Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 28 Februari 2012

Alhamdulillah, Konsert Erykah Dibatalkan

Langgar sensitiviti agama, konsert Erykah dibatalkan - Malaysiakini
------------------
Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

NONE"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini.

Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.

Badu - yang dikecam kerana bergambar menunjukkan tatu kalimah Allah dalam bahasa Arab di dadanya yang terdedah, di samping beberapa huruf bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid - sepatutnya mengadakan persembahan di Kuala Lumpur malam esok

PNONEembatalan konsert "Ratu Neo-Soul" itu dipercayai ekoran bantahan keras Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Pemuda PAS hari ini.

Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.

"Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu.

"Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik.

Pemuda PAS Serah Memo Bantahan Konsert Erykah Badu

Pemuda PAS serah memo bantah konsert Erykah - Harakahdaily
Aziz Muda, 28 Feb 2012 

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagi mendesak dibatalkan konsert penyanyi Erykah Badu di negara ini. Mengikut perancangan, penyanyi wanita yang berasal dari Amerika Syarikat itu akan mengadakan konsertnya pada malam esok, 29 Februari, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Desakan itu dibuat bagi mengelakkan kesan lebih buruk ke atas rakyat negara ini, memandangkan penampilan penyanyi itu yang penuh dengan kontroversi. 

Memorandum tersebut diserahkan oleh setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di sini, sekitar jam 11.15 pagi tadi dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan menteri terbabit, Abdul Rauf Puteh. 

Turut menemani Khairul Faizi, Penolong Setiausaha III Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob; Pegawai Media Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali; Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz. 

Dalam memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, kehadiran penyanyi itu pada asalnya tidaklah begitu disedari sehinggalah tersiarnya satu rencana mengenainya di dalam akhbar cetak The Star dan laman onlinenya semalam. 

Menurut Khairul Faizi, kontroversi timbul apabila akhbar The Star telah menggunakan gambar penyanyi itu yang memaparkan kalimah Allah pada kedua-dua bahagian bahunya tanpa mengira sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Katanya, penyanyi itu jelas telah menghina Islam apabila beliau meletakkan tatoo di bahagian hadapan badannya dengan kalimah Allah. 

"Rata-rata umat Islam yang menyedari iklan dan promosi itu di media terkejut dan marah dengan kehadiran penyanyi itu dengan persoalan, bagaimana dia yang jelas menghina Islam boleh dibenarkan mengadakan konsert di negara ini. 

"Harakahdaily semalam telah mengeluarkan satu posting daripada salah seorang pembacanya yang mempertikaikan bagaimana penyanyi itu dibenarkan untuk beraksi di Malaysia," katanya pada sidang akhbarnya di Pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di sini, selepas penyerahan memorandum itu. 

Gambar tersebut, menurutnya, telah tersebar di dalam pelbagai laman sesawang lain dan kini menjadi pertikaian massa kerana ia sudah tentu akan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah di dalam hati rakyat Malaysia. 

"Malah gambar itu juga menjadi gambar rasmi kepada laman sesawang penyanyi itu bagi menunjukkan gambaran bahawa beliau tidak menghormati kalimah Allah yang mulai," tegasnya. 

DPPM turut kesal terhadap akhbar The Star kerana tidak sensitif menerbitkan gambar tersebut kepada pembaca walaupun tentunya sedar ia adalah satu penghinaan kepada Islam. 

"Walaupun The Star telah menerbitkan satu jawapan permohonan maaf di atas kesilapan tersebut dan telah disiarkan di dalam laman sesawangnya, namun ia telah berlaku dan perlu ada tindakan lanjut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya. 

Khairul Faizi menegaskan, lebih dikesali, dengan latar belakang penyanyi itu sebagai penganut Islam, beliau tetap cuba menonjolkan identitinya dengan penampilan seperti itu. Penampilan yang ditampilkan itu, tambahnya, secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina Islam. 

"Apa yang dibimbangkan, imej beliau akan menjadi ikutan anak-anak muda beragama Islam di negara ini. Lebih dari itu, penampilan seperti itu diiktiraf pula di negara ini dengan kebenaran beliau mengadakan konsert di negara ini dan dipromosikan oleh media-media tempatan," ujarnya. 

Sehubungan itu, DPPM turut mendesak Rais memantau dan mengawal semua media agar mengikut ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah kementerian tersebut sepatutnya lebih sensitif dalam memastikan tidak ada penyanyi luar atau artis yang dijemput mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat khususnya mereka yang beragama Islam di negara ini.

Isnin, 27 Februari 2012

Erykah Badu : Pemuda PAS akan serah memo bantahan


Carling Cup Final 2012 : Liverpool beat Cardiff in Penalty Shootout


Liverpool have reacquainted themselves with the business of winning trophies at Wembley. For a club with their ambitions, it has been too long and they will cherish the moments of jubilation that followed this latest reminder that, when it comes to penalty shootouts, they are only just behind Germany in terms of efficiency.This was the fifth time they have lifted a trophy because of their superiority from 12 yards and, in total, they have lost only two out of 13 shootouts. Some of the club's greatest moments have been shrouded in this form of high drama and it felt like they had been merely toying with everyone's emotions that they won despite missing their first two.

Final score and result:- Cardiff vs Liverpool 2-2 ( Mason, Turner/ Skrtel, Kuyt)- Liverpool win 3-2 on penalties

Wembley Stadium, London- 26 February, 2012- Carling Cup 2012 Final- 16.00 UK KO

Liverpool win the Carling Cup 3-2 on penalties after Cardiff substitute Anthony Gerrard, the cousin of Liverpool skipper Steven, misses the decisive spot kick for the the Bluebirds.

Ahad, 26 Februari 2012

Tangkap Khalwat : Dr Badrol Amin Buat Penjelasan

Published: Ahad Februari 26, 2012 MYT 10:38:00 AM

Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pemimpin Kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Baharon tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu.

Malah Badrul Amin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan."Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Badrul Amin berada di Kuantan bagi menghadiri temurapat atau retreat bersama pimpinan parti itu termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari bermula Jumaat.

Menurut Badrul Amin, beliau dihubungi wanita berkenaan pada petang Jumaat lalu yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.Bagaimanapun Badrul Amin yang mengaku mengenali wanita berkenaan dan suaminya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian."Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya."Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa," katanya.

Selain itu Badrul Amin turut mendakwa bahawa kumpulan lelaki berkenan bertindak memukulnya sehingga pihak keselamatan hotel tiba menghalang mereka."Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.

Selain itu Badrul Amin memberitahu, beliau dipanggil bagi membantu siasatan Jaip pada Isnin dan akan hadir bersama peguam bagi memberi kerjasama.

Kes Rogol dan Bunuh Semakin Parah : Terbaru Nurul Aien

Salam perjuangan,

Sedih mengenangkan semakin parah keadaan sosial di negara kita sekarang ini. Nilai nyawa sudah seperti tiada lagi dalam sebahagian daripada rakyat yang telah dikuasai nafsu serakah.

Terbaru, berita seorang anak gadis berusia 16 tahun dirogol dan dibunuh di dalam rumahnya sendiri cukup memeritkan hati.

Ke mana perginya iman dalam diri sehingga tergamak untuk membunuh mangsa setelah puas merogol?

Ya Allah, selamatkanlah kami...

---------------------------------------------------

TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras.“Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh. 

“Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku. Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya ditemui mati,” katanya.

Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga.

“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.

“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan barang berharga dan kesan bilik digeledah.

“Kami mengesyaki suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Susulan siasatan itu, seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam. -BH

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat ?

Salam perjuangan,

Sebelum melelapkan mata, saya cuba mencari beberapa isu yang 'panas' untuk saya berikan lontaran pandangan dan pendapat sebagai sebahagian daripada tradisi saya untuk memastikan bahawa setiap hari pasti ada isu ataupun pandangan massa yang akan menjadi bahan ulasan saya.


Namun tak menjadi jangkaan saya bahawa berita tertangkapnya seorang pimpinan PKR dengan tangkapan khalwat mewarnai berita edisi online secara menyeluruh pada ketika ini.

Terdapat beberapa blog yang telah mengenalpasti bahwa yang tertangkap itu adalah Dr Badrol Amin walaupun sehingga kini saya belum mendapat kesahihan berita tersebut daripada rakan-rakan dalam PKR. Apa yang pasti, SMS yang katanya dihantar oleh Dr Badrol Amin yang menafikan bahawa ia adalah satu tangkapan khalwat telah dimuatnaik dalam beberapa blog.

Saya masih menunggu berita yang sebenarnya berlaku dan mudah-mudahan ia tidak seperti mana yang dilaporkan.

Wassalam

------------------------------------------ Sabtu Februari 25, 2012

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang - mStar Online

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan."Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Sabtu, 25 Februari 2012

Himpunan Hijau 2.0 Dapat Permit!

Polis benar Himpunan Hijau 2.0

2012/02/24 KUANTAN: Polis hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 Ahad ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof, berkata pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat.

"Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami sudah menjelaskan syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menerusi perjumpaan itu juga, katanya, penganjur bersetuju dengan syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan.

Mengenai perubahan tempat, Mohd Jasmani berkata MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia.

"Polis sudah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4, Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur," katanya.

Beliau turut menjelaskan kebenaran kepada penganjur itu bukan satu permit yang dikeluarkan polis tetapi kebenaran mengikut Akta Himpunan Aman.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata beliau akan memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar dan aman dengan mengikut lunas undang-undang.

"Kita percaya semua pihak mahu ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi," katanya.

Selasa lalu, 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

Himpunan Hijau 2.0 bertujuan membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants yang diberikan lesen beroperasi sementara. - BERNAMA

Ana Raffali : Mula Bertudung Tetapi Dipersenda

Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung -mStar Online
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.

Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.

"Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain."Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Khamis.

Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.

Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.

Khamis, 23 Februari 2012

TERKINI! Demo Bantah Tentera Amerika Bakar A-Quran

Salam perjuangan,

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan Memorundum dan Menganjurkan Himpunan Aman di hadapan Kedutaan Amerika bagi mengutuk keras tindakan JAHAT dan CUAI Tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar Al Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan kelmarin.

Maklumat Tindakan :

Perkara : Memo dan Demo

Tempat : Kedutaan Amerika

Tarikh : 24 Feb 2012

Hari : Jumaat

Masa : Selepas Solat Jumaat [ kumpul di Masjid Tabung Haji ]

Sebelum ini tahun 2010, Gereja Florida telah mencetus kemarahan ummat Islam apabila merancang untuk membakar Al Quran pada ulangtahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulangtahun peristiwa 11 september. malah pembakaran Al Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp dibawah pengawasan Jones. Al Quran ada waktu itu telah direndamkan dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah - tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku. Al Quran di bakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam. Semalam timbul lagi isu pembakaran Al Quran, kini dilakukan pula oleh Tentera Amerika Syarikat dan kononnya tindakan mereka tidak disengajakan.

Persoalannya berapa kali lagi ia akan berlaku ? Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya tindakan propaganda yang mencetus kemarahan ummat Islam seluruh dunia. Suatu tindakan yang tidak selayaknya dilakukan oleh insan yang bertamadun justeru ianya mempertajamkan lagi permusuhan antara mereka dengan ummat Islam.

Semoga Allah swt melaknat segala usaha untuk menghina dan memperlekehkan Islam dan memberi kekuatan kepada Ummat Islam untuk terus bangkit mempertahankan maruah agama dan harga diri.

Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Selasa, 21 Februari 2012

Puad Zakarshi Tuduh Anwar, Nik Aziz Berlakon

Salam perjuangan,

Saya membaca dalam Sinar Harian online pada hari ini dan mendapati bahawa terdapat satu berita yang bertajuk "Mohd Puad mendakwa Anwar, Nik Aziz berlakon" yang mana Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi menyatakan bahawa pertemuan yang dijadualkan di antara Ketua Pembangkang dengan Musyidul Am PAS adalah merupakan satu lakonan kerana Tuan Guru Nik Abd Aziz kuat menyebelahi DS Anwar sebelum daripada ini dan pandangan TG Nik Aziz tidak mewakili keseluruhan ahli PAS.

Saya mengingatkan Mohd Puad supaya jangan membuat sebarang dakwaan yang mengarut terhadap 'lakonan' yang kononnya dibuat oleh kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan PKR ini kerana itu pertemuan itu adalah hak kepada mereka untuk bertemu.

Saya juga meminta agar Mohd Puad supaya selesaikan dahulu isu berlabuhnya kapal perdagangan Israel di Perlabuhan Klang. Adakah kapal dagangan Israel yang singgah di perlabuhan Malaysia adalah merupakan satu lakonan?

Akhirnya, saya meminta agar Mohd Puad menghormati pertemuan yang diadakan ini kerana kepimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah dengan harmoni

Wassalam

Musim Debat Bermula : Ibrahim Ali Berani Dalam Takut

Salam perjuangan,

Debat di antara Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng baru-baru ini telah berjaya membuka gelanggang debat terbuka di antara tokoh politik dan masyarakat negara kita.


Datuk Mahfuz Omar mengembalikan nostalgia 12 tahun yang lalu dengan mencabar Datuk Hishamudin untuk berdebat. Saya menghubungi beliau sebentar tadi untuk bertanyakan perkembangan baru sama ada Hisham telah pun memberikan respon terhadap cabaran tersebut. Manalah tahu Hisham akan menghantar wakilnya seperti satu masa dahulu.

Terbaru, tiba-tiba Presiden Perkasa juga mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang untuk berdebat di atas tajuk siapa yang paling rasis, DAP atau Perkasa. Pada umumnya, saya boleh menerima tajuk tersebut kerana Perkasa sentiasa dipalitkan dengan perjuangan yang berlandaskan rasis, ruang yang ada ini dapat memberikan ruang Perkasa untuk membuktikan semua yang dilemparkan itu fitnah belaka.

Cuma yang agak melucukan adalah permintaan Datuk Ibrahim Ali yang mahu debat tersebut diadakan tanpa kehadiran hadirin atau penyokong. Saya tidak pasti apakah muslihat Datuk Ibrahim namun saya merasakan bahawa Datuk Ibrahim tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan suasana tekanan daripada hadirin khususnya yang tidak menyebelahinya.

Saya katakan begitu kerana saya teringat bagaimana Datuk Ibrahim pernah 'naik angin' semasa dalam perbahasan Parlimen apabila beliau diprovok oleh ahli Parlimen yang lain.

Pada pandangan saya, jika debat tersebut diadakan tanpa penyokong maka saya cadangkan Datuk Ibrahim kembali semula ke alam persekolahan kerana di peringkat sekolah kerana debat diperingkat sekolahpun mempunyai penyokong kedua-dua pihak.

Tahniah Datuk Ibrahim Ali kerana mencabar YAB Lim Guan Eng walaupun cabaran tersebut dapat dikategorikan sebagai cabaran BERANI DALAM TAKUT.

Wassalam

Isnin, 20 Februari 2012

Umno Iktiraf Usaha Hassan Ali

Salam perjuangan,


Semasa sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan jentera Pergerakan Wanita Umno bahagian Muar semalam, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia mengingatkan agar jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, digesa tidak leka dengan kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan PAS oleh Datuk Dr Hasan Ali.

Datuk Razali Ibrahim mengakui bahawa memang siri jelajah Dr Hasan Ali banyak memberi faedah kepada BN, tetapi Umnoikita tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akanmenjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti.

Datuk Razali Ibrahim juga mengakui bahawa Beliau tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan.

Dalam masa yang sama, PAS terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan.

Bagi Datuk Razali, isu yang dibangkitkan Hasan akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu.

Nampaknya, Umno bertuah kerana Dr Hassan Ali kini menjadi menjadi 'pegawai penerangan' tanpa tauliah yang turun ke serata negara bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan 'akidah' dan kuasa ketiga walaupun sebahagian besarnya Dr Hassan lebih menjurus kepada serangan terhadap PAS dan ianya turut diperakui oleh Naib Ketua Pemuda Umno.

Tidaklah mustahil andaikata roadshow Dr Hassan akan ditaja oleh Umno kerana Umno tidak perlu bersusah-susah lagi untuk turun ke lapangan memberikan penerangan. Tidak mustahil juga selepas ini pimpinan Umno akan duduk sepentas bersama Dr Hassan Ali kerana perjuangan mereka yang selari dan senada.

Wassalam

Sabtu, 18 Februari 2012

Kenyataan Media - Laporan Polis Terhadap MB Trengganu


Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
  26 Rabiul Awal 1433 bersamaan 19 Februari 2012

Tajuk : Laporan Polis Pemuda PAS Terhadap Menteri Besar Trengganu

Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap satu kenyataan fitnah jahat yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dalam suratkhabar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari 2012, di ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan dengan tajuk besar bahawa PAS 'PARTI AJARAN SESAT’.

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin bin Hassan bersama barisan pimpinan DPPM. Ia akan dibuat pada 20 Februari 2012 (Isnin) pada pukul 10 pagi.

Manakala laporan polis di peringkat negeri akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri/Wilayah pada tarikh dan masa yang sama. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah yang berkenaan.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia

Terima Kasih Dr Chua Soi Lek!

Salam perjuangan,

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang telah mengiakan politik perkauman, politik menakut-nakutkan dan kebencian agama dalam debat di antara beliau dengan Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng.

Saya mengikuti debat tersebut melalui lintas langsung yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini yang memberikan peluang kepada massa untuk mengikuti debat tersebut dengan baik.

Dr Chua dalam debat tersebut mengekalkan sikapnya yang gemar menanamkan politik perkauman dan kebencian terhadap agama seperti mana yang pernah didedahkan sebelum ini.

Dr Chua gemar menyerang PAS sebab dasar Islam yang PAS ingin terapkan di Malaysia sehingga calon PAS Dun Tenang memakai sarung tangan dijadikan oleh Dr Chua dan MCA.

Sedangkan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang lebih banyak bercakap soal integriti dalam pemerintahan dan keadilan untuk semua.

Saya percaya, debat ini akan lebih menjauhkan masyarakat Cina daripada BN yang semakin karam ketika ini.

Wassalam

=====================================


Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka - Malaysiakini

Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.

Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.

Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.

LAPORAN LANGSUNG

4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm:
Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm:
Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm: kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila
pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka  lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.

Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.

Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.
"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),"
kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.

6.05pm: Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pedebat masing-masing

Menjelang Debat CSL dan LGE

Salam perjuangan,

Petang ini, dua tokoh politik daripada dua parti yang berbeza akan bertemu dalam debat yang bertajuk 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua-bangsa?' yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI). Debat itu akan disiarkan secara langsung dari Berjaya Times Square di Astro AEC dan YouTube, manakala skrin besar akan turut disediakan di luar dewan debat. debat akan bermula pada pukul 5 petang ini.

Debat di antara Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan Setiausaha Agong DAP YAB Lim Guan Eng sudah pasti akan mendapat perhatian pelbagai pihak kerana isu yang akan diperdebatkan adalah berkaitan dengan sistem dua parti yang berkaitan dengan masa depan masyarakat Cina di Malaysia.

Walaupun ia dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda masyarakat Cina namun saya berharap ianya akan dikembangkan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggerisagar dapat menjadi rujukan dan bahan ilmiah untuk semua.


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telahpun membuka langkahnya di dalam ucapannya pada pagi tadi dengan mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan. Dr Chua mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sudah tentu ia akan menjadi senjata Dr Chua untuk menyerang LGE pada petang ini berserta senjata-senjata yang lain.

Apapun, saya ucapkan selamat berjaya kepada kedua-duanya dan saya percaya LGE pasti mampu memberikan hujahnya dengan lebih baik.

Entah bila pula kita akan berpeluang untuk melihat debat di antara DS Najib Razak berdepan dengan DS Anwar ataupun DS TG Hadi?

Wassalam

Jumaat, 17 Februari 2012

Kelayakan Piala Thomas : Akhirnya Hafiz Hashim Dapatkan Mata

Salam perjuangan,

Saya tidak mengikuti siaran langsung perlawanan tadi tapi hanya merujuk kepada berita dalam internet yang memaklumkan kejayaan Malaysia mengalahkan India dengan 3-0.

Keputusan itu melegakan peminat badminton negara yang mana sebelum ini cukup gelisah dengan prestasi pasukan Malaysia yang membimbangkan lebih-lebih lagi dengan kekalahan berturut-turut perseorangan kedua Malaysia iaitu Hafiz Hashim.

Sebab itu, bila Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 membawa makna Hafiz mula mengecapi kemenangannya di sana.

Sembilan tahun yang lalu Hafiz mengejutkan dunia apabila berjaya memenangi Piala Seluruh England ada usia 21 tahun. Hafiz diihat sebagai pemain muda yang akan meningkat naik dalam persada dunia badminton namun sejak kemenangan di England itu tidak berjaya membantu Hafiz untuk terus menempa kejayaan.

Pada usia 30 tahun, Hafiz sudah dilihat semakin dihujung kariernya namun saya berharap Hafiz akan menjadi penyumbang mata di dalam setiap kemenangan Malaysia selepas ini.
...................................

Malaysia Terus Mara Rebut Piala Thomas Selepas Tewaskan India 3-0

MALAYSIA terus bersaing untuk merebut Piala Thomas apabila pasukan negara mara ke separuh akhir menewaskan India 3-0 pada suku akhir kelayakan di Macau pada Khamis.

Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.

Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.

Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.

Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.

Rabu, 15 Februari 2012

Anak Muda Teruja Lagenda Bolasepak Masuk PAS

Salam perjuangan,

Semasa saya membaca berita yang disiarkan di dalam harakahdaily semalam, berita tentang seorang lagenda bolasepak tanahair iaitu Abdullah Ali bersama beberapa orang rakannya telah menyerah borang menyertai PAS di Kota Bahru, saya menerima SMS daripada seorang sahabat yang pernah bersekolah, menuntut di universiti dan bekerja dalam kilang industri yang sama untuk memberitahu kepada saya bahawa beliau teruja dengan berita ini.

Sebenarnya, bukanlah perkara baru apabila pemain bolasepak kebangsaan menyertai PAS kerana sebelum ini sudah ramai yang membuat langkah yang bijak ini. Sebagai contohnya, bakas Ketua pasukan bolasepak kebangsaan, Radhi Mat Din uang telah dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Bolasepak sempena Muktamar DewancPemuda PAS pada tahun lalu. Radhi pernah dilantik sebagai exco Dewan Pemuda PAS Kedah.


Abdullah Ali, semasa menyerahkan borang untuk menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup telah menyebut bahawa beliau memilih PAS kerana parti yang teah menjangkau usia 61 tahun ini satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Beliau sangat yakin dengan perjuangan PAS dan akan turun berkempen untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya umum yangakan datang.

Mungkin dengan pengumuman ini dapat memberikan jawapan kepada dua individu yang ingin saya catatkan di sini iaitu Dr Hassan Ali dan Datuk Mohd Said. Dr Hassan yang sedang membuat roadshow diseluruh negara untuk memberikan penjelasan yang kononnya PAS telah lari daripada landasan perjuangan dan Datuk Mohd Said yang melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat perlu membuat temujanji dengan lagenda bolasepak negara yang jauh lebih memahami.

Semoga dengan kemasukan Abdullah Ali akan menarik lebih ramai lagi lagenda bolasepak untuk sama-sama berjuang dengan PAS.Manalah tahu, nama-nama seperti Zainal Abidin Hasan, Dolah Salleh, Nasir Yusof, Khairul Azman Mohamad dan ramai lagi yang satu masa dahulu berjaya mewarnai sukan bolasepak Malaysia akan menurut langkah yang sama.

Insya Allah, saya akan usahakan agar satu program khas Abdulah Ali bersama anak muda akan dilaksanakan melalui DACS dalam masa terdekat ini.

Wassalam.

Jangan Tiru Perangai Ahmad Maslan

Salam perjuangan,

Ahmad Maslan adalah Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Menang kerusi Parlimen Pontian pada PRU yang lalu dan kini diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad Maslan lebih dikenali sebagai Menteri Felda yang sibuk dengan isu Felda yang sekarang ini sudah mula mendapat tempat di hati peneroka. Jika dulu peneroka sebahagian besarnya memberikan taat setia kepada pemerintah dan sanggup ditipu namun sekarang ini peneroka sudah membuka mata apabila gerakan menyedarkan peneroka semakin berjaya.

Mazlan Aliman, Presiden ANAK yang cukup konsisten dan bersungguh untuk membela nasib peneroka dan generasi kedua Felda adalah merupakan di antara pejuang isu Felda yang sering mengganggu mimpi indah Ahmad Maslan. Begitu juga dengan tawaran Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga yang telah menyerap ke dalam sanubari masyarakat Malaysia secara keseluruhannya termasuklah golongan peneroka yang sedang berkira-kira untuk menjadikan tawaran buku jingga ini sebagai titik tolak untuk melakukan perubahan dalam PRU yang akan datang.

Tiba-tiba Ahmad Maslan yang yang tidak berani untuk berdebat isu Felda dengan Presiden Anak membuat satu kejutan lagi dengan 'membakulsampahkan' buku Jingga di hadapan kepimpinan Felda di Kuala Lumpur.Mungkin Ahmad Maslan berasa bangga dan hebat kerana dalam membuat satu kelakuan yang hodoh dalam majlis rasmi seperti itu tetapi bagi saya tindakan Ahmad Maslan itu seperti budak pra sekolah.

Saya kata perangai Ahmad Maslan seperti perangai pelajar budak pra sekolah kerana pelajar pra sekolah masih di tahap untuk membiasakan diri dengan persekitarancsekolah dan baru sahaja mengenal huruf dan nombor. Murid pra sekolah masih belum ada kemampuan untuk membaca dengan baik maka tidaklah pelik jika buku akan dibuang ke dalam tong sampah.

Jika Ahmad Maslan berani dan yakin bahawa apa yang diperjuangan oleh Anak adalah palsu dan memecahbelahkan peneroka Felda maka saya menyeru beliau untuk menerima cabaran debat Presiden Anak. Jika beliau takut untuk berdebat dengan Mazlan Aliman maka saya menawarkan diri untuk berdebat dengan Ahmad Maslan.

Jangan ditiru perangai Ahmad Maslan.

Selasa, 14 Februari 2012

Pemuda PAS Terima Kunjungan Pemuda Parti Kebajikan Turki

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menerima kunjungan rasmi daripada beberapa wakil pemuda Parti AK, Turki.

Menurut Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dalam pertemuan tersebut, fokus perbincangan menjurus kepada gerakan pemuda di Malaysia dan juga Turki.

"Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan Pemuda PAS ingin tahu bagaimana AKP mendekati anak muda di sana memandangkan meraka mempunyai kira-kira 1.2 juta pemuda, lebih ramai daripada ahli PAS di Malaysia," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

AKP diketuai oleh Pengerusi Legal Youth Organization, Ismail Karaosmanoglu dan beberapa ahli yang lain.

Manakala DPPM turut disertai Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, ahli jawatankuasa Yusapisa yaakob dan Fawaz Aminudin.

Faizi juga berkata, dalam pertemuan tadi, DPPM turut menceritakan perkembangan PAS yang mendapat sokongan orang bukan Islam di Malaysia.

"Mereka agak terkejut mendengar laporan kita ini dan amat tertarik dengan penyertaan orang bukan ISlam ke dalam PAS," katanya.

Sehubungan itu ujar Faizi, AKP akan berusaha untuk menjemput DPPM berkunjung ke Turki dan melihat sendiri gerak kerja mereka di sana.

"Mereka akan menjemput pemuda ke Turki dan meneruskan perhubungan yang baik di antara kedua-dua pihak," katanya.

Tahun lalu, AKP berjaya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.

Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.

Ahad, 12 Februari 2012

Najib Razak Mengadap Sultan Johor : Siapa Bakal MB?

Salam perjuangan,

Hampir seminggu ini nama Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub dipopularkan dengan berita yang sensasi mengaitkan beliau sebagai bakal MB Johor jika PR diberi peluang oleh rakyat untuk memerintahkan negeri yang dipanggil sebagai negeri kubu kuat Umno no 1 di dunia.

Rata-rata masyarakat di Johor tertanya-tanya benarkah anak jati Johor ini akan pulang semula ke Johor setelah sekian lama merantau ke negeri orang iaitu negeri Kelantan. Pertanyaan ini dibuat berdasarkan kepada pelbagai persepsi namun apa yang dapat saya gambarkan secara umumnya bahawa Salahuddin Ayub bukanlah nama yang asing bagi orang Johor kerana beliau dilihat sebagai tokoh politik tanahair yang popular dewasa ini.


Popularnya Salahuddin bukan ketika beliau diamanahkan sebagai pimpinan PAS di Johor tetapi kerana peranannya sebagai pimpinan PAS di peringkat Nasional dan sebagai Ahli Parlimen yang berkesan sepaniang tempoh beliau diamanahkan sebagai MP Kubang Krian sejak tahun 2004. Salahudin pernah diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Johor daripada tahun 1989 sehinggalah ke tahun 1999 sebelum jawatan tersebut diamanahkan pula kepada sdr Mazlan Aliman (1999-2005) seterusnya Khairul Faizi Ahmad Kamil (2005-2011) dan kini diamanahkan pula kepada sdr Suhaizan Kaiat.

Saya percaya bahawa sejarah kepimpinan YB Kubang Krian ini tidaklah diketahui secara mendalam oleh masyarakat di Johor tetapi beliau lebih dikenali dengan peranan beliau di Parlimen.Keterampilan, bakat berhujah, fakta dan kreadibiliti beliau menjadi faktor yang memikat massa untuk menerima beliau.

Sebab itu, saya tidak terkejut dengan komentar YB Shahrir Samad apabila diminta untuk memberikan ulasan berkaitan dengan kemungkinan Salahudin akan dilantik sebagai MB jika PR memerintah Johor seperti mana yang disiarkan di dalam Sinar Harian beberapa hari yang lalu.

Apapun, perbincangan mengenai siapa bakal MB Johor di kalangan pimpinan PR bukanlah fokus utama pada kali ini tetapi apa yang penting adalah komitmen semua pihak untuk memastikan pucuk pimpinan kerajaan negeri Johor diterajui oleh PR.

Kenapa Najib Mengadap Sultan Johor? Tiba-tiba dilaporkan Najib Razak turun ke Johor untuk mengadap Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail pada petang ini. Laporan media menyebut bahawa Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau. Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang. 

Kedudukan Ghani Othman sebagai MB sememangnya telah diketahui umum bahawa akan berakhir sehingga pembubaran Parlimen yang akan datang namun bakal pengganti beliau daripada kalangan pimpinan Umno/BNmasih belum dapat ditentukan namun spekulasi telah menamakan beberapa individu yang dilihat mampu meneruskan agenda BN di Johor. 

Siapapun yang Najib inginkan sebagai bakal pengganti Ghani tidaklah perlu saya catitkan di sini kerana bagi saya itu hasrat yang tersirat di dalam diri beliau tetapi apa yang penting kedudukan Najib sendiri belum tentu selamat sebagai PM kerana hadrat PR bukan sahaja ingin menjatuhkan BN di Johor seterusnya melangkah ke Nusajaya sebagai pemerintah yang baru tetapi hasrat dan cita-cita kami lebih jauh daripada itu. PR sedang hampir ke Putrajaya dan ketika amanah diberikan kepada PR untuk memerintah nanti, PM yang akan dinobatkan sudah tentu bukan orang yang bernama Najib Razak.

Wassalam

Jumaat, 10 Februari 2012

Pemuda PAS Serah Memo Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Dewan Pemuda Pas hari ini menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih secara besar-besaran di media-media utama kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar menteri Norazli Noh yang mewakili Rais, yang terpaksa menghadiri acara di tempat lain, di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Khairul Faizi berkata Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar pada sepanjang bulan ini.

Katanya Dewan Pemuda Pas bimbang promosi secara besar-besaran dan berterusan untuk meraikan acara itu pada 14 Februari ini akan menggalakkan orang ramai khususnya umat Islam terjebak dalam kegiatan maksiat.

Khamis, 9 Februari 2012

Pensyarah Makan Rasuah Pelajar?

Salam perjuangan,

Rasuah boleh berlaku di mana-mana dalam negara kita. Pemimpin politik, pegawai keselamatan, kerani bank, pemain bolasepak dan pelbagai lagi jawatan boleh menyebabkan berlakunya rasuah. Terpanggil saya untuk menulis sedikit laporan berita daripada Berita Harian Online hari ini yang menyebut bagaimana seorang pensyarah di tahanan SPRM kerana meminta dan menerima rasuah daripada pelajarnya untuk memastikan pelajar itu lulus dalam peperiksaan.

Walaupun mungkin kes terpencil namun ia sudah tentu mencemar institusi pengajian tinggi dan kreadibiliti pensyarah yang dihormati.

Mudah-mudahan perkara ini tidaklah seperti mana yang dilaporkan. Kita tunggu laporan siasatan SPRM itu nanti.

Pensyarah direman terima rasuah RM300 daripada pelajar - Berita Harian Online

IPOH: Seorang pensyarah sebuah kolej di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima wang berjumlah RM300 daripada seorang pelajarnya bagi membolehkan pelajar berkenaan lulus satu kertas peperiksaan, semalam. 

Pensyarah lelaki itu direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ziarah Sahabat Kluang

Salam perjuangan,

Alhamdulillah, sejak pukul 8 malam tadi kediaman saya dikunjungi oleh para sahabat handai di Kluang yang hadir menziarahi saya yang agak keuzuran sejak seminggu yang lalu.

Kehadiran sahabat-sahabat ini memberikan satu bentuk kekuatan yang luar biasa dan semangat baru kepada saya, walaupun suara saya masih belum pulih namun ia sedikit sebanyak membantu.

Kesukaran untuk bernafas masih dirasai cuma ia tidak seteruk semalam dan kelmarin.


Mudah-mudahan saya akan cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa dalam masa terdekat ini. Wassalam.

Rabu, 8 Februari 2012

Pendedahan Terbaru Rafizi @ PKR : Mampukah Sharizat Bertahan?

Salam perjuangan,

Seperti yang dijanjikan oleh anak muda PKR yang bertindak sebagai Pengarah Strategik parti ini, Rafizi mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat lagi penyelewengan yang telah dilakukan oleh Sharizat sekeluarga dalam isu NFC. Pendedahan pada hari ini sememangnya mengejutkan dan ia tentunya akan meledakkan lagi desakan Ketua Umno Bahagian Cheras agar Sharizat meletakkan jawatan.

Pendedahan ini dilihat 'tidak setimpal' dengan hadiah baju kurung merah yang akan dihadiahkan oleh Sharizat kepada Rafizi. Sudah tentu pendedahan terbaru ini akan menyulitkan lagi masa depan politik Sharizat.

Saya petik daripada laporan berita mStar yang menyiarkan pendedahan terbaru berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) apabila mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menyatakan bahawa pembelian dua unit kondominium mewah atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh diluluskan oleh dua bank iaitu United Overseas Bank Limited (OUB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank)

Mengikut Rafizi, kemudahan pembiayaan untuk membeli dua unit kondominium ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbalbalik kerana NFCorp (National Fidlot Corporation) dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizatmempunyai deposit besar di bank-bank tersebut.

Saya percaya, kita semua yang waras berfikir sudah tentu menggeleng-gelengkan kepala dengan pendedahan ini. Adakah ini caranya mereka menggunakan wang rakyat yang sepatutnya diuruskan untuk projek lembu tetapi dijadikan 'modal' untuk mereka meluaskan empayar kekayaan.

Saya menunggu respon terbaru Sharizat, mudah-mudahan respon yang diberikan mampu untuk dipertimbangkan oleh massa sebagai jawapan yang menyebelahi Sharizat. Cukup-cukuplah menggunakan Wanita Umno sebagai perisai.

Khalid Samad Menulis : Hasan Ali dan Saya

Salam perjuangan,

Pagi ini saya berkesempatan membaca satu penjelasan yang panjang YB Khalid Samad, menyentuh tentang beliau dan juga Dr Hassan Ali. Walaupun ada yang berpendapat agar tidak perlu memberi respon terhadap apa yang yang dicakapkan oleh Dr Hassan Ali namun bagi mereka yang memang 'kosong maklumat' tentang perkara yang sebenar mungkin boleh menerima bulat-bulat apa yang Dr Hassan perkatakan.

Justeru ada baiknya pembaca dapat meluangkan masa seketika membaca entri yang bertajuk Hassan Ali dan Saya di laman sesawang harakahdaily.net untuk mendapatkan keterangan lanjut atau klik ke

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7953-hassan-ali-dan-saya

Wassalam.

Selasa, 7 Februari 2012

Hikmah Di Sebalik Sakit


Salam perjuangan,

Entri terakhir pada hari ini , saya catatkan sebagai nukilan terakhir sebelum melelapkan mata dan sebagai peringatan kepada diri saya yang sudah seminggu diuji dengan gangguan pada kesihatan yang seperti belum mahu surut.

Setiap kali batuk sehingga terasa seperti mahu pecah dada ini menyebabkan saya teringat kepada aruah Pak Syed, staf pejabat Agong Pas yang telah kembali mengadap Ilahi baru-baru ini yang disahkan mengidap paru-paru berair dan tanda-tandanya adalah batuk, demam dan loya tekak.

Rawatan telah dibuat di klinik namun sehingga kini masih lagi menunjukkan tanda-tanda positif. Ikutkan hati, mahu saja bermalam di wad hospital supaya dapat diberikan rawatan yang secukupnya.

Saya menulis ini sebenarnya lebih kepada mahu berkongsi bersama pembaca tentang erti sakit dalam Islam. Bunyinya agak pelik tetapi sebagai hamba Allah, setiap yang berlaku kepada kita sudah tentu ada sebabnya.

Pernah diriwayatkan Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Sebab itu, bila kita sakit maka kita perlu sentiasa ingat bahawa ada yang tersirat disebalik sakit yang datang itu. Selain daripada Allah ingin menghapuskan dosa, sakit juga adalah peringatan yang datang daripada Allah kepada kita.

Saya ada terbaca dalam beberapa blog yang menyiarkan satu entri yang sama namun saya tidak pasti blog yang manakah paling awal menyiarkan entri ini. Tapi, ia adalah satu tajuk yang sangat baik untuk kita baca iaitu "Hikmah Sakit"

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecenderungan manusia saat sihat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.Ketika seseorang sakit, ia akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.

Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyeselan.Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya. 

Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan peringatannya kepada kita.

Wassalam

Peluk Anjing : Penyanyi Adira Mohon Maaf



KEMASKINI
Salam perjuangan,

Saya tidak berapa kenal dengan penyanyi yang bernama Adira AF8 tetapi kontroversi yang diciptanya dengan tersiarnya gambar Adira memeluk seekor anjing telah menimbulkan kontroversi. [Saya baru diberitahu Adira adalah salah seorang penyanyi yang menyanyikan lagu Ombak Rindu]

Saya petik jawapan Adira mengapa beliau memeluk anjing tersebut yang dimiliki oleh ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah yang saya baca daripada laman sesawang mstar online.

 “Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. 

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Adira menambah lagi,

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

Simpati saya kepada Adira yang sedar dalam keadaan tidak sedar ataupun mungkin sebaliknya. KEMASKINI: Adira mungkin tidak terasa apa-apa tak kala memeluk anjing tersebut tetapi ia jelas tetap haram hukumnya. [Saya dihubungi oleh beberapa teman untuk membetulkan pernyataan ini. Berkenaan dengan isu menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh orang ramai. Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya]

 Jawapan Adira juga sudah cukup membayangkan betapa celarunya Adira dalam perkara ini. Pada masa akan datang Adira elakkanlah daripada berbuat perkara yang sama. Arnab jenis Angola mungkin sesuai untuk orang seperti Adira.

Sama-sama kita bantu Adira dalam hal ini, menghentam tindakan beliau tidak banyak membantu beliau untuk kenal Islam dengan lebih dekat.

 Wassalam.

Tambahan : Keluarga saya pernah membela seekor anjing yang diberi nama Lessie jika tidak silap saya. Lessie menjadi 'pengawal keselamatan' kerana kedudukan rumah pada ketika itu jauh di perdalaman.

Rasuah Politik Lebih Parah Daripada Rasuah Bolasepak

Salam perjuangan, Rasuah dalam sukan bolasepak mula bernanah dan tidak mustahil peristiwa hitam yang menjahanamkan bolasepak tanahair akan berulang.

Tindakan pantas Persatuan Bolasepak Malaysia menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih daripada pasukan Piala Presiden sedikit sebanyak dapat meredakan rasa marah dan geram penyokong bolasepak tempatan yang sudah mula 'jatuh cinta' kembali kepada liga dalam negara kita ini.

 Saya cukup bimbang perkembangan ini akan terbawa-bawa kepada malapetaka bolasepak Malaysia pada tahun 1994 apabila hampir 150 orang pemain liga Perdana teah digantung kerana terlibat dengan rasuah termasuklah nama-nama besar seperti Azizul Abu Hanifa, Matlan Marjan dan ramai lagi.

 Kenapa rasuah bolasepak kembali menyerang pemain-pemain kita? Adakah kerana masalah gaji yang sedikit ataupun ia sudah bermula sejak mereka bermain diperingkat yang lebih rendah? Itu mungkin di antara persoalan yang timbul dibenak fikiran kita tapi dalam masa yang sama kita jangan lupa bahawa indeks persepsi rasuah Malaysia yang dikeluarkan oleh Transperency International (TI) telah menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia telah teruk jatuh menjunam sehingga kedudukan terkini adalah pada kedudukan ke 60 daripada 178 buah negara. Bukan itu saja malah skor CPI hanya 4.3 daripada 10, skor yang menakutkan kita semua. Kedudukan indeks rasuah negara ini terus menjadi igauan ngeri sepanjang pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Mengikut TI, faktor yang paling besar yang mempengaruhi kejatuhan indeks rasuah negara adalah disebabkan badan politik dan agensi kerajaan. Bermakna, pemimpin politik yang cukup besar memberikan pengaruh kepada rasuah yang semakin meluas dalam negara.

 Rasuah bolasepak perlu ditangani dengan lebih serius namun rasuah yang berlaku dalam urustadbir serta parti politik lebih perlu diberikan perhatian jia mahu bolasepak Malaysia bebas daripada rasuah.

 Wassalam