TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 14 Mac 2012

Shahrizat Jalil Berundur : Apa Kata 'Mereka'


Salam,

Saya tumpang gembira dengan keputusan Datuk Sharizat Jalil yang membua keputusan untuk berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita pada bulan hadapan walaupun umumnya tahu bahawa tempoh beliau untuk memegang jawatan sebagao Senator akan berakhir untuk satu penggal iaitu selama tiga tahun pada 8 April 2012 yang akan datang.

Cuma, berundur akan dilihat lebih bermaruah daripada tidak dilantik semula sebagai Senator. Sudah tentu ia juga melegakan pimpinan UMNO/BN yang tertekan dengan isu yang melibatkan NFC yang berterusan didedahkan kepada massa oleh pimpinan PKR.

Ke mana hala tuju Kak Ijat selepas ini akan kita lihat bersama tetapi kesetiaan beliau menemani suami ke Mahkamah pada hari Isnin yang lalu sudah cukup memberikan gambaran awal apa yang akan dilalui oleh beliau.

Saya lampirkan kata-kata beberapa pimpinan BN dan PRyang mengulas berundurnya Sharizat daripada jawatannya dalam kabinet.

Wassalam
--------------------------------------------------------- 

SATU : Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

DUA : Sementara itu, timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pula berkata, tindakan Shahrizat itu menunjukkan sikap seorang pemimpin yang ikhlas.

Kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan beliau manakala syarikat NFC itu pula merupakan syarikat milik suaminya, kata Noh.

Tetapi Shahrizat tetap bertindak demikian demi untuk mengelakkan kerajaan terlibat dalam "isu hangat," kata Noh.

"Inilah beza dengan pembangkang. Mereka telah didakwa di mahkamah tapi tidak mahu letak jawatan," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu lagi ketika ditemui.

TIGA : Sementara itu, naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Shahrizat sebagai satu pengorbanan.

"Saya tengok bukan satu keputusan mudah untuk dilakukan dan lebih lagi bila kita tahu siasatan dalam konteks undang-undang masih dijalankan dan setahu saya tak ada kaitan langsung dengan Shahrizat.

"Tapi dimensi isu ini tersebar luas kepada dimensi moral, politik dan peribadi.

"Bermakna keputusan Datuk Seri shahrizat bukan saja satu pengorbanan tapi saya percaya beliau telah ambil kira keempat-empat dimensi tadi untuk buat keputusan," katanya.

EMPAT : Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafee Apdal berkata langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan BN dan juga parti.

"Kita sangat menghargai keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ianya adalah baik dan tepat pada masanya untuk pastikan kejayan kerajaan dan BN.

"Ini juga tidak ada kaitan dengan dia bersalah atau tidak, tapi semuanya dilakukan adalah demi kepentingan kerajaan dan juga parti," katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah ketika dihubungi Bernama.

LIMA : PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Naib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.

“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

ENAM : Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.
Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


TUJUH : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan  'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.

"Ia jelas, ini akan menjadi persepsi kepada masyarakat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP apabila ditanya mengenai pengumuman Shahrizat untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senator yang disandangnya tamat bulan depan.

"Beliau berbuat demikian kerana beliau merasakan boleh kembali semula... tetapi kita kata beliau melakukannya dengan 'separuh hati'. Jika beliau mahu meletakkan jawatan, (jadi) letak semua jawatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan