Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 31 Julai 2012

Hudud Bukan Agenda PR Tapi Sebahagian Daripada Islam Yang Tetap Diperjuangkan PAS Sepanjang Zaman - Ketua Pemuda

Hudud Bukan Agenda PR Tapi Sebahagian Daripada Islam Yang Tetap Diperjuangkan PAS Sepanjang Zaman - Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, hudud adalah sebahagian daripada dakwah PAS yang tidak dapat dipisahkan dari parti itu walaupun secara realitinya mereka sedar ia sukar untuk dilaksanakan di negara ini kerana iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk.

“Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya.Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam,” kata Nasrudin dalam kolumnya di Harakahdaily.net sebagaimana yang diterbitkan pada Selasa.

Beliau juga menulis, hudud adalah undang-undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah iaitu satu realiti yang tidak boleh siapa pun menafikannya.

Oleh yang demikian, ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam.

Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [baiah] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

“Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [melalui proses demokrasi] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang-undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang-undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

”Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

“Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli Umno dan atas pagar mengundi PAS.

"Maksudnya, Umno perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus,” ujar beliau lagi.

Pakatan Rakyat katanya telah beberapa kali berbincang tentang perkara ini dan mereka telah "setuju untuk tidak bersetuju" atau “DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.”

Kata Nasrudin, itulah pendirian Pakatan tentang hukum hudud.

Oleh yang demikian kata beliau lagi, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini.

PAS katanya mengadakan kerjasama politik dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, kerjasama ini adalah kerjasama politik dan bukannya kerjasama agama dan ideologi perjuangan.

“Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti-parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi,” tegasnya.

Malah beliau menjelaskan, jika mereka (PAS) idak boleh melaksanakan semua [kandungan Islam] maka laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu.

“Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence".

"Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengaitkan isu hudud yang mula diperkatakan semula ini sebagai sebahagian daripada gendang yang dipalu sekuatnya oleh Umno dan melihatnya sebagai tanda-tanda pilihan raya umum semakin hampir.

“Umno terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman,” jelas Nasrudin.

Lebih 500,000 MyKad tidak dituntut sehingga bulan lepas

Lebih 500,000 MyKad tidak dituntut sehingga bulan lepas

31 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Sebanyak 501,941 MyKad belum dituntut di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said.

Kesemua MyKad itu merupakan kad pengenalan yang belum dituntut untuk kategori kurang daripada tempoh 18 bulan kad dikeluarkan, katanya kepada Bernama.

Daripada jumlah 501,941 itu, Selangor mencatat jumlah kad pengenalan paling banyak tidak dituntut iaitu 81,010 kad, diikuti Johor (60,678), Sabah (51,462), Sarawak (50,334), Perak (44,855), Kuala Lumpur (36,602), Kedah (31,102), Kelantan (29,654), Pulau Pinang (26,337), Pahang (23,838), Terengganu (19,639), Negeri Sembilan (18,410), Melaka (15,018), Putrajaya (7,091), Perlis (3,751) dan Labuan (2,160), katanya.

Jariah berkata berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2010) Mengenai Pelupusan Kad Pengenalan Yang Tak Dituntut, kad pengenalan siap akan dipegang simpan selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

"Semua kad akan disimpan oleh mana-mana Pejabat Pendaftaran selama 18 bulan sebelum ia dilupuskan," katanya.

Sementara itu Jariah berkata sehingga 2 Julai lepas sebanyak 1,287 MyKad belum dituntut untuk kategori kad pengenalan tidak dituntut melebihi tempoh 18 bulan dari tarikh kad dikeluarkan.

Katanya Sarawak mencatat angka tertinggi untuk kategori itu dengan 262, diikuti Pulau Pinang (153), Kelantan (146), Johor (131), Kedah (98), Selangor (97), Kuala Lumpur (86), Sabah (71), Pahang (41), Perak (40), Perlis (22), Negeri Sembilan (20), Labuan dan Putrajaya (sembilan) manakala masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.

Menurut Jariah terdapat pelbagai sebab kad pengenalan lewat atau tidak dituntut antaranya kesibukan pemohon untuk datang ke JPN mengambil MyKad mereka, berpindah ke lokasi lain serta dokumen sedia ada masih elok dan boleh digunakan.

katanya untuk kes pemohon berpindah ke tempat lain, mereka dinasihat supaya memaklumkan kepada JPN supaya pihak jabatan dapat menghantar MyKad mereka ke JPN berdekatan.

Jariah berkata pelbagai usaha dilakukan oleh JPN untuk mengatasi masalah kad pengenalan tidak dituntut termasuk menghantar makluman kutipan kad pengenalan siap atau 'Calling Card' kepada pemohon berdasarkan alamat pada kad dokumen pengenalan diri itu.

"Hebahan menerusi media massa juga dibuat secara berterusan di samping paparan senarai MyKad yang tidak dituntut dalam portal JPN," katanya.

Selain itu, mulai tahun 2010 JPN telah berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk menghantar MyKad yang tidak dituntut ke rumah pemohon.- Bernama

Pemuda PAS Beri Tempoh Seminggu Awang Adek Jawab Tuduhan Rasuah

Pemuda PAS Beri Tempoh Seminggu Awang Adek Jawab Tuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menerima rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Dr Awang tidak memberikan sebarang respon dalam menjawab tuduhan berkenaan, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu berkenaan.

"Kita akan beri Dr Awang seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.

"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa.

Pada 12 Julai, Pemuda PAS Pemuda PAS mendakwa Dr Awang pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).

Pemuda PAS mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun.

Mereka dilaporkan menggesa Dr Awang menjelaskan daripada mana sumber cek tersebut yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu dan dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010.

Pemuda PAS juga meminta bekas Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Dr Awang.

"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.

"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya.

Seminggu untuk Awang Adek jelas isu cek


Hazayani Zakaria, 31 Jul 2012 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun beliau.

Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Awang Adek  tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.

"Kita beri Dr Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.

"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010.

Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).

DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek.

"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.

"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya Nurul Islam.

Kenapa kerajaan tidak serius sambut Merdeka?






Kerajaan dilihat tidak serius untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang akan datang.

Selain daripada slogan yang digunakan iaitu 'Janji Ditepati' yang langsung tidak menggambarkan semangat menentang penjajahan dan lebih dilihat sebagai slogan pemerintah menarik sokongan rakyat di dalam PRU ke-13, logo yang dibuat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' sahaja.

Lebih memalukan, ia adalah logo yang ditiru daripada pelekat kereta yang telah digunakan semasa sambutan kemerdekaan yang ke-52.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menarik semula logo yang menjadi bahan jenaka khususnya di dalam alam siber menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti mana sambutan pada tahun lepas.

Beliau cuba meyakinkan bahawa bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi. Sudah tentu kenyataan Rais Yatim ini memalukan banyak pihak termasuklah Datuk Ahmad Maslan yang bersungguh-sungguh mempertahankan logo unik ini.

Begitu juga dengan lagu sambutan kemerdekaan yang langsung tidak membawa aspirasi kemerdekaan. Tiada perkataan 'merdeka' dalam liriknya, tidak roh kemerdekaan dan tiada usaha untukmenyeru rakyat untuk menghayati kemerdekaan.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perkara ini terjadi di saat sambutan ini semakin dekat dan suntuk masanya.  Sebenarnya, selain daripada fokus pemerintah untuk 'berkempen' sempena PRU ke-13 yang akan datang ini diberikan keutamaan daripada maksud asal, pemerintah sendiri sudah tidak percaya bahawa Malaysia pernah dijajah sebelum ini.

Apabila timbul isu Mat Indera pada tahun 2011 yang dikatakan bukan pejuang kemerdekaan maka pelbagai pihak cuba untuk membuktikan bahawa Mat Indera bukan menentang pejajah walaupun yang ditentangnya pada ketika itu adalah British. British dikatakan sebagai penaung, penasihat dan pelbagai lagi gelaran dan yang pentingnya British bukannya penjajah.

Di antara yang kuat mempertahankan British bukan penjajah adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mana Tun menyatakan bahawa hakikatnya Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi penasihat mereka telah bertindak seperti seolah-olah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-Raja Melayu.

Majlis Professor Negara (MPN) melalui jurucakapnya iaitu Profesor Datuk Dr Zainal Kling Zainal berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

PAS pernah mendesak UMNO supaya menyatakan pendirian terhadap kenyataan-kenyataan ini namun tiada pemimpin Umno yang berani untuk menyatakan pendirian.

Namun, dengan tindak-tanduk terkini cara sambutan Kemerdekaan ini menunjukkan bahawa kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pandangan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dengan dibuktikan melalui slogan, logo dan lagu rasmi yang bakal kita sama-sama sambut pada 31 Ogos 2012 yang akan datang.

Ternyata, kepentingan politik lebih diutamakan oleh pemerintah daripada kepentingan untuk menyedarkan rakyat tentang erti kemerdekaan yang sebenar.

Pemerintah seperti ini sememangnya perlu dijatuhkan dalam PRU yang akan datang.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Khamis, 26 Julai 2012

Tahniah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman : Cepat dan Betul

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan kepads Ketua Polis Kelantan yang baru kerana bertindak 'Cepat dan Betul' dengan menyelesaikan isu Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Sebelum ini, Datuk Jalaluddin adalah merupakan Timbalan Ketua Polis Johor yang pernah saya temui ketika diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Johor dan setahu saya beliau adalah seorang yang cukup tegas dan keras sehingga menyukarkan kami ketika itu untuk menyatakan sesuatu apabila memorandum diserahkan.

Namun,  tindakan segera yang dilakukan di Kelantan atas isu KGT sangat saya hargai kerana ia menunjukkan sikap beliau dan anggotanya yang tidak memilih bulu dalam menentukan keputusan hasil daripada penyiasatan.

Semoga keselamatan negeri Kelantan akan lebih stabil di bawah kepimpinannya di dalam PDRM Kalantan.

Wassslam

Rabu, 25 Julai 2012

Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan

Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan

Salmah Mat Husain, 25 Jul 2012
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat Islam khususnya rakyat Kelantan memperbanyakkan doa sempena bulan Ramadan ini termasuk doa untuk royalti Kelantan.

Katanya, rakyat Kelantan perlu berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada pihak yang menyekat pemberian royalti Kelantan agar tidak terus melakukan kezaliman terhadap negeri ini.

“Oleh yang demikian saya minta kepada rakyat doa beramai-ramai moga kezaliman ini diangkatkan dan minta Allah memberi kefahaman kepada menteri terbabit termasuk pegawai Petronas. Kerja menyekat itu suatu dosa,” ujarnya.

"Kalau boleh sebutkan nama menteri atau pegawai terbabit sewaktu sujud ketika solat," katanya lagi.

Menurutnya, pembayaran royalti telah diputuskan oleh Perdana Menteri sebelum ini Tun Abdul Razak, bagaimanapun ianya masih disekat hingga kini.

Pada masa yang sama, katanya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V sendiri bertitah ketika pembukaan sidang Dun Kelantan 1 Mac lalu, agar pendaratan gas dan petroleum perlu didaratkan di Kelantan dan royalti diselesaikan dengan segera.

“Tetapi reaksi dari menteri sepatahpun berhubung perkara itu langsung tidak ada, ianya betul-betul memalukan orang Melayu yang tidak hormat pada rajanya sendiri.

Tambah Tuan Guru, dosa menyekat royalti bukan seperti dosa dengan individu, sebaliknya melibatkan rakyat Kelantan lebih 1.4 juta orang.

“Kalau menteri berkenaan yakin ianya (menyekat royalti) suatu dosa, elok percepatkan pembayaran royalti pada Kelantan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, keberkatan Ramadan katanya perlu diisi sebaiknya dengan ibadah termasuk berzikir, bertasbih dan bersedekah kerana ibadat suatu perkara yang mudah tidak perlu mengambil waktu, tempat yang khusus.

“Berdoa ni tidak semestinya sewaktu sembahyang (solat) di luar sembahyangpun boleh dan tidak semestinya di masjid, sambil memandu kenderaanpun boleh atau berjalan kaki juga boleh,”ujarnya.

Sambungnya, amat rugi sekiranya umat Islam membiarkan Ramadan berlalu pergi tanpa meningkatkan amalan masing-masing.

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji


Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam.

Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos, demikian menurut kenyataan perdana menteri yang juga menteri kewangan, pada lewat petang Rabu.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Beliau menambah, bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Jelas Najib lagi, pemberian bonus dan bayaran khas kepada pesara kerajaan itu merupakan penghargaan kerajaan kepada kakitangannya dan juga pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Nik Aziz: Kalau Orang Boleh Terima Hukuman Gantung Kenapa Tidak Hudud

 
Nik Aziz: Kalau Orang Boleh Terima Hukuman Gantung Kenapa Tidak Hudud

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang sendiri iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata, semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata, tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata, jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab mengapa hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya lagi. - BERNAMA

Derita Rakyat Rohingya - Ummah yang dilupakan...

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Mungkin ramai daripada kita tidak tahu tentang perkembangan yang sedang berlaku di Myanmar khususnya penindasan dan kezaliman terhadap orang Rohingya yang ditindas, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pemerintah di sana.

Faktornya, media kerajaan menutup maklumat daripada terkeluar daripada Myanmar. Dalam masa yang sama, kita di Malaysia kurang prihatin dengan perkembangan ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan NGO di Malaysia.

Justeru pada hari Jumaat ini, Dewan Pemuda PAS akan menggerakkan jentera pemuda untuk mengadakan himpunan aman di seluruh negara bagi menyatakan sikap kita terhadap kezaliman ini.

Saya menggesa Pemuda PAS di seluruh negara akan dapat turut serta bagi menjayakan misi ini.

Sebagai maklumat awal, pembaca boleh meneliti satu tulisan daripada Dr Zainur Rashid yang telah sana ambil daripada blog beliau,  http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html

Wassalam

----------------------------------------------

Ummah yang dilupakan…..

rohingya 1 dihina Thailand1 Ummah yang dilupakan.....
Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....
 
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
anak anak rohingya Ummah yang dilupakan.....
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
pelarian rohingya di acheh Ummah yang dilupakan.....
Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Syria ancam guna senjata kimia

Syria ancam guna senjata kimia - Sinar Harian

24 Julai 2012
Syria ancam guna senjata kimia
Syria mengancam untuk menggunakan senjata kimia dan biologi jika terdedah dengan serangan kuasa asing.
DAMSYIK - Syria memberi amaran untuk melepaskan senjata kimia dan biologi mereka jika negara itu berhadapan dengan ancaman serangan dari luar.

Amaran itu dikeluarkan untuk pertama kali berikutan banyak pihak mula menggesa Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan sedangkan beliau tetap berkeras untuk mengekalkan kuasanya walaupun kumpulan pemberontak telah menguasai hampir keseluruhan Damsyik.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar, Jihad Makdissi berkata, kesemua senjata kimia itu disimpan secara selamat dan di bawah kawalan keselamatan tinggi.

"Tiada senjata kimia atau senjata biologi akan digunakan walaupun keadaan semakin buruk di Syria melainkan negara ini terdedah dengan ancaman kuasa luar," tegasnya.

Menurut Tentera Pembebasan Syria (FSA), rejim Bashar dipercayai mempunyai senjata kimia seperti agen saraf dan gas mustard serta pelbagai kelengkapan canggih lain untuk menghadapi serangan musuh.

Mereka turut mendakwa rejim Bashar telah memindahkan kesemua senjata kimia tersebut ke lapangan terbang di sempadan negara itu dan Israel.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, kerajaan telah mengambil langkah pemindahan secara besar-besaran tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini dan negara antarabangsa," menurut FSA menerusi satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut mengecam Syria dan menyifatkan tindakan Assad melepaskan senjata kimia akan menjadi satu kesilapan tragik.

Sidang Media Pakatan Rakyat Parlimen Kluang

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Pakatan Rakyat Kluang telah mengadakan sidang media pada 17 Julai 2012 tentang isu-isu berikut :-

1. Penyalahgunaan agensi kerajaan untuk memaksa penjawat awam di Kluang menghadiri program UMNO di Felda Ulu Belitong,

2. Isu pembaziran wang rakyat apabila projek lampu isyarat bulatan jalan Kluang-Air Hitam yang hanya dapat berfungsi tidak sampai sehari.

3. Janji untuk membina dewan orang ramai dan padang bola sepak di Kampung Abdul Rahman Yassin, Kluang sejak 30 tahun dulu masih belum dimulakan.

4. Isu keselamatan, PR bercadang untuk mengadakan doalig di antara Ketua Polis Kluang dengan penduduk

Wassalam






Wassalam

Pemuda PAS puji langkah tutup kedutaan di Syria

Pemuda PAS puji langkah tutup kedutaan di Syria
Harakahdaily, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Walaupun lambat, Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana akhirnya bertindak menutup kedutaan Malaysia di Syria.

Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan tindakan ini perlu diberikan pujian kerana akhirnya kerajaan Malaysia telah mengambil satu keputusan yang berani untuk membantah tindakan kejam kerajaan Syiria ke atas rakyatnya.

Demikian kata Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataannya hari ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini telah menghantar satu memorandum desakan ke Wisma Putra pada 12 Julai yang lalu.

Memorandum yang dihantar ke Kementerian Luar Negeri di Wisma Putera bertujuan meminta supaya Wisma Putra mengambil langkah sewajarnya bagi menekan rejim Bashar Al Assad supaya beliau menghentikan serta merta pembunuhan dan kezaliman terhadap rakyatnya.

Bashar juga didesak agar tunduk kepada tuntutan dan kehendak rakyat yang mahukan keadilan di negara tersebut.

Selain dari memanggil semula Duta Besar Malaysia di Syiria, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga meminta agar Kerajaan Malaysia juga turut menutup Kedutaan Syiria di Mesir sebagai tanda protes ke atas kekejaman yang dilakukan oleh pemerintahnya.

Bagi Pemuda PAS, kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syiria oleh pemimpinnya Bashar al-Assad bukan suatu hal yang boleh disorokkan lagi.

Majoriti rakyat di serata dunia telah mengutuk kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria ini.

Keadaan yang semakin membarah ini memaksa kerajaan untuk mengambil keputusan menutup Kedutaan Malaysia di Syria.

Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya 11 Ogos

Harakahdaily, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya pada 11 Ogos ini bermula jam 2 petang hingga 8 malam di Kediaman Rasmi MB Selangor, Shah Alam sebagai medan pemantapan peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan.
Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, DPPM berbesar hati menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta,  alumni-alumni kampus dalam dan luar negara, bersama-sama seluruh kepimpinan Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan serta ahli parlimen dan Adun Pemuda PAS untuk hadir dalam program yang penuh bermakna itu sebagai kesinambungan daripada siri-siri Xpresi Anak Muda bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.

Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar), program itu akan memberi penumpuan terhadap aspek peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di samping wadah untuk alumni dan profesional muda berdialog dan memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto yang bakal ditawarkan.

“Program ini turut memberi ruang kepada golongan profesional muda membina jaringan dan maklumat mengikut bidang kepakaran yang diperlukan dalam agenda mengisi kemenangan kelak, selain platform untuk alumni dan profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi,” ujarnya.

Antara agenda menarik pada program itu adalah sesi “Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto PAS” yang akan menampilkan beberapa profesional muda dari bidang syariah, ekonomi, undang-undang, kesihatan, sains dan teknologi, pendidikan, budaya dan kesenian dalam dan luar negara, melontarkan harapan dan cadangan akhir terhadap tawaran Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya yang berkaitan kepentingan dan kebajikan anak muda.

Seterusnya, kata beliau peserta turut berpeluang berdialog secara langsung bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam slot “Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang”.

“Majlis penutup Xpresi akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Profesional Muda, serahan infaq dan ikrar pilihanraya oleh alumni dan professional muda, seterusnya majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pusat dan Pemuda PAS,” tambahnya.

Program itu, jelasnya terbuka kepada peserta muslimin dan muslimat dan boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara.

Katanya, pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian berikut, http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.

“Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak,” ujar Khairul Faizi.

Jumaat, 20 Julai 2012

Jom Sertai PAS Dalam Bulan Ramadhan!


Firman Allah S.W.T: 

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ 
Surah Al-Baqarah : 183

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Alhamdulillah, esok umat Islam di seluruh dunia akan bermula berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Kehadiran Ramadhan sudah pasti ditunggu-tunggu oleh kaum muslim kerana bulan ini bulan yang penuh keberkahan, bulan Al-Qur’an, bulan ampunan, bulan kasih sayang, bulan doa, bulan taubat, bulan kesabaran, dan bulan pembebasan dari api neraka. 

Kerana itu, pelbagai amalam sunat digalakkan untuk dilakukan sepanjang Ramadhan ini, dia antaranya mengkhatamkan Al-Quran kerana bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaliagus. Allah berfirman:

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)
Surah Al-Baqarah: 185

Ibnu Abbas RA berkata; “Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan di antara manusia. Kedermawanannya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran di hadapan Jibril. Pada saat itu kedermawanan Nabi melebihi angin yang berhembus.”

Begitu juga dengan Solat Tarawih yang dilakukan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah Saw. bersabda: “Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan karana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

Umat Islam juga digalakkan bersedekah kerana Rasulullah Saw. bersabda: “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR. Tirmizi). 

Ibnu Abbas RA berkata; “Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawanannya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawanan Nabi melebihi angin yang berhembus.“

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan ini juga saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada umat Islam untuk memulakan penghijrahan dengan menyertai gerakan Islam Parti Islam SeMalaysia (PAS) khususnya di Parlimen Kluang sepanjang sebulan ini. 


Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Abby Abadi yang telah secara rasminya menyerahkan borang menyertai PAS malam tadi di Kelantan sebagai Ahli PAS seumur hidup, Alhamdulillah....mudah-mudahan Abby akan terus istiqamah dalam perjuangan ini.

Ramadhan Memperkukuhkan Iman

Wassalam




Khamis, 19 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan : Pakatan Rakyat Kluang


Kain Rentang khas daripada Pakatan Rakyat Kluang sempena Ramadhan Al-Mubarak 1433.


Kempen Menutup Aurat Bersempena Ramadhan Al-Mubarak





Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, saya mengambil kesempatan sepanjang sebulan ini untuk melancarkan kempen Menutup Aurat.

Insya Allah, blog ini akan dipenuhi dengan poster, mesej dan risalah yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Saya memilih kawasan Kluang sebagai lokasi bagi saya dan teman-teman untuk menjayakan kempen ini nanti bermula pada 1 Ramadhan 1433 yang akan datang.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Rabu, 18 Julai 2012

Syria : Pemberontak isytihar perang

Pemberontak isytihar perang

2012/07/18
Pertempuran sengit meletus dengan tentera kerajaan di Syria

Damsyik: Ibu negara Syria semakin bergegar dengan konflik selepas pemberontak mengumumkan akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera kerajaan.

Serang pemberontak

Askar prokerajaan pula menggunakan helikopter penyerang menyerang pemberontak di kawasan tertentu di Damsyik dan pertempuran dilaporkan sengit.

Tentera Syria Merdeka (FSA) berkata, operasi itu digelar ‘gunung berapi Damsyik dan gempa bumi Syria’.

Saksi melaporkan tembakan mesingan di Medan Sabaa Bahrat, terletak di tengah Damsyik.

“Tembakan mesingan kedengaran di Medan Sabaa Bahrat. Anggota keselamatan bersenjata Kalashnikov dilihat di kawasan yang juga lokasi Bank Pusat,” kata mereka.

Kejadian tembak menembak juga dilaporkan meletus di Baghdad Street, jalan raya utama dekat medan berkenaan.

Sekat laluan

FSA juga cuba menyekat laluan keluar masuk dari Aleppo di utara, ke Daraa di selatan dan dari Deir Ezzor di timur ke Latakia di persisiran pantai.

Beberapa jam selepas pengumuman berkenaan, aktivis dan pemerhati melaporkan, helikopter tentera membedil daerah Qaboon di Damsyik.

Pemberontak serta tentera turut bertempur di kawasan penempatan Al-Midan dan Al-Hajar al-Aswad.

“Tentera kerajaan menggunakan helikopter dilengkapi mesingan untuk menyerang Qaboon,” kata Pemantau bagi Hak Asasi Syria beribu pejabat di Britain,
Aktivis di Damsyik memberitahu, serangan helikopter dilancarkan selepas FSA di Qaboon menangkis cubaan tentera menawan semula kawasan itu.

Tentera turut menyerang kawasan kejiranan dengan mortar dan melepaskan tembakan ke semua arah di daerah itu daripada helikopter yang terbang rendah, kata aktivis yang memperkenalkan dirinya sebagai Omar.

Di Manila, laporan menyatakan, pekerja Filipina yang cuba lari dari medan konflik didenda AS$10,000 (RM35,0000) oleh majikan mereka sebelum dibenarkan meninggalkan negara itu.

Perkara terbabit didedahkan Kementerian Luar Filipina, semalam.

Majikan Syria menuntut pekerja itu memulangkan wang untuk membawa mereka bekerja di sana, kata jurucakap Kementerian Luar, Raul Hernandez. - AFP

AWANG ADEK PERLU TAMPIL BERIKAN PENJELASAN

AWANG ADEK PERLU TAMPIL BERIKAN PENJELASAN

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar YB Senator Datuk Dr Awang Adek dapat memberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan dengan sejumlah wang yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang dibacakan oleh saudara Khairul Faizi di dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa sebanyak RM 80 ribu telah didepositkan ke dalam akaun beliau.

"Pada waktu itu beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Kemasukkan RM 80 ribu adalah satu perkara yang meragukan bahkan cek tersebut juga adalah dari sebuah syarikat yang berkepentingan", ujar beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar Datuk Awang Adek ini memberi penjelasan mengenai untuk apa duit tersebut dan adakah terdapat elemen rasuah semasa transaksi RM 80 ribu berlaku. Dewan Pemuda PAS Malaysia memperingatkan sekiranya beliau mahu dinobatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Kelantan maka beliau perlu bersih daripada skandal-skandal seperti rasuah yang menjatuhkan integriti dan kredibiliti beliau sebagai pimpinan nanti.

"Kalau tidak bertentangan dengan undang-undang atau etika maka beliau perlu tampil dan berikan penjelasan. Kami ada bukti dan buat masa sekarang kami tidak mahu dedahkan lagi nama syarikat tersebut. Kami tunggu respon daripada beliau", tambahnya lagi.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut mengulas isu yang menimpa Tan Sri Abu Bakar yang "ditamatkan" khidmat beliau sebelum tempohnya.

"Kami juga dapat maklumat ada 2 orang guru turut menjadi mangsa kerana tidak memuaskan hati UMNO dan akhirnya mereka dipindahkan ke sekolah lain", ulas beliau.

Pemuda PAS menyifatkan kakitangan kerajaan atau penjawat-penjawat awam tidak bebas dalam pengamalan demokrasi di Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat-sangat kecewa dengan kekangan ke atas penjawat-penjawat awam ini.

Turut bersama adalah Ustaz Riduan Mohd Nor Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Saudara Kamaruzaman Mohamad Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Lampiran :

PEMUDA PAS DESAK TUTUP KEDUTAAN SYIRIA

PEMUDA PAS DESAK TUTUP KEDUTAAN SYIRIA

PUTRAJAYA : Satu memorandum bantahan kepada kezaliman rejim Basyar al-Assad telah dihantar oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia ke Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya. Memorandum tersebut adalah bertujuan mengutuk perlakuan zalim kerajaan Syiria ke atas rakyatnya.

Menurut Saudara Khairul Faizi selaku Setiausaha Pemuda PAS Malaysia berkata, "memorandum ini adalah untuk mendesak kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan tegas terhadap kezaliman rejim pemerintahan Basyar al-Assad dan kerajaan Syiria.

Kami melihat kezaliman yang dilakukan oleh Basyar al-Assad telah melampaui batas kemanusiaan kerana membunuh ribuan rakyat negaranya tanpa belas kasihan".

Difahamkan sebelum ini juga Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil dari negara ASEAN dan mencapai beberapa resolusi antaranya adalah mengutuk dan menyatakan bantahan secara tegas dan keras ke atas kezaliman yang berlaku di Syiria oleh rejim Basyar al-Assad.

"Kami minta agar kerajaan Malaysia tutup Kedutaan Syiria di Malaysia dan menghantar pulang duta besar Syiria di Malaysia. Kami juga mahu kerajaan Malaysia mendesak Pertubuhan Negara-negara Islam [OIC] agar segera bersidang dan membincangkan isu ini secara serius sekaligus menghentikan kezaliman ini dari terus berlaku. Manakala kerajaan Malaysia perlu menyuarakan pandangan rasmi yang menolak sebarang campur tangan dari pihak luar terutamanya Amerika dan sekutunya", ulas beliau lagi.

Beliau turut ditemani oleh Ustaz Syed Abdul Kadir selaku Penolong Setiausaha 2, Saudara Yusapiza Yaacob selaku Penolong Setiausaha 3 dan Saudara Suhaimi selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semasa menyerahkan memorandum tersebut.

Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Kementerian Luar Negeri iaitu En. Abdul Samad Othman undersecretary of Africa Division dan juga Dato' Norhaidi Che Dan selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri Malaysia.

Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional

Rabu Julai 18, 2012 
Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional


PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani menyifatkan tindakan penyanyi antarabangsa Sami Yusuf membatalkan Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor adalah tindakan yang tidak profesional.

Menurut wakil daripada kumpulan itu, Azadan Abd Aziz, dia bersama Rabbani Productions Sdn Bhd yang turut bekerjasama dengan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP) begitu kecewa dengan cara penyanyi tersebut melaksanakan peranannya.

"Kami yang mengendalikan bahagian pengurusan karnival berasa sangat simpati terhadap golongan peniaga yang sudah pun membuat persiapan berniaga bersempena dengan konsert tersebut.

"Lebih kasihan lagi apabila pihak penganjur menanggung kerugian yang besar. Pada pendapat saya Sami tidak profesional dengan pembatalan konsert itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana di sini, Selasa.

Rabbani akan membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada 12 Julai lalu, pihak penganjur telah memaklumkan pada saat-saat akhir mengenai konsert berkenaan dan meminta orang ramai menebus semula tiket yang sudah dibeli.

Sami menerusi laman Twitter miliknya pula memberitahu pembatalan konsert yang turut menampilkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani itu disebabkan oleh masalah permit.

Tambah Azadan, kejadian tersebut telah menjejaskan reputasi mereka sebagai artis dan syarikat di mana ia mampu menjejaskan hubungan sesama rakan perniagaan lain.

"Biasanya orang akan menilai sesebuah syarikat berkenaan berdasarkan rekod reputasi yang sedia ada dan pembatalan konsert ini sedikit menjejaskan kredibiliti pihak kami.

"Kami agak segan dengan pihak luar, tetapi nak buat macam mana? Ia satu pengajaran yang besar buat kami dan pihak yang terlibat bagi konsert ini," tuturnya dengan nada kesal.

Bagaimanapun, walaupun Rabbani kurang gemar dengan cara kerja Sami yang tidak profesional, ia tidak bermakna mereka ingin bermusuh dengan penyanyi itu.

Beritahu Azadan, pihaknya cuma lebih berhati-hati apabila melibatkan kerjasama dengan Sami pada masa akan datang dan masih lagi berkawan sebagai rakan artis.

Sementara itu, mengenai persembahan Rabbani di Hotel Singgahsana, ia merupakan kerjasama yang ke-21 bagi menghiburkan para pengunjung yang datang untuk berbuka puasa.

"Kali ini, Rabbani akan memberi sedikit kelainan daripada segi persembahan di mana kami akan membuat konsep akustik melibatkan peralatan muzik seperti 'cajun' dan gitar, selain peralatan muzik lain yang sering digunakan,” katanya.

Selain menampilkan konsep muzik akustik, Rabbani turut menampilkan rakan-rakan artis mereka seperti kumpulan Hijjaz, Raihan, In-Team dan Saujana untuk membuat persembahan pada hari-hari yang tertentu.

Khamis, 12 Julai 2012

AWANG ADEK PERLU TAMPIL BERIKAN PENJELASAN

AWANG ADEK PERLU TAMPIL BERIKAN PENJELASAN

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar YB Senator Datuk Dr Awang Adek dapat memberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan dengan sejumlah wang yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang dibacakan oleh saudara Khairul Faizi di dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa sebanyak RM 80 ribu telah didepositkan ke dalam akaun beliau.

"Pada waktu itu beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Kemasukkan RM 80 ribu adalah satu perkara yang meragukan bahkan cek tersebut juga adalah dari sebuah syarikat yang berkepentingan", ujar beliau.

Info lanjut, klik http://pemuda.pas.org.my/index.php/component/content/article/868

Pemuda PAS tuntut Awang Adik jelas cek RM80,000

Pemuda PAS tuntut Awang Adik jelas cek RM80,000

Salmiyah Harun, 12 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.

Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.

Pemuda PAS juga meminta Awang Adik menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT).


Berita lanjut menyusul.

Selasa, 10 Julai 2012

Lagu "Ramadhan Perkukuhkan Iman"



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Selepas membuat persembahan di kawasan Pandan, saya terfikir untuk mencipta lagu khusus untuk Ramadhan. 

Dalam perjalanan pulang ke Johor bersama isteri dan anak-anak, saya akhirnya berjaya menyediakan sebuah lagu  tanpa lirik.

Pada sebelah malamnya, saya cuba untuk menyediakan lirik lagu tersebut secara kasar terlebih dahulu sebelum diperhalusi pada keesokkan harinya.

Alhamdulillah, petang semalam lagu tersebut siap dan versi percubaan saya muat naik ke Youtube untuk mendapatkan komentar daripada umum sebelum versi penuh disiapkan.

Lirik dan Chord lagu :- 

 
Ramadan Perkukuhkan Iman

Am                           C
Ramadan menjengah kita kembali,
Am                           C
Membawa bersama seribu erti,
Dm                          Am
Rahmat keampunan cahaya abadi,
E                     Am
Ku damba cinta pada Ilahi.

Am                  C
Mengagungkan kebesaran Mu
Am                C
Kalimah Suci Hiasan diri,
Dm                Am
Pasti menguji kesabaranmu,
E                                        Am
Tempohi waktu dengan penuh ketakwaan.

C                   Am
Lailatul Qadar malam seribu bulan,
C                       G
Tersimpan rahsia seluas lautan,
Dm                       Am
Ku singkap tirai mu terimalah daku,
E                     Am
Ku tagih Redha darimu, Tuhanku.

C                 Am
Bergeraklah langkah seiringan
C                       G
Bersama menuju gerbang kejayaan
Dm                        Am
Ku titip doa, hasrat dan harapan,
E                      Am
Moga Ramadhan perkukuhkan Iman 

Am                         C
Walaupun Ramadan, teruskan perjuangan,
Am                     C
Lapar dan dahaga bukan alasan,
Dm                 Am
Tegak keadilan runtuhkan kezaliman,
E                          Am
Tetap dikira amalan di sisi Tuhan

D                 A
Bergeraklah langkah seiringan
D                          E                     G  
Menuju ke gerbang kemenangan....wahai teman….

Lagu : Khairul Faizi @ Abang Ngah
Lirik : Khairul Faizi @ Abang Ngah

Wassalam