Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 19 Mei 2012

Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya - Satu Kelainan!

Salam perjuangan,

Apabila PAS membuat keputusan untuk menangguhkan Muktamar Tahunannya pada tahun ini yang sepatutunya dijadualkan pada penghujung bulan Mei dan awal bulan Jun, maka ia diterima sebagai satu berita yang paling indah buat saya dan teman-teman sekretariat Pemuda kerana ia sudah tentu melapangkan ruang masa kami yang semakin sempit dengan pelbagai aktiviti menjelang Pilihan Raya umum yang masih sukar untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Berkecamuk fikiran DS Najib Razak untuk mengumumkan tarikh tersebut walaupun kelihatan seakan-akan sudah hampir ingin membubarkan Parlimen baru-baru ini.

Berita gembira penangguhan muktamar diterima dengan hati yang terbuka namun ia disusuli pula dengan berita bahawa satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedah pada 1 Jun yang akan datang. Ustaz Nasrudin Tantawi menyampaikan berita ini kepada saya dan mengingatkan saya bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan di Kedah.

"Baru saja balik daripada Utara, nak kena pergi lagi?" lebih kurang itulah yang saya kata kepada beliau.

Hari Rabu yang lalu, bersama ustaz Syed Kadir selaku Penolong SU, Juhari Osman (Pengarah Amal Malaysia) dan Bendahari Amal sdr Aidil, kami bergerak bersama dalam sebuah kereta ke Komplek PAS Kedah untuk menghadiri mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merangkap Pengarah Program Himpunan ini. Asalnya, slot untuk Pemuda hanyalah kuliah asar yang dijangka akan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus namun setelah beberapa perbincangan dibuat sebelum kami menghadiri mesyuarat pertama tersebut maka Pemuda mencandangkan satu program yang dipanggil sebagai Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya. Apa kelainannya? Jika saya coretkan semuanya di sini maka hilanglah seri kelainannya nanti namun saya catatkan sebahagian kecil daripadanya sebagai tarikan kepada anda untuk bersama program ini.

Program ini dijangka akan bermula pada hari Khamis dengan pasukan motosikal berkuasa besar (superbike) diketuai sendiri oleh Yang Berbahagia Ketua Pemuda PAS Malaysia dengan rombongan pimpinan Pemuda PAS yang lain. Check point pertama adalah negeri Perak dan rombongan ini akan menyantuni anak muda dengan pelbagai program yang menarik. Ketua Pemuda bersama pimpinan Pemuda akan berkonvoi sehinggalah tiba ke stadium Darul Aman nanti. Jika ada yang berminat untuk berkonvoi dengan ustaz Nasrudin daripada Kuala Lumpur bolehlah menghubungi saya nanti tapi pastikan anda juga menggunakan superbike juga.

Xpresi Hijau ini yang akan diadakan selama 150 minit ini akan dijalankan secara 'non-stop' kerana masa yang cukup padat dengan pelbagai acara yang menarik disediakan.

Dua Produk baru Dewan Pemuda PAS akan dilancarkan petang tersebut dan ianya pasti sesuatu yang sangat menarik. Apakah ia? Tunggulah nanti, sama-sama kita saksikan pada 1 Jun nanti.

Pesanan kepada semua anak muda, berpakaian berwarna HIJAU dan bawa bendera lambang PAS bersama-sama. Kita semarakkan Stadium Darul Aman dengan warna Hijau!

Wassalam Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Penyelaras Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya

Isnin, 7 Mei 2012

Himpunan Tanah Di Plaza Angsana Johor




Blog Sudah Setahun Usianya...

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Tanpa disedari, blog ini telahpun berusia setahun rupa-rupanya.Tempoh masa yang cukup pendek terasa apabila 365 hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti harian.

2. Blog ini telah dirasmi pelancarannya pada 1 Mei 2011 oleh Datuk Husam bin Musa ketika majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Johor tahun lalu.

3. Mudah-mudahan Allah memberikan saya ruang masa dan kekuatan tenaga untuk meneruskan perjuangan di dalam medan penulisan ini.

4. Pembaca juga dapat membaca penulisan/saya di dalam blog www.intelekmalaysia.org kerana saya kini dilantik menjadi Presiden Ikatan  Integriti dan Transparensi Malaysia .

Wassalam