TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 19 Jun 2012

3 Langkah Lajim Ukin

 Terkini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan umumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Datuk Seri Lajim sebelum itu telah umumkan untuk tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Dua langkah Datuk Seri Lajim telah diumumkan dan massa menanti pengumuman ketiga beliau yang dijangka lebih bombastik lagi jika ingin dibandingkan dengan langkah pertama dan keduanya.

Pasti ramai yang akan cuba meramalkan bahawa DS Lajim akan mengumumkan beliau akan keluar daripada Umno namun itu masih belum pasti akan berlaku.

Penyataannya yang menyebut bahawa semua pihak perlu 'tunggu dan lihat' sudah memberikan gambaran apa yang mungkin beliau lakukan.

Mudah-mudahan perubahan DS Lajim akan memperkukuhkan pasukan PR di Sabah dalam PRU yang akan datang.

Wassalam

Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno - mStar Online
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Dalam pada itu Lajim turut memberi jaminan akan terus aktif dalam politik dan berkhidmat kepada rakyat Beaufort walaupun dalam 'wadah yang berbeza'.

"Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan...rakyat berhak menikmatinya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan