TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 12 Jun 2012

Pemuda PAS sasar bentuk kepimpinan berintegriti

Harakahdaily, 12 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah dikunjungi oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diwakili oleh Mohd Ismail Abd. Jalil selaku Pengarah Sektor Politik IIM dan penolongnya Fisol Hamdi Ahmad kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Kehadiran wakil dari IIM adalah hasil dari pertemuan pertama Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan pihak IIM dahulu.

Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan satu program bersama IIM untuk membina pimpinan pemuda yang berintegriti.

“Kami berbincang dengan pihak IIM untuk mengadakan satu program bersama yang bertujuan untuk menerapkan integriti dalam Pemuda PAS Malaysia itu sendiri,” ulas Setiausaha DPPM, Khairul Faizi.

Katanya, DPPM mensasarkan untuk membentuk lapisan pimpinan pemuda PAS yang memiliki nilai integriti dalam kehidupannya dalam apa jua status dan platform yang dipegang oleh mereka.

“Kami menyambut baik kerjasama seperti ini dan menantikan keputusannya dalam waktu yang terdekat,” jelas beliau.

Beliau turut ditemani oleh selaku Penolong Setiausaha 2 dan 3 DPPM, Ustaz Syed Kadir dan Yusapiza.

0 ulasan:

Catat Ulasan