TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 6 Februari 2012

Pot Innuendo Berhijrah, Semoga Terus Istiqamah

Salam perjuangan,

Pagi semalam saya tiba daripada Kota Kinabalu memenuhi undangan Pemuda PAS Sabah khusus untuk majlis Himpunan Anak Muda di sana. Walaupun dibatasi dengan keadaan kesihatan yang agak membataskan saya namun saya telahpun menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.

Sejak semalam, saya kurang mampu untuk berbicara sehingga ke hari ini kerana kesihatan saya masih belum pulih lagi. Lebih banyak masa dihabiskan di persada peribadi untuk mengurangkan percakapan dan pergerakan. Mudah-mudahan esok akan pulih, insya Allah.

Semalam, saya terbaca kisah beberapa orang penyanyi yang telah berhijrah, meninggalkan corak hidup yang melalaikan kepada kehidupan yang lebih bermakna, memilih untuk menyampaikan lagu berkonsep dakwah daripada lagu yang mendewa-dewakan dunia.

Harian Metro menyiarkan berita tentang empat artis yang telah berhijrah iaitu Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Sebenarnya, penghijrahan artis tempatan untuk memilih Islam sebagai medan baru mereka telah pun berlaku agak pesat dewasa ini, saya percaya ia bukanlah perkara yang dipandang luar biasa kerana ia adalah fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan mencari hidup yang sebenar.

Apa yang menarik untuk saya tulis di sini adalah penghijrahan Pot Innuendo yang juga merupakan senior saya semasa di STAR, Ipoh satu masa dahulu. Walaupun saya tidak lah kenal Pot semasa di STAR namun dia adalah senior dua tahun di sana. Pot pernah dijemput untuk memberikan persembahan semasa Old Boys Weekend di STAR pada tahun 2008.

Penghijrahan beliau untuk menerima Islam sebagai panduan hidup adalah satu nikmat yang cukup besar kerana bukan semua orang akan menerimanya.

Saya membaca kisah Pot yang menyebut bahawa saudara-mara dan kawan-kawan seperti melarikan diri daripadanya selepas dia berubah, mungkin takut dengan perubahannya ataupun mungkin takut ditarbiyah sehingga menjadi sepertinya.

Saya berhajat untuk mencari dan bertemu dengan Pot selepas ini.

Semoga Pot tidak akan berhenti dalam kerja-kerja dakwah walaupun mungkin akan berhadapan dengan cemuhan dan kritikan.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan