TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Malaysia : Malaysia Negara Kristian?




Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Semasa membelek-belek media alam maya sepanjang dua jam ini, saya tertarik dengan satu berita yang bertajuk "Malaysia Negara Kristian?" yang disiarkan oleh satu media yang sebenarnya sudah terkeluar daripada senarai media yang saya baca setiap hari. Saya terfikir, untuk apa saya terus membaca sebuah akhbar yang berterusan menggunakan pendekatan menabur fitnah dan berita tidak sahih kepada massa?.

Tetapi apabila saya terbaca di dalam Malaysian Insider sebuah berita yang bertajuk "Pembela gesa polis siasat segera dakwaan Utusan" maka saya terpanggil untuk melihat apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh UM kepada pembaca yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat Melayu yang cenderong kepada UMNO.

Apa yang UM cuba tanamkan kepada pembaca setianya adalah berkaitan dengan satu perhimpunan yang kononnya dianjurkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff melibatkan pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Rujukkan kepada berita ini adalah daripada blog-blog iaitu http://marahku.blogspot.com dan http://bigdogdotcom.wordpress.com/ yang jelas menunjukkan kecenderongan pandangan politik mereka terhadap BN.

UM menggunakan hujah daripada dua blog ini yang entah daripada mana sumber dan infomasinya terus menulis dan memaparkan di dalam ruang media cetak dan mayanya untuk pelbagai tujuan.

Saya katakan "untuk pelbagai tujuan" kerana pertamanya, saya percaya tajuk seperti ini akan memberikan sedikit peningkatan kepada massa untuk mengeluarkan RM1.50 untuk mendapatkan naskahnya sekiranya mereka tidak mampu untuk melayari internet.

Keduanya, tujuannya adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Melayu akan terus diselaputi rasa takut dan bimbang terhadap DAP dan Pakatan Rakyat (PR) dan mesti berbuat sesuatu agar PR tidak diberikan kuasa pemerintahan selepas PRU ke 13 nanti.

Ketiganya, berita seumpama ini akan dijadikan modal kepada pimpinan UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya di dalam ceramah dan pidato mereka di seluruh pelusuk kampung. Mereka akan menggunakan isu ini untuk terus meyakinkan bahawa sekiranya PR memerintah Malaysia maka Melayu dan Islam tidak akan selamat.

Saya mengingatkan sekali lagi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PAS bersama PR telah pun membuat pengistiharan bahawa Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya.

Sebab itu, saya sukar untuk melayan wartawan daripada Utusan kerana selagi mana media tidak dibebaskan daripada cengkaman pemerintah yang sedai ada pada hari ini maka selagi itulah ia akan terus menjadi lidah rasmi parti memerintah yang akan bercakap bagi pihak pemerintah bukannya bagi pihak masyarakat awam.

JOM UBAH, SELAMATKAN MALAYSIA!

0 ulasan:

Catat Ulasan