penghijrahan yang tinggi ke Bandar dan industri semakin tinggi.

Tahun 70an dan 80an perkembangan populasi Algeria melebihi 3% sehingga kini terdapat 28 juta rakyatnya. Peningkatan ekonomi 5.2% pada tahun 1984 jatuh menjunam sebanyak -2.7% pada tahun 1988. Krisis ekonomi berpunca antaranya kehidupan mewah pemimpin negara. Kerajaan Algeria cuba untuk mengatasi masalah pembuangan pekerja dan krisis kewangan dengan menjalinkan hubungan Algeria dengan ekonomi global sehingga menyebabkan standard hidup dibandar dikurangkan, kurangkan kepunyaan komoditi asas, kurang pekerjaan untuk kelulusan menengah dan universiti. 200 orang mati akibat dibunuh akibat tidak mahu patuh perintah berkurung pada oktober 1988.

Kumpulan Islam menggunakan organisasi superiornya yang berpengkalan di masjis-masjid kawasan bandar, untuk melatih anak-anak muda dalam gerakan mereka sebagai persiapan menghadapi pilihanraya yang demokrasi. Islamist Salvaton Front (FIS) yang kini merupakan sebuah parti politik menang dalam pilihanraya Algeria dengan mendapat 54.7% undi.


FIS kemudiaanya diharamkan setelah kerajaan diambil alih oleh tentera dan menangkap ketua FIS Abassi Madani dan Ali ben Hadj dan FIS diharamkan pada Mac 1991. Peperangan terus berlaku di Algeria kerana semua pihak bertelagah tidak mahu menerima pelan damai. Bagaimanapun, dengan banyak undi yang berpihak kepada kumpulan Islam, general bersara Liamine Zeroul, sekular moderat dilantik sebagai Presiden. Beliau telah mengadakan dialog dengan kumpulan Islam dan membebaskan militan daripada penjara. Beliau juga berjaya memisahkan kumpulan Islam kepada dua iaitu kumpulan yang bersedia berunding dan kumpulan yang mahukan regim dijatuhkan. Pimpinan FIS hanya bersetuju jika Zeroul adakan dialog dengan pimpinan Islam dan menjadikan pilihanraya yang adil dan halal namun Zeroul menolak.

KONFLIK RENDAH : MALAYSIA

Penulis menyatakan bahawa kelemahan negara sekular adalah kesetiaan, kediktatoran, nepotisme, masalah moral rendah, rasuah dan kerjasama dengan negara barat. Regim sekular selalu sensitif dengan pandangan umum golongan Islam.

Di Malaysia, UMNO ditubuhkan oleh golongan pejuang Melayu yang bertujuan untuk mempertahankan hak milik Melayu ataupun Ketuanan Melayu terhadap pendatang China yang menguasai ekonomi. UMNO berjaya mengawal kerajaan daripada kumpulan elit China dan India sejak daripada zaman kemerdekaan lagi sehingga sekarang. Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi tapi bukan sebuah negara Islam. Sultan adalah ketua agama dan berkuasa ke atas tanah.

ISA diwujudkan untuk menentang komunis tetapi akhirnya digunakan untuk menangkap pejuang parti politik yang bertentangan dengan parti pemerintah. Autoritarian yang sederhana menyebabkan UMNO masih terus berkuasa sehingga ke hari ini. Pada 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan kaum di antara kaum Cina dan Melayu sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan Dasar ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan bermula tahun 1971 sehingga tahun 1991.

Tujuan DEB diwujudkan adalah untuk menghapuskan kemiskinan, menghapuskan jurang masyarakat dalam pekerjaan, pendidikan dan penyusunan semula masyarakat. Untuk mencapai perkara yang ketiga, agensi DEB dibentuk semula dengan pegagangan ekuiti korporat dengan sasaran ada tahun 1990, kaum bumiputra akan menguasai 30 peratus ekuiti negara. China dan India daripada 23.5 peratus ke 40 peratus, dan asing 60.7 kepada 30 peratus. Pencapaian DEB Malaysia dibandingkan dengan negara majoriti muslim yang lain adalah sangat membanggakan, Kawasan dagangan bebas (FTZ) diwujudkan untuk membuka peluang pekerjaan, menggalakan proses pemasangan akhir terutamanya elektrnik di Malaysia di mana orang China tempatan bekalkan kejuruteraan dan pekerja mahir.

Sejak tahun 1970an, selain daripada petroleum, getah, sawit dan balak untuk eksport, Malaysia telah beralih dariapda komoditi eksport kepada pembinaan barangan. Kerana peningkatan ini, Malaysia sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya pekerja dalam bidang elektronik. Ini menyebabkan tarikan kepada pekerja asing seperti daripada Indonesia, Bangladesh, Filipina dan Thailand untuk datang bekerja di Malaysia dalam bidang perladangan, perkilangan dan pembuatan. UMNO telah melahirkan ramai golongan korporat daripada kalangan melayu dan China.

PAS sebuah parti Melayu-Islam mahukan sebuah negara Islam sejak 1951 lagi. PAS kritik DEB kerana tidak memberikan ruang kepada orang Islam yang bukan Melayu. PAS lebih didekati oleh ulama khususnya yang berada di utara semenanjung terutamanya di Kelantan yang dapat memerintah daripada tahun 1959 – 1977. ABIM pula muncul bersama Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim sejak revolusi Iran dan gerakan Islam global.

ABIM berusaha untuk menukarkan kerajaan Malaysia yang sekular kepada negara Islam dengan membina sekolah, seminar, penerbitan dan kebajikan kepada ahli. PAS pula telah mentertai BN setelah peristiwa 13 Mei 1969 di atas semangat perpaduan, Anwar Ibrahim pula menyertai UMNO pada 1982 dan bertanding melawan calon PAS dalam pilihanraya umum. Strategi UMNO menarik Anwar Ibrahim berjaya dengan melahirkan ramai golongan seperti DSAI dalam UMNO. Namun, pelajar Malaysia di luar negara dilatih oleh kumpulan radikal Islam. Terdapat bukti bahawa pelajar-pelajar yang belajar di Barat dan Universiti Islam dilihat telah diajar dalam lingkungan Islam sehingga kerajaan terpaksa menghantar canselor ke luar negara untuk mengawal kebangkitan pelajar. Kumpulan persaudaraan Islam seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM) dikatakan radikal dan terpelajar. Sebahagian besar ahlinya adalah professional. Tahun 1994 Dr Mahathir memerangi kumpulan Sufi iaitu Al-Arqam kerana memesongkan Islam dengan memaksa pimpinan Al-Arqam membuat pngakuan kesesatan mereka dalam satu sidang media. Kerajaan berjaya buktikan bahawa mereka menghapuskan ajaran sesat.

ANALISIS

Rencana yang ditulis oleh Paul M. Lubeck ini yang bertajuk “Islamict Responses ti Globalization : Cultural Conflict In Egypt, Algeria and Malaysia” adalah sebuah rencana yang mengupas berkaitan dengan masalah yang berlaku dalam masyarakat majmuk khususnya yang sedang dihadapi oleh tiga buah negara iaitu Mesir, Algeria dan Malaysia. Walaupun bukannya hanya tiga negara ini sahaja yang berhadapan dengan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi ia dipilih kerana berdasarkan kepada isu yang hampir sama tetapi penyelesaiannya diambil dalam keadaan yang berbeza. Sebagai contohnya adalah negara Pakistan yang telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam namun tetap juga berlaku konflik di antara mereka yang berjuang menegakkan negara Islam dan mereka yang ingin mengekalkan komuniti politik sekular.

Ada beberapa analisis yang boleh digunakan dalam isu yang dibincangkan ini termasuklah analisis yang diutarakan oleh Furnivall, Morris, Crowley dan Benedict, Van den Berghe, Arend Lijphart, Eric Nordlinger serta analisis Rabushka dan Shepsle. Analisis-analisis yang telah dibuat oleh mereka ini akan menentukan sejauh mana masyarakat majmuk dapat diaplikasikan kepada negara Mesir, Algeria dan Malaysia. Pemilihan ketiga-tiga negara tersebut untuk dijadikan contoh kepada kajiannya ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang membezakan di antaranya dan faktor-faktor yang perlu dilihat sebagai sebab-sebab mengapa konflik yang berlaku tinggi ataupun rendah kadarnya.

Timbul persoalan sama ada pertembungan yang berlaku di negara Mesir dan Algeria dapat dikategorikan sebagai pertembungan masyarakat majmuk kerana ia bukannya melibatkan pertembungan di antara kaum yang pastinya berbeza dengan Malaysia yang mempunyai ramai penduduk berbilang bangsa yang melibatkan kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India yang mempunyai populasi yang banyak.

Merujuk kepada hasil kajian yang telah dilakukan oleh Morris, Crowley dan Benedict konsep masyarakat majmuk adalah pertamanya mereka membincangkan kewujudan fahaman berpuak-puakan ataupun perkelompokan di dalam kumpulan etnik atau ras. Keduanya, proses akulturasi majmuk menghasilkan suasana saling faham-memahami di antara kumpulan-kumpulan. Ketiganya, proses modenisasi dan perubahana ekonomi mewujudkan garisan-garisan pemisahan silang-melintang dan yang keempatnya wujud nilai-nilai yang dikongsi bersama.

Adakah Algeria dan Mesir merupakan sebuah negara masyarakat majmuk? M.G. Smith juga menyatakan bahawa satu masyarakat majmuk adalah satu unit dari sudut makna politik sahaja dan komuniti-komuniti terpisah diperintah oleh satu kerajaan. Justeru bagi Smith bahawa hanya apabila kuasa yang digunakan untuk menentukan peraturan dan keamanan di dalam masyarakat barulah ia layak untuk diistilahkan sebagai masyarakat majmuk. Ini secara tidak langsung dapat dinyatakan bahawa Smith tidak besetuju bahawa Algeria dan Mesir disebut sebagai satu masyarakat majmuk walaupun berlakunya pertembungan di antara kumpulan-kumpulan tertentu kerana bagi Smith masyarakat majmuk mestilah satu masyarakat yang terkawal dan aman di bawa satu kuasa pemerintah. Jika pandangan Berghe di ambil kira maka Algeria dan Mesir adalah sesuai dipanggil sebagai satu masyarakat majmuk. Begitu juga dengan pandangan Morris, Crowley dan Benedict bahawa konsep masyarakat majmuk adalah mereka membincangkan kewujudan fahaman berpuak-puakan ataupun perkelompokan di dalam kumpulan etnik atau ras. Justeru, Mesir dan Algeria sesuai diletakkan dalam kelompok masyarakat majmuk.

Bgitu juga dengan pandangan Cynthia H. Enloe yang telah mengemukakan tiga jenis suku bangsa tertentu. Pertamanya, suku bangsa yang berpuak-puak. Keduanya, suku bangsa kebangsaan yang dibahagikan kepada suku bangsa kebangsaan dari luar dan suku bangsa bumiputera. Ketiganya, suku bangsa ras baru asalnya.

Namun, bagi Van den Berghe berpandangan yang bertentangan dengan Smith terhadap penakrifan masyarakat majmuk. Berrghe beranggapan bahawa masyarakat majmuk yang unggul mestilah tidak ada kata sepakat, wujud pergaduhan di antara kumpulan, satu darjah yang tinggi wujud di antara kumpulan, pencapaian integrasi sosial melalui kekuasaan dan saling kebergantungan ekonomi dan yang kelimanya adalah dominasi politik oleh satu kumpulan terhadap kumpulan yang lain. Bermakna, Berghe menolak bahawa sekiranya masyarakat berbilang kaum yang harmoni tidak sepatutnya dipanggil sebagai masyarakat majmuk melainkan timbulnya perbalahan dan seumpamanya.

Arend Lijphart dalam analisisnya dalam mengkaji pendekatan negara yang mengamalkan demokrasi consociational menyebut bahawa demkorasi jenis ini melibatkan kerajaan yang ditubuhkan oleh gabungan elit yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang perlu kepada perkongsian kuasa. Arend Lijphart mengklasifikasikan demokrasi consociational kepada empat kreteria iaitu yang pertamanya penubuhan gabungan pemimpin atau ketua semua kumpulan etnik yang penting dalam masyarakat majmuk. Keduanya, hak veto yang sama di antara kumpulan adalah penting untuk melindungi hak minoriti. Ketiganya, propotionalilty atau peruntukan dalam peratusan tertentu dalam aspek perwakilan politik, jawatan kerajaan, agihan peruntukan kewangan dari kerajaan dan seumpamanya. Keempatnya, kuasa autonomi yang diberikan kepada setiap kumpulan etnik untk menguruskan hal ehwal masing-masing.

Sebab itu, dalam memberikan contoh terhadap negara yang mengamalkan demokrasi consociational, Malaysia adalah negara yang cukup sesuai perkara ini. Sepertimana yang dijelaskan oleh Paul M. Lubeck dalam tulisannya ini, kerajaan yang dipimpin oleh BN telah mengambil tindakan yang drastik untuk memperkenalkan DEB ke dalam masyarakat kerana ia adalah satu pendekatan dan strategi untuk memastikan bahawa pertembungan di antara kaum yang melibatkan jurang ekonomi yang ketara di antara kaum Melayu dan Cina sehingga perbezaan ini menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku.

Begitu juga dengan pembahagian kuasa terhadap parti yang menganggotai parti kerajaan iaitu BN yang mana pengagihan kerusi dalam pilihanraya umum dan pengagihan jawatan dalam kerajaan telah dibuat berdasarkan kepada kedudukan komponen parti dalam BN.

Perkara ini juga disokong oleh teori Furnivall bahawa dalam keadaan keretakan dan pemisahan ini pergaduhan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat majmuk sering kali berlaku disebabkan perebutan dan persaingan untuk memenangi kuasa-kuasa ekonomi dan politik. Bermakna, walaupun pengagihan kuasa politik telah dibuat dengan satu suara bersama namun ia belum menjamin bahawa kumpulan-kumpulan masyarakat majmuk akan berenti daripada mmbuat tuntutan tertentu yang memberikan kepentingan kepada kaum tersebut.

Dalam kes Malaysia analisis Rabushka dan Shepsle dapat digunakan kerana kedua-duanya menggunakan tahap intensiti garisan-garisan pemisah serata cara garisan-garisan tersebut mengakibatkan pergaduhan dan konflik politik. Rabushka dan Shepsle dalam kes kajian terhadap Malaysia telah memberikan lima peringkat paradigm perkembangan politik dala masyarakat majmuk sebelum kemerdekaan sebagai satu keadaan kerjasama anara kaum.

Konflik dilihat berlaku di dalam masyarakat majmuk namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan konflik yang dinyatakan oleh Paul M. Lubeck dalam kajiannya ini? Adakah dengan hanya berlakunya pertembungan maka ia sudah patut dipanggil konflik? Nordlinger menakrifkan bahawa konflik adalah sebagai meruncing apabila isu-isu yang dipertikaikan di anggap sebagai sangat penting yang mana melibatkan identiti sosial kumpulan dan sebagainya. Justeru pengawalan konflik perlu dilakukan dan Eric Nordlinger dalam kajiannya berkaitan dengan pengawalan konflik terhadap amalan-amalan pengawalan konflik terhadap beberapa buah negara berdasarkan kepada suasana politik negara tersebut.

Nordlinger menyatakan enam amalan pengawalan konflik iaitu gabungan parti pemerintah yang stabil seperti Malaysia dan Austria, keduanya adalah prinsip proportionality iaitu apabila pembahagian atau perkongsian sesuatu dilakukan secara berkadar atau seimbang antara kumpulan-kumpulan yang berkonflik seperti yang berlaku di Lubnan dan Belgium, ketiganya adalah veto yang sama atau mutual veto iaitu kuasa veto yang sama diberikan kepada setiap kumpulan yang berkonflik sepertimana yang diaplikasikan di Austria semasa pemerintahan Austria’s Grand Coalition daripada tahun 1945 sehingga 1966 secara meluas. Perkara yang keempat adalah tidak mempolitikkan sesuatu atas sebab tertentu (purposive depoliticization) untuk mengurangkan ketegangan dan konflik. Perkara yang ke lima adalah amalan-amalan lain seperti kompromi ataupun tolak ansur dan yang keenamnya adalah pemberian konsesi daripada kumpulan yang berkonflik tanpa mendapatkan sebarang konsesi ataupun balasan.

Mengikut pandangan Nordlinger dalam amalan yang sepatutnya digunakan oleh pemerintah untuk mengawal konflik perlu dilihat dan diaplikasikan dalam beberapa perkara. Jika dilihat daripada enam amalan tersebut, Malaysia adalah merupakan negara yang berjaya mengurangkan konflik dalam masyarakat dengan mengambil pendekatan dalam perkara yang keempat dan kelima. Keputusan bersama di kalangan parti pemerintah yang menyedari bahawa terdapat isu-isu yang sensitif yang sedang berlegar di dalam masyarakat seperti isu agama dan kaum yang dilihat akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat akan dielakkan daripada diperbincangkan.

Namun kawalan terhadap isu-isu tertentu sepertimana yang disebut oleh Nordlinger agar isu-isu sensitif yang berlegar di dalam masyarakat tidak dibincangkan tetap juga berlaku walaupun tidak sekerap yang ada termasuklah di Malaysia.

Jika dilihat kajian Nordlinger terhadap persoalan konflik ini, pemerintah Mesir tidak berupaya untuk mengawal konflik yang berlaku kerana tidak ada berlakunya kompromi di antara kerajaan dengan kumpulan-kumpulan yang menentang tetapi lebih menggunakan pendekatan yang keras terhadap pihak lawan. Sebagai buktinya, Mubarak mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk sepertimana yang dijelaskan di dalam rencana ini. Mubarak tidak menggunakan pendekatan kompromi dengan mana-mana kumpulan yang dilihat menentangnya sedangkan pendekatan seperti ini sudah tentu akan memberikan ruang yang lebih luas kepada kerajaan pimpinannya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dan mengurangkan tekanan daripada pihak penentang.

Begitu juga dengan Algeria yang mengambil pendekatan kekerasan sehingga berlakunya pembunuhan termasuklah pembunuhan 200 rakyat Algeria yang tidak mahu mematuhi perintah berkurung pada tahun 1988. Ditambah lagi dengan peperangan di Algeria yang mengorbankan seramai 30 ribu orang seperti mana yang dilaporkan oleh regim Algeria. Kemudian, berlakunya pula pengharaman terhadap FIS oleh kerajaan tentera pada bulan Mac 1991 setelah FIS menang dalam pusingan pertama pilihanraya Algeria. Bezanya, apabila liamine Zeroul dilantik menjadi Presiden Algeria, beliau cuba menggunakan pendekatan untuk berdialog dengan kumpulan penentang dan akhirnya berjaya memecahkan FIS kepada dua kumpulan kerana ada di antara kumpulan FIS tidak bersetuju dengan pendekatan yang ingin dicapai dengan Zeroul.

Daripada pelbagai pandangan sarjana ini, kita dapati bahawa tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir dan Algeria sememangnya telah menyebabkan konflik yang dihadapi cukup tinggi. Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak sememangnya telah gagal dalam banyak perkara dalam menyelesaikan masalah ataupun konflik yang dihadapi di Mesir sehingga ia telah membawa pemerintahan beliau masih terus ditentang oleh golongan pejuang Islam termasuklah melalui medan pilihanraya.

Algeria pula walaupun pada peringkat awalnya menggunakan kaedah kekerasan untuk menentang puak penentang sehingga tentera mengambil alih kuasa kerajaan namun mengubah pendekatan untuk mengadakan kompromi dan dialog bersama kumpulan FIS. Walaupun masih lagi terdapat penentangan daripada FIS tetapi pendekatan yang dilakukan oleh Zeroul berjaya mengurangkan ketengangan. Pendekatan seperti ini juga telah dilakukan oleh kerajaan Filifina di bawah pimpinan Aroyyo Machapagal, Perdana Menteri Filifina yang berani untuk mengadakan undingan dengan pejuang pembebasan Moro yang akhirnya kumpulan ini telah pecah kepada dua kumpulan yang mana salah satunya bersetuju dengan rundingan damai manakala kumpulan yang satu lagi tidak bersetuju malah mahukan pembebasan Moro diteruskan juga tanpa kompomi.
Kesimpulan

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh Paul M. Lubeck dalam tulisannya ini, konflik yang berlaku di dalam negara yang majoritinya umat Islam bukannya satu perkara yang kecil kerana ia melibatkan kebanyakkan negara-negara di dunia. Jika dilihat daripada puncanya adalah kerana kesan daripada penghasilan pengeluaran petroleum di dalam negara tersebut sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak ekonomi negara. Peningkatan mendadak ini telah menyebabkan banyak pihak yang mahukan nikmat ekonomi yang dicapai oleh kerajaan dikongsi bersama rakyat dalam banyak aspek seperti pendidikan, kebajikan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Apabila kerajaan tidak berjaya menjalankan harapan rakyat maka timbul desakan dan bantahan dan membawa kepada penentangan daripada kumpulan-kumpulan lain sehingga parti pemerintah mengambil tindakan yang mahu memastikan bahawa kumpulan-kumpulan penentang ini dilemahkan seterusnya menstabilkan kerajaan yang ada.

Pendekatan yang diambil oleh Mesir dan Algeria dikategorikan sebagai pendekatan yang menghasilkan konflik yang tinggi manakala pendekatan yang diambil oleh Malaysia adalah pendekatan yang menghasilkan konflik yang rendah. Bermakna, persoalan berkaitan dengan masyarakat majmuk yang pastinya akan menghadapi pelbagai kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri sukar untuk dinafikan namun ia pasti dapat dielakkan sekiranya pemerintah bijak untuk mengunakan pendekatan seperti mana yang telah diterangkan di dalam analisis ini mengikut pandangan pakar-pakar dalam bidang masyarakat majmuk.

Namun, tidak semua pendekatan tersebut sesuai dengan keadaan yang berlaku di dalam sesebuah negara kerana ia bergantung juga dengan komposisi kaum dan komposisi kumpulan-kumpulan tertentu. Di Malaysia, pendekatan yang dibuat lebih mudah untuk diaplikasikan kerana ia melibatkan tiga kaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India manakala di Mesir pula ia melibatkan kaum yang sama tetapi mempunyai ideologi yang berbeza.

Walaupun realitinya bukanlah perkara yang mudah untuk mengatasi masalah dalam masyarakat majmuk namun usaha perlu dibuat dan diteruskan agar pertembungan yang berlaku dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima.

Rujukan :-

Chapter Four: Institutions and the Management of Ethnic Diversity, semakan terakhir pada 25 November 2009 http://www.cid.harvard.edu/cidstudents/thesis_prize/thesis_2002/ch4.pdf

Sage Journals Online, Comparative Political Studies, semakan terakhir pada 25 November 2009 http://rac.sagepub.com/cgi/pdf_extract/12/4/461

Elections in Fragile States: Between Voice and Violence, semakan terakhir pada 22 November 2009 http://www.humansecuritygateway.com/documents/ISA_electionsinfragilestates.pdf

Macro Political Means of Ethnic Conflict Management, semakan terakhir pada 20November 2009, http://www.seep.ceu.hu/issue22/todosijevic.pdf,

Algeria, laman web Wikipedia, semakan terakhir pada 30 November 2009, http://en.wikipedia.org/wiki/algeria

Egypt, laman web Wikipedia, semakan terakhir pada 30 November 2009, http://en.wikipedia.org/wiki/Egypt

Malaysia, laman web Wikipedia, semakan terakhir pada 30 November 2009, http://ms.wikipedia.org/wiki/malaysia

PENAHANAN ANGGOTA KUMPULAN MILITAN MALAYSIA (KMM) DAN JAMAAH ISLAMIAH (JI) DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) DAN KESESUAIANNYA DI MALAYSIA

-----------------------------------------------
Hipotesis, analisis data serta saranan dan cadangan tidak dipaparkan di dalam blog ini. Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut anda bolehlah hubungi saya, wassalam.
-----------------------------------------------

1. TAJUK DAN SIGNIFIKAN KAJIAN

1.1 Pendahuluan

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) ataupun singkatannya ISA adalah merupakan satu undang-undang pencegahan yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi untuk menentang ancaman Komunis. Namun, setelah ancaman Komunis selama 41 tahun berakhir hasil perjanjian damai ditandatangani pada 2 Disember 1989, kerajaan Malaysia masih lagi mengekalkan ISA kerana pelbagai sebab dengan menyatakan bahawa ia perlu untuk mengatasi ancaman keselamatan daripada pelbagai pihak. (Jin, Aznam, 2007)

Pelbagai pandangan telah dikemukakan terhadap status ISA di Malaysia kerana ada yang mendakwa bahawa ISA tidak lagi sesuai ketika ini dan ianya perlu dihapuskan. Terdapat segolongan rakyat yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mengambil tindakan yang lebih aggresif dengan mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 untuk menyatakan bantahan terhadap pengekalan ISA dengan menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong bagi memansuhkan ISA (Himpunan Mansuh ISA (2009).

Kesan daripada tekanan dan kritikan terhadap ISA maka ISA telah dibawa ke Parlimen untuk dipinda walaupun pada peringkat awalnya Menteri Dalam Negeri telah menolak apa jua cadangan terhadap ISA.

Kerajaan memutuskan pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) harus dibentangkan pada persidangan Parlimen bersama enam lagi akta berkaitan pencegahan iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959, Seksyen 27 Akta Polis 1960, Akta Buang Negeri 1959, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

Kajian ini akan melihat sejauh mana keperluan untuk mengekalkan, meminda ataupun memansuhkan akta ISA yang akan melibatkan kes penahanan anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jamaah Islamiah (JI) di bawah ISA dan sejauh mana kesesuaian ISA di Malaysia pada masa kini.

1.2 Latar Belakang Kajian.

1.2.1 Pendahuluan

Kajian terhadap kerelavenan perlaksanaan ISA di Malaysia berpunca daripada perhimpunan membantah ISA yang telah diadakan oleh GMI di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyatakan pandangan bahawa ISA sudah tidak lagi sesuai dan perlu dimansuhkan serta perlu membebaskan tahanan yang ada untuk dibicarakan di mahkamah. Himpunan ini telah disertai oleh rakyat dengan disokong oleh parti-parti politik dan kumpulan NGO dengan jumlah kehadiran sekitar dua puluh ribu orang walaupun telah dihalang oleh pihak keselamatan.

Dalam masa yang sama terdapat juga kumpulan masyarakat sama ada mewakili parti politik mahupun NGO yang masih mahukan ISA dikekalkan dan mendesak agar kerajaan tidak tunduk kepada mana-mana desakan untuk menghapuskan ISA. Kesepakatan kumpulan ini telah berjaya membentuk Gerakan Kekalkan ISA (GKI) dan telah membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan dan penyerahan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada tarikh yang sama.

Maka, untuk membuat kajian terhadap perkara ini adalah perlu untuk melihat sejarah bagaimana akta ISA diwujudkan di Malaysia kerana ia akan mempengaruhi perbincangan dan kajian yang akan dilakukan.

1.2.2 Kenapa ISA diwujudkan

British telah mengisytiharkan darurat di Malaya pada tahun 1948 apabila berlakunya rentetan peristiwa berdarah yang melibatkan kerajaan British dengan kegiatan politik haluan kiri terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM) selepas daripada Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 terutamanya selepas kes pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak sehingga membawa kepada pengharaman PKM (Wikipedia, 2010, Mei 18).

Cadangan untuk mewujudkan satu undang-undang pencegahan telah dikemukakan di dalam Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri Tanah Melayu, Allahyarham Tun Abdul Razak pada 21 Jun 1960 bagi mengatasi masalah darurat yang sedang dihadapi oleh negara pada ketika itu. Tun Razak menyatakan hasratnya untuk mengakhiri darurat pada tanggal 31 Julai 1960. Tun Razak menyatakan bahawa:

“Perdana Menteri dan anggota kerajaan yang lain termasuk saya sendiri, telah cukup jelas dalam beberapa kesempatan itu, kerana darurat itu harus diakhiri, kerajaan tidak bermaksud untuk tidak berwaspada terhadap kejahatan musuh yang masih tetap sebagai ancaman di sempadan kita yang ketika ini berusaha dengan cara subversi untuk berjaya di mana mereka telah gagal dengan penggunaan senjata. Karena alasan ini bahawa usul ini dibentang di dalam Parlimen. Ia mempunyai dua tujuan utama: pertama untuk melawan subversif di seluruh negara dan, kedua, untuk membolehkan tindakan yang perlu harus diambil pada daerah sempadan untuk melawan keganasan" (SUHAKAM, 2003 : 3)

Akta ISA ini pada awalnya telah dirangka oleh R.H. Hickling Akhirnya ISA menjadi undang-undang di Malaysia Barat pada tarikh 1 Ogos 1960 dan Malaysia Timur pada tarikh 16 September 1963.

1.2.3 Sejarah perlaksanaan ISA di Malaysia.

ISA mula dilaksanakan di Malaysia setelah akta ini diluluskan di Parlimen pada 22 Julai 1960 sebagai undang-undang pencegahan. ISA membenarkan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang boleh mendatang kemudaratan kepada negara ditahan oleh polis dan ditahan selama 60 hari berturut-turut dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu jika didapati masih mampu mendatangkan kemudaratan maka dengan kuasa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri boleh menahan tertuduh selama dua tahun tanpa melalui perbicaraan di mana-mana mahkamah. Kuasa yang diberikan kepada menteri ini semakin bertambah apabila pada tahun 1989 akta ISA telah dipinda untuk memberikan kekebalan kepada Menteri Dalam Negeri daripada disiasat oleh makkamah dalam menentukan keputusannya terhadap tahanan ISA. Mahkamah hanya dibenarkan untuk melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA ( SUHAKAM, 2003: 3).

ISA telah menahan beribu-ribu tahanan yang mempunyai latar belakang yang berbeza seperti anggota komunis, ahli politik, pelajar, aktivis kemanusiaan, wartawan, penggerak reformasi dan pelbagai lagi dengan alasan mereka terlibat dengan aktiviti yang mengancam keselamatan negara. Namun begitu, penahanan yang dilakukan di bawah ISA seringkali dipertikaikan terutamanya oleh badan politik dan badan hak asasi manusia yang berpendapat bahawa terdapat penahanan dilakukan kerana kepentingan politik pemerintah dan penahanan mereka dilakukan tanpa mendapat pembelaan dan keadilan.

Terdapat satu kes di mana seorang wartawan Sin Chew Daily telah ditahan di bawah ISA selama 18 jam dengan alasan untuk menjaga keselamatan wartawan tersebut. Menteri Dalam Negeri telah membuat satu kenyataan semasa pembebasan wartawan tersebut dengan menyatakan bahawa pihak polis menahan beliau kerana wartawan tersebut telah menerima ugutan bunuh maka polis perlu menahannya di bawah ISA sehingga tindakan tersebut dipertikaikan oleh pelbagai pihak.


1.2.4 Akta Keselamatan Dalam Negeri di Negara Lain.

Perlaksanaan undang-undang seperti ISA bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia sahaja tetapi terdapat juga negara lain yang mengamalkan undang-undang pencegahan untuk mengelakkan ketidakstabilan negara. Jika dilihat kepada akta yang mempunyai persamaan dengan ISA di Malaysia maka terdapat tiga buah negara yang mengamalkan ISA iaitu Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura 1963 sebenarnya telah diwujudkan di Singapura ketika negara tersebut berada di dalam Malaysia dan apabila Singapura mengistiharkan mereka keluar daripada Malaysia akta ISA terus dilaksanakan mengikut keperluan dan kepentingan di negara tersebut. ISA di Singapura memberikan kerajaan hak untuk menangkap dan menahan individu-individu tanpa perbicaraan seperti mana yang dilaksanakan di Malaysia. ISA di Singapura digunakan untuk mengekalkan kestabilan kerajaan dan mengelakkan kritikan daripada pembangkang terhadap kerajaan. Sebagai contohnya, pada tahun 1963 telah dilaksanakan Operasi Coldstore iaitu operasi bersama di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura untuk menahan 117 penyokong parti pembangkang dan ahli kesatuan perkerja Singapura, dan sesetengah daripada mereka ditahan sehingga 17 tahun. Pada tahun 1966 pula seorang ahli parti Barisan Sosialis iaitu Chia Thye Poh telah ditahan di bawah ISA selama 32 tahun. Begitu juga dengan penahan Mas Selamat bin Kastari yang dikatakan sebagai ketua JI telah diekstridasi dari Indonesia dan ditahan tanpa perbicaraan di bawah ISA namun beliau telah melarikan diri daripada tahanan pada bulan Februari 2008.

Akta Keselamatan Dalam Negeri McCarran adalah merupakan akta keselamatan yang diguna pakai di Amerika Syarikat ketika ini. Ia telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1950 dan telah dipinda beberapa kali sehingga kali terakhirnya pada tahun 2003. Amerika Syarikat juga telah mewujudkan akta baru iaitu USA Patriot Act 2001 & Homeland Security Act 2002 yang diwujudkan selepas serangan ke atas World Trade Centre di New York pada 11 September 2001.

Negara-negara lain yang mempunyai akta yang seumpama ISA adalah negara Australia melalui Terrorism Act 2005, United Kingdom (Terrorism Act 2000), Tanzania (Tanganyika Preventive Detention 1962), Bangladesh (Special Powers Act 1974), Ghana (Preventive Detention Act 1958), Israel (Emergency Powers [Detention] Law) dan Sri Lanka (Prevention Of Terrorism Act 1982).

1.2.5 Rekod penahanan ISA sejak tahun 1960

Agak sukar untuk mendapatkan jumlah sebenar tahanan ISA sejak ia dimulakan pada tahun 1960 namun mengikut jawapan bertulis daripada Menteri Dalam Negeri, sehingga tahun 2005 seramai 10,662 orang telah ditahan di bawah ISA dengan 4,139 ditahan secara formal dan 2,066 ditahan dengan perintah tidak dibenarkan keluar daripada daerah. Manakala, seramai 12 tahanan telah dijatuhkan hukuman mati di antara tahun 1984 dan 1993. Sebab-sebab penahanan juga pelbagai mengikut pertuduhan yang dikenakan yang berkisar tentang keselamatan negara (Wikipedia, Mei 18, 2010 : 15-16). Ketika ini terdapat seramai 17 orang tahanan yang berada di bawah ISA di atas pelbagai pertuduhan dan di antaranya berkaitan dengan JI.

1.2.6 Penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Gerakan Mansuhkan ISA adalah merupakan satu gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik di Malaysia yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menghapuskan ISA. Ia ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah dianggotai lebih daripada 80 buah NGO dan parti politik. GMI telah menerbitkan pelbagai buku dan risalah bagi menerangkan pandangan mereka terhadap akta ISA seperti Siri Malaysia Bebas Dari ISA dan Ia Sah Aniaya. GMI juga yang bertanggungjawab menganjurkan himpunan 100 ribu rakyat untuk memansuhkan ISA. Terbaru, GMI yang tidak bersetuju dengan candangan kerajaan untuk meminda ISA telah melancarkan kempen “Mansuh ISA, Bukan Pinda” untuk mendesak kerajaan agar memansuhkan ISA kerana bagi GMI pindaan ISA tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh mangsa ISA pada ketika ini dan akan datang.

1.2.7 Penubuhan Gerakan Kekalkan ISA

Gerakan Kekalkan ISA telah ditubuhkan sebagai tanda persetujuan dan sokongan terhadap kerajaan yang masih mengekalkan ISA dan ianya diwujudkan sebelum bermulanya himpunan 100 ribu rakyat membatah ISA yang dianjurkan oleh GMI. Ia telah diasaskan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan telah disokong oleh sepuluh NGO Melayu termasuklah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Gerakan Kekalkan ISA ini masih lagi wujud kerana ia tidak perkembangan GKI akhir-akhir ini.

1.3 Isu kajian

Kajian ini akan menumpukan kepada kes tangkapan yang melibatkan anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jamaah Islamiah (JI) yang telah ditangkap dan ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan oleh kerajaan. KMM mula dikenali setelah berlakunya kejadian di Bukit Jenalik Kuala Kangsar, Perak. Sejak daripada itu, lebih daripada 75 ahli KMM telah ditahan di bawah ISA dan seterusnya KMM diharamkan. KMM dikatakan mempunyai hubungan secara langsung dengan JI dan disyaki KMM turut sama merancang untuk menggunakan kaedah kekerasan dan militan di dalam tindakan mereka.

JI pula telah ditubuhkan oleh Abu Bakar Basyir di Indonesia sekitar tahun 1969 yang cuba menghidupkan kembali operasi pergerakan untuk membina Negara Islam oleh Kartosuwiryo pada tahun 1949 setelah Kartosuwirjo ditangkap pada tahun 1962 oleh pemerintah Indonesia dan seterusnya dijatuhkan dengan hukuman mati. JI dikatakan telah bermula di Malaysia pada tahun 1982 apabila Abu Bakar basyir dan pengikutnya melarikan diri ke Malaysia. Berpandukan kepada kaitan di antara KMM dengan JI maka ia dipercayai mempunyai kaitan termasuklah tindakan militan yang dirancang bersama. (Wikipedia, April 20, 2010)

Isu kajian yang berkaitan KMM dan JI adalah berkenaan dengan sejauh mana kebenaran kewujudan KMM dan JI di Malaysia kerana mereka yang ditahan dikaitkan dengan penglibatan dengan dua kumpulan ini yang merancang untuk menggunakan kekerasan dan keganasan serta dikaitkan dengan pelbagai strategi persenjataan. Begitu juga dengan penahanan kesemua suspek yang ditahan di bawah ISA tanpa melalui proses perbicaraan. Suspek yang ditahan kerana terlibat dengan KMM telah dibebaskan kesemuanya namun masih lagi terdapat suspek yang terlibat dengan JI masih lagi ditahan.

Isu kajian yang ingin dikemukakan adalah berkaitan dengan perkara seperti berikut iaitu berkaitan dengan penahanan tanpa bicara, hak asasi kemanusiaan yang perlu diberikan kepada tahanan seperti hak melantik peguam dan hak untuk dibicarakan di mahkamah.

1.4 Objektif Kajian

Memandangkan kajian ini adalah berkaitan dengan sejauh mana kerelevanan ISA di Malaysia dengan merujuk kepada kes KMM dan JI, maka dilihat bahawa terdapat empat objektif yang berkaitan dengan kajian.

Objektif utama adalah untuk mengkaji secara umum sejauh mana rakyat Malaysia menyedari tentang kewujudan ISA termasuk untuk mengetahui sejauh mana rakyat Malaysia peka dengan kaedah penahanan di bawah ISA. Ini untuk mengelakkan rakyat Malaysia daripada bertindak untuk menyokong ataupun membantah dalam keadaan tidak memahami apa yang mereka nyatakan. Ada kemungkinan bahawa terdapat dikalangan rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa terdapat undang-undang seperti ISA diwujudkan di Malaysia dan tidak memahami bagaimana penahanan di bawah ISA dilakukan.

Objektif kedua adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada umum tentang kerelevanan ISA ketika ini. Seperti yang dinyatakan di dalam pengenalan kajian ini bahawa tujuan ISA diwujudkan adalah untuk membenteras serangan Komunis namun perlu juga dibuat kajian sejauh mana ISA dilihat masih sesuai ataupun tidak melalui pandangan masyarakat umum. Sebab itu pandangan masyarakat terhadap akta ini perlu diambil kira untuk mendapatkan pandangan yang lebih realistik.

Objektif yang ketiga adalah berkaitan dengan sejauh mana keperluan untuk ISA dipinda ataupun dihapuskan sepertimana yang telah didesak oleh pelbagai pihak. Bagi mendapatkan pandangan ini daripada umum, persoalan berkaitan dengan kes penahanan tanpa bicara, perkara berkaitan dengan hak asasi manusia dan kaedah penahanan suspek dikemukakan di dalam kertas soal selidik.

Objektif yang terakhir iaitu objektif yang keempat adalah untuk melihat penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan terhadap ISA. Cadangan tersebut dapat dikemukakan berkaitan dengan tempoh tahanan, cara penahanan, kuasa menteri dan cadangan yang berkaitan. Objektif-objektif ini akan mempengaruhi penyediaan soalan-soalan yang akan dikemukakan di dalam soal selidik nanti.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian tidak terbatas mengikut peringkat umur, kaum dan agama kerana ia perlu mengambil kira pandangan semua peringkat untuk melihat sejauh mana kajian ini lebih berkesan dan lebih tepat. Kajian ini akan diadakan ke atas penduduk di dalam Parlimen Kluang yang akan melibatkan masyarakat umum mengikut latar belakang yang berbeza.

1.6 Jangkaan Hasil Kajian

Melihat kepada kajian yang telah dibuat sebelum ini sebahagian besarnya menjurus ke arah menghendaki agar ISA dikaji semula ditambah lagi denan keputusan kerajaan untuk membawa cadangan pindaan akta ini di Parlimen. Kajian ini akan membawa kepada pandangan masyarakat bahawa ISA perlu dipinda untuk mengelakkan ISA disalahgunakan dan akta ini akan semakin dihormati oleh semua pihak. Namun, ia juga bergantung kepada kepekaan dan kefahaman masyarakat awam terhadap ISA. Jika masyarakat awam tidak memahami dan tidak membuat peneltian terhadap ISA maka ada kemungkinan ISA dilihat masih relaven tanpa perlu melalui proses penambahbaikan.

1.7 Kepentingan dan Faedah Penyelidikan

Perdebatan tentang sama ada ISA masih lagi sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia semakin rancak apabila semakin banyak kumpulan yang diwujudkan untuk memberikan pandangan terhadap keberkesanan ISA. Penubuhan GMI pada tahun 2001 telah mengerakkan massa untuk mendesak kerajaan agar membebaskan tahanan ISA yang ditangkap kerana terlibat dalam gerakan reformasi. Sebelum itu, Aliran dan Suaram adalah di antara kumpulan hak asasi manusia yang ditubuhkan di Malaysia untuk menentang pengunaan ISA terhadap mana-mana rakyat Malaysia. Walaupun desakan demi desakan dilakukan namun kerajaan masih tetap percaya bahawa ISA masih lagi diperlukan di dalam konteks mengawal keselamatan negara.

Penyelidikan ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran bahawa ISA masih lagi relaven dengan keadaan pada hari ini seperti mana yang telah pertahankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bernama, Ogos 2, 2009). Begitu juga kajian ini juga dilakukan untuk melihat sejauh mana dakwaan bahawa ISA perlu diberi nafas baru dengan melakukan pindaan terhadap beberapa perkara di dalam ISA. Kajian ini juga penting untuk melihat sejauh mana kebenaran bahawa ISA perlu dihapuskan kerana ia adalah satu undang-undang yang zalim kepada rakyat.

Hasil kajian ini diharapkan akan membantu pihak-pihak tertentu untuk melihat sejauh mana keberkesanan ISA yang sedang dijalankan di Malaysia. Kerajaan telah membuat keputusan untuk melakukan pemindaan terhadap ISA dan dijangkakan akan membentangkan pindaan tersebut di Parlimen seperti mana yang telah dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri namun belum dapat dipastikan bahagian yang mana akan dipinda.

BAB 2 : KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU

Perkembangan perlaksanaan ISA di Malaysia telah mendapat tempat di dalam kajian-kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada daripada dalam negara mahu pun daripada luar negara khususnya badan yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Terdapat pelbagai kajian yang telah dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan akta ISA dan kebanyakkannya lebih menjurus kepada perubahan terhadap akta ISA ini.

2.1 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) iaitu satu suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani permasalahan dan aduan berkaitan dengan isu hak asasi secara konsisten menentang penggunaan ISA terhadap mana-mana rakyat Malaysia dan pernah mengeluarkan kenyataan agar tiga rakyat Malaysia iaitu Raja Petra Kamaruddin, Teresa Kok and Tan Hoon Cheng yang ditahan di bawah ISA adalah satu tindakan yang salah dan merupakan pelanggaran hak asasi manusia. SUHAKAM juga pernah mengeluarkan kenyataan media apabila terdapat tahanan ISA dibebaskan seperti pembebasan Sanjeev Kumar A/L Krishnan pada 9 September 2008 dan pembebasan Raja Petra Kamaruddin.

Dato’ N. Siva Subramaniam menyatakan bahawa SUHAKAM memandang berat terhadap penggunaan penahanan tanpa perbicaraan dan telah berulangkali menyarankan supaya tahanan ISA dibebaskan atau didakwa mengikut kesalahan mereka dengan menegaskan bahawa tindakan menahan seseorang tanpa sebarang perbicaraan adalah salah kerana bercangggah dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) yang memberi penekanan terhadap hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.

Dalam satu kajian SUHAKAM betajuk Review of The Internal Security Act 1960 yang dikeluarkan pada tahun 2003 telah membuat cadangan kepada kerajaan supaya meminda ISA (SUHAKAM, 2003 : 33 – 51). Cadangan tersebut adalah berdasarkan dua perkara yang disandarkan kepada perspektif hak asasi manusia. Pertama, ada kebimbangan dalam hubungannya dengan syarat-syarat ISA yang dipercayai bahawa mereka melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia. Perkara yang kedua, ada keprihatinan berhubung dengan pelaksanaan peruntukan ISA. Dipercayai bahawa di bawah ISA, warganegara dan bukan warganegara telah menjadi sasaran penahanan sewenang-wenangnya dan tidak berperikemanusiaan atau merendahkan martabat insan ketika berada dalam tahanan. Dua alasan ini telah dikemukakan kepada kerajaan untuk mengambil kira keperluan untuk meminda ISA.

2.2 Human Rights Watch (HRW)

Sebuah organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) turut mengadakan kajian terhadap perlaksanaan ISA di Malaysia. Kajian HRW memfokuskan terhadap keadaan tahanan yang sedang ditahan di pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak. HRW mendapati bahawa tahanan telah disiksa sepanjang proses penahanan mereka dengan mengemukakan soal selidik yang mereka terima daripada tahanan-tahanan seperti Yazid Sufaat, Zainun Rasyid, Mat Sah Mat Satray dan Abdul Murad Sudin yang sedang berada di penjara Kamunting dengan menceritakan pengalaman yang sedang mereka hadapi (Human Rights Watch, September 2005 : 29 – 30). Sebagai contohnya pengalaman Mat Sah Mat Satray telah diambil dengan beliau menggambarkan pengalamannya :

“Saya telah dilemparkan dengan kasar di lantai simen dan mereka menekan lutut mereka di bahagian belakang leher saya sampai saya merasa sakit luar biasa sehingga pipi ditekan ke lantai simen yang kotor. Saya kemudian ditarik kembali dan dengan kasar ditolak ke dalam ruang tempat solat dalam keadaan tangan digari…tulang rusuk kanan saya ditolak dengan kasar di atas lantai sehingga merasa sesak nafas dan pipi saya di lantai. Setelah itu saya diperintahkan untuk bangun dan gari dipindahkan dari belakang ke depan. Saya diarahkan untuk duduk bersila menghadap dinding dan kepala saya menghentam dinding.”

HRW telah mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar menghapuskan akta tersebut kerana ia didapati melanggar hak asasi manusia. HRW menegaskan agar mereka yang sedang ditahan perlulah diadili sesuai dengan piawaian mahkamah antarabangsa. HRW bukan sahaja mengemukakan laporannya kepada kerajaan Malaysia malah ia juga diserahkan kepada SUHAKAM, Kerajaan Amerika Syarikat, Kerajaan Britain dan Bangsa-Bangsa Bersatu.

2.3 Amnesty International

Amnesty International yang berpengkalan di England telah memberikan pandangan yang hampir sama dengan HWR (Amnesty International, September 1999 : 19-26). Amnesty telah membuat kajian sejarah penahanan di bawah ISA sejak daripada tahun 1960 sehinggalah kes penahanan ISA yang melibatkan reformis yang menyertai reformasi yang dimulakan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kes penahanan Datuk S. Nallakaruppan dijadikan sebagai kajian kes untuk melihat bagaimana cara beliau ditahan. Amnesty Antarabangsa mengesyorkan agar kerajaan membuat keutamaan pengesahan tentang perlaksaan ISA di Malaysia daripada Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), Perjanjian Antarabangsa mengenai Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR) dan Konvensyen Menentang Penyiksaan dan Lain yang Kejam, tidak berperikemanusiaan atau Perlakuan atau Hukuman (CAT).

Amnesty melalui kajiannya yang bertajuk “Malaysia: Human rights undermined: Restrictive laws in a parliamentary democracy” juga mengesyorkan agar pindaan terhadap perlembagaan negara mengambil kira hak asasi manusia. Begitu juga dengan reformasi terhadap perundangan perlu dilakukan kerana tahanan ISA wajar diberikan hak untuk dibicarakan bukannya terus ditahan tanpa melalui proses perundangan di mahkamah. Amnesty International juga mendesak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah untuk menamatkan amalan terhadap tahanan seperti dakwaan penyiksaan dan perlakuan buruk.

2.4 “Human Rights and Internal Security in Malaysia : Rhetoric and Reality”

Tesis bertajuk “Human Rights and Internal Security in Malaysia : Rhetoric and Reality” (Rahim, Mac 2006 : 67 – 89) telah membuat penyelidikan tentang penggunaan ISA di Malaysia yang membandingkan di antara keselamatan dalam negeri dan hak asasi manusia. Beliau mengemukakan pandangan terhadap tindakan kerajaan yang perlu mengambil kira tentang hak asasi manusia dalam mengambil tindakan di bawah ISA. Ini adalah kerana kebimbangan yang wujud apabila keselamatan dalam negeri lebih diutamakan daripada hak asasi manusia dalam menentukan sesuatu tindakan. Ini termasuk juga terhadap keadilan dalam perbicaraan ke atas tahanan ataupun suspek yang ditahan di bawah akta ini.

2.5 Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

GMI pula melalui satu kenyataan akhbar secara konsistennya menegaskan bahawa ISA perlu dimansuhkan bukannya dipinda seperti mana yang telah dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri. GMI memberikan beberapa sebab di antaranya berkaitan dengan penahanan tanpa melalui proses perbicaraan dalam apa jua keadaan tetap melanggar prinsip keadilan dan hak perbicaraan yang sepatutnya diperolehi oleh setiap rakyat. Dengan mengambil kira kehendak kerajaan untuk meminda ISA maka GMI menggesa agar semua tahanan ISA dibebaskan atau dibicarakan diikuti dengan kajian untuk ISA dimansuhkan.

Terdapat juga pandangan yang bersetuju agar ISA dikekalkan sama ada tanpa dipinda mana-mana bahagian ataupun perlu dipinda mengikut kesesuaian seperti jumlah jangka masa tahanan dan hak untuk dibicarakan. Pandangan-pandangan ini walaupun tidak dilakukan melalui hasil kajian yang mendalam namun ia dilihat sebagai pandangan yang perlu diambil kira untuk melihat keberkesanan ISA ketika ini.

2.6 Pandangan menyokong ISA

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bersetuju agar ISA dikekalkan dengan melakukan pindaan terhadap akta yang sedia ada (Zakaria, 2006,). Beliau melihat bahawa tempoh tahanan ISA yang ditetapkan selama dua tahun perlu dikaji semula. Beliau telah menyarankan agar tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diubah daripada dua tahun kepada setahun sepertimana yang diamalkan sekarang. Dr Mahathir juga mencadang agar kajian setiap enam bulan dilakukan oleh pihak yang berkelayakan sebagai langkah menepati hak-hak asasi manusia. Tun Dr Mahathir juga mahu ada peraturan yang jelas yang menyebabkan penahanan dibuat supaya ia tidak dipertikaikan oleh massa. Ini merujuk kepada kes penahanan seorang wartawan Sin Chew Daily yang telah ditahan di bawah ISA dengan alasan untuk menjaga keselamatan wartawan tersebut yang telah mendapat ugutan bunuh sebelum daripada penahanan tersebut. (Cheng, (2008 : 7 – 8)

Dr. Chandra Muzaffar, seorang aktivis hak asasi manusia pula mencadangkan agar kerajaan menubuhkan mahkamah khusus yang berfungsi seperti Mahkamah Khas untuk raja-raja bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan. Walaupun beliau melihat bahawa ISA telah berjaya mengawal keselamatan negara namun masih lagi terdapat ruang untuk ISA disalahgunakan kerana ISA tidak memberi ruang kepada tertuduh untuk membela diri. Beliau juga mencadangkan agar undang-undang baru iaitu Maintenance of Public Order and Stability Act atau Akta Kawalan Keselamatan dan Kestabilan Awam diwujudkan bagi menggantikan ISA.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah berpendapat bahawa ISA masih lagi diperlukan di negara ini untuk mengawal krisis perkauman dan agama yang timbul dari masa ke masa dan sekiranya negara Malaysia ditadbir tanpa ISA maka kerajaan seolah-olah membiarkan negara berkecamuk pada masa depan (Ibrahim, 2009, September 25). Ini merujuk kepada pertembungan kaum yang sedang berlaku di dalam negara yang diwujudkan oleh kumpulan tertentu sama ada daripada pihak kerajaan dan daripada pihak parti pembangkang.

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo berpendapat bahawa ISA perlu diberikan pembaharuan dalam perkara-perkara tertentu untuk mengelakkan persepsi dan pandangan sebahagian masyarakat telah dihasut untuk mempercayai bahawa ISA merupakan alat politik parti pemerintah bagi menekan parti lawan (Toyo, 2009). Begitu juga dengan pelaksanaan ISA yang tidak dapat elak daripada berlakunya kelemahan dan kekurangannya.

------------------------------------------------

BIBILIOGRAFI

Amnesty International (September, 1999), Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy, AI Index: ASA 28/06/99, 19-26

Rahim, N.H, (Mac 2006). Human Rights and Internal Security in Malaysia : Rhetoric and Reality, Naval Post Graduate School, pp. 67 - 89

Internal Security Act 1960, (January 2006). Commissioner of Law Revision, Malaysia, Percetakan Nasional Malaysia Bhd, pp.

Human Rights Watch, (September 2005). Detained Without Trial Abuse of Internal Security Act Detainees in Malaysia, Vol. 17, No. 9(C), 29 – 30

SUHAKAM (2003). Review of The Internal Security Act 1960, SHM/ISA-REVIEW/07/03, History of the Internal Security Act 1960, ms 3

SUHAKAM (2003). Review of The Internal Security Act 1960, SHM/ISA-REVIEW/07/03, The Issues, 33 – 51

Patenaude, M. (May, 2006). The McCarran Internal Security Act 1950 – 2005 : Civil Liberties Versus National Security, University of Arkansas at Little Rock, pp. 24- 28

Cheng, T. H. (2008). My hours under the ISA, Aliran Monthly, Vol 28 No 7, 7 – 8

Loh, F. (2008). The BN Nasional Security State and the ISA, Aliran Monthly, Vol 28 No 7, 37 – 40

Zakaria, F.I. (2006, Oktober 4). Dr M syor tahanan ISA satu tahun, Utusan Malaysia Online, tarikh akses Jun 10, 2010, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Ibrahim, R., (2009, September 25). Malaysia masih perlukan ISA, Utusan Malaysia Online, tarikh terakhir akses Mei 31, 2010, daripada
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&y=2009&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Mutalib, Z. A. (2010, Mac 21). Pindaan ISA, 6 lagi akta dibentang di Parlimen, terakhir akses Mei 15, 2010, daripada
http://www.bharian.com.my/articles/PindaanISA_6lagiaktadibentangdiParlimen/Article/

Toyo, M.K. (2009). ISA perlukan Pembaharuan bukan pemansuhan, terakhir akes November 12, 2009, daripada http://www.drkhir.com/2009/07/isa-perlukan-perubahan-bukan-pemansuhan.html

Wikipedia. (2010, Mei 18). Internal Security Act Malaysia, terakhir akses Jun 20, 2010, daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_Security_Act_%28Malaysia%29

Wikipedia (2009, April 14). Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura, terakhir akses Jun 20, 2010, daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_%28Singapura%29

Bernama (2009, Ogos 2). Kerajaan tidak akan hapuskan ISA – Nazri, The Star Online, terakhir akses Mei 15, 2010, daripada
http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2009/8/2/mstar_berita/20090801194607.asp&sec=mstar_berita

Suaram, (Julai 24, 2009). Himpunan Mansuh ISA, terakhir akses pada 31 Mei 2010, daripada
http://www.suaram.net/himpunan-mansuh-isa-2009

Wikipedia, (April 20, 2010). Jemaah Islamiah, terakhir akses 19 Mei 2010, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jemaah_Islamiyah

Jin, S.E., Aznam S. (Mac 4, 2007). Legacy of the wayward lawyer, The Star Online.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/4/focus/17042462&sec=focus
Wikipedia, (Mei 23, 2010). Aturan Undang-Undang, terakhir akses pada 20 Januari 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Aturan_Undang-Undang

Wikipedia, (Ogos 1, 2010). Mat sah Satray, terakhir akses pada 20 Januari 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Sah_Satray

Wikipedia, (Januari 8, 2011). Polis Diraja Malaysia, terakhir akses pada 20 Januari 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia