Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 31 Mei 2011

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011

Sabtu, 28 Mei 2011

Biasiswa dan Pendidikan Percuma : Tipah Tertipu Lagi...


Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenyataan bahawa, kerajaan tidak pernah menjanjikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengajian luar negara bagi kesemua pelajar cemerlang SPM. Tetapi kerajaan hanya mengatakan bahawa biasiswa JPA adalah bagi kedua-dua pengajian dalam dan luar negara, yang diberikan kepada mereka yang memperoleh kelulusan 8A+.

“Janji kita ialah kesemua pelajar 8A+ akan mendapat biasiswa kerajaan untuk (belajar sama ada) di peringkat tempatan dan luar negara. Kami tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang akan mendapat biasiswa ke luar negara.

“Publik kadangkala tidak faham,” kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Saya teringat kepada satu kenyataan Pak Lah semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pak Lah telah mengumumkan di dalam perbentangan belanjawan bahawa kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dengan menghapuskan yuran sekolah.

Berita gembira ini disambut dengan linangan air mata kegembiraan rakyat kerana berita ini sudah tentu dapat meringankan bebanan rakyat. Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishamudin pula menyambut keputusan kerajaan ini dengan menyatakan bahawa ia adalah tanda prihatinnya Pak Lah dan pemerintah terhadap masa depan rakyat.

Selang beberapa hari selepas itu kerajaan terpaksa ‘cover’ semula maksud yang disampaikan oleh Pak Lah sebenarnya adalah yuran RM4.50 setahun yang telah dihapuskan. Kerana ‘publik kadangkala tidak faham’ maka kerajaan terpaksa mewujudkan satu ‘bayaran tambahan’ kepada ibu bapa yang sebenarnya lebih tinggi daripada yuran yang telah dihapuskan.

Kali ini, Najib pula yang terpaksa menanggung akibat daripada ‘publik kadangkala tidak faham’ dengan apa yang cuba disampaikan olehnya.

Tipah tertipu tipu tertipah….

Ahmad Maslan should stop fooling.


Assalamu'alaikum,

UMNO Information Chief, Datuk Ahmad Maslan recently challenged the opposition party to lower prices of goods in the state that is controlled and administered by Pakatan Rakyat as a symbol and proof that they are really smart and supposedly concerned with the people.


He said that by example, RON95 is now priced at RM1.90, while RON97, RM2.90. Thus, he challenged the government of Selangor, Kedah, Penang and Kelantan to reduce RON97 as the price of RON95. If PR state government are not able to do it so don’t accuse BN as ‘ Barang Naik’.

Previously, Ahmad Maslan expressed the same matter during the election campaign in the Tenang by-election earlier this year. Ahmad Maslan really quite upset with the use of BN as an abbreviation for "Barang Naik '.

So far, Ahmad Maslan is the only leader of UMNO / BN are consistently want the price of goods at reduced prices PR states.

A few hours ago, I delivered a speech in Tampok located in Pontian Parliament. I have challenged Ahmad Maslan to urge Datuk Ghani Othman to provide free water to the people of Johor at 20 cubic meters which had been made by the Selangor government.

If the Selangor government afford to award free water supply, Johor government suppose to be able to do the same action. If this proposal is not in the sense therefore I suggest Ahmad Maslan need to stop talking about it.

Ahad, 22 Mei 2011

Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia di Grand Blue Wave Shah Alam















Rabu, 18 Mei 2011

Berita : Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam

Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam - Malaysian Insider
UPDATED @ 12:52:47 18-05-2011
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
May 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tiada sebarang bentuk pakatan atau konspirasi antara komuniti Kristian dan pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan ini untuk menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Paul Low.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu yang hadir sebagai penceramah undangan pada program Unashamedly Ethical Conference (UEC) 5 Mei lalu di George Town berkata, ikrar yang dibuat hanyalah berkaitan dengan pendekatan antirasuah.

“Saya boleh mengesahkan bahawa tiada pakatan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi atau kata sepakat mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dibuat pada 5 Mei atau bila-bila masa ketika persidangan itu,” kata Low pada sidang media di sini hari ini.

Low (gambar) menambah, beliau amat risau ekoran dakwaan-dakwaan dibuat oleh beberapa blogger dan juga akhbar Utusan Malaysia kononnya ada sesi ikrar mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian.

Pada sidang media khas ini, beliau beberapa kali menekankan bahawa dakwaan sedemikian adalah tidak benar.

Sambil mempertahankan penganjuran persidangan itu, Low berkata, tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan “beretika, nilai-nilai baik dan kehidupan yang bersih” di kalangan penganut Kristian.

Katanya, ikrar atau kata sepakat yang dibuat termasuklah yang berkaitan dengan lafaz Integriti Korporat kendalian Institut Integriti Malaysia (IIM), Pemandu dan TI-M.

Sehubungan itu kata Low, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya kepada polis.

Low juga berkata, beliau melihat isu semasa semakin membesar dan ia tidak baik bagi negara.

“... saya merasakan bertanggungjawab untuk mengatakan bahagian saya. Saya tidak boleh duduk diam. Saya telah hadir pada majlis itu, saya ada dalam gambar yang disiarkan di Internet,” kata Low lagi.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar harian milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang bahaya.”

Berita : Video seks: Jangan desak kami dedah identiti pelaku, kata PDRM

Video seks: Jangan desak kami dedah identiti pelaku, kata PDRM - Malaysian Insider
May 18, 2011

JOHOR BARU, 18 Mei — Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Dipetik Bernama Online, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar), kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.”

“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

“Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks.

Cadangan itu termasuklah mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak tulen.

“Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen,” katanya dipetik Bernama Online.

Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu ialah fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam skandal video seks berkenaan.

Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.

Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

“Kesemua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga menghentikan tuduhan-tuduhan bahawa Umno di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah.

“Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Dalam kepala rakyat nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar,” katanya.

Berita : Hakim kesal banyak kes dadah libatkan Melayu

Hakim kesal banyak kes dadah libatkan Melayu
Mei 18, 11 3:21pm

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melahirkan kekesalannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini melibatkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda berkata orang Melayu telah dididik sejak kecil bahawa dadah itu adalah haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

"Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama.

"Doa kami agar awak ambil (hukuman) ini sebagai lembaran baru dan jalani kehidupan kamu mengikut undang-undang Allah dan bukan mengikut nafsu. Apa pun hukum dunia kita kena jalankan juga dan harap awak benar-benar insaf serta bertaubat nasuha," katanya.

Abd Rahim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun Fazizol Mohd Razali, 25, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang dekat sini, kira-kira 10.45 malam pada 21 Februari 2009.

Fazizol didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan asal mengedar mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Fazizol bagaimanapun menukar pengakuannya selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan.

Dalam prosiding yang sama, Abd Rahim melepaskan tanpa membebaskan rakan tertuduh, Mohd Zuhaili Husen, 30, daripada tuduhan yang sama.

Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Mohd Zuhaili yang berdiri di kandang tertuduh terus menangis dan memeluk Fazizol.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi sementara Fazizol diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusof dan Mohd Zuhaili diwakili peguam Suzanawati Ismail.

- Bernama

Berita : Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya

Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya

Mei 18, 11 1:20pm

Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 04Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

altantuya and son 050309Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.

Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.

Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.

Senarai Penuh Pencalonan Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013

Ketua

1. Azman Shafawi
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Nasaruddin Hassan
4. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairul Faizi Ahmad Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat

AJK

1. A. Latif A. Rahman, Ustaz
2. A. Zaidi A. Mutallib
3. Abd Ahmad Kerdee
4. Abdullah Karim
5. Adram Musa
6. Afnan Hamimi Taib Azamuddin
7. Ahmad Izzat Syauqi, YB
8. Ahmad Sabki Yusuf
9. Ahmad Yahya
10. Akmal Kamaruddin
11. Anuar Ali
12. Azlan Iskandar
13. Azman Shafawi
14. Baihaqi Atiqullah
15. Fadli Ghani
16. Fadli Shaari
17. Fadly Ramly
18. Faizol Mohd Salleh
19. Firdaus Jaafar, YB
20. Firdaus Masod
21. Hafiz Musa
22. Hasbullah Ridwan
23. Muhammad Azmi
24. Herman Shamsudin
25. Johari Othman
26. Kamal Shaari
27. Kamaruzuman Abdullah
28. Kamaruzzman Mohamad
29. Khairul Faizi Ahmad Kamil
30. Khairil Nizam, Ir.
31. Khairul Anuar Wafa
32. Khairul Fahmi Mt Som
33. Khalil Abd Hadi
34. Lahirul Latigu
35. Mior Isfandy
36. Mohd Fuad Othman
37. Mohd Nasai Ismail
38. Mohd Nor Hamzah
39. Mohd Sany Hamzah
40. Mohd Suhaimi A. Aziz
41. Nasir Zakaria, YB
42. Nazri Chik
43. Nazri Din
44. Nik Abduh Nik Aziz
45. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob, Dr
46. Ramadhan Fitri Elias
47. Riduan Mohd Nor
48. Rolsy Alany
49. Safarizal Zalleh
50. Salman Salleh
51. Sanusi Mohd Nor
52. Suhaizan Kaiat
53. Supyan Md Nan
54. Syed A. Kadir Al-Jufri
55. Taufiq Ghani, YB
56. Wan Asrul Effendi W. Mohamed
57. Wan Sukairi
58. Yuhaizad Abdullah
59. Yusaini Yahya, Ustaz
60. Yusni Mat Piah
61. Zaharuddin Mohamad
62. Zamakhsyari
63. Zamri Zainudin
64. Zawawi Abu Hasan
65. Zuhdi Marzuki, Dr.
66. Zulkifli Ahmad
67. Zulqarnain Lukman
68. Zuraidin Abdullah

Pengerusi Tetap

1. Aris Awang
2. Azman Shafawi
3. Misbahul Munir

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Aris Awang
2. Kamal Shaari
3. Misbahul Munir
4. Nor Azli Musa
5. Ramli Sidom
6. Ridwan Mat Nor

Pemeriksa Kira-kira

1. Jamil Saring
2. Muzammil Hafiz
3. Adram Musa

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.





Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

Khamis, 12 Mei 2011

PENSWASTAAN AIR JOHOR GAGAL DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Pendahuluan

Menikmati bekalan air adalah hak asasi manusia dan ia adalah merupakan keperluan asas. Perkara ini termaktub dalam pelbagai undang-undang antarabangsa, pengisytiharan dan konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada bulan November 2003, Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Ekonomi, Kebudayaan dan Sosial (UNECSR) telah mengambil langkah awal apabila mengisytiharkan bahawa hak untuk menikmati kemudahan air adalah hak asasi manusia yang asas dan semua negara hendaklah mewujudkan undang-undang bagi merealisasikan hak untuk menikmati kemudahan air ini. Bermakna, kerajaan sememangnya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap rakyat yang ada di dalam negara ataupun negeri bawah naungannya mendapatkan hak bekalan air.

Secara tidak langsung, menyediakan bekalan air adalah satu tanggung jawab sosial kerajaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan. Jika penswastaan berlaku, pengurusan bekalan air akan lebih cenderung dalam mengaut keuntungan serta meningkat nilai saham kepada syarikat serta pemegang saham syarikat tersebut. Proses penswastaan air di Johor telah pun berlaku dan tempoh selama sepuluh tahun penswastaan sudah tentu dapat dilihat kesannya pada hari ini sejauh mana penswastaan tersebut memberikan impak ataupun kesan kepada kerajaan negeri dan pengguna secara keseluruhannya. Tugasan ini akan membincangkan prestasi pihak yang bertanggungjawab iaitu kerajaan negeri Johor dan Syarikat Air Johor Holdings (SAJH).

Sejarah Bekalan Air Di Johor

Bekalan air secara rasminya telah berlaku di negara kita bermula daripada tahun 1804 apabila British telah memasang saluran paip air daripada kawasan bukit ke kawasan bandar. Selepas itu bermulalah usaha untuk menyalurkan air bersih kepada pengguna dibuat di seluruh negara secara berperingkat-peringkat sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diberikan tanggungjawab untuk membekalkan air ke seluruh negara. Peranan JKR dalam membekalkan air ini berterusan sehinggalah pada tahun 1988. Pada tahun 1989 Jabatan Bekalan Air (JBA) telah ditubuhkan di Malaysia untuk menguruskan perbekalan air bersih kepada pengguna di Malaysia. Pada 2 Februari 1994, JBA yang menguruskan air di Johor telah diperbadankan dan dikenali sebagai Syarikat Air Johor (SAJ) dan tindakan memperbadankan JBA kepada SAJ merupakan langkah pengkorporatan yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Bagaimana air Johor diswastakan

Setelah Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan minat kerajaan Malaysia untuk melaksanakan polisi penswastaan pada tahun 1983, satu pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah digubal dan diwartakan pada tahun 1991. PIP telah mengemukakan enam keperluan dan enam saranan bagi mempercepat dan memperluaskan program penswastaan. PIP juga telah mencadangkan agar Pelan Tindakan Penswastaan (PTP) yang mana akhirnya PTP ini telah mengenal pasti enam kategori berbeza untuk penswastaan. Di antaranya adalah kategori syarikat-syarikat perkhidmatan yang dahulunya dilindungi daripada persaingan kormersial akan diswastakan demi kepentingan pengguna.

Maka, pada awal tahun 1997 kerajaan negeri Johor telah menerima cadangan penswastaan daripada syarikat Lambang Optima Sdn Bhd. (LOSB). Kemuncaknya, pada 19 April 1999 Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abd Ghani Osman meluluskan secara muktamad akan terma dan syarat penswastaan itu.

Menerusi penswastaan SAJ ini, LOSB akan memiliki 80% saham dalam SAJ Holding. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang mewakili kepentingan kerajaan Johor mempunyai 15% saham. Manakala 5% bakinya akan dimiliki oleh kakitangan SAJ dan kerajaan negeri Johor akan memegang satu saham istimewa. Manakala tempoh konsesi yang diberikan kepada SAJ Holding ialah 30 tahun. Kerajaan Johor memilih LOSB kerana LOSB dikatakan mempunyai kepakaran dalam urusan bekalan air, LOSB mempunyai pengalaman dalam bidang air dan kerajaan Johor melihat kemampuan kewangan LOSB untuk melaksanakan penswastaan SAJ.

Peringkat Penswastaan Air Johor

Penswastaan perkhidmatan bekalan air di Johor sebenarnya telah bermula lebih awal lagi sebelum wujudnya Syarikat Air Johor lagi. Kerajaan Johor telah mengambil keputusan untuk menswastakan sistem bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 1992 dengan Syarikat Equiventures Sdn Bhd manakala pada tahun 1994 pula kepada Southern Water Corporation. Kedua-dua syarikat ini berperanan sebagai operator rawatan air. Hanya pada tahun 1999, Jabatan Bekalan Air Negeri Johor yang sebelum ini operasinya dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diswastakan kepada Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) sebagai pengendali operator rawatan air dan juga telah diberi hak sebagai pengedar bekalan air di Negeri Johor bagi tempoh 30 tahun. Bermakna, terdapat tiga buah syarikat yang terlibat secara langsung dalam memproses air bersih kepada rakyat Johor.

Sebab- Sebab Penswastaan

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu semasa majlis menandatangani penstrukturan semula perkhidmatan perbekalan air di Johor, beliau mengakui bahawa industri perkhidmatan air adalah industri yang berintensif modal yang tinggi. Beliau menyatakan bahawa dengan sumber kewangan yang terhad dan kadar tarif yang rigid serta sensitif, industri perkhidmatan air tidak mampu memenuhi permintaan air bersih yang tinggi.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep penswastaan yang mana ia telah dikenal pasti sebagai penyelesaian terhadap kekangan dan halangan dalam industri ini dan seterusnya beberapa syarikat konsesi telah pun menyertai industri ini dengan harapan mereka dapat menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bagi meningkatkan kecekapan dalam industri perkhidmatan air.

Mengambil kira daripada isi kandungan ucapan Datuk Seri Najib ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil langkah penswastaan dengan harapan pihak swasta yang mengendalikan perkhidmatan bekalan air khususnya di Johor dapat membantu kerajaan negeri mengatasi masalah untuk membekalkan air yang bersih kepada pengguna kerana ia adalah satu industri yang memerlukan kos yang tinggi. Justeru syarikat yang bersedia mengambil alih peranan membekalkan air ini mestilah sebuah syarikat yang mempunyai kemampuan daripada sudut pengalaman yang luas dan kewangan yang kukuh kerana faktor-faktor ini penting untuk memastikan tidak akan timbul masalah pada masa akan datang.

Kesan Positif Penswastaan Air

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberikan ucapan semasa pelan penstrukturan semula perbekalan air Johor, Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah berjaya mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (KATB) ataupun Non Revenue Water di Johor daripada 49% pada tahun 1999 kepada 29% pada tahun 2007.

Selain daripada itu, tidak nampak kesan besar yang mendatangkan impak yang positif kepada kerajaan Johor mahupun kepada pengguna.

Namun, prestasi mengurangkan KATB tidak dapat dituruti dengan kejayaan-kejayaan lain yang dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada dua pihak iaitu kerajaan Johor dan pengguna.

Kesan Negatif Penswastaan Air Johor

Secara umumnya, dasar penswastaan yang diperkenalkan pada tahun 1983 di Malaysia mempunyai lima objektif iaitu untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, memperbaiki kecekapan dan produktiviti, menjana pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan saiz penglibatan sektor am dalam ekonomi dan menolong untuk mencapai matlamat pembangunan sosial. Jika dilihat daripada lima objektif penswastaan ini, penswastaan perbekalan air di Johor terdapat kesan positif dan kesan negatif daripada penswastaan yang telah dilakukan oleh kerajaan Johor. Kejayaan SAJH dapat mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil ataupun Non Revenue Water di Johor daripada 49% pada tahun 1999 kepada 29% pada tahun 2007 sememangnya tidak dapat dinafikan namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kerana terdapat kesan negatif hasil daripada penswastaan ini. Dua perkara disenaraikan sebagai kesan negatif tersebut.

i. Tarif Air Naik

Dalam satu wawancara bersama Presiden The Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) Encik Marimuthu, beliau telah memberikan pandangan bahawa penswastaan akan mengakibatkan kenaikan tarif. Apabila perkhidmatan bekalan air diberikan ke tangan syarikat swasta sudah tentu mereka akan lebih cenderung dalam mengaut keuntungan kerana air bukan seperti barangan-barangan lain. Marimuthu menyatakan bahawa air merupakan satu sumber keperluan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian pengguna. Mereka tidak mempunyai apa-apa pilihan lain melainkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan kepada mereka dalam mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan minuman dan kehidupan.

Kenaikan tarif air telah berlaku beberapa kali selepas daripada proses penswastaan air di Johor. Sebagai contohnya, sebelum diswastakan perbekalan air sekiranya sebuah rumah menggunakan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.30 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 0.70 bagi setiap m3 air. Namun kenaikan tarif air telah berlaku pada tahun 2001, penggunaan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.30 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 0.95 bagi setiap m3 air. Selepas itu, kadar kenaikan tarif diteruskan pada tahun 2003 dengan penggunaan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.38 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 1.18 bagi setiap m3 air.

Maka, dengan kenaikan yang berterusan sudah sehingga mencapai tempoh semakan ke 7 iaitu pada tahun 2026 pengguna domestik di Johor akan merasai dan menanggung bebanannya. Kebimbangan dengan kenaikan tarif air ini berterusan apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk SAJ Holdings, Ranhill Utilities Bhd. (Ranhill Utilities) iaitu Ahmad Zahdi Jamil membuat kenyataannya dengan menyebut bahawa jadual tarif baru itu telah dicadangkan kepada kerajaan negeri Johor dan ia dijangka diwartakan pada akhir tahun 2006 dengan kadar kenaikan tarif 2.4%.

Pada penghujung tahun 2008, terdapat ura-ura bahawa kenaikan tarif bekalan air di Johor sebanyak 18.9 peratus akan berlaku lagi seperti yang dijadualkan bermula 1 Januari 2009 namun telah ditangguhkan buat sementara waktu hingga satu keputusan muktamad dibuat oleh kerajaan sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor kerana rundingan yang berlangsung antara kementerian dengan Kerajaan Johor dan Syarikat SAJ Holdings Sdn. Bhd.

ii. Kualiti bekalan air masih belum mencapai ke tahap yang diharapkan

Apabila perbekalan air di Johor diswastakan sudah tentu harapan pengguna adalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Pada 29 September 2005, Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Air Johor telah menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkaitan dengan masalah kualiti air yang telah tercemar di dalam Daerah Kluang dan Batu Pahat yang telah berlaku dalam tempoh yang lama tanpa proses penyelesaian yang konkrit dan berkesan. Pencemaran air ini telah menyebabkan bekalan air kepada pengguna telah berkurangan sehingga catuan air terpaksa dibuat oleh SAJ sehingga memberikan kesan yang kurang memuaskan kepada pengguna. Bagi mengurangkan rasa tidak puas hati pengguna terhadap perkara ini, SAJ telah diarahkan oleh kerajaan negeri Johor supaya mengadakan dialog bersama pengguna di Kluang dan Batu Pahat.

Kerajaan negeri memberikan alasan bahawa kemarau adalah salah satu dari sebab berlakunya kejatuhan paras air di bawah paras kritikal (7.4 meter) di Empangan Semberong tetapi di sana terdapat banyak lagi faktor-faktor kesilapan manusia (human error) dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Johor yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Sebagai bukti bahawa kualiti air di Johor masih lagi berada di tahap yang rendah, pada akhir tahun 2007, SAJH telah merancang untuk melancarkan projek perintis kualiti air namun ia berlaku setelah kerajaan Johor telah memperuntukkan RM225 juta dalam usaha meningkatkan kualiti bekalan air termasuk program mengganti paip lama, penambahan loji rawatan air dan beberapa projek berkaitan.

Dalam memorandum yang diserahkan oleh Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Air Johor telah menjelaskan bahawa kualiti air yang rendah juga berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri Johor yang tidak memberikan perhatian yang serius terhadap sumber-sumber air yang digunakan kerana sumber-sumber air tersebut telah tercemar dan terdapat aktiviti yang telah dilakukan dengan seperti pencerobohan terhadap Kawasan Tadahan Air (Water Catchment Area), pencemaran sungai yang disebabkan pembinaan kawasan pembuangan sampah di tepi sungai, penguatkuasaan yang lemah seperti membiarkan penternakan lembu di kawasan empangan dan kegagalan kerajaan negeri Johor, JBA dan SAJ mengambil langkah-langkah pencegahan.

Bantahan terhadap penswastaan air di Johor

Sebenarnya, bantahan terhadap penswastaan perkhidmatan bekalan air di Johor telah pun bermula sejak daripada tahun 1999 lagi dan bantahan ini telah dimulakan oleh kakitangan Syarikat Air Johor Sdn Bhd sendiri. Seterusnya, bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan seperti FOMCA, parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menubuhkan jawatankuasa bertindak terhadap isu ini.

i. Memorandum Bantahan Kakitangan Syarikat Air Johor Sdn Bhd

Pada 2 September 1999, kakitangan SAJ telah menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap kerajaan Johor yang mahukan SAJ kekal menjadi milik kerajaan negeri. Bantahan telah dibuat kerana kakitangan SAJ melihat bahawa penswastaan SAJ akan merugikan dan akan memberikan kesan ke atas ekonomi dan politik Johor. Ia berdasarkan kepada dua program penswastaan yang telah dibuat iaitu Equiventure Sdn Bhd dan Southern water Corporation Sdn Bhd yang secara jelas telah pun merugikan Syarikat Air Johor dan kerajaan Negeri Johor. Apabila SAJ pula diswastakan bermakna segala hutang tertunggak khususnya di antara kerajaan negeri Johor dengan dua syarikat swasta terdahulu akan ditanggung oleh SAJ sedangkan SAJ masih baru untuk menguruskan perbekalan air tanpa bantuan kerajaan secara menyeluruh. Justeru sebagai kakitangan yang telah lama bergelumang dengan realiti pekerjaan bersama SAJ mengemukakan bantahan agar kerajaan Johor tidak melakukan kesilapan dengan menswastakan SAJ tanpa melihat kepada pelbagai aspek seperti mana yang telah disenaraikan di dalam memorandum tersebut. Namun, bantahan tersebut tidak berjaya mengubah keputusan kerajaan Johor untuk menswastakan bekalan air.

ii. Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air Johor

Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air Johor (JBMKTAJ) telah ditubuhkan selepas berlakunya penswastaan Syarikat Air Johor. JBMKTAJ terdiri daripada parti-parti politik, NGO dan individu yang berada di negeri Johor. Di antara usaha yang dibuat oleh JBMKTAJ adalah untuk memberikan penerangan dan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat. Lebih daripada 20 ribu risalah berkaitan dengan kesan penswastaan SAJ telah diedarkan kepada umum. Hasil daripada maklum balas tersebut, satu memorandum telah dibuat disediakan dan ianya telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor dan kepada semua Pegawai Daerah yang ada di negeri Johor pada bulan Ogos 2003 untuk dinilai dan diambil tindakan kerana JBMKTAJ mengharapkan agar kerajaan Johor dapat mengurangkan bebanan rakyat sebagai pengguna.

Memorandum ini telah menyebut tentang tidak wajarnya kerajaan Johor meluluskan permohonan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2003 kerana sejak daripada penswastaan air pada 20 April 1999 tarif air telah dinaikkan sebanyak dua kali iaitu pada 1 Januari 2001 dengan kadar kenaikan 40% dan 1 Julai 2003 dengan kadar 30%. Kerana implikasi kenaikan harga air ini sudah tentu akan membebankan rakyat.

iii. Forum Rakyat anjuran Gagasan Demokrasi Rakyat Malaysia Peringkat Johor

Gagasan Demokrasi Rakyat Malaysia peringkat Negeri Johor telah mengadakan satu Forum Rakyat yang diadakan di Jalan Rebong, Johor Bahru, pada 22 Ogos 1999 jam 9.00 malam bagi membincangkan beberapa isu yang sedang dihadapi oleh rakyat dan di antara kertas yang telah dibentangkan adalah berkaitan dengan penswastaan SAJ yang telah dibentangkan oleh Encik Hasan Karim. Encik Hasan telah membentangkan bahawa kebimbangan utama rakyat dan pengguna ialah kadar atau tarif bayaran akan dinaikkan kerana dalam pemikiran rakyat apabila berlakunya penswastaan maka sudah pastinya akan berlaku kenaikan harga.

Dalam pembentangan tersebut Encik Hasan juga menyanggah tiga sebab utama yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor mengapa Syarikat Lambang Optima Sdn Bhd (LOSB) dipilih ialah iaitu LOSB mempunyai kepakaran, LOSB mempunyai pengalaman dalam bidang air dan kemampuan kewangan LOSB untuk melaksanakan penswastaan SAJ dengan memberikan hujahan terdapat sanggahan tersebut yang akan dinyatakan di bahagian hujung tugasan ini.

iv. Gabungan Bertindak rakyat Membantah Penswastaan SAJ

Hasil daripada kesepakatan beberapa parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) maka Gabungan Bertindak rakyat Membantah Penswastaan SAJ (GBRM-SAJ) telah ditubuhkan untuk membantah penswastaan Syarikat Air Johor. Di antara bantahan tersebut adalah berkaitan dengan penswastaan SAJ akan membebankan rakyat, LOSB tidak mampu daripada sudut kewangan dan LOSB tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan perbekalan air kepada pengguna.

v. Laporan Polis oleh Dewan Pemuda PAS Johor

Di atas rasa keprihatinan terhadap nasib pengguna air di Johor, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah membuat satu laporan polis pada 7 Julai 2003 di Balai Polis Johor Baru terhadap elemen penyelewengan yang berlaku dalam perlaksanaan projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh SAJH yang mana kos pembinaan projek-projek tersebut seperti kos pembinaan loji pengeluaran air di Semangar, Seluyut, Pontian, Pagoh, Buluh Kasap dan Mersing, pembinaan empangan di Jenggeli, Lobak, Sayong dan Seluyut dan beberapa projek lagi terlalu tinggi dan DPPNJ melihat terdapatnya salah urus kewangan telah berlaku.

DPPNJ membuat laporan ini kerana bimbang dengan kos yang terlalu tinggi ini akan membebankan rakyat kerana terpaksa menanggung kos projek-projek tersebut dengan kanaikan tarif air yang baru sahaja beberapa hari diluluskan oleh kerajaan negeri Johor.

vi. Saman terhadap Kerajaan Negeri Johor dan SAJ

Walaupun menyedari bahawa tindakan memfailkan saman memerlukan kos yang tinggi tetapi hasil daripada komitmen untuk membela masa depan pengguna air di Johor maka Gabungan Bertindak rakyat Membantah Penswastaan SAJ (GBRM-SAJ) dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap tindakan untuk membantah kenaikan tarif air di Johor telah mengambil langkah dengan mengambil tindakan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Johor dan SAJ di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Julai 2003 untuk menuntut satu pengisytiharan bagi membatalkan kenaikan tarif air. Kes tersebut masih lagi belum selesai perbicaraannya sehingga ke hari ini.

Penswastaan Air di Johor Gagal

Setelah sepuluh tahun penswastaan air Johor berlaku, pengguna dan kerajaan negeri telah berhadapan dengan pelbagai kesulitan yang akhirnya menyebabkan penswastaan ini dilihat sebagai satu kegagalan. Terdapat beberapa sebab kenapa penswastaan air di Johor dikategorikan sebagai satu kegagalan :-

i. Kelemahan kerajaan Johor mengenal pasti tahap keupayaan sebenar Syarikat LOSB.

Ketika kerajaan Johor mengumumkan perlantikan Lambang Optima Sdn Bhd pada 19 April 1999 melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang mana ia telah diluluskan secara muktamad akan terma dan syarat penswastaan itu. Kerajaan Johor telah memberi tiga alasan utama yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor mengapa LOSB dipilih iaitu yang pertamanya kerana LOSB mempunyai kepakaran; keduanya LOSB mempunyai pengalaman dalam bidang air dan yang ketiganya kemampuan kewangan LOSB untuk melaksanakan penswastaan SAJ.

Hasan Karim ketika membentangkan kertas kerja dalam Forum Rakyat telah mempertikaikan ketiga-tiga alasan ini kerana LOSB adalah merupakan sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan iaitu pada 18 Julai 1995 dan sejak daripada ditubuhkan LOSB tidak berfungsi sebagai sebuah syarikat yang mempunyai bukti kemampuannya dalam mengurus perbekalan air.

Kedua, LOSB juga tidak mempunyai pengalaman dalam bidang air dan cara mudah untuk memastikan bahawa LOSB dapat menjalankan kerja perbekalan air tersebut adalah dengan membeli sebuah syarikat lain iaitu Sempurna Pelita Sdn Bhd (SPSB) dan syarikat ini kemudiaannya ditukar kepada SAJ Holding. SPSB juga adalah merupakan sebuah syarikat yang tidak beroperasi dan pengambilan LOSB terhadap Sempurna Pelita ialah semata-mata untuk mempercepatkan penubuhan syarikat baru (SAJ Holding) bagi mengendalikan penswastaan bekalan air di Johor.

Ketiga, LOSB juga tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan penswastaan SAJ. LOSB yang ditubuhkan pada tahun 1995 itu mempunyai syer yang dibenarkan sebanyak RM 500,000.00 (lima ratus ribu) dan syer yang diterbitkan secara tunai sebanyak RM 150,000.00 (seratus lima puluh ribu) sahaja. Untuk mengambil alih SAJ, LOSB perlu membuat suntikan wang pendahuluan pemegang saham (share holders advance) sebanyak RM 545 juta atau membuat suntikan tunai (cash injection) sebanyak RM 65 juta.

Jelas di sini bahawa LOSB bukanlah syarikat yang sesuai untuk mengendalikan perbekalan air di Johor dan bukan mustahil sekiranya LOSB gagal menguruskan perbekalan air ini. Kelemahan kerajaan Johor mengenali pasti kedudukan sebenar syarikat ini telah mendatangkan masalah yang besar kepada kerajaan negeri Johor.

ii. Kerajaan Johor terpaksa menanggung hutang SAJ

Bekas Adun Senggarang YB Dr Mohd Ramli Bin Mohd Kari ketika membahaskan Bajet Kerajaan Johor 2006 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang menyifatkan langkah Kerajaan Negeri menswastakan bekalan Air di negeri ini sejak tahun 2000 kepada Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) sebagai satu kegagalan kerana tujuan asal kerajaan negeri melaksanakan program penswastaan ini adalah untuk lari dari beban hutang sebaliknya apa yang berlaku kerajaan negeri pula yang terpaksa menanggung hutang yang banyak berikutan penswastaan bekalan air ini. Ianya berpunca daripada kesilapan besar yang dilakukan kerajaan negeri bermula dari dua perjanjian penswastaan yang ditandatangani dengan Equiventures pada 1992 dan Southern Water Corporation (SWC) pada 1994 kerana kedua-dua penswastaan ini gagal kerana akhirnya ia membebankan kerajaan negeri dengan bayaran tetap secara bulanan di samping kerajaan perlu membayar balik harga air bersih pada harga yang lebih tinggi daripada harga sebenar seperti yang dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) sebelum daripada penswastaan tersebut.

Pada tahun 2000 bilamana Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJ) akan diswastakan kepada SAJ Holdings Berhad (SAJH), hutang kerajaan negeri atau SAJ kepada Kerajaan Persekutuan dan KWSP berjumlah RM1.105 bilion. Tunggakan bayaran balik kepada Kerajaan Persekutuan dan KWSP berjumlah RM116.7 juta manakala tunggakan kepada Equiventures dan SWC berjumlah RM65 juta.

Ketika laporan Audit Negara tahun 2006 dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara, Kerajaan Johor diumumkan sebagai negeri yang mempunyai hutang antara yang tertinggi kepada kerajaan pusat. Menteri Besar Johor menjelaskan isu ini dengan menyatakan bahawa kerajaan Johor terpaksa membuat pinjaman kepada kerajaan Pusat bagi urusan perbelanjaan pembangunan sehingga berhutang sebanyak RM 655.88 juta kepada kerajaan pusat. Akibat daripada penswastaan air di Johor maka kerajaan negeri yang sepatutnya menerima geran sebanyak RM 100 juta setahun telah dihapuskan.

Walaupun kerajaan negeri Johor mendakwa bahawa kedudukan kewangan kerajaan negeri terus berada dalam keadaan kukuh ketika memberi jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ketua Pembangkang, ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 pada 10 September 2009 namun dengan tunggakan hutang berjumlah RM841 juta yang sebahagian besarnya adalah pinjaman agensi-agensi kerajaan negeri namun hutang tersebut masih lagi berkaitan dengan Bekalan Air Holdings Sdn. Bhd ataupun SAJ Holdings dengan jumlah RM553.44 juta. Perkembangan ini bermakna sejak program penswastaan dilakukan terhadap perbekalan air di Johor ia tidak memberikan keuntungan sama ada kerajaan negeri Johor ataupun pengguna.

iii. Kerajaan Johor tidak mengambil iktibar daripada sejarah penswastaan air terdahulu.

Apabila kerajaan negeri Johor mengambil keputusan untuk menswastakan secara keseluruhan perbekalan air di Johor ada kemungkinan keputusan tersebut dilakukan dengan tidak mengambil kira kesan yang sedang dilalui oleh kerajaan negeri apabila sebelum itu pernah menghadapi masalah penswastaan dengan dua syarikat bekalan air yang sedang beroperasi di Johor yang jelas ia merugikan kerajaan.

Dalam memorandum Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Air Johor (JBSAJ) telah menyatakan bahawa kesilapan besar yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan bekalan air bermula daripada dua perjanjian yang ditandatangani. Sebagai contohnya perjanjian dengan Equiventures Sdn Bhd yang telah ditandatangani pada 28 Jun 1992 bagi membina 2 loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Sungai Layang (Johor Bahru) dan Loji Rawatan Air Sungai Johor (Kota Tinggi). Berdasarkan kepada perjanjian ini Kerajaan Negeri terpaksa menjelaskan bayaran tetap secara bulanan sebanyak purata RM47 juta setahun bagi tempoh 20 tahun ke atas perbelanjaan modal yang dikeluarkan oleh Equiventures.

Bayaran pada tahun 1998 adalah sebanyak RM58 juta. Selain itu Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bayaran balik pembelian air bersih (bulk sales rate) kepada Equiventures sebanyak purata RM31 juta setahun bagi tempoh 20 tahun dan meningkat kepada RM48 juta sejak tahun 1998. Ini bermakna sebenarnya Kerajaan Negeri terpaksa membeli air dengan harga 25% lebih tinggi daripada harga sebenar seperti yang dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA).

iv. Perbekalan Air Johor diambil alih oleh Kerajaan Pusat

Sebagai langkah terakhir untuk menyelesaikan kemelut penswastaan air Johor, satu perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan air di Johor telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Wan Abd. Aziz Wan Abdullah yang mewakili kerajaan Malaysia, Setiausaha Negeri Johor, Datuk Abd. Latiff Yusof yang mewakili kerajaan negeri Johor, Presiden Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Ahmad Zahdi Jamil dan Pengarah SAJ, Md Noorazam Osman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) iaitu merupakan syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang telah diperbadankan, Suhaimi Kamaralzaman penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Johor ini melibatkan pengambilalihan aset-aset berkaitan air Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat konsesi yang dianggar berdasarkan Nilai Buku Bersih (Net Book Value) sehingga 31 Disember 2007, sebanyak RM4.025 bilion, manakala liabiliti ataupun tanggungan ke atas aset-aset berkaitan air tersebut pula dianggarkan bernilai RM3.179 bilion. Ini menjadikan lebihan sebanyak RM846 juta akan dibayar oleh Pengurusan Aset Air Berhad kepada Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) kelak dan seterusnya memajakkan semula aset tersebut kepada SAJH yang akan menjadi pengedar air tunggal di negeri Johor.

Southern Water Corporation yang akan tamat tempoh konsesi pada tahun 2012 dan Equiventures Sdn Bhd yang akan tamat pada 2014 akan kekal sebagai syarikat konsesi sehingga tamat tempoh konsesi mereka nanti. PABB juga akan mengambil alih aset melibatkan loji rawatan air, rangkaian saluran paip dan empangan di Johor milik kerajaan negeri, SAJ Holdings dan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. Ini juga akan menamatkan konsesi merawat dan membekalkan air di Johor yang dipegang oleh SAJ Holdings, anak syarikat Ranhill Utilities Bhd. (Ranhill). Ini juga memberi makna bahawa kenaikan tarif air yang dijadualkan pada tahun ini tidak akan berlaku.

Keputusan ini sebenarnya telah mengurangkan bebanan kerajaan Johor namun perlu juga dilihat di sini bahawa apabila PABB mengambil alih perbekalan air di Johor, bukan sahaja kerajaan Johor telah kehilangan SAJ yang diswastakan sebelum ini malah PABB juga akan mengambil alih aset melibatkan loji rawatan air, rangkaian saluran paip dan empangan di Johor milik kerajaan negeri Johor. Bermakna, kerajaan Johor telah mengalami kerugian kerana kerajaan Johor telah kehilangan aset seperti empangan dan loji rawatan air.

Penutup

Berpandukan kepada maklumat yang telah dijelaskan dapat disimpulkan bahawa projek penswastaan bekalan air Johor telah gagal mencapai matlamatnya. Punca-punca kegagalan penswastaan bekalan air ini berpunca daripada peringkat awal lagi ketika kerajaan tidak dapat memastikan sejauh mana kemampuan sebenar LOSB untuk diberikan hak mengendalikan penswastaan bekalan air di Johor.

Begitu juga dengan kelemahan kerajaan yang tidak dapat mengambil tindakan lebih awal dengan mengambil pandangan daripada masyarakat sebagai pengguna serta tidak mengambil perhatian terhadap apa jua bantahan yang telah dibuat oleh gabungan badan bertindak yang ditubuhkan termasuklah bantahan yang telah dikemukakan sendiri oleh pekerja-pekerja SAJ.

Kerajaan negeri Johor juga terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi untuk disalurkan kepada SAJ sedangkan SAJ adalah sebuah syarikat yang telah pun diswastakan yang sepatutnya mempunyai kewangannya sendiri untuk mengendalikan semua proses pengendalian bekalan air. Kemuncak kepada masalah penswastaan bekalan air di Johor ini adalah dengan satu perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan air di Johor yang dibuat dengan Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) yang merupakan sebuah syarikat perbadanan kerajaan Malaysia.

Dasar penswastaan itu adalah baik untuk mengurangkan bebanan kepada kerajaan namun kerajaan mestilah mengambil kira apabila melakukan dasar penswastaan kerana apabila sesuatu jabatan ataupun perkhidmatan itu diswastakan ia tidak dapat lari daripada membincangkan soal keuntungan yang bakal diperoleh oleh pihak swasta kerana penswastaan tidak dapat lari daripada mengutamakan kepentingan golongan kapitalisme. Maka sudah tentulah menjadi satu keperluan kepada kerajaan untuk menilai semula apa jua bentuk penswastaan yang ingin dilakukan agar ia tidak memberikan bebanan kepada kerajaan mahupun rakyat sebagai pengguna. Apa yang pasti kegagalan ini mesti ditanggung oleh pemerintah yang gagal melihat dan mengambil pandangan daripada pelbagai pihak terhadap penswastaan air di Johor ini.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
www.khairulfaizi.com
12 Mei 2011

Rabu, 11 Mei 2011

Blogger Marahku Sudah Hilang Marahnya

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sebuah blog yang sebelum ini telah dijadikan tempat rujukan akhbar Utusan Malaysia untuk menyiarkan berita sensasi "Kristian Agama Rasmi?" telah membuang semua postingnya termasuk posting yang kontroversi sehingga mencetuskan ketidakstabilan politik khususnya kepada UMNO.

Mungkin disebabkan tekanan demi tekanan ditujukan kepada tuan punya blog ini maka beliau yang sebelum ini dilihat ikhlas untuk menyatakan kebenaran telah memaksa dirinya akur dengan tekanan semasa.

Mungkin juga Marahku yang tersemat di dalam sanubari penulis tersebut telah kurang rasa kemarahannya. Semasa marah beliau menulis dan membuat 'posting' ke blognya dan apabila sudah tidak marah lagi maka semua 'posting' tersebut dibuang ke dalam tong sampah (recycle bin).

Mungkin juga beliau terpaksa melakukan sebegitu rupa kerana beliau menyedari bahawa menjadi blogger pro UMNO belum tentu beliau akan selamat daripada sebarang tindakan undang-undang jika sebaran berunsur fitnah dilakukan.

Mungkin juga beliau bertindak kerana terpaksa akur dengan arahan 'bos' yang mahukan posting beliau dikeluarkan.

Tidak kiralah apa juga kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku tetapi yang pentingnya beliau telah mengeluarkan segala posting yang pernah beliau paparkan di blog tersebut.

Blogger Papa Gomo yang juga rakan seangkatan blogger-blogger pro UMNO juga marah dengan blogger Marahku sehingga menggesa akan blogger Marahku disumbat ke dalam ISA. Menggelatarlah kaki dan tangan bila ISA dijadikan tempat persinggahan blogger Marahku selepas ini.

Tindakan Syamsul Yunus, tuan punya blog Marahku ini juga telah menyebabkan Khairy Jamaluddin naik angin. KJ dapat merasakan betapa tindakan kurang bijak Syamsul ini sebenarnya telah menyebabkan ramai pimpinan UMNO terpaksa menanggung malu akibat telah percaya dan telahpun menyebarkan maklumat palsu ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemimpin UMNO yang bijak bistari tanpa usul periksa telah menggunakan halaman muka hadapan UM berkempen kepada masyarakat Melayu/Islam supaya mempercayai isu ini dan menyatakan kepada mereka bahawa DAP terlibat sama.

Paling terkehadapan adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang cepat melatah dan mewujudkan suasana tidak selesa. Sekarang, apa sudah terjadi? Di mana hendak diletakkan muka pemimpin-pemimpin UMNO yang berkokok di sana sini?

Inilah padahnya apabila terlalu cepat mempercayai berita tidak sahih yang disiarkan oleh akhbar pembawa fitnah dan menceduknya daripada blogger pencipta fitnah.

Kepada pemilik Blogger Marahku, dengan hanya melupuskan catatan anda di dalam blog belum lagi menyelesaikan kemelut ini. Permohonan maaf secara terbuka perlu dibuat dan anda juga perlu bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

BOIKOT UTUSAN MALAYSIA!

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
www.khairulfaizi.com
11 Mei 2011

Berita :Tindakan Utusan jenayah, boleh didakwa

Tindakan Utusan jenayah, boleh didakwa- Aziz Bari
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?’ yang disiar 7 Mei lalu adalah perbuatan jenayah, kata Pakar Udang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar).

Menurutnya, laporan tersebut cenderung mencetuskan api perkauman dan pertelagahan agama di negara ini.

Sehubungan itu jelasnya, Utusan boleh didakwa sama ada di bawah Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan kerana menerbitkan berita palsu.

“Jelas apa yang dipaparkan oleh Utusan itu sebenarnya cerita bohong. Berita palsu dan tidak wujud.

“Ini semua menangani perlakuan jenayah. Apa yang dilakukan oleh Utusan pada saya prima facie satu perbuatan jenayah,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini dilihat 'lepas tangan' terhadap jenayah Utusan tersebut tanpa ada sebarang tindakan terhadap akhbar itu.

"Laporan polis sudah dibuat tapi apa hasilnya?" soalnya lagi.

Mengulas lanjut, Aziz Bari berkata, tulisan Utusan yang tidak masuk akal itu, merupakan bukti Umno panik untuk menarik simpati orang Melayu dan Islam terhadap parti itu yang dilihat semakin hilang sokongan.

“Lagipun apa isunya? Bukankah DAP dan sekutu Pakatannya telah pun mengisytiharkan bahawa mereka akan pertahankan perlembagaan?

“Bukankah Perdana menteri sendiri kata tahun lepas bahawa peruntukan yang dimaksudkan itu telah ‘dikunci mati’? Anehnya Najib cakap lain pula sekarang.

“(Menteri kebudayaan, Warisan dan Kesenian) Rais Yatim pun dua kali lima. Mereka dah lupa atau buat-buat tak faham perlembagaan,” katanya.

Dalam laporan 7 Mei lalu, Utusan mengambil sumber bloger Umno Zakhir Mohamed ‘Making Christianity the official religion’ yang mendakwa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan dengan paderi kristian di mana kumpulan berkenaan berdoa supaya Kristian dijadikan agama rasmi dan seorang kristian dilantik sebagai perdana menteri.

Jeff Oii turut membuat laporan polis terhadap Utusan dan blog berkenaan kerana cubaan memfitnah dan berniat jahat.

Beberapa laporan polis turut dibuat agar Utusan disiasat kerana didakwa cuba meniup api perkauman.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini berpendapat, tindakan Utusan itu sebagai permainan politik Umno menjelang pilihan raya.

Beliau bagaimanapun menasihatkan seluruh ahli PAS tidak terjerumus dalam 'perangkap' politik itu seperti apa yang berlaku pada Operasi Lalang 1987.

Berita : Kenaikan harga gula beri kesan rantaian

Kenaikan harga gula beri kesan rantaian - Fomca - Harakahdaily
Rizal Tahir

KOTA BAHRU, 10 Mei: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dikhuatiri akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barang keperluan yang lain.

Timbalan Presiden Fomca Malaysia, Haji Ahmad Othman berkata, pihaknya bimbang kesan kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain.

Namun begitu, beliau lebih bimbang dengan bekalan yang kurang berbanding dengan kenaikan harga.

Kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen mulai hari ini. Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.

Manakala itu, sesetengah pihak pula yakin tindakan pembekal gula mengurangkan bekalan bertujuan memaksa kerajaan agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk menaikkan harga.

Ekoran itu, ada yang kesal dengan kegagalan kerajaan menguatkan kuasakan undang-undang dan memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi.

“Gula naik 20 sen ni memang sepatutnya sebab bekalan di pasaran agak kurang.

“Tetapi pihak saya bimbang harga barang lain turut akan naik kesan dari kenaikan harga gula ini,” kata Ahmad sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dari maklumat dari pihaknya dapat, rakyat mahu bekalan gula di pasaran sentiasa ada walaupun mengalami kenaikan harga.

Ekoran tekanan kekurangan bekalan di pasaran menyebabkan rakyat pasrah dan menerima kenaikan harga asalkan ia ada di pasaran.

Ia diakui sendiri oleh Haji Ahmad dalam kenyataannya, “Rakyat tak kisah sangat harga gula naik 20 sen ni asalkan bekalan gula setiasa ada di pasaran.”

News : PAS maintains Islam Malaysia’s official religion

PAS maintains Islam Malaysia’s official religion - Malaysian Insider
By Asrul Hadi Abdullah Sani
May 11, 2011

KUALA LUMPUR, May 11 — PAS has maintained Islam is Malaysia’s official religion, in a brewing debate that began about constitutional guarantees to ensure the country’s prime minister is a Muslim.

The country’s dominant Malay-Muslim majority have always led the government under Umno since independence in 1957, but Bar Council constitutional law committee chief Syahredzan Johan told The Malaysian Insider yesterday that the Federal Constitution has never described Islam as the country’s “official religion”, fuelling the debate.

PAS vice president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man told The Malaysian Insider that as Islam is the religion of the Federation, it becomes the country’s official religion by default.

“Federation means the states that form the federation, and when Islam is the religion of the Federation then it means that Islam is the official religion for the states that form the Federation.

“In other words, since Islam is the religion of the Federation then automatically it becomes the country’s official religion including Sabah and Sarawak,” he said.

Opinion is divided on Syahredzan’s comments where he said, “In terms of the Federal Constitution, there’s only one religion for the federation, no official or unofficial. The Constitution is clear on this. Islam is not the official religion.”

Article 3(1) of the Federal Constitution does not position Islam as the “official” religion of the country.

Instead, it states that “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.”

The Federal Constitution also does not expressly specify race or religious requirements for the position of prime minister.

Article 43(2)(a) of the constitution states only that the Yang di-Pertuan Agong shall appoint as PM a member of Parliament who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the Dewan Rakyat.

Tuan Man stressed, however, that Pakatan Rakyat (PR) has guaranteed Islam’s position as the official religion in its common policy framework.

“Pakatan Rakyat has already resolved this during our first convention in which we accepted Islam as the official religion, Bahasa Melayu as the official language and Malay special privileges,” he said.

He also dismissed the debate over Islam as a ploy by Barisan Nasional (BN) to gain more Malay votes in preparation for the 13th general election.

“This issue does not reflect the realities on the ground but was only concocted to benefit Umno and BN,” he said.

The Umno-owned Utusan Malaysia carried a front-page article on Saturday claiming the DAP was conspiring with Christian leaders to take over Putrajaya and abolish Islam as the country’s official religion.

The report, based entirely on unsubstantiated blog postings by several pro-Umno bloggers, charged the DAP with sedition for allegedly trying to change the country’s laws to allow a Christian prime minister, pointing to a grainy photograph showing what they described as a secret pact between the opposition party and pastors at a hotel in Penang on Wednesday.

Berita : Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA - Malaysian Insider
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
May 11, 2011

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger “Bigdog” berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog “Bigdog” atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan”Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

“Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

“Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

“Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini,” katanya.

Justeru kata “Papa Gomo”, kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog “Bigdog” kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu “Bigdog” ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

“Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

“Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?” katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap “Bigdog”.

“Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.

“Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

Isnin, 9 Mei 2011

Pilihan Raya Singapura 2011 : Lee Kuan Yew Telah Meramalkan Perubahan

Pilihan raya Singapura Menjadi Tumpuan

7 Mei 2011 adalah merupakan tarikh yang akan sentiasa diingat oleh warga Singapura sebagai satu tarikh titik perubahan kepada politik Singapura. Keputusan yang menunjukkan semakin menurunnya sokongan rakyat Singapura kepada parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party - PAP) yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 sudah tentu memberikan isyarat yang penting kepada PAP bahawa rakyat mahukan perubahan.

Walaupun PAP hanya kehilangan enam kerusi Parlimen daripada keseluruhan 87 kerusi namun sokongan terhadap PAP telah menurun sebanyak 6.36% undian berbanding dengan pilihan raya yang diadakan pada tahun 2006. PAP mendapat 60.14% undi yang membawa makna hampir 40% pengundi di Singapura menolak pemerintah yang sedia ada.

Bukan itu sahaja, PAP juga telah kehilangan Kawasan Perwakilan Berkumpulan Aljunied kepada Parti Buruh Singapura, iaitu kali pertama sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan dimenangi oleh parti pembangkang. Termasuk juga Kawasan Ahli Tunggal Hougang, Parti Buruh mendapat enam kerusi di parlimen, iaitu keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.

Keputusan ini, sudah tentu dilihat sebagai ‘wake up call’ kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang tidak boleh memandang ringan terhadap tuntutan perubahan yang rakyat Singapura mahukan.

Sebab itu, di dalam ucapan awalnya selepas keputusan pilihanraya diumumkan, PM Singapura menyatakan bahawa penumpuan pemerintah adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini kerana ramai pengundi berharap kerajaan menyusun semula dasar agar sesuai dengan iklim politik yang baru. Hsien Loong juga menyedari bahawa pilihan raya kali ini membolehkan bidang politik di Singapura memasuki era baru dan daya saing mekanisme politiknya lebih tinggi. Baki enam kerusi yang tidak berjaya dimenangi oleh PAP telah berjaya ditakluki oleh Parti Pekerja.

Kenapa Berlakunya perubahan?


Seperti mana yang kita ketahui, Singapura adalah merupakan sebuah negara yang asalnya bersama Malaysia apabila pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Namun hubungan Singapura dengan Malaysia tidak lama apabila pada 6 Ogos 1965 Singapura telah keluar daripada Malaysia.

Hari ini, Singapura adalah sebuah negara republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara. Parti Tindakan Rakyat atau PAP berjaya menguasai Parlimen di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959.

Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan pluraliti untuk kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan sejak pindaan Akta Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1991. Ahli-Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli Tunggal (Single Member Constituencies, SMC) atau Perwakilan Berkumpulan (Group Representation Constituencies, GRC).

Rakyat menuntut perubahan di Singapura dan ini menjadi persoalan yang cukup penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia membuat penilaian dan ukuran;

  1. Singapura terkenal sebagai sebuah negara yang maju,
  2. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul di dunia,
  3. Singapura adalah sebuah Bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa,
  4. Singapura mempunyai pelabuhan yang dikatakan kelima tersibuk di dunia,
  5. Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".
  6. Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.
  7. Badan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International, TI) pula mengiktiraf Singapura sebagai negeri yang hampir-hampir bebas rasuah dengan indeks 9.3 pada tahun 2010 berkongsi tempat pertama dengan Denmark dan new Zealand sedangkan Malaysia berada di dalam kedudukan ke 56 dengan indeks 4.4.

Jika kita menilai dan menghayati pencapaian Singapura ini maka sudah tentu rakyat akan memberikan sokongan padu kepada PAP namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Persoalannya, apakah kemerosotan PAP di Singapura adalah merupakan satu kebetulan?

Lee Kuan Yew telah meramalkan perubahan



Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew yang telah menang tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Singapura baru-baru telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going” telah pun meramalkan bahawa PAP akan jatuh sekiranya mutu parti menurun ataupun pembangkang menjadi lebih baik.

Beliau telah mengambil contoh Parti Liberal Demokratik di Jepun yang telah bermula lebih awal daripada PAP di Singapura tetapi telah ditumbangkan kerana kerana meneruskan dengan idea-idea lama yang sudah tidak dapat diterima oleh rakyat Jepun ketika ini. Beliau juga mengingatkan bahawa tidak ada sistem yang dapat terus bertahan dalam sesuatu pemerintahan dan ia telah terkesan di Jepun dan ketika ini telah pun dilihat memberikan kesan kepada Pilihan Raya Singapura. Mungkin, disebabkan pandangannya itulah maka beliau tidak melahirkan rasa terkejut apabila rakyat Singapura mahukan perubahan.

Kesan terhadap perkembangan politik di Malaysia.


Keberanian, kesungguhan dan keyakinan rakyat Singapura untuk melakukan perubahan susah tentu memberikan kesan kepada Malaysia secara tidak langsung. PAP yang dilihat sebagai sebuah parti yang ‘kebal’ dan bersifat autokratik dalam pemerintahannya semakin di tolak oleh rakyat sehingga hampir 40% rakyat Singapura tidak memberikan undian kepada PAP dalam Pilihan Raya Singapura baru-baru ini.

Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa Singapura adalah sebuah negara yang maju, negara yang mempunyai kualiti hidup yang baik dan negara yang hampir-hampir tiada rasuah dalam pengamalan pentadbiran kerajaan. Namun, di sebalik itu rakyat masih lagi merasakan bahawa PAP perlu diturunkan daripada takhta pemerintahan kerana tempoh pemerintahan PAP telah cukup lama dan perlu ada pemerintah yang lain menerajui kerajaan Singapura dan terbukti pakatan pembangkang di Singapura berjaya ‘mencuri’ hampir 40% undi daripada rakyat dan tidak mustahil pilihan raya yang akan datang PAP terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kerusi-kerusi empuk yang telah mereka kuasai sejak tahun 1965.

Kata-kata menarik yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha parti Pekerja bahawa republik Singapura adalah merupakan rumah kepada rakyat. Rakyat Singapura memerlukan kerajaan yang lebih demokratik, mantap, bertanggungjawab, inklusif dan telus.

Saya percaya, ia adalah petanda positif kepada pakatan pembangkang di Malaysia. Kesan perubahan politik di Singapura juga telah dikongsi oleh pemimpin BN di Johor seperti mana yang disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Johor kenyataan dua ADUN BN yang memberikan ulasan terhadap perkembangan Pilihan Raya di Singapura.

ADUN Johor Jaya, YB Tan Cher Puk menyatakan bahawa mungkin telah menjadi aliran sekarang ini, rata-rata penduduk seluruh dunia mahukan demokrasi yang lebih adil dan bebas, rakyat Singapura juga tidak terlepas dari bahang yang melanda dunia ini. Beliau juga menyebut bahawa PAP yang memerintah Singapura juga terpaksa akur dengan perubahan dan kehendak dunia yang telah mempamerkan pendekatan yang lebih demokratik dan lebih telus berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

ADUN Sedili, YB Rasman Ithnain percaya bahawa cabaran politik sebegini berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Singapura dan mengingatkan pemimpin Singapura bahawa lambat atau cepat peralihan kuasa tetap akan berlaku, cuma masa yang akan tentukan.

Kenyataan kedua-dua ADUN ini saya percaya sebenarnya memberikan satu gambaran bahawa perubahan kepada kerajaan adalah sesuatu yang lumrah. Walaupun ia ditujukan kepada Singapura tetapi ia juga secara tidak langsung merujuk kepada pemerintah di Malaysia.

Sebab itu, saya percaya bahawa kesan perubahan rakyat di Singapura tidak begitu disenangi oleh pemimpin UMNO/BN yang secara tidak langsung terkesan dengan perubahan ini. Perubahan di Singapura tidak jauh bezanya dengan kehendak rakyat di Johor yang berjiran dengan Singapura. BN kehilangan enam kerusi DUN di Johor manakala PAP kehilangan enam kerus Parlimen di Singapura. Di Sarawak, BN kehilangan 16 kerusi DUN dan ia adalah merupakan rekod terbaik pakatan pembangkang di Sarawak sejak daripada tertubuhnya Persekutuan Malaysia.

Jika perkembangan politik di Singapura dan di Sarawak di ambil kira maka saya percaya Pilihan raya Umum ke 13 yang akan berlangsung di Malaysia tidak lama lagi juga bakal memberikan keputusan yang luar biasa. Oleh itu, kerja kuat daripada semua pihak daripada pimpinan dan petugas perlu dilipat gandakan dengan kadar yang lebih luar biasa. Lebih-lebih lagi, DS Najib Razak telah berikrar bahawa mereka akan mempertahankan dengan apa saja cara sekalipun.

Terus berjuang!

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
9 Mei 2011