TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 5 Mei 2011

Dr Mahathir Pun Kecam Amerika

Salam perjuangan,

Saya tertarik dengan kenyataan daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang mengulas tindakan Amerika menangani kes yang melibatkan Osama. Dr Mahathir yang secara konsistennya tidak 'sebulu' dengan Amerika menentang cara tentera Amerika menyerang dan membunuh Osama yang disahkan tidak bersenjata pada ketika kediamannya dirempuh oleh tentera Amerika.

Bagi saya, dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Amerika akan mengundang lebih banyak masalah lebih-lebih lagi sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada yang terbunuh itu adalah Osama kerana jenazahnya telah dibuang ke laut.

Apa yang pasti, kematian Obama masih lagi diragui oleh banyak pihak.

Dalam hal ini, DS Najib Razak perlu belajar dengan Tun Dr Mahathir untuk bercakap sebagai seorang pemimpin yang tidak tunduk kepada Amerika andaikata beliau malu untuk belajar dengan TG Nik Aziz.

------------------------------------------------------------

Mahathir: Operasi bunuh Osama tindakan tak bertamadun - Malaysian Insider
TERKINI @ 11:36:30 PM 04-05-2011
Oleh Clara Chooi
May 04, 2011

PUTRAJAYA, 4 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kematian Osama bin Laden tidak mungkin petanda sudah berakhirnya keganasan atau rangkaian Al-Qaeda, sambil meramalkan tindakan balas akan terus berkembang di seluruh dunia.

Perdana menteri paling lama memegang tampuk kerajaan ini berkata, operasi dikendalikan oleh pasukan elit AS awal kelmarin adalah satu “tindakan tidak bertamadun.”

“Ya, dia mungkin bersalah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh satu orang bukan caranya.

“Jika dia dapat ditangkap, tangkap dia. Tetapi mereka masuk, membunuh seorang yang tidak bersenjata dan kemudian mencampakkan jenazah ke dalam laut,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

“Saya berpandangan bahawa ini dilakukan oleh mereka tidak bertamadun,” kata Dr Mahathir (gambar) lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan