TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 6 Februari 2012

Sharizat Guna Wanita Umno Sebagai Perisai Keselamatan



Salam perjuangan,

Entah apa yang sedang bermain di benak fikiran Sharizat sehingga terfikir dia untuk menghadiahkan Rafizi dengan sepasang baju kurung. Bukan calang-calang baju kurung tetapi baju kurung berwarna merah yang digunakan oleh wanita Umno.

Nampaknya, Sharizat cuba untuk membawa isu sebenar NFC jauh daripada landasannya. Disebabkan tidak mampu untuk menangkis hujah dan fakta maka Sharizat cuba pesongkan kisah dukanya ini dengan membuat kenyataan karut.

Kenapa pula isu mahu menjatuhkan Wanita Umno ditimbulkan? Siapa yang mengheret Wanita Umno jika bukannya Sharizat yang memulakannya semasa persidangan Umno tempohari?

Jika Sharizat betul-betul berani maka saya cabar beliau untuk memberi respon secara terbuka kepada kenyataan yang telah berulang-ulang kali dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Cheras iaitu Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggesa Shahzirat berundur dan mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.

Datuk Syed Ali juga mengingatkan kepada Sharizat agar jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku.

Sharizat jangan lupa, massa memerhati dan meneliti setiap apa yang diucapkan.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan