TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Ahad, 12 Jun 2011

Tahniah Kepada Pasukan Kelantan dan Trengganu


Asslau'alaikum dan salam perjuangan,

Malam tadi seluruh negara seakan-akan terhenti apabila tumpuan majoriti daripada rakyat Malaysia adalah ke arah perlawanan akhir bolasepak Piala FA yang mempertemukan pasukan Kelantan dan pasukan Trengganu.

Walaupun saya tidak berkesempatan untuk melihat perlawanan ini secara langsung namun saya terus mendapat maklumat terkini melalui rakan di dalam 'Blackberry Message' berkaitan dengan keputusan jaringan.

Walaupun saya kedua-dua pasukan ini bukanlah pasukan negeri saya yang entah bila agaknya akan kembali menyinar namun saya lebih untuk memilih Kelantan dalam saingan perlawanan akhir ini.

Terengganu akhirnya berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan.

Walaupun Kelantan berjaya mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke 79 namun jaringan gol ke pintu gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Tahniah kepada pasukan Trengganu kerana berjaya menjadi Juara.

Namun, satu perkara yang saya cukup bimbang pada ketika ini adalah gejala rasuah yang sudah mula bertapak ke dalam dunia bolsepak Malaysia.

Pada era 80-an dan 90-an dahulu bolasepak Malaysia telah digegarkan dengan kes rasuah bolasepak dan telah menyebabkan lebih seratus pemain dan pengurusan yang telah diambil pelbagai tindakan sehingga ada yang terus digantung seumur hidup daripada dunia bolasepak.

Baru-baru ini, pemain-pemain dan jurulatih bolasepak yang terlibat di dalam pertandingan Piala Presiden telah dituduh terlibat dengan rasuah bolasepak. Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen Seremban.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd Hafiz Mohd Nor.

Oleh itu, perlu diberikan perhatian kepada perkara ini agar ia tidak akan meresap ke dalam pemain-pemain dan pengurusan bolasepak Malaysia. Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan masalah pendapatan yang kecil namun ia juga berkaitan dengan iman.

Akhir kata, semoga bolasepak di Malaysia akan terus meningkat pada masa akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan