TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 6 Julai 2011

BERSIH 2.0 - Kita Ke Stadium Merdeka!



BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
Abdul Rahim Sabari
Jul 6, 11
12:10pm

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

1 ulasan:

  1. Salam syeikh..
    Maaf ana bagi komen..

    takde rasa macam kena 'kencing' ke dengan najib neh!

    Stadium mana pulak kita nak pergi?
    dari stadium merdeka yang tak dapat..
    terpaksa ke Shah Alam kot?

    jauhnye dari KL!

    BalasPadam