TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 16 Jun 2011

Himpunan 9 Julai 2011 - Tahniah YB Khairy Jamaluddin!


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya baru sahaja membaca berita yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini yang menyebuh bahawa Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin akan turut sama mengerahkan Pemuda UMNO untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Motifnya, KJ dan Pemuda UMNO mahu menyatakan bahawa mereka menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan. Oleh itu mereka akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai.

Sudah tentu saya menyambut baik keputusan dan tindakan ini kerana ia menunjukkan bahawa Pemuda UMNO menyokong amalan demokrasi dan hak rakyat untuk berhimpun. Jika dulu KJ pernah menyebut bahawa demonstrasi BERSIH adalah merupakan beruk-beruk di jalanraya tetapi KJ sendiri sanggup menerima semula cemuhan itu dan sanggup mem'beruk'kan diri sendiri untuk berhimpun secara aman dan tenteram.

Apa yang KJ kata ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC pada tahun 2007?

"Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya."

Saya percaya bahawa banyak pihak akan menyokong keputusan Pemuda UMNO ini walaupun pada satu masa dulu pemerintah cukup benci dengan perhimpunan seperti ini.

Cuma, saya musykil apabila banyak laporan polis telah dibuat untuk mendesak agar pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap penganjur termasuk menangkap mereka yang terlibat ini.

Sekarang ini, terdapat dua kumpulan lagi yang telah memberikan komitmen bahawa mereka juga akan berhimpun iaitu PERKASA dan Pemuda UMNO?. Apakah pihak keselamatan akan membuat tindakan yang sama terhadap mereka ataupun hanya menangkap penganjur BERSIH 2.0 sahaja?.

Apapun, perhimpunan BERSIH 2.0 tetap akan diteruskan walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi. Kepada SPR, inilah masanya untuk anda mendengar dan melaksanakan tuntutan yang telah dikemukakan oleh BERSIH 2.0.

Teru berjuang!

0 ulasan:

Catat Ulasan