TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 6 Jun 2012

PAS Johor cadang bukan Islam calon pilihan raya

PAS Johor cadang bukan Islam calon pilihan raya

Fazy Sahir | June 4, 2011
Langkah itu selaras dengan hasrat pimpinan parti yang sebelum ini menyuarakan keinginan untuk memberi ruang kepada DHPP meningkatkan peranan dalam PAS.
 
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57

GOMBAK: Perwakilan daripada Johor hari ini mencadangkan agar PAS meletakkan calon dari kalangan bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata langkah itu selaras dengan hasrat pimpinan parti yang sebelum ini menyuarakan keinginan untuk memberi ruang kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meningkatkan peranan dalam PAS.

“”Setidak-tidaknya di setiap negari akan ada seorang anggota DHPP bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini.

Menurut Khairul Faizi kehadiran DHPP dalam PAS kurang mendapat perhatian, hanya segelintir pemimpin yang serius mengenai Dewan tersebut.

Khairul Faizi menyifatkan DHPP sebagai ‘anak tiri’ sejak ditubuhkan pada 23 Mei 2010 lalu.

Beliau turut mencadangkan agar peruntukan khas disediakan bagi meningkatkan peranan Dewan itu dalam PAS.

“DHPP tidak begitu diberikan perhatian dalam PAS. DHPP seolah-olah bergerak sendirian dalam PAS. Pengerusi DHPP sepatutnya diberi peluang untuk hadir dalam mesyuarat PAS Pusat dan peringkat-peringkat lain seperti yang dimeterai dalam Aturan dan Peraturan DHPP.

“Malah peruntukan khas perlu untuk mereka mempunyai pejabat dan kakitangan sepenuh masa bagi memastikan tugas pentadbiran khususnya untuk menyiapkan proses keahlian seramai 20,000 ahli DHPP dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Khairul turut berharap agar Lajnah Penerangan terus diperkasa bagi memberi maklumat yang telus kepada rakyat.

Maka cadangan agar peruntukan dana sebanyak RM1 juta kepada lajnah untuk menyediakan bahan cetakan termasuklah VCD  kepada rakyat secara berperingkat-peringkat.

“Tingkatkan status Lajnah Penerangan kepada taraf jabatan seperti Jabatan Pilihan Raya. Malah wujudkan kumpulan penyelidik sejurus selepas muktamar ini untuk mendapatkan maklumat sebenar kecenderongan pengundi Melayu di seluruh negara.

“Ini bagi mempertingkatkan media sedia ada dengan menyalurkan maklumat dengan konsisten,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan