Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 30 Jun 2012

Xpresi Hijau Anak Muda Peringkat Negeri Trengganu - Koleksi Gambar





Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor Berjaya!






Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Malam tadi selesai sudah Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor. Komen umum saya sebagai membayangkan bahawa rakyat Johor khususnya yang saya sebut dalam posting ini iaitu orang Melayu sudah bersedia untuk mengangkat kerajaan yang baru di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kehadiran TG Nik Aziz telah memberi harapan baru kepada rakyat Johor. TG Nik Aziz secara rasmi menyerahkan YB Salahudin Ayub untuk bersama-sama kami menggempur Johor dsn seterusnya membantu kemenangan PAS dan PR di bumi Johor yang semakin subur dengan sinar Islam.

Saya akan mencoretkan dalam blog ini tentang penyerahan rasmi YB Salahudin Ayub ke Johor nanti. Saya juga bercadang untuk menulis tentang beliau mengikut perspektif kanta sesentuh saya.

wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Marang, Trengganu
30 Jun 2012, 6.13 malam

Khamis, 28 Jun 2012

Xpresi Hijau di Johor : Tanda Aras Sokongan Anak Muda


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Pada 29 Jun ini, Himpunan Hijau ke Putrajaya akan diadakan untuk kali kedua di negeri kelahiranku iaitu negeri Johor yang mana ia akan berlangsung di Parlimen Pulai.

Sokongan yang tinggi ditunjukkan oleh rakyat terhadap himpunan ini sangat luar biasa.

Negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Melaka telah berjaya melaksanakan dengan jayanya termasuklah negeri Johor pada 16 Jun yang lalu.

Saya tidak sabar untuk bersama dengan himpunan ini bagi melihat perkembangan sokongan anak muda terhadap PAS pada ketika ini setelah setahun meninggalkan dunia Pemuda di Johor.

Teman-teman di dalam DPPNJ perlu buktikan himpunan Xpresi di Johor akan lebih baik daripada teman-teman di negeri yang lain sebagai tanda aras bahawa PR sudah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan daripada BN.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
28 Jun 2012, 12.16 malam
Taman Sri Kluang

Gesa Gantung Ambiga Sampai Mati : BN Terdesak?

Lebih mengelirukan apabila beliau mengaitkan himpunan Bersih sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong.

Siapa yang terdesak dalam isu ini sehingga terfikir untuk mencadangkan agar Ambiga di gantung sampai mati?

Saya menjangkakan bahawa yang akan digantung sampai mati bukannya Ambiga tetapi ia akan terkena kepada Umno dalam PRU yang akan datang ini.

Wassalam.

Rabu, 27 Jun 2012

BN GAGAL URUS AIR DI NEGERI JOHOR : PR JANJI BERI PERCUMA



Pendahuluan

Rakyat negeri Selangor telah dianugerahkan dengan satu nikmat yang mungkin tidak pernah terfikir oleh para penduduk di sana iaitu kerajaan baru yang mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) telah diberikan air percuma sebanyak 20 meter padu . Ia adalah merupakan satu hadiah yang sangat tinggi nilainya kerana dapat membantu meringankan bebanan rakyat Selangor yang perlu menanggung pelbagai kos dalam kehidupan seharian mereka.

Ternyata, kata-kata sinis pimpinan UMNO/BN Selangor yang ditewaskan dalam PRU ke 12 dahulu yang Selangor akan muflis kerana memberikan air percuma tidak kesampaian malah kerajaan Selangor kini mempunyai simpanan tunai sebanyak RM 1.9 billion walaupun tidak mengutip hasil air daripada rakyat.

PR Johor dalam kempen semasa ketika ini menjanjikan bahawa sekiranya PR diberikan kepercayaan untuk menjadi kerajaan yang baru maka ikrar PR adalah untuk memberikan air percuma dengan jumlah yang serupa dengan apa yang dinikmati oleh rakyat Selangor. Timbul persoalan sama ada itu semua adalah retorik semata dan hanya dijadikan gula-gula untuk memaniskan ucapan bagi menarik sokongan pengundi.

Kajian ringkas ini akan membuktikan bahawa sebenarnya rakyat Johor sepatutnya telah pun menikmati air percuma sejak dahulu lagi sekiranya BN benar-benar bertanggungjawab untuk mengurus air kepada rakyat dan kini tidak mustahil bahawa PR mampu untuk merealisasikannya.

Bekalan air adalah hak asasi manusia.

Tugas menyediakan bekalan air adalah satu tanggung jawab sosial kerajaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan. Sama ada suka atau pun tidak, kerajaan perlu memastikan bahawa rakyat yang berada di bawah pemerintahannya mendapat kemudahan bekalan air kerana air adalah merupakan keperluan asas. Ia bukan sahaja ditegaskan di negara ini malah ia termaktub dalam pelbagai undang-undang antarabangsa, pengisytiharan dan konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu. Buktinya, Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Ekonomi, Kebudayaan dan Sosial (UNECSR) telah mengambil langkah awal apabila mengisytiharkan bahawa hak untuk menikmati kemudahan Secara tidak langsung, menyediakan bekalan air adalah satu tanggung jawab sosial kerajaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan.han air adalah hak asasi manusia yang asas dan semua negara hendaklah mewujudkan undang-undang bagi merealisasikan hak untuk menikmati kemudahan air ini.

Apa yang berlaku ketika ini adalah sikap lepas tangan kerajaan BN yang cuba untuk melepaskan tanggungjawab dengan menswastakan bekalan air di Johor yang mana secara umumnya pengurusan bekalan air swasta akan lebih cenderung dalam mengaut keuntungan serta meningkat nilai saham kepada syarikat serta pemegang saham syarikat tersebut dan inilah yang sedang dirasai azabnya oleh rakyat Johor.

Perlu di lihat terlebih dahulu sejarah perbekalan air di negara kita yang bermula sejak tahun 1804 apabila British telah mula memasang saluran paip air daripada kawasan bukit ke kawasan bandar bagi memudahkan pengurusan penggunaan air oleh British pada ketika itu. Ia seterusnya berlaku secara berperingkat di seluruh negara sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diberikan tanggungjawab untuk membekalkan air ke seluruh negara sehingga ke tahun 1988. Pada tahun 1989 Jabatan Bekalan Air (JBA) telah ditubuhkan di Malaysia untuk menguruskan perbekalan air bersih kepada pengguna di Malaysia. Pada 2 Februari 1994, JBA yang menguruskan air di Johor telah diperbadankan dan dikenali sebagai Syarikat Air Johor (SAJ) dan tindakan memperbadankan JBA kepada SAJ merupakan langkah pengkorporatan yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Maka, pada awal tahun 1997 kerajaan negeri Johor telah menerima cadangan penswastaan daripada syarikat Lambang Optima Sdn Bhd. (LOSB). Kemuncaknya, pada 19 April 1999 Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman meluluskan secara muktamad akan terma dan syarat penswastaan itu.

Menerusi penswastaan SAJ ini, LOSB akan memiliki 80% saham dalam SAJ Holding. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang mewakili kepentingan kerajaan Johor mempunyai 15% saham. Manakala 5% bakinya akan dimiliki oleh kakitangan SAJ dan kerajaan negeri Johor akan memegang satu saham istimewa. Manakala tempoh konsesi yang diberikan kepada SAJ Holding ialah 30 tahun. Kerajaan Johor memilih LOSB kerana LOSB dikatakan mempunyai kepakaran dalam urusan bekalan air, LOSB mempunyai pengalaman dalam bidang air dan kerajaan Johor melihat kemampuan kewangan LOSB untuk melaksanakan penswastaan SAJ.

Peringkat Penswastaan Air Johor

Penswastaan perkhidmatan bekalan air di Johor sebenarnya telah bermula lebih awal lagi sebelum wujudnya Syarikat Air Johor lagi. Kerajaan Johor telah mengambil keputusan untuk menswastakan sistem bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 1992 dengan Syarikat Equiventures Sdn Bhd manakala pada tahun 1994 pula kepada Southern Water Corporation. Kedua-dua syarikat ini berperanan sebagai operator rawatan air. Hanya pada tahun 1999, Jabatan Bekalan Air Negeri Johor yang sebelum ini operasinya dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diswastakan kepada Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) sebagai pengendali operator rawatan air dan juga telah diberi hak sebagai pengedar bekalan air di Negeri Johor bagi tempoh 30 tahun. Bermakna, terdapat tiga buah syarikat yang terlibat secara langsung dalam memproses air bersih kepada rakyat Johor.

Sebab apa perbekalan air diswastakan? Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu semasa majlis menandatangani penstrukturan semula perkhidmatan perbekalan air di Johor, kerajaan telah memperkenalkan konsep penswastaan yang mana ia telah dikenal pasti sebagai penyelesaian terhadap kekangan dan halangan dalam industri perbekalan air dan seterusnya beberapa syarikat konsesi telah pun menyertai industri ini dengan harapan mereka dapat menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bagi meningkatkan kecekapan dalam industri perkhidmatan air.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil langkah penswastaan dengan harapan pihak swasta yang mengendalikan perkhidmatan bekalan air khususnya di Johor dapat membantu kerajaan negeri mengatasi masalah untuk membekalkan air yang bersih kepada pengguna kerana ia adalah satu industri yang memerlukan kos yang tinggi. Bermakna, syarikat yang bersedia mengambil alih peranan membekalkan air ini mestilah sebuah syarikat yang mempunyai kemampuan daripada sudut pengalaman yang luas dan kewangan yang kukuh kerana faktor-faktor ini penting untuk memastikan tidak akan timbul masalah pada masa akan datang.

Kesan Penswastaan Air Di Johor

Apabila penswastaan air di Johor berlaku sudah pasti rakyat ingin melihat apakah manfaat yang mereka akan peroleh. Diperakui bahawa selepas proses penswastaan berlaku, hanya ada satu perkara sahaja yang boleh dibanggakan oleh kerajaan negeri Johor iaitu kerajaan melalui SAJ telah berjaya mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (KATB) ataupun Non Revenue Water di Johor daripada 49% pada tahun 1999 kepada 29% pada tahun 2007.

Selain daripada itu, ia telah mendatangkan masalah dan bebanan kepada pengguna dan perkara yang ingin ditekan di sini adalah kenaikan tarif air yang tinggi. Kenaikan tarif air telah berlaku beberapa kali selepas daripada proses penswastaan air di Johor. Sebagai contohnya, sebelum diswastakan perbekalan air sekiranya sebuah rumah menggunakan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.30 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 0.70 bagi setiap m3 air. Namun kenaikan tarif air telah berlaku pada tahun 2001, penggunaan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.30 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 0.95 bagi setiap m3 air. Selepas itu, kadar kenaikan tarif diteruskan pada tahun 2003 dengan penggunaan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.38 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 1.18 bagi setiap m3 air.

Maka, dengan kenaikan yang berterusan sudah sehingga mencapai tempoh semakan ke 7 iaitu pada tahun 2026 pengguna domestik di Johor akan merasai dan menanggung bebanannya. Kebimbangan dengan kenaikan tarif air ini berterusan apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk SAJ Holdings, Ranhill Utilities Bhd. (Ranhill Utilities) iaitu Ahmad Zahdi Jamil membuat kenyataannya dengan menyebut bahawa jadual tarif baru itu telah dicadangkan kepada kerajaan negeri Johor dan ia dijangka diwartakan pada akhir tahun 2006 dengan kadar kenaikan tarif 2.4%.

Pada penghujung tahun 2008, terdapat ura-ura bahawa kenaikan tarif bekalan air di Johor sebanyak 18.9 peratus akan berlaku lagi seperti yang dijadualkan bermula 1 Januari 2009 namun telah ditangguhkan buat sementara waktu hingga satu keputusan muktamad dibuat oleh kerajaan sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor kerana rundingan yang berlangsung antara kementerian dengan Kerajaan Johor dan Syarikat SAJ Holdings Sdn. Bhd.

Namun, akhirnya tarif air terpaksa juga dinaikkan pada 1 November 2011 di seluruh negeri Johor setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid.

Penswastaan Air Johor Mendapat Bantahan

Sebenarnya, penswastaan air di Johor telah di bantah oleh banyak pihak bermula sejak daripada tahun 1999 lagi dan ia telah dimulakan oleh kakitangan Syarikat Air Johor Sdn Bhd sendiri.

Pada 2 September 1999, kakitangan SAJ telah menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap kerajaan Johor yang mahukan SAJ kekal menjadi milik kerajaan negeri. Alasannya, kakitangan SAJ melihat bahawa penswastaan SAJ akan merugikan dan akan memberikan kesan ke atas ekonomi dan politik Johor. Mereka merujuk kepada dua program penswastaan yang telah dibuat iaitu Equiventure Sdn Bhd dan Southern water Corporation Sdn Bhd yang secara jelas telah pun merugikan Syarikat Air Johor dan kerajaan Negeri Johor. Apabila SAJ pula diswastakan bermakna segala hutang tertunggak khususnya di antara kerajaan negeri Johor dengan dua syarikat swasta terdahulu akan ditanggung oleh SAJ sedangkan SAJ masih baru untuk menguruskan perbekalan air tanpa bantuan kerajaan secara menyeluruh.

Bantahan kedua telah dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air Johor (JBMKTAJ) yang terdiri daripada parti-parti politik, NGO dan individu yang berada di negeri Johor. Di antara usaha yang dibuat oleh JBMKTAJ adalah untuk memberikan penerangan dan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat.  Hasil daripada maklum balas tersebut, satu memorandum telah dibuat disediakan dan ianya telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor dan kepada semua Pegawai Daerah yang ada di negeri Johor pada bulan Ogos 2003 untuk dinilai dan diambil tindakan kerana JBMKTAJ mengharapkan agar kerajaan Johor dapat mengurangkan bebanan rakyat sebagai pengguna. Memorandum ini telah menyebut tentang tidak wajarnya kerajaan Johor meluluskan permohonan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2003 kerana sejak daripada penswastaan air pada 20 April 1999 tarif air telah dinaikkan sebanyak dua kali iaitu pada 1 Januari 2001 dengan kadar kenaikan 40% dan 1 Julai 2003 dengan kadar 30%. Kerana implikasi kenaikan harga air ini sudah tentu akan membebankan rakyat.

Bantahan ketiga muncul daripada hasil daripada kesepakatan beberapa parti politik dan NGO yang bergerak di atas nama Gabungan Bertindak rakyat Membantah Penswastaan SAJ (GBRM-SAJ) untuk membantah penswastaan Syarikat Air Johor. Di antara bantahan tersebut adalah berkaitan dengan penswastaan SAJ akan membebankan rakyat, GBRM-SAJ menegaskan LOSB tidak mampu daripada sudut kewangan dan LOSB tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan perbekalan air kepada pengguna. Kemuncak kepada tindakan GBRM-SAJ adalah mengambil langkah dengan mengambil tindakan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Johor dan SAJ di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Julai 2003 untuk menuntut satu pengisytiharan bagi membatalkan kenaikan tarif air.

Bantahan keempat pula datangnya daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah membuat satu laporan polis pada 7 Julai 2003 di Balai Polis Johor Baru terhadap elemen penyelewengan yang berlaku dalam perlaksanaan projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh SAJH yang mana kos pembinaan projek-projek tersebut seperti kos pembinaan loji pengeluaran air di Semangar, Seluyut, Pontian, Pagoh, Buluh Kasap dan Mersing, pembinaan empangan di Jenggeli, Lobak, Sayong dan Seluyut dan beberapa projek lagi terlalu tinggi dan DPPNJ melihat terdapatnya salah urus kewangan telah berlaku.

Penswastaan Air di Johor Gagal di Bawah Barisan Nasional

Walaupun penswastaan ar Johor telah ditentang oleh pelbagai pihak namun kerajaan negeri Johor bertindak memekakkan telinga kerana tidak mahu mendengar nasihat, pandangan dan teguran daripada rakyat dan mereka yang pakar dalam bidang ini. Akhirnya, penswastaan air Johor telah gagal dan menjadi beban kepada kerajaan. Kegagalan ini ini berpunca daripada kelemahan kerajaan Johor mengenal pasti tahap keupayaan sebenar Syarikat LOSB. Mengikut Hasan Karim ketika membentangkan kertas kerja dalam Forum Rakyat telah mempertikaikan ketiga-tiga alasan ini kerana LOSB adalah merupakan sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan iaitu pada 18 Julai 1995 dan sejak daripada ditubuhkan LOSB tidak berfungsi sebagai sebuah syarikat yang mempunyai bukti kemampuannya dalam mengurus perbekalan air.

LOSB juga tidak mempunyai pengalaman dalam bidang air dan cara mudah untuk memastikan bahawa LOSB dapat menjalankan kerja perbekalan air tersebut adalah dengan membeli sebuah syarikat lain iaitu Sempurna Pelita Sdn Bhd (SPSB) dan syarikat ini kemudiannya ditukar kepada SAJ Holding. SPSB juga adalah merupakan sebuah syarikat yang tidak beroperasi dan pengambilan LOSB terhadap Sempurna Pelita ialah semata-mata untuk mempercepatkan penubuhan syarikat baru (SAJ Holding) bagi mengendalikan penswastaan bekalan air di Johor.

LOSB juga tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan penswastaan SAJ. LOSB yang ditubuhkan pada tahun 1995 itu mempunyai syer yang dibenarkan sebanyak RM 500,000.00 (lima ratus ribu) dan syer yang diterbitkan secara tunai sebanyak RM 150,000.00 (seratus lima puluh ribu) sahaja. Untuk mengambil alih SAJ, LOSB perlu membuat suntikan wang pendahuluan pemegang saham (share holders advance) sebanyak RM 545 juta atau membuat suntikan tunai (cash injection) sebanyak RM 65 juta.

Perkara kedua adalah disebabkan kerajaan Johor terpaksa menanggung hutang SAJ. Bekas Adun Senggarang YB Dr Mohd Ramli Bin Mohd Kari ketika membahaskan Bajet Kerajaan Johor 2006 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang menyifatkan langkah Kerajaan Negeri menswastakan bekalan Air di negeri ini sejak tahun 2000 kepada Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) sebagai satu kegagalan kerana tujuan asal kerajaan negeri melaksanakan program penswastaan ini adalah untuk lari dari beban hutang sebaliknya apa yang berlaku kerajaan negeri pula yang terpaksa menanggung hutang yang banyak berikutan penswastaan bekalan air ini. Pada tahun 2000 bilamana Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJ) akan diswastakan kepada SAJ Holdings Berhad (SAJH), hutang kerajaan negeri atau SAJ kepada Kerajaan Persekutuan dan KWSP berjumlah RM1.105 bilion. Tunggakan bayaran balik kepada Kerajaan Persekutuan dan KWSP berjumlah RM116.7 juta manakala tunggakan kepada Equiventures dan SWC berjumlah RM65 juta. Akhirnya, laporan Audit Negara tahun 2006 dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara, Kerajaan Johor diumumkan sebagai negeri yang mempunyai hutang antara yang tertinggi kepada kerajaan pusat yang disebabkan kerana kerajaan Johor terpaksa membuat pinjaman kepada kerajaan Pusat bagi urusan perbelanjaan pembangunan sehingga berhutang sebanyak RM 655.88 juta kepada kerajaan pusat. Akibat daripada penswastaan air di Johor maka kerajaan negeri yang sepatutnya menerima geran sebanyak RM 100 juta setahun telah dihapuskan.

Perkara ketiga adalah disebabkan kerajaan Johor tidak mengambil iktibar daripada sejarah penswastaan air terdahulu. Apabila kerajaan negeri Johor mengambil keputusan untuk menswastakan secara keseluruhan perbekalan air di Johor ada kemungkinan keputusan tersebut dilakukan dengan tidak mengambil kira kesan yang sedang dilalui oleh kerajaan negeri apabila sebelum itu pernah menghadapi masalah penswastaan dengan dua syarikat bekalan air yang sedang beroperasi di Johor yang jelas ia merugikan kerajaan. Sebagai buktinya, perjanjian dengan Equiventures Sdn Bhd yang telah ditandatangani pada 28 Jun 1992 bagi membina 2 loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Sungai Layang (Johor Bahru) dan Loji Rawatan Air Sungai Johor (Kota Tinggi). Berdasarkan kepada perjanjian ini Kerajaan Negeri terpaksa menjelaskan bayaran tetap secara bulanan sebanyak purata RM47 juta setahun bagi tempoh 20 tahun ke atas perbelanjaan modal yang dikeluarkan oleh Equiventures. Bayaran pada tahun 1998 adalah sebanyak RM58 juta. Selain itu Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bayaran balik pembelian air bersih (bulk sales rate) kepada Equiventures sebanyak purata RM31 juta setahun bagi tempoh 20 tahun dan meningkat kepada RM48 juta sejak tahun 1998. Ini bermakna sebenarnya Kerajaan Negeri terpaksa membeli air dengan harga 25% lebih tinggi daripada harga sebenar seperti yang dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA).

Kerajaan Johor Lepas Tangan Setelah Gagal Uruskan Perbekalan Air Johor Dan Di Ambil Alih Oleh Kerajaan Persekutuan.

Kerana telah menemui jalan buntu bagi menyelesaikan kemelut masalah penswastaan air Johor, satu perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan air di Johor telah ditandatangani di antara kerajaan  Malaysia, kerajaan negeri Johor, Presiden Ranhill dan SAJ Holdings. Penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Johor ini melibatkan pengambilalihan aset-aset berkaitan air Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat konsesi yang dianggar berdasarkan Nilai Buku Bersih (Net Book Value) sehingga 31 Disember 2007, sebanyak RM4.025 bilion, manakala liabiliti ataupun tanggungan ke atas aset-aset berkaitan air tersebut pula dianggarkan bernilai RM3.179 bilion. Ini menjadikan lebihan sebanyak RM846 juta akan dibayar oleh Pengurusan Aset Air Berhad kepada Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) kelak dan seterusnya memajakkan semula aset tersebut kepada SAJH yang akan menjadi pengedar air tunggal di negeri Johor.

Southern Water Corporation yang akan tamat tempoh konsesi pada tahun 2012 dan Equiventures Sdn Bhd yang akan tamat pada 2014 akan kekal sebagai syarikat konsesi sehingga tamat tempoh konsesi mereka nanti. PABB juga akan mengambil alih aset melibatkan loji rawatan air, rangkaian saluran paip dan empangan di Johor milik kerajaan negeri, SAJ Holdings dan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. Ini juga akan menamatkan konsesi merawat dan membekalkan air di Johor yang dipegang oleh SAJ Holdings, anak syarikat Ranhill Utilities Bhd. (Ranhill).

Walaupun kerajaan Johor boleh menarik nafas kelegaan namun perlu diingat bahawa walaupun ini sebenarnya telah mengurangkan bebanan kerajaan Johor namun apabila PABB mengambil alih perbekalan air di Johor, bukan sahaja kerajaan Johor telah kehilangan SAJ yang diswastakan sebelum ini malah PABB juga akan mengambil alih aset melibatkan loji rawatan air, rangkaian saluran paip dan empangan di Johor milik kerajaan negeri Johor. Bermakna, kerajaan Johor telah mengalami kerugian kerana kerajaan Johor telah kehilangan aset seperti empangan dan loji rawatan air.

Berpandukan kepada maklumat yang telah dijelaskan dapat disimpulkan bahawa projek penswastaan bekalan air Johor telah gagal mencapai matlamatnya. Apa yang pasti kegagalan ini mesti ditanggung oleh pemerintah iaitu Barisan Nasional yang gagal melihat dan mengambil pandangan daripada pelbagai pihak terhadap penswastaan air di Johor ini.

Rakyat Johor akan Menikmati Air Percuma di bawah PR

Jika kita melihat dan menilai tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sepanjang menguruskan air di Johor maka kita pasti akan mengakui bahawa Barisan Nasional telah gagal memberikan bekalan air yang baik dengan kos yang rendah disebabkan kepentingan golongan kapitalisme yang berpaut kepada pemerintah. Disebabkan itu, rakyat Johor terpaksa menanggung kos penswastaan dengan membayar bil air yang meningkat naik setiap tiga tahun akibat daripada kadar tarif yang perlu dinaikkan oleh kerajaan. Bukan sahaja tarif air meningkat malah hutang kerajaan juga terus meningkat yang mana sepatutnya ia tidak berlaku kerana ia telah diswastakan.

Sekiranya perbekalan air Johor dapat diuruskan dengan baik maka percayalah bahawa bukan sekadar kerajaan negeri tidak akan terbeban dengan hutang malah rakyat Johor juga akan berupaya menikmati bekalan air percuma seperti mana yang dinikmati oleh rakyat di negeri Selangor pada ketika ini. Perkara ini akan diperjelaskan dalam penulisan yang akan datang dengan memberikan beberapa lontaran idea dan cadangan yang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
27 Jun 2012, 11.11 malam
Taman Sri Kluang

Selasa, 26 Jun 2012

PAS yakin tawan Melaka

PAS yakin tawan Melaka

Muda Mohd. Noor | June 26, 2012 


 
Berdasarkan perhimpunan hijau di Melaka Ahad lalu yang dihadiri kira-kira 25, 000 orang.

PETALING JAYA: Pemuda PAS melaungkan keyakinan merampas Melaka dalam pilihan raya umum 13.

Keyakinan itu berdasarkan perhimpunan hijau di Melaka Ahad lalu yang dihadiri kira-kira 25, 000 orang, kata Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

“Sudah pasti, ia bukanlah sekadar satu majlis untuk menghimpunkan rakyat namun ia lebih jauh daripada itu hasratnya iaitu untuk membuktikan bahawa PAS dan PR sudah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Melaka daripada Umno/BN,” kata beliau.

Beliau berkata, perhimpunan hijau PAS itu sehari sebelum Perdana Menteri Malaysia melawat Melaka.

Katanya, hadirnya Datuk Seri Najib Razak sudah tentu menggembirakan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam yang mungkin membayangkan BN akan merampas kerusi Parlimen Kota Melaka dan bebera DUN lalin.

Namun, tambah beliau semuanya yang diimpikan itu hancur berkecai apabila rakyat Melaka telah memberikan satu isyarat yang cukup jelas bahawa masa untuk Umno/BN menerajui kerajaan negeri Melaka sudah hampir kepada penghujungnya.

“Walaupun Umno berusaha seperti biasa untuk mengganggu ceramah dan aktiviti PAS dengan menghalakan corong pembesar suara daripada kawasan aktiviti BN yang jaraknya kira-kira 200 meter daripada tapak program Himpunan Hijau namun ia tidak pun berjaya mengganggu program himpunan ini.

“Melihat sendiri perkembangan dan perhimpunan ini dengan mata, saya cukup optimis bahawa masa depan PAS dan PR cukup cerah untuk mengambil alih pemerintahan negeri Melaka.

“Rakyat Melaka sudah jauh lebih bijak untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata,” tambah Khairul Faizi.

Himpunan Hijau : Masa Depan PAS dan PR di Melaka Semakin Cerah



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Alhamdulillah, PAS Melaka telah berjaya merakamkan satu sejarah baru dengan kejayaan menghimpunkan lebih daripada 5 ribu para pendokong dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di seluruh negeri Melaka pada 24 Jun 2012 yang lalu.

Sudah pasti, ia bukanlah sekadar satu majlis untuk menghimpunkan rakyat namun ia lebih jauh daripada itu hasratnya iaitu untuk membuktikan bahawa PAS dan PR sudah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Melaka daripada UMNO/BN.

Sehari sebelum Himpunan Hijau, Perdana Menteri Malaysia yang setia dengan agenda 1Malaysia telah turun padang melawat dan menziarahi rakyat di Melaka. Hadirnya PM Najib Razak ke Melaka dalam program Jelajah Janji Ditepati untuk meyakinkan rakyat bahawa segala apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan telah diberikan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, Najib Razak mahu meletakkan kepercayaan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak melaksanakan janji-janji mereka.

Ketua Menteri Melaka sudah tentu gembira dengan perkembangan ini kerana rakyat Melaka telah berpusu-pusu hadir ke program yang dilaksanakan sepanjang sehari itu. Dalam perkiraan DS Ali Rustam, PRU akan datang Parlimen Kota Melaka dan beberapa buah DUN yang dimenangi oleh PR akan akan dispu bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan kotoran.

Ali Rustam mungkin terbayang-bayang bahawa para penyokong PR telah bersedia untuk berpaling tadah setelah melihat betapa sesaknya Bandar Hilir dan Kota Melaka dengan kehadiran PM. Sambil tersenyum beliau menjangkakan bahawa Himpunan Hijau yang bakal diadakan pada keesokkan harinya akan berakhir dengan kegagalan kerana rakyat Melaka pasti tidak akan bersama dalam himpunan tersebut.

Namun, semuanya yang diimpikan itu hancur berkecai apabila rakyat Melaka telah memberikan satu isyarat yang cukup jelas bahawa masa untuk UMNO/BN menerajui kerajaan negeri Melaka sudah hampir kepada penghujungnya.
 
Walaupun UMNO berusaha seperti biasa untuk mengganggu ceramah dan aktiviti PAS dengan menghalakan corong pembesar suara daripada kawasan aktiviti BN yang jaraknya kira-kira 200 meter daripada tapak program Himpunan Hijau namun ia tidak pun berjaya mengganggu program himpunan ini.


Melihat sendiri perkembangan dan perhimpunan ini dengan mata, saya cukup optimis bahawa masa depan PAS dan PR cukup cerah untuk mengambil alih pemerintahan negeri Melaka. Rakyat Melaka sudah jauh lebih bijak untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata. 

Justeru gerakerja perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan lebih baik lagi di semua peringkat.

Bermunajatlah kepada Allah agar Allah membuka hati-hati rakyat negeri Melaka untuk berani membuat perubahan pada PRU yang akan datang ini.

'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
26 Jun 2012, 9.58 pagi
.

KETUA SETIAUSAHA NEGARA PERLU LEBIH BERINTEGRITI DALAM MENYATAKAN SIKAP TERHADAP PENJAWAT AWAM


 

KENYATAAN MEDIA

 TAJUK
KETUA SETIAUSAHA NEGARA PERLU LEBIH BERINTEGRITI DALAM MENYATAKAN SIKAP TERHADAP PENJAWAT AWAM

Intelek Malaysia merujuk kepada berita yang disiarkan di dalam laman web New Strait Times yang disiarkan pada 24 Jun 2012 bertajuk SUNDAY INTERVIEW: Raising the bar for civil service to be the best”

Soalan: Adalah dikatakan bahawa beberapa kakitangan awam telah terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang. Apa yang anda perlu katakan tentang ini?

Jawapan: Mereka seharusnya lebih tahu. Jangan terpedaya oleh janji-janji kosong. Sebagai penjawat awam, kita mesti menjadi taat kepada Raja dan berkhidmat kepada kerajaan hari ini. Ia adalah penting bahawa kita tahu peranan kita sebagai penjawat awam dan menjalankan tanggungjawab kita dengan baik.

Mengikut temuramah yang disiarkan, Dr Ali Hamsa telah mengingatkan kepada kakitangan awam agar tidak terpengaruh dengan janji kosong pembangkang. Beliau mengingatkan  agar kakitangan awam, mereka perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya penjawat awam sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna.

Intelek Malaysia bersetuju dan menyokong kenyataan beliau agar penjawat awam melahirkan kesetiaan kepada Raja dan berkhidmat dengan kerajaan namun Intelek Malaysia amat terkejut dengan kenyataan beliau yang melahirkan sikap bias beliau kepada parti politik. Kenyataan seperti ini menimbulkan rasa curiga terhadap integriti beliau sebagai KSN yang sudah pasti akan diragui oleh pelbagai pihak khususnya parti politik pembangkang.  Sikap bias dalam kenyataan ini tidak mustahil akan diterjemahkan dalam tindakan beliau terhadap penjawat awam serta kerajaan negeri-negeri.

Beliau tidak perlu merendahkan integrtiti beliau sebagai penjawat awam sekiranya beliau memahami Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam yang tidak menyatakan bahawa penjawat perlu patuh kepada pemerintah iaitu Barisan Nasional namun yang dinyatakan adalah agar penjawat awam memberikan perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan, bertanggungjawab membentuk satu masyarakat yang adil dengan sistem ekonomi terbuka yang berpandukan kepada kepentingan awam, menjaga keamanan dan perundangan.

Intelek Malaysia menyedari bahawa KSN bertindak sebagai Setiausaha Kabinet bagi negara Malaysia. Oleh sebab itu, individu yang memegang jawatan ini tidak boleh dipengaruhi atau terlibat secara aktif dalam arena politik negara. Itulah pengamalan yang telah berjalan selama ini namun ia berbeza dengan pendekatan yang telah dinyatakan oleh Dr Ali Hamsa.

KSN adalah jawatan yang cukup penting kerana memainkan peranan yang sangat besar dan penting di dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Tugas KSN sebagai penasihat kepada Perdana Menteri merupakan tugas yang dianggap berat kerana KSN bukan sahaja merupakan kunci utama kepada penjawat awam di Malaysia yang menggerakkan pelbagai sektor di negara ini malah tugas KSN adalah sebagai Jawatankuasa Perhubungan antara kerajaan Persekutuan dan dan kerajaan-kerajaan negeri. Hal ini berperanan sebagai pemupuk kesefahaman kepada pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Jika ada sikap bias seperti ini maka apakah KSN akan mampu untuk berlaku adil dengan kerajaan negeri yang tidak ditadbir oleh BN?.

Justeru, Intelek Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa agar menjalankan tugas sebagai KSN dengan penuh amanah, berintegriti, tranparensi dan akauntabiliti agar tidak terpengaruh dengan kehendak parti politik termasuklah parti politik pemerintah.

Masih belum terlambat bagi Datuk Seri Dr Ali Hamsa untuk membetulkan kesilapan namun sekiranya beliau merasakan bahawa sukar untuk membuat perubahan maka jawatan penting ini adalah amat tidak sesuai dengan beliau dan adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai KSN.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Presiden
Ikatan Integriti dan Tranparensi Malaysia (Intelek Malaysia)
www.intelekmalaysia.org
26 Jun 2012



Isnin, 25 Jun 2012

Koleksi Gambar Xpresi Hijau Anak Muda Peringkat Negeri Melaka




























Ahad, 24 Jun 2012

Simpati Saya Kepada Pekerja Utusan Malaysia

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Apabila saya membaca berita malang yang menimpa sekali lagi kepada Utusan Malaysia (UM) apabila sekali lagi terpaksa membayar saman di atas keterlanjuran dan keceluparan pemberitaan UM yang terus dipergunakan oleh Umno untuk menimbulkan fitnah dan menyemai rasa benci pembaca UM kepada Pakatan Rakyat.

 Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang telah berjaya menang dalam kes saman terhadap UM dan UM terpaksa membayar kos saman.

 "KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB" - Harakahdaily

 Sebelum itu, UM telah beberapa kali terkecundang dalam mahkamah, di antaranya :- 

"PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad. " - Harakahdaily, 24 Mei 2012

 "KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan  Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim (gambar), sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.“Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif,” kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider" - Malaysian Insider, 14 Disember 2011

 Ketika ini pun, terdapat lagi banyak kes yang sedang berjalan di mahkamah dan sedang menunggu masa untuk dibicarakan dan saya dapat membayangkan bahawa keputusan mahkamah akan membuat keputusan yang hampir serupa.

Saya terfikir, jika utusan di saman maka masa depan pekerja utusan semakin gelap. Sudahlah UM jualanya semakin menurun malah pembacanya semakin berkurang.

Mungkin mereka boleh mula berkira-kira untuk memohon kerja di tempat lain yang lebih menjamin masa depan mereka.

Bukan niat untuk menghasut tetapi nasihat....

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Kampung Timah Sari, Batu Pahat,
24 Jun 2012, 2.35 petang

Sabtu, 23 Jun 2012

KAJIAN RINGKAS : SEJARAH PAS DI JOHOR DAN PERKEMBANGANNYA MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE 13






Pendahuluan


Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Mutakhir ini, negeri perkembangan politik di negeri Johor telah menjadi bualan di kalangan para pemerhati politik sama ada yang daripada pihak pemerintah mahu pun kumpulan pembangkang. Kemampuan gabungan parti politik pembangkang memenangi satu kerusi Parlimen (Bakri) dan enam kerusi DUN (Sungai Abong, Maharani, Mengkibol, Skudai, Senai dan Bentayan) telah membuka mata banyak pihak terhadap status kekebalan UMNO/BN di Johor yang mitosnya disebut sebagai “Kubu Kuat Umno di dunia” semakin diragui. Lebih-lebih lagi, kemenangan PAS untuk menawan dua kerusi DUN iaitu di Dun Maharani dan Sungai Balang telah meletakkan satu harapan baru kepada perkembangan politik Johor yang sebelum ini tidak pernah yakin bahawa PAS akan dapat bertapak di Johor. Malah, kemenangan PAS di Dun Senggarang dilabelkan sebagai kemenangan ‘betina’ kerana calon PAS iaitu Dr Mohd Ramli bin Kari menang di atas faktor kesilapan teknikal BN.

PAS tampil dengan gagah dan berwibawa di pentas Dun Johor apabila YB Dr Mohamad bin Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh berjaya memainkan peranan mereka di dalam dewan persidangan serta disayangi oleh rakyat setempat kerana mereka benar-benar dapat menterjemahkan peranan sebenar sebagai seorang wakil kepada rakyat.

Justeru apabila PAS dan Pakatan Rakyat berkira-kira untuk menawan Nusa jaya di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang ini, pemimpin UMNO/BN di Johor menggelupur tidak tentu fasal dan membuat respon yang luar daripada kebiasaan. Jika dulu, pembangkang tidak berpeluang untuk hadir di bibir-bibir pemimpin BN walaupun kali ini berduyun-duyun pimpinan BN khususnya daripada Umno berlumba-lumba untuk memberikan pandangan dan kenyataan tentang masa depan PR di Johor yang sebahagian besar daripada mereka memperlekeh cita-cita dan harapan murni ini.

Sebagai contohnya, apabila YB Salahudin Ayub muncul di dalam media cetak dan internet dengan gambaran bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor maka ketidaktenteraman jiwa para pemimpin BN Johor jelas kelihatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kekuatan PAS belum mampu menandingi BN dan meminta agar PAS jangan memasang angan-angan dan hanya bermimpi di siang hari untuk mengambil alih Kerajaan Negeri  Johor. Beliau masih yakin bahawa Johor adalah kubu kuat BN.

Walau apa pun yang diperkatakan tentang kemampuan PAS untuk tampil sebagai kerajaan menanti bersama PR ia akan ditentukan nanti oleh kuasa rakyat. Namun, perlu juga kita melihat dengan lebih mendalam sejauh mana kemampuan PAS untuk memenangi hati pengundi lebih-lebih lagi PAS telah pun mengisytiharkan bahawa PAS bersedia untuk menggantikan UMNO.

Perkembangan PAS di Johor

Perjalanan politik PAS di Johor bukanlah satu perjalanan pemusafiran yang mudah kerana ia telah dilalui dengan penuh ujian dan cabaran yang luar biasa. Membentuk satu kekuatan yang jitu telah mengambil masa yang lama dan jauh sehingga ia tersergam pada hari ini. Tidak ramai yang mengetahui dan mengambil tahu tentang perkembangan PAS di Johor jika ingin dibandingkan dengan perkembangan PAS di negeri lain kerana Johor terlalu kebal dengan pengaruh Umno di semua peringkat.

Penyertaan PAS di dalam politik Johor sebenarnya telah bermula awal iaitu tiga tahun selepas PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Utusan Melayu yang dikeluarkan pada 20 Mac 1954, PAS telah menubuhkan cawangannya yang pertama di Johor iaitu di Johor Bahru pada 19 Mac 1954 dan Haji Ariffin Alias dipilih menjadi Yang Dipertua, Sdr Othman Abdullah dilantik menjadi Setiausaha manakala Penyimpan Wang diamanahkan kepada Sdr Yusuf Abdul Rahim. Seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui PAS cawangan. Bermakna, PAS bukanlah parti baru di Johor, barangkali disebabkan kekuatan UMNO yang terlalu besar menyebabkan PAS di lihat sebagai parti ‘nyamuk’ yang tidak mungkin akan memberikan ancaman kepada UMNO. Keterbukaan media cetak pada ketika itu dengan memberikan laporan penubuhan PAS telah membawa kepada penyebaran berita yang baik kepada PAS apabila satu rombongan masyarakat Bugis dari Benut telah bertemu dengan pimpinan PAS Cawangan Johor Bahru dan pada 6 Mei 1954 cawangan kedua PAS Johor telah ditubuhkan di Benut. Haji Abdul Razak telah dipilih menjadi Yang Dipertua manakala Saudara Muhamad Tahir dilantik menjadi Setiausaha dan jawatan Bendahari dipegang oleh Haji Yusuf Abdul Rahim. Seramai enam orang Ahli Jawatankuasa cawangan turut terpilih.

Walaupun usia PAS cawangan Benut ini masih baru namun PAS Benut telah tampil dengan berani dan berjaya mengumpulkan ahli yang ramai sehingga dilaporkan keahlian PAS di Benut mencecah seramai 750 orang pada ketika itu. Di atas kesedaran untuk memartabatkan Islam di Johor, PAS Benut melalui mesyuarat Agong telah meluluskan usul untuk meminta PAS Pusat mengadakan pendidikan politik Islam kepada ahli-ahli di semua cawangan PAS dalam negara ini serta mendesak PAS Pusat agar menerbitkan majalah `Al-Islam’.

Sebelum Pilihan raya Umum tahun 1959, pengaruh PAS semakin berkembang dengan penubuhan banyak cawangan di Pontian dan Batu Pahat. Pada 24 Mei 1959 cawangan PAS telah ditubuhkan di Sungai Tempayan, Pontian. Pada 3 Ogos 1959, cawangan PAS ditubuhkan di Pulai Sebatang dan pada 4 Ogos, cawangan Parit Karimon ditubuhkan. Pada penghujung bulan Julai 1959, sebuah cawangan PAS di Kampung Parit Jatuh, Batu Pahat diwujudkan. Dalam majlis penubuhannya, ketua penerangan PAS Johor ketika itu, Haji Muhamad Taib Haji Ahmad telah memaklumkan bahawa PAS Johor akan menubuhkan 10 cawangan lagi di seluruh negeri. Pada 14 Ogos 1959, sebanyak 15 cawangan PAS telah diwujudkan di Batu Pahat. Pertumbuhan PAS dengan pesat di kawasan Pontian dan Batu Pahat sememangnya dapat dilihat sehingga ke hari ini hasil daripada usaha gigih pejuang terdahulu. Usaha PAS untuk menubuhkan cawangan terus berkembangan di Muar, Segamat, Mersing, Ari Hitam dan Kluang. Pengaruh PAS di Kota Tinggi mula terserlah pada awal tahun 1964 atau lebih awal dari tahun tersebut, PAS turut meletakkan calonnya di kawasan Johor Lama. Daripada maklumat yang tersebut, bolehlah dibuat rumusan bahawa PAS mula berkembang dan bertapak di Johor secara keseluruhannya menjelang pertengahan tahun 1964.

Dalam suasana PAS Johor berkembang pesat, PAS Johor dikejutkan dengan tindakan dua pimpinan tertinggi mengisytiharkan diri keluar daripada PAS pada tahun 1969 iaitu  Pesuruhjaya PAS Negeri, Puan Khadijah Sidek dan bekas Pegawai Penerangan PAS Negeri, Kiai Saifullah bin Zamzam. Ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada ahli dan para penyokong kerana Khadijah Sidek adalah merupakan seorang yang gigih dan kuat bekerja. Khadijah yang berasal daripada Indonesia menyertai PAS pada tahun 1958 setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1956. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Dungun pada tahun 1959 dan  menjadikan wakil rakyat PAS yang pertama dari kalangan wanita. Dalam pilihan raya umum 1964, beliau bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru menentang Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman namun berjaya ditewaskan.

Tahun 1974, PAS telah bertindak menyertai komponen Barisan Nasional. Ada di kalangan ahli PAS di Johor mengambil memprotes penyertaan PAS ke dalam BN dengan mengisytiharkan diri sebagai calon bebas walaupun akhirnya tewas di tangan calon perikatan.

Peristiwa pahit, PAS ditendang daripada menjadi komponen Barisan Nasional telah memberikan banyak iktibar. Ini diikuti dengan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya Mac 1978 apabila PAS gagal mengekalkan kuasanya di Kelantan, walaupun sudah menguasai Kelantan hampir 18 tahun lamanya. Tragedi yang menimpa PAS itu telah memberi kesan kepada perkembangan PAS di seluruh negara termasuk di Johor. Dalam pilihanraya ini, PAS hanya berjaya mempertahankan lima kerusi daripada 14 kerusi yang dimenangi sebelum ini dalam tahun 1974 di samping mempertahankan 9 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 50 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya sebelumnya.

Bagi PAS Johor, kekalahan sudah menjadi asam garam dalam perjuangannya. Ia sudah menduga kekalahan teruk itu. Walaupun PAS sudah lama bertapak di Johor, namun selera pengundi masih belum membenarkan PAS bertapak di hati mereka. Sebaliknya hasil dari penyingkiran PAS itu, berbagai insiden politik berlaku secara negatif di Johor. Seramai 300 orang ahli PAS telah menyertai UMNO pada bulan Julai 1978 iaitu menjelang pilihanraya umum. Turut dilaporkan juga seramai 60 orang guru-guru agama yang simpati dengan PAS berpaling tadah menyertai UMNO.

Di Johor, bekas aktivis-aktivis ABIM telah berpeluang mengambil alih teraju pimpinan PAS Johor dalam tahun 1982 setelah berlakunya perubahan PAS kepada kepimpinan ulama’ seperti mana yang berlaku di peringkat nasional. Peralihan ini bukan dibuat secara revolusi tetapi sebaliknya melalui amalan biasa PAS iaitu dengan cara pemilihan. Haji Hasan Hussein telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS yang baru bagi menggantikan Haji Yusof Hakim yang sudah uzur. Beliau adalah salah seorang pengasas ABIM Johor. Di samping beliau beberapa orang aktivis ABIM turut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri seperti Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Ustaz Omar bin Jani, .

PAS dipimpin oleh Ustaz Omar bin Jani, Dr Sanusi Daeng Mariok dan kini datuk Dr Haji Mahfodz bin Mohamed selaku Pesuruhjaya Negeri.

          Dr Sanusi Daeng Mariok dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS negeri Johor pada tahun 1996 setelah Ustaz Omar bin Jani telah meninggal dunia. Ketika itu, Dr Sanusi yang lebih mesra dipanggil Pak Daeng sedang menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen di Rantau Panjang.

Pak Daeng telah mengambil pelbagai pendekatan politik yang bersesuaian dengan lebih menekankan konsep menerang bukan menyerang lebih-lebih lagi apabila Almarhum datuk Fadhil Noor telah mengangkat kertas kerja Pak Daeng yang pada satu ketika dahulu ditolak oleh jawatankuasa PAS Pusat di atas konsep yang telah disebutkan tadi.

Dr Mahfodz mula memimpin PAS Johor pada tahun 2005 setelah Dr Sanusi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri setelah memimpin Johor selama hampir 10 tahun. Sebelum dilantik menjadi Pesuruh jaya PAS Johor, Dr Mahfudz terlebih dahulu diberikan kepercayaan oleh Dr Sanusi sebagai Timbalan Pesuruh Jaya Negeri bermula tahun 2001 sehingga tahun 2005. Dr Mahfodz telah menjual rumahnya di Damansara dan membina sebuah Maahad Tahfiz di Kundang Ulu sebagai tanda keseriusannya untuk kembali ke Johor sebagai seorang Pesuruh Jaya.

          Catatan ringkas berkaitan dengan sejarah perkembangan PAS di Johor ini adalah sebagai maklumat asas kepada pembaca supaya dapat melihat betapa peritnya PAS untuk diperkembangkan di Johor.

Pencapaian PAS di dalam Pilihan raya

Cita-cita PAS untuk tampil buat pertama kalinya di dalam medan Pilihan Raya pada tahun 1955 tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan kerana kos untuk menghadapi pilihan raya yang tinggi. Namun ia tidak merencatkan para pejuang PAS di Johor kerana mereka sedar bahawa Pilihan raya bukanlah matlamat utama PAS ditubuhkan. PAS terus melipatgandakan usaha dan gerakerja dengan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan dan gerakerja.

Dengan usaha yang telah dilakukan maka PAS telah tampil buat pertama kalinya dalam Pilihan raya Umum Persekutuan 1959 dan PAS Johor telah meletakkan seramai tiga orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara, Muar Selatan dan Segamat Utara. Seramai sembilan lagi calonnya diletakkan di peringkat Dewan Undangan Negeri Pontian Dalam, Benut, Rengit, Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Parit Bakar, Serom dan Jorak. Dalam pilihanraya ini PAS bukan sahaja gagal mendapatkan sebarang kerusi di Johor malah undi yang diterima adalah pada paras yang sangat rendah. Pada keseluruhannya, undi yang diperoleh oleh PAS bagi tiga kawasan parlimen yang ditandingi ialah 4992 daripada jumlah keseluruhan iaitu 216 027 undi. Bagi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi, PAS berjaya memungut undi sebanyak 5471 daripada undi ke seluruh yang berjumlah 214 496. inilah ukuran sokongan masyarakat terhadap PAS pada masa itu. Peratusan undi yang diterima oleh PAS begitu kecil sekali iaitu di peringkat  Parlimen sebanyak 2.3% manakala di peringkat DUN 2.6%.

Sebab itu saya nyatakan tadi kehadiran PAS tidak dilihat sebagai ancaman kerana rakyat Johor masih belum mampu menerima kehadiran PAS. Bagi rakyat Johor, Umno dan Perikatan adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai dengan perkembangan politik di Johor. Namun, ia sedikit pun tidak merencatkan dan mencantas semangat gelora perjuangan-pejuang PAS yang terpencil bilangannya.

Cita-cita untuk menyerlah di dalam politik Johor diteruskan dalam Pilihanraya Umum Persekutuan 1964, PAS Johor telah mengemukakan dua orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara dan Johor Timur. Manakala sebelas lagi calonnya bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri. Ketika itu PAS Johor dianggap sebagai parti nyamuk oleh komponen Perikatan. Saingan hebat perikatan di Johor pada masa itu ialah Barisan Sosialis. Dalam pilihanraya ini juga, parti-parti pembangkang Johor terpaksa bertanding sesama sendiri setelah hasrat untuk bergabung dalam satu pasukan gagal dilakukan.
Pilihan raya 1964 ini juga telah membuka era baru bagi PAS Johor. Ia telah bertanding di tujuh kawasan baru bagi peringkat Dewan Undangan Negeri dan mengosongkan enam kawasan yang pernah ditandingi dalam pilihanraya 1959. tujuh kawasan baru yang ditandingi oleh PAS ialah Endau, Gelang Patah, Mersing, Pelentong, Simpang Kiri dan Tampoi. Kawasan lama yang turut ditandingi ialah Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Jorak dan Parit Bakar.

Dalam pilihanraya ini juga PAS Johor tidak meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan parlimen Muar Selatan dan Segamat Utara sebaliknya mencuba kawasan baru iaitu Johor Timur dan mengekalkan Pontian Utara yang pernah ditandingi dalam pilihanraya tahun 1959. PAS tidak bertanding di kawasan parlimen Muar Selatan walaupun pengaruh PAS kuat di sini dalam pilihanraya umum 1959. Di Muar Selatan PAS tidak hilang wang pertaruhan berbanding dengan kawasan Pontian Utara. Undi yang diperoleh oleh PAS kawasan Muar Selatan dalam pilihanraya 1959 ialah 2508 undi dan terselamat wang pertaruhan. Sebaliknya di Pontian Utara, PAS hilang wang pertaruhan dan mendapat jumlah undi yang kecil iaitu 1567 undi.

Keputusan pilihanraya umum 1964 menyaksikan satu lagi keputusan untuk penilaian PAS Johor. Secara keseluruhannya, PAS mendapat 7873 undi bagi sebelas kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi dan 7673 undi lagi bagi tiga kawasan parlimen.

Tahun 1983 PAS Johor meletakkan seramai sembilan orang calon di peringkat Dewan Undangan Negeri dan tiga orang di peringkat parlimen. Sokongan terhadap PAS telah meningkat sejak pilihanraya umum 1978 terutama di kawasan Batu Pahat, Segamat, Tenggaroh dan Simpang Renggam. Inilah perkembangan yang menguatkan lagi PAS Johor. Dengan jumlah undi yang berjaya diraih dalam pilihanraya itu ialah 18 234 undi untuk enam kawasan parlimen yang ditandingi manakala untuk 10 kawasan Dewan Undangan Negeri PAS berjaya meraih undi sebanyak 11 232 undi. Dalam pilihanraya umum 1978 PAS Johor telah mendapat undi sebanyak 25 915 bagi 23 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 32 512 undi bagi 12 kawasan parlimen yang ditandingi.

Walaupun jumlah calon-calon PAS bertanding merosot dalam Pilihanraya Umum 1982 berbanding pilihanraya umun 1978, namun kedua-dua pilihanraya telah menemukan kegagalan yang berulang. Peratusan undi yang diterima oleh PAS dalam pilihanraya umum 1982 tidak jauh berubah dengan peratus undi pilihanraya tahun 1978.

Dalam pilihanraya 1982 peratus undi peringkat parlimen ialah 4.1% dan peringkat Dewan Undangan Negeri ialah 7.9% manakala dalam pilihanraya umum 1978 peratus undi peringkat parlimen ialah 4.1% dan peringkat Dewan Undangan Neger 2.3%.

Pada tahun 1986, sekali lagi pilihanraya umum diadakan. Pada kali ini PAS meletakkan 10 orang calon di peringkat Parlimen dan 20 orang lain di peringkat Dewan Undangan Negeri. Inilah pilihanraya pengukur bagi kumpulan pimpinan baru PAS Johor dalam Era Kepimpinan Ulama. Keputusan pilihanraya 1986 telah menunjukkan ciri baru sokongan pengundi kepada PAS. Ia berjaya memperoleh undi sebanyak 28 493 undi bagi 10 kawasan parlimen dan 47 184 undi untuk 20 kawasan Dewan Undangan Negeri. Walaupun tewas, tetapi jumlah undi yang diterima merupakan satu kemenangan yang besar bagi kumpulan pimpinan baru PAS Johor yang telah menguasai tampuk pimpinan parti kira-kira lima tahun.

Pilihanraya Umum Oktober 1990, telah menyaksikan suatu penyatuan di kalangan pembangkang apabila PAS bersama Semangat 46 berjaya bergerak di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dan Semangat 46 bersama parti-parti lain berjaya membentuk Gagasan Rakyat. Inilah pertarungan paling sengit dihadapi oleh Barisan Nasional apabila pembangkang bersatu dalam pilihanraya. Dalam pilihanraya kali ini, PAS Johor telah meletakkan tiga orang calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Endau dalam parlimen Mersing, Rengit dalam parlimen Batu Pahat dan Benut dalam parlimen Sungai Benut.

Jumlah calon PAS pada kali ini agak kecil berbanding pilihanraya umum 1959, 1954, 1969, 1978,1982 dan 1986. ini adalah disebabkan persepakatan antara PAS dan Semangat 46 dalam Angkatan di mana kuota kerusi telah pun dipersetujui bersama mengikut kekuatan pengaruh sesebuah parti di sesuatu kawasan.

Ketiga-tiga calon yang terpilih ialah Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Dun Endau), Ungku Haji Mohd Noor Ungku Mahmood (Dun Rengit) dan Haji Ambok Masek Haji Abdul Latif (Dun Benut). Dalam pilihanraya ini, PAS berjaya meraih 33% undi di Endau, 29.8% undi di Rengit dan 32.7% undi di Benut. Dalam pilihanraya umum 1986, PAS telah meletakkan seramai 10 orang calonnya di peringkat parlimen dan 20 orang lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pilihanraya Umum 1990 juga telah mengulangi kekalahan PAS Johor.

Tahun 2004, PAS menyertai PRU dengan semangat untuk menang setelah arus reformasi telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS dan Barisan Alternatif. Namun, pakatan BA telah semakin mengecil apabila DAP telah mengisytiharkan bahawa mereka keluar daripada BA pada 21 September 2001 dan berlakunya pergabungan dua parti iaitu PKN dan PRM yang membentuk parti baru iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan Ogos 2003.

PAS telah meletakkan calon di 36 Dun namun pencapaian PAS secara keseluruhannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1999. PAS bertanding di 36 Dun dan menang satu kerusi iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan BN meletakkan individu yang diamanahkan sebagai Penyokong adalah merupakan bukan pengundi di Senggarang. PAS telah memperoleh 98698 undi berbanding dengan jumlah undi 540572 keseluruhan di kesemua 36 Dun yang PAS telah meletakkan calon. Ia mewakili sebanyak 18.3% undi keseluruhannya.

Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang diadakan pada tahun 2008 telah mendatangkan satu keputusan luar biasa kepada PAS di Johor setelah berjaya untuk tampil ke dalam medan pilihan raya dalam satu front iaitu Barisan Alternatif dan kerjasama tidak langsung dengan DAP untuk memastikan bahawa BN hanya akan bertembung secara satu lawan satu di setiap kerusi yang dipertandingkan.

PAS telah bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dun termasuklah kerusi Dun Tiram yang diwakili oleh calon Kelab Penyokong PAS yang bertanding di atas lambang PKR iaitu Cik Kumutha Raman.

Dalam PRU ke 13, PAS memperoleh kejayaan yang luar biasa apabila telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani. Begitu juga dengan jumlah undian sebanyak 175 300 undi di peringkat berbanding dengan jumlah undi keseluruhan sebanyak 554158 undi dengan peratusan undi yang telah diperoleh PAS daripada 33 kerusi Dun yang ditandingi itu adalah sebanyak 31.63% menunjukkan pencapaian PAS semakin memberangsangkan.

PAS masa kini, semakin maju atau mundur?

Setelah membaca mengenai sejarah Pas dan penglibatannya di dalam medan politik, saya ingin mencatatkan pula kedudukan PAS di Johor ketika ini sama ada PAS semakin diterima rakyat atau pun sebaliknya. Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya secara umum sebagai anak Johor yang terlibat secara langsung dalam medan politik di Johor.

Selepas kejutan besar berlaku dalam PRU ke 12 pada tahun 2008, PAS Johor terus mengorak langkah untuk menggempur persada politik Johor bersama rakan-rakan dalam PR yang lain dan tekad untuk menawan Nusajaya disepakati bersama. Langkah awal, PR Johor telah melancarkan TAWAN di Kluang pada tahun 2009 sebagai satu signal terhadap keseriusan tersebut.

Beberapa tindakan awal disusun oleh PAS Johor. Penubuhan Pusat Aduan Rakyat (PAR) di seluruh dijadikan arahan wajib khususnya Dun yang telah diwakili oleh PAS semasa PRU 12. Di antara yang terawal menubuhkan PAR adalah Dun Permas, Kempas, Mahkota dan Nusajaya. Peranan utama PAR adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat sama ada masalah yang melibatkan isu rakyat ataupun isu yang melibatkan kepincangan kerajaan.

Begitu juga dengan peranan kedua-dua Adun PAS iaitu YB Dr Mohamad bin Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim, kedua-dua digerakkan untuk membantu masalah rakyat bukan sahaja di kawasan mereka sahaja tetapi menjadi wakil rakyat di seluruh negeri Johor untuk disalurkan ke dalam DUN Johor.

PAS Johor dipimpin oleh mereka yang berkelayakan daripada pelbagai sudut. Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad adalah merupakan mantan Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam UM dan merupakan tokoh ulama’ yang disegani. Haji Aminul Huda Hassan, Timbalan Pesuruh Jaya 1 adalah merupakan seorang golongan profesional dalam bidang pendidikan, Timbalan Pesuruh jaya 2 iaitu Haji Dzulkefli Ahmad merupakan profesional dalam bidang perunding harta dan Mazlan Aliman, Pesuruh Jaya 3 adalah merupakan seorang aktivis masyarakat dan merupakan Presiden ANAK yang memperjuangkan isu berkaitan dengan peneroka dan FELDA.

Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor adalah merupakan mantan pensyarah UTM, Haji Roslan Nikmat (Bendahari PAS Johor) adalah merupakan mantan guru dan pernah dipilih sebagai Guru Inovasi Kebangsaan. Malah, pimpinan PAS yang mengetuai jentera d peringkat negeri turut dipimpin oleh mereka yang berupaya menjana kekuatan dan kemenangan PAS.

Empat daripada PAS kawasan di Johor dipimpin oleh kepimpinan muda iaitu Haji Firdaus Masod (Segamat/Peguam), Ustaz Khairul Muntanazar (Tebrau/Lulusan Al-Azhar), Ustaz Rozali Jamil (Sekijang/Al-Hafiz) dan Khairul Faizi Ahmad Kami (Kluang/Ahli Politik)

Begitu juga dengan kesediaan YB Haji Salahudin Ayub untuk pulang ke gagang bagi merancakkan gerakerja PAS di Johor telah menimbulkan polemik baru sehingga di sebut sebagai bakal Menteri Besar Johor jika PR berjaya menawan Nusajaya.

          Bermakna, PAS Johor semakin maju ke hadapan pada ketika ini dengan melahirkan banyak tokoh politik dan kepimpinan yang berwibawa. Kepimpinan yang beretika, berlatar belakangkan pendidikan yang tinggi di pelbagai peringkat pasti mampu mentadbir negeri Johor jauh lebih baik daripada apa yang telah Umno lakukan selama ini.

Kesimpulan

Melihat kepada sejarah PAS bermula di Johor pada tahun 1954 sehingga kemampuan PAS berdiri bersama PR di persada politik Johor yang dikenali sebagai ‘kubu kuat UMNO di dunia’ telah memberikan satu harapan baru kepada perubahan politik di Johor.

PAS gagal menyertai PRU pada tahun 1955 kerana ketidakmampuan untuk menanggung kos yang tinggi. Tahun 1959 PAS hanya mampu meraih sokongan sebanyak 2.6% di kerusi Dun yang telah PAS tandingi. Tetapi, pencapaian PAS terus meningkat dengan lebih baik dan sebagai buktinya pada PRU ke 12, PAS berjaya meraih sokongan sebanyak 31.63% di peringkat Dun yang PAS tandingi.

Sokongan yang diterima oleh PAS dan rakan-rakan PR yang lain sudah tentu menggerunkan UMNO dan BN lebih-lebih lagi PAS sudah tidak lagi ditakuti oleh pengundi bukan Melayu/Islam. PAS yakin mampu untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu pada PRU ke 13 yang bakal menjadi penentu kepada kemenangan PAS nanti.

Pesuruh Jaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz telah melahirkan keyakinan bahawa PAS akan berjaya untuk menang di 15 DUN yang ditandinginya pada PRU yang akan datang. Dengan gabungan kemenangan PAS, PKR dan DAP di peringkat DUN nanti akan membolehkan PR membentuk kerajaan baru yang akan menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan beramanah daripada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum daripada ini.

Siapa bakal MB? Itu tidak menjadi persoalan utama pada ketika ini kerana PAS dan PR dibarisi oleh ramai kepimpinan dan calon berwibawa.Apa yang penting ketika ini adalah usaha dan gerakerja perlu dipertingkatkan dengan semaksimum mungkin.

Sekian.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
23 Jun 2012, 3.37 pagi
www.khairulfaizi.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian ini telah disediakan oleh sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil tentang  sejarah ringkas perjuangan PAS di Johor. Ia adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk mengumpulkan maklumat dan info sejarah PAS negeri Johor dan sebagai rangka awal untuk membuat penyelidikan di peringkat Sarjana. Penulis adalah merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (2005-2011).