TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 30 Jun 2012

Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor Berjaya!






Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Malam tadi selesai sudah Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor. Komen umum saya sebagai membayangkan bahawa rakyat Johor khususnya yang saya sebut dalam posting ini iaitu orang Melayu sudah bersedia untuk mengangkat kerajaan yang baru di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kehadiran TG Nik Aziz telah memberi harapan baru kepada rakyat Johor. TG Nik Aziz secara rasmi menyerahkan YB Salahudin Ayub untuk bersama-sama kami menggempur Johor dsn seterusnya membantu kemenangan PAS dan PR di bumi Johor yang semakin subur dengan sinar Islam.

Saya akan mencoretkan dalam blog ini tentang penyerahan rasmi YB Salahudin Ayub ke Johor nanti. Saya juga bercadang untuk menulis tentang beliau mengikut perspektif kanta sesentuh saya.

wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Marang, Trengganu
30 Jun 2012, 6.13 malam

1 ulasan:

  1. Saya secara jujur memang skeptikal jugak tentang sokongan orang Islam Malaysia di Johor terhadap PAS, walaupun saya tiada masalah tentang sokongan orang Cina terhadap PAS yang semakin meningkat, terutamanya di Johor sekarang ini apabila mereka terlepas tsunami politik yang dilakukan oleh orang Cina di hampir seluruh Semenanjung Malaysia. Saya lagi bertambah skeptikal apabila melihat keputusan PRU kecil Tenang pada tempoh hari, tetapi disebabkan itu hanya pilihanraya kecil, jentera BN secara khas memang terlalu kebal masa itu. Tetapi situasi akan jadi berbeza apabila datangnya PRU umum. Seperti contoh di Kelantan, PRU kecil dimenangi UMNO, kemudian kalah balik kepada PAS pada PRU umum. Walau apa pun, jika PAS Johor mempunyai ramai pemimpin berkaliber seperti Dr Sheikh Ibrahim dan Dr Mohamad Taslim, saya percaya walau apa pun majoriti besar sebelum ini, mampu diatasi, seperti dalam DUN Sungai Abong dan Maharani (dan ini belum memfaktorkan kepulangan Salahuddin Ayob ke Johor untuk bertanding dan jika PR menang di Johor, secara automatik menjadi calon MB). Tetapi saya seseorang yang konservatif tentang peluang PR pada PRU akan datang, sebab saya pun ada buat analysis yang tersendiri, tetapi limited resources sebab tengok pada isu-isu yang menjadi potensi "make or break" untuk kedua-dua belah pihak dalam politik Malaysia. Saya adalah seorang realist, tetapi dalam politik saya memang sokong hijau dan putih, walaupun mereka tidak bertanding di tempat saya (yang di antara MCA dan DAP).

    BalasPadam