TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 25 Julai 2012

Derita Rakyat Rohingya - Ummah yang dilupakan...

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Mungkin ramai daripada kita tidak tahu tentang perkembangan yang sedang berlaku di Myanmar khususnya penindasan dan kezaliman terhadap orang Rohingya yang ditindas, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pemerintah di sana.

Faktornya, media kerajaan menutup maklumat daripada terkeluar daripada Myanmar. Dalam masa yang sama, kita di Malaysia kurang prihatin dengan perkembangan ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan NGO di Malaysia.

Justeru pada hari Jumaat ini, Dewan Pemuda PAS akan menggerakkan jentera pemuda untuk mengadakan himpunan aman di seluruh negara bagi menyatakan sikap kita terhadap kezaliman ini.

Saya menggesa Pemuda PAS di seluruh negara akan dapat turut serta bagi menjayakan misi ini.

Sebagai maklumat awal, pembaca boleh meneliti satu tulisan daripada Dr Zainur Rashid yang telah sana ambil daripada blog beliau,  http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html

Wassalam

----------------------------------------------

Ummah yang dilupakan…..

rohingya 1 dihina Thailand1 Ummah yang dilupakan.....
Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....
 
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
anak anak rohingya Ummah yang dilupakan.....
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
pelarian rohingya di acheh Ummah yang dilupakan.....
Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum.. ana kira Msia telah bertindak zalim dengan membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yg berlaku ole saudara-saudara seaqidah kita di Rohingya..mohon share ustaz, semoga semakin ramai yang buka kisah dan cerita ini, semakin ramai yang sentiviti terhadap perkara ini..:)

    BalasPadam
  2. Wa'alikum salam, silakan fatinqistina90, insya Allah DPPM akan sediakan risalah untuk sebaran umum selewat2nya esok

    BalasPadam