TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 18 Julai 2012

AWANG ADEK PERLU TAMPIL BERIKAN PENJELASAN

AWANG ADEK PERLU TAMPIL BERIKAN PENJELASAN

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar YB Senator Datuk Dr Awang Adek dapat memberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan dengan sejumlah wang yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang dibacakan oleh saudara Khairul Faizi di dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa sebanyak RM 80 ribu telah didepositkan ke dalam akaun beliau.

"Pada waktu itu beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Kemasukkan RM 80 ribu adalah satu perkara yang meragukan bahkan cek tersebut juga adalah dari sebuah syarikat yang berkepentingan", ujar beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar Datuk Awang Adek ini memberi penjelasan mengenai untuk apa duit tersebut dan adakah terdapat elemen rasuah semasa transaksi RM 80 ribu berlaku. Dewan Pemuda PAS Malaysia memperingatkan sekiranya beliau mahu dinobatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Kelantan maka beliau perlu bersih daripada skandal-skandal seperti rasuah yang menjatuhkan integriti dan kredibiliti beliau sebagai pimpinan nanti.

"Kalau tidak bertentangan dengan undang-undang atau etika maka beliau perlu tampil dan berikan penjelasan. Kami ada bukti dan buat masa sekarang kami tidak mahu dedahkan lagi nama syarikat tersebut. Kami tunggu respon daripada beliau", tambahnya lagi.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut mengulas isu yang menimpa Tan Sri Abu Bakar yang "ditamatkan" khidmat beliau sebelum tempohnya.

"Kami juga dapat maklumat ada 2 orang guru turut menjadi mangsa kerana tidak memuaskan hati UMNO dan akhirnya mereka dipindahkan ke sekolah lain", ulas beliau.

Pemuda PAS menyifatkan kakitangan kerajaan atau penjawat-penjawat awam tidak bebas dalam pengamalan demokrasi di Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat-sangat kecewa dengan kekangan ke atas penjawat-penjawat awam ini.

Turut bersama adalah Ustaz Riduan Mohd Nor Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Saudara Kamaruzaman Mohamad Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Lampiran :

0 ulasan:

Catat Ulasan