TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 5 Jun 2012

Jayakan Xpresi Hijau Anak Muda !

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Jayakan Xpresi Hijau Anak Muda !
09 Rajab 1433 bersamaan 30 Mei 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengorak satu langkah selaku agen perubahan untuk anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengumumkan untuk mengadakan satu program anak muda berbentuk mega akan dibuat di Kedah sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya oleh PAS Pusat.
Kehadiran ahli yang menjayakan program ini merupakan satu indikator kepda Pilihanraya Umum yang akan dating. Justeru setiap ahli wajib untuk hadir program ini sebagai tanda penolakkan kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan memulakan program Xpresi ini seawal jam 4 petang dan berakhir pada 6.30 petang. Program ini juga turut menyertakan beberapa penampilan istimewa seperti Ustaz Azhar Idrus dan juga Bob Lokman yang akan membuat persembahan khusus untuk sekalian anak muda yang hadir.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga berharap agar ahli yang hadir dapat membuat perbandingan di antara program Xpresi Anak Muda anjuran PAS dengan Himpunan Belia anjuran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut mensasarkan seramai 100 ribu orang peserta untuk menyertai program ini. Pemuda PAS kawasan perlu menghantar sekurang-kurangnya 200 orang peserta dengan memakai pakaian yang berwarna hijau untuk hadir ke Xpresi ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia amat mengharapkan kerjasama dari setiap ahli untuk hadir memenuhi Stadium Darul Aman nanti. Dewan Pemuda PAS Malaysia akan melancarkan 2 produk baru ketika program tersebut berlansung pada 1 Jun nanti. Kehadiran para pendokong dan penyokong perjuangan PAS amat dialu-alukan.

Disediakan oleh,
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan