Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 20 Mac 2012

Siapa Selepas Kadir Sheikh Fadzir

Salam perjuangan, Mungkin berita Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar daripada Umno bukanlah berita yang mengejutkan banysk pihak kerana rentetan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini telah memperlihatkan bahawa beliau telah menunjukkan hala tuju pemikiran politiknya yang semakn jauh daripada parti yang tela beliau sertai sejak daripada tahun 1969 lagi.

Bermula dengan jawatan Presiden Kelab Umno luar negara pada tahun 1969 Abdul Kadir terlibat dalam UMNO sejak 1969 lagi di United Kingdom, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978), Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980), Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987). Malah, beliau terus setia bersama Umno setelah Umno diharamkan dan masih bersama dengan Dr Mahathir Mohamad menubuhkan UMNO baru. Beliau menyertai Ahli UMNO Baru (1988) dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988).Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000 - 2003.

Beliau menjadi pemimpin veteran UMNO yang membentuk Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011. Bermula dengan penyertaan beliau bersama Amanah, gerakgeri dan kenyataan yang beliau keluarkan sering bertentangan dengan Umno lebih-lebih lagi dengan pentadbiran PM ketika ini.

Semoga keputusan yang dibuat oleh beliau akan menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia yang mengkaramkan Umno yang telah semakin reput.

Wassalam.

Menghormati Yang Lebih Tua

Pada suatu subuh, Ali bin Abu Thalib bergegas menuju masjid untuk salat berjamaah bersama Rasulullah Saw. Namun di tengah perjalanan, langkahnya terhambat oleh seorang lelaki tua berusia lanjut. Bapak tua itu berjalan lambat di depan Ali.Suami Fatimah binti Rasulullah itu tak ingin mendesak dan memaksa untuk mendahului bapak tua itu. Ali menghormati karena ketuaannya. Dengan sabar, Ali mengikuti langkah demi langkah bapak tua itu di belakangnya. Sebenarnya, ada keresahan dalam hati Ali. Ia kawatir, tak sempat mengikuti shalat berjamaah bersama Rasulullah Saw.

Tibalah iring-iringan Ali dan bapak tua itu di depan masjid. Ternyata, bapak tua itu tak memasuki masjid. Tahulah Ali bahwa bapak itu bukanlah seorang muslim, ia seorang Nasrani yang kebetulan sedang melintas. Setelah langkahnya tak terhalang, Ali bergegas memasuki masjid. Syukurlah, Ali masih sempat mengikuti raka’at terakhir.

Seusai shalat berjama’ah, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Apa yang terjadi wahai Rasulullah? Tidak seperti biasanya, engkau memperlambat ruku’ yang terakhir?”

Rasulullah Saw pun menjawab, “Ketika ruku’ dan membaca tasbih seperti biasa, aku hendak mengangkat kepalaku untuk berdiri. Tapi Jibril datang, ia membebani punggungku hingga lama sekali. Baru setelah beban itu diangkat, aku bisa mengangkat kepalaku dan berdiri.”“Mengapa bisa begitu ya Rasulullah?” tanya sahabat yang lain.“Aku sendiri tak mengetahuinya dan tak bisa menanyakan hal itu kepada Jibril,” jawab Rasulullah Saw.Maka, datanglah Jibril kepada Rasulullah Saw dan menjelaskan apa yang terjadi.

“Wahai Muhammad! Sesungguhnya tadi itu karena Ali tergesa-gesa mengejar shalat berjama’ah, tapi terhalang oleh seorang laki-laki Nasrani tua. Ali menghormatinya dan tak berani mendahului langkah orang tua itu. Ali memberi hak orang tua itu untuk berjalan lebih dulu. Maka, Allah memerintahkanku untuk menetapkanmu dalam keadaan ruku’ hingga Ali bisa menyusul shalat berjama’ah bersamamu.”Kemudian Rasulullah Saw mengatakan, “Itulah derajat orang yang memuliakan orang tua, meski orang tua itu seorang Nasrani.”

Sumber : http://putramartapura.blogspot.com/2011/04/menghormati-yang-lebih-tua.html

Rabu, 14 Mac 2012

Kematian Nurul Nadirah : Nyawa Insan Sudah Tidak Bernilai Lagi

Salam perjuangan dan salam takziah,
Entah kenapa saya sukar untuk membaca secara terperinci kisah yang menimpa Dirang yang telah disahkan telah dibunuh dan dibakar.
Dirang yang dilaporkan telah hilang beberapa hari yang lalu akhirnya dijumpai dalam keadaan yang paling menyayatkan hari.
Kes Nurin Jazlin yang berlaku pada tahun 2007 cukup menyentuh hati saya dan rakyat Malaysia keseluruhannya dan kini kita dihidangkan dengan kisah yang hampir serupa.
Ada beberapa perkara yang saya ingin catatkan yang berkaitan dengan pelbagai aspek dalam isu ini tapi biarlah ia berlalu selama beberapa hari.
Kepada keluarga aruah, semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah buat Nurul Nadhirah.
------------------------------------------------------------
Kes Bunuh Dirang: Suspek Akan Didakwa Secepat Mungkin - Ketua Polis Johor

PASIR GUDANG: Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah.

Beliau berkata, polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.

"Saya telahpun mengarahkan timbalan saya Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang, 5, di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini, Selasa.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Dalam kunjungan yang turut disertai oleh isterinya, Datin Bibi Zakiah Meraslam itu, Mohd Mokhtar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian tragis dan menyayat hati itu.

Beliau berkata, kejadian itu harus dijadikan iktibar dan masyarakat digesa supaya mengawasi anak-anak supaya tidak terdedah kepada ancaman keselamatan.

"Saya juga minta masyarakat berwaspada jika terlihat karektor mencurigakan," katanya.

Mengenai panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh ibu mangsa, Roselyn Alan, 25 daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan semalam, Mohd Mokhtar berkata pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawa dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.- BERNAMA

Shahrizat Jalil Berundur : Apa Kata 'Mereka'


Salam,

Saya tumpang gembira dengan keputusan Datuk Sharizat Jalil yang membua keputusan untuk berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita pada bulan hadapan walaupun umumnya tahu bahawa tempoh beliau untuk memegang jawatan sebagao Senator akan berakhir untuk satu penggal iaitu selama tiga tahun pada 8 April 2012 yang akan datang.

Cuma, berundur akan dilihat lebih bermaruah daripada tidak dilantik semula sebagai Senator. Sudah tentu ia juga melegakan pimpinan UMNO/BN yang tertekan dengan isu yang melibatkan NFC yang berterusan didedahkan kepada massa oleh pimpinan PKR.

Ke mana hala tuju Kak Ijat selepas ini akan kita lihat bersama tetapi kesetiaan beliau menemani suami ke Mahkamah pada hari Isnin yang lalu sudah cukup memberikan gambaran awal apa yang akan dilalui oleh beliau.

Saya lampirkan kata-kata beberapa pimpinan BN dan PRyang mengulas berundurnya Sharizat daripada jawatannya dalam kabinet.

Wassalam
--------------------------------------------------------- 

SATU : Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

DUA : Sementara itu, timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pula berkata, tindakan Shahrizat itu menunjukkan sikap seorang pemimpin yang ikhlas.

Kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan beliau manakala syarikat NFC itu pula merupakan syarikat milik suaminya, kata Noh.

Tetapi Shahrizat tetap bertindak demikian demi untuk mengelakkan kerajaan terlibat dalam "isu hangat," kata Noh.

"Inilah beza dengan pembangkang. Mereka telah didakwa di mahkamah tapi tidak mahu letak jawatan," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu lagi ketika ditemui.

TIGA : Sementara itu, naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Shahrizat sebagai satu pengorbanan.

"Saya tengok bukan satu keputusan mudah untuk dilakukan dan lebih lagi bila kita tahu siasatan dalam konteks undang-undang masih dijalankan dan setahu saya tak ada kaitan langsung dengan Shahrizat.

"Tapi dimensi isu ini tersebar luas kepada dimensi moral, politik dan peribadi.

"Bermakna keputusan Datuk Seri shahrizat bukan saja satu pengorbanan tapi saya percaya beliau telah ambil kira keempat-empat dimensi tadi untuk buat keputusan," katanya.

EMPAT : Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafee Apdal berkata langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan BN dan juga parti.

"Kita sangat menghargai keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ianya adalah baik dan tepat pada masanya untuk pastikan kejayan kerajaan dan BN.

"Ini juga tidak ada kaitan dengan dia bersalah atau tidak, tapi semuanya dilakukan adalah demi kepentingan kerajaan dan juga parti," katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah ketika dihubungi Bernama.

LIMA : PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Naib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.

“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

ENAM : Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.
Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


TUJUH : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan  'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.

"Ia jelas, ini akan menjadi persepsi kepada masyarakat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP apabila ditanya mengenai pengumuman Shahrizat untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senator yang disandangnya tamat bulan depan.

"Beliau berbuat demikian kerana beliau merasakan boleh kembali semula... tetapi kita kata beliau melakukannya dengan 'separuh hati'. Jika beliau mahu meletakkan jawatan, (jadi) letak semua jawatan.

Selasa, 6 Mac 2012

ABAI Menyerang Johor Bersempena Kehadiran DSAI


Salam perjuangan, Dalam perjalanan daripada Parit Raja ke Kluang pagi tadi, saya tunjukkan kepada ustaz Nik Abduh tindakan vandalis yang dilakukan oleh golongan yang merosakkan papan tanda tulisan 'ABAI' yang membawa maksud Asalkan Bukan Anwar Ibrahim. Nampaknya budaya vandalisme dan gangsterisme semakin melekat ke dalam hati dan sanubari anak-anak didik Umno yang disemai oleh pemimpin-pemimpin yang sudah mula hilang modal dan hujah untuk meyaknkan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada Umno. Jika gejala ini tidak disekat dan diatasi maka ia akan memudaratkan masyarakat kita pada masa akan ini dan akan datang. Sebentar tadi, saya bawa ustaz Nik Abduh bertemu dengan pengerusi jawatankuasa bertindak dalam salah satu isu yang saya bangkitkan di Kluang. Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Umno yang membenarkan tindakan ganas anak-anak muda mengganggu program ceramah DSAI di Kluang baru-baru ini. Mudah-mudahan rakyat akan semakin sedar dengan sikap sebenar Umno ini. Wassalam.

Isnin, 5 Mac 2012

Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS ke Institut Intergriti Malaysia


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Integriti Malaysia (IIM) pada jam 11 pagi tadi di ketuai oleh Ketua Dewan Pemuda,Ust Nasrudin b. Hassan. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengdakan hubungan dan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta NGO disamping mendapatkan pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan integriti di negara ini.   

Turut hadir dalam rombongan DPPM adalah saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil - Setiausaha DPPM, Saudara Yusapiza bin Yaakob –Penolong Setiausaha DPPM, Saudara Nurul Islam bin Mohamed Yusuf - Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baru DPPM, Saudara Mohamad Suhaimi bin Abd Aziz - Timbalan Ketua Pemuda PAS WP, Saudara Zahriezan bin Jamaludin - Exco DPPN Selangor serta Wan Asrul Affendi bin Mohamad – Pengarah Jabatan IT DPPM   Rombongan DPPM disambut oleh Dr Abu bakar bin Sarpon selaku Timbalan Presiden IIM dan beberapa anggota IIM.  

 Dalam ucapannya, Dr Abu Bakar telah memberikan penerangan mengenai struktur organisasi, peranan dan fungsi  IIM. Jelasnya, IIM dalam jangka panjang berhasrat  membudayakan integriti di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi badan rujukan semua pihak apabila berlakunya sesuatu isu yang melibatkan integriti di dalam negara ini. Beliau juga menyebut bahawa integriti adalah sangat penting dalam usaha mewujudkan keharmonian, keamanan dan nilai serta akhlak masyarakat yang tinggi. IIM, meskipun hanya mampu memberikan pendidikan dan kesedaran terhaap masyarakat dan tidak menjadi badan penguatkuasa dalam memerangi gejala rasuah serta penyelewengan kuasa, dengan kuasa yang diberikan oleh kerajaan itulah IIM bergerak di tengah masyarakat. Beliau akur dan mengakui bahawa integriti dalam sistem di negara amat lemah serta memerlukan masa yang panjang untuk perbaikinya.  

Ketua DPPM, dalam ucapan balasya pula menyatakan dalam muktamar DPPM yang lalu bahawa hasrat untuk mewujudkan politik baru yang lebih berintergriti dan kerjasama dengan IIM akan memudahkan hasrat DPPM tersebut. DPPM juga berminat untuk mengadakan kerjasama dalam aktiviti yang dianjurkan bagi membina ahli-ahli pemuda PAS yang berintegriti dalam masyarakat.

BN Takut Dengan OKU : Patutlah Najib Kena Banyak Mohon Maaf


Salam perjuangan,

Kerana dikatakan terlibat dengan parti pembangkang dan menyediakan prasarana dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun lalu, maka seorang OKU. Sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengarahkan bantuan kerajaan kepada seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan warga maya yang dimuatnaikkan di dalam facebook.

Surat ini dikeluarkan oleh Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran), Sarawak dengan tajuk surat "Memberhentikan segala bantuan kerajaan - Encik Frusis Lebi dari Entualang Entawa, Sri Aman".

Berpandukan kepada surat yang dimuatnaik ini, satu arahan telah dibuat oleh Menteri Muda ini kepada Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sri Aman supaya semua bentuk bantuan kerajaan untuk Frusis, yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya dalam surat itu, diberhentikan serta-merta. Alasan yang dberikan adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri 2011.

Kita menunggu jawapan daripada Menteri tersebut untuk menafikan surat tersebut sekiranya ia adalah surat palsu. Namun, ia adalah budaya yang sering diamalkan di dalam pentadbiran BN sehingga pernah saya dedahkan sekeping surat yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Batu Pahat yang meminta agar Jurutera Daerah JKR Batu Pahat meneliti senarai nama kontraktor yang telah disenaraihitamkan kerana mereka ini adalah penyokong kepada parti pembangkang. Surat tersebut bertarikh 14 Mac 2007.

Sebab itu, tidak pelik jika Najib Tun Razak merayu-rayu dan memohon maaf kepada rakyat di Baling, Kedah baru-baru ini kerana mereka telah banyak menzalimi rakyat dan mohon agar rakyat memberikan peluang sekali lagi kepada BN untuk terus berkuasa.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Ahad, 4 Mac 2012

Demonstrasi Aman Di Pasar Simpang Renggam


Salam perjuangan,

Demo ada pelbagai demo dan pagi tadi saya sempat untuk menghadiri demonstrasi aman di pasar Simpang Renggam berkaitan dengan isu lalat yang menghantui penduduk di sana sejak 10 tahun yang lalu.

Pelik bunyinya, demonstrasi isu lalat namun jika anda ke Simpang Renggam, oranhg di Simpang Renggam memang tak dapat menafikan bahawa kawasan mereka ada banyak lalat.

Wakil rakyat Dun Machap kata lalat tidak membawa apa-apa penyakit maka jangan bimbang dengan lalat. Sedangkan, lalat hakikatnya pembawa kekotoran yang menjijikkan yang sentiasa melekat di kakinya apabila setiap kali hinggap di tempat kotor seperti najis.

Dalam ucapan saya tadi, saya menggesa agar YB Haji Hamid supaya jangan bertanding lagi dalam PRU yang akan datang. Berilah tanggungjawab sebagai Adun kepada calon PAS.

Isu lalat sedang ditangani dengan gigih oleh sdr Suhaizan bin Kaiat ketika ini.

Wassalam.

Jumaat, 2 Mac 2012

Zizan Raja Lawat Ubah Pendekatan

Zizan Ubah Cara Lawak Elak Penonton Terasa Hati - mStar Online

KUALA LUMPUR: Pelawak popular Zizan (Raja Lawak) mengambil pendekatan untuk mengawal cara penyampaian lawaknya kerana bimbang penonton akan terasa dengan jenaka yang disampaikan.

Zizan berkata, dia risau apabila lawaknya boleh mengguris hati penonton dan justeru perubahan yang dilakukannya akan membuatkan persembahannya kelihatan agak serius.

"Benar, sejak kebelakangan ini, lawak-lawak yang dipersembahkan tidak seperti dulu. Saya risau masyarakat kita ramai yang sensitif. Tak fasal-fasal mereka terasa dengan gurauan kasar saya itu.

"Bagaimanapun saya mengambilnya sebagai perkara positif untuk menjadi pelawak yang lebih matang. Senang kata, saya sedang ke arah untuk menyampaikan lawak dengan cara lebih bijak," katanya.

Bagaimanapun tambah Zizan, pendekatan komedinya yang lebih serius dan matang bukan disebabkan dirinya berubah menjadi lebih Islamik.

"Saya harap orang jangan salah faham tentang perubahan ini, tetapi saya ingin mendalami ilmu cara-cara membuat lawak yang bersahaja tanpa menyakiti perasaan orang lain."Dalam pada itu, saya juga kurang pasti tentang hal itu (Islamik), cuma ingin menjadi lebih baik daripada segi peribadi dan karier," ujarnya.

Dalam pada itu, beritahu Zizan, dia mempunyai misi tersendiri dalam menjayakan karier seninya sebagai seorang pelawak serba boleh dan juga pelakon versatil.

Malah, dia enggan masyarakat hanya melihat dia seorang pelawak biasa yang sering dipandang remeh dan hanya sesuai untuk diejek-ejek.

"Saya harap, jenama pelawak tidak lagi dianggap remeh dan saya mahu membuktikan pelawak mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri," tuturnya.

Khamis, 1 Mac 2012

Serahan Memorandum Isu Tanah Mukim 8 Sri Lalang