TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Jumaat, 17 Februari 2012

Kelayakan Piala Thomas : Akhirnya Hafiz Hashim Dapatkan Mata

Salam perjuangan,

Saya tidak mengikuti siaran langsung perlawanan tadi tapi hanya merujuk kepada berita dalam internet yang memaklumkan kejayaan Malaysia mengalahkan India dengan 3-0.

Keputusan itu melegakan peminat badminton negara yang mana sebelum ini cukup gelisah dengan prestasi pasukan Malaysia yang membimbangkan lebih-lebih lagi dengan kekalahan berturut-turut perseorangan kedua Malaysia iaitu Hafiz Hashim.

Sebab itu, bila Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 membawa makna Hafiz mula mengecapi kemenangannya di sana.

Sembilan tahun yang lalu Hafiz mengejutkan dunia apabila berjaya memenangi Piala Seluruh England ada usia 21 tahun. Hafiz diihat sebagai pemain muda yang akan meningkat naik dalam persada dunia badminton namun sejak kemenangan di England itu tidak berjaya membantu Hafiz untuk terus menempa kejayaan.

Pada usia 30 tahun, Hafiz sudah dilihat semakin dihujung kariernya namun saya berharap Hafiz akan menjadi penyumbang mata di dalam setiap kemenangan Malaysia selepas ini.
...................................

Malaysia Terus Mara Rebut Piala Thomas Selepas Tewaskan India 3-0

MALAYSIA terus bersaing untuk merebut Piala Thomas apabila pasukan negara mara ke separuh akhir menewaskan India 3-0 pada suku akhir kelayakan di Macau pada Khamis.

Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.

Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.

Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.

Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.

0 ulasan:

Catat Ulasan