TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 7 Jun 2012

Euro 2012 : Pasukan BELANDA Menjadi Pilihan Saya



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Pusingan akhir Euro 2012 akan bermula esok dan peminat dunia bolasepak mula mengalihkan pandangan dan fokus mereka kepada perkembangan perlawanan di sana.

Secara jujurnya, saya bukan peminat bola sepak yang jenisnya mengabdikan diri di hadapan televisyen setiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak walaupun ia melibatkan pasukan kesayangan saya sepanjang zaman iaitu Brazil.

Bila bercakap tentang Euro maka saya terpaksa meninggalkan sementara pasukan Brazil yang kini terperosok di tangga ke lima ranking dunia.

Pasukan pilihan saya pada kali ini pasukan Belanda walaupun masa kecil dulu saya pernah memberikan sokongan saya kepada pasukan England, mengikut riwayat yng telah dicatatkan oleh kakak saya.

Kenapa Belanda? Sebab-sebabnya adalah :-

1. Rankingnya pada kedudukan ke 2 dunia ketika ini di belakang pasukan Sepanyol.

2. Belanda mempunyai pemain-pemain bertaraf dunia seperti Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart ,Dirk Kuyt , Arjen Robben dan Robin van Persie.

3. Warna rasmi jersey pasukan Belanda adalah warna Oren @ Jingga.

JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN B EURO 2012

Ahad 10 Jun: Belanda mln Denmark, Kharkiv, 12 mlm
Khamis 14 Jun: Belanda mln Jerman, Kharkiv, 2.45 pg
Isnin 18 Jun: Portugal mln Belanda, Kharkiv, 2.45 pg

Semoga Belanda akan berjaya menjuarai Euro 2012 tapi Piala Dunia 2014 tetap akan ku sokong pasukan Brazil :-)

Wassalam

2 ulasan:

  1. saya pun peminat Belanda gak..harap2 la mereka boleh mara kr final nanti...

    BalasPadam
  2. Peluang masih ada, final game dalam kumpulan B nanti baru boleh pastikan. Jerman menang ke atas Denmark dan Belanda belasah Portugal

    BalasPadam