TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 7 Februari 2012

Rasuah Politik Lebih Parah Daripada Rasuah Bolasepak

Salam perjuangan, Rasuah dalam sukan bolasepak mula bernanah dan tidak mustahil peristiwa hitam yang menjahanamkan bolasepak tanahair akan berulang.

Tindakan pantas Persatuan Bolasepak Malaysia menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih daripada pasukan Piala Presiden sedikit sebanyak dapat meredakan rasa marah dan geram penyokong bolasepak tempatan yang sudah mula 'jatuh cinta' kembali kepada liga dalam negara kita ini.

 Saya cukup bimbang perkembangan ini akan terbawa-bawa kepada malapetaka bolasepak Malaysia pada tahun 1994 apabila hampir 150 orang pemain liga Perdana teah digantung kerana terlibat dengan rasuah termasuklah nama-nama besar seperti Azizul Abu Hanifa, Matlan Marjan dan ramai lagi.

 Kenapa rasuah bolasepak kembali menyerang pemain-pemain kita? Adakah kerana masalah gaji yang sedikit ataupun ia sudah bermula sejak mereka bermain diperingkat yang lebih rendah? Itu mungkin di antara persoalan yang timbul dibenak fikiran kita tapi dalam masa yang sama kita jangan lupa bahawa indeks persepsi rasuah Malaysia yang dikeluarkan oleh Transperency International (TI) telah menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia telah teruk jatuh menjunam sehingga kedudukan terkini adalah pada kedudukan ke 60 daripada 178 buah negara. Bukan itu saja malah skor CPI hanya 4.3 daripada 10, skor yang menakutkan kita semua. Kedudukan indeks rasuah negara ini terus menjadi igauan ngeri sepanjang pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Mengikut TI, faktor yang paling besar yang mempengaruhi kejatuhan indeks rasuah negara adalah disebabkan badan politik dan agensi kerajaan. Bermakna, pemimpin politik yang cukup besar memberikan pengaruh kepada rasuah yang semakin meluas dalam negara.

 Rasuah bolasepak perlu ditangani dengan lebih serius namun rasuah yang berlaku dalam urustadbir serta parti politik lebih perlu diberikan perhatian jia mahu bolasepak Malaysia bebas daripada rasuah.

 Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan