TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 6 Februari 2012

Salahuddin Ayub Bakal MB Negeri Johor?




Salam perjuangan,

Dengan tajuk berita " Pakatan Johor ‘pikat’ Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang" yang disiarkan oleh laman sesawang Malaysian Insider sudah semestinya membuka ruang perbincangan yang lebih menarik kepada rakyat Johor kerana perbincangan awam siapa yang akan menggantikan Datuk Ghani Othman sebagai MB Johor cukup dirasai terutamanya di kalangan pimpinan UMNO Johor di semua peringkat.

Ada yang menjangkakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan akan bertanding di peringkat Dun untukmembuka ruang mereka untuk menjadi MB yang baru. Ada juga yang menyebut Osman Sapian dan Dr Abd Latif sebagai bakal MB Johor yang baru.

Itu semua jika BN masih lagi diberi mandat untuk memimpin Johor maka BN pilihlah siapa di antara pemenang untuk menjadi MB yang baru. Sebaliknya, jika PR yang ditakdirkan menjadi pemerintah yang baru, bukankah MB Johor akan dilantik daripada kalangan Adun PR?

Rakyat Johor perlu mengenali pimpinan PR Johor terlebih dahulu sebelum mengatakan bahawa tidak ada yang layak untuk memimpin negeri Darul Takzim ini.

Secara umumnya, PAS di Johor dipimpin oleh Datuk Dr Mahfodz bin Mohamed, mantan Ketua Jabatan Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau adalah Professor di dalam bidangnya dan mempunyai pelbagai pengalaman yang dapat dirujuk daripada blognya http://drmahfodz.blogspot.com/

Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Haji Aminul Huda Hasan, Tuan Haji Dzulkefli Ahmad dan sdr Mazlan Aliman adalah nama-nama yang cukup sinonim dengan perkembangan politik di negeri selatan tanah air ini.

Ketua Pemuda, sdr Suhaizan Kaiat mantan pensyarah yang di pecat cukup dikenali dengan aktiviti bersama rakyat marhaien melalui Pusat Aduan Rakyat Dun Kempas.

Ramai lagi pemimpin PAS di Johor yang sebenarnya jauh lebih baik daripada pemimpin Umno Johor yang ada pada hari ini.

Pendek kata, kepulangan Salahuddin Ayub ke Johor akan memperkukuhkan lagi PAS dan PR dalam usaha membina sebuah kerajaan yang jauh lebih baik daripada apayang telah dilakukan oleh Umno/BN

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan