TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 2 Julai 2012

HUDUD DI JOHOR : PEMUDA PAS MENGGESA UMNO JOHOR MEMBINCANGKAN SEGERA PERLAKSANAANNYA

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
HUDUD DI JOHOR : PEMUDA PAS MENGGESA UMNO JOHOR MEMBINCANGKAN SEGERA PELRLAKSANAANNYA
12 Sya'baan 1433 bersamaan 02 Julai 2012

Satu cadangan untuk melaksanakan hudud telah dikeluarkan oleh YB Datuk Ayub Rahmat yang merupakan ADUN Kemelah di dalam mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong cadangan yang dikemukakan oleh YB Datuk Ayub Rahmat untuk melaksanakan hudud di Johor.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat keberanian YB Datuk Ayub Rahmat untuk mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor seharusnya dipuji. Ini kerana beliau amat sedar bahawa cadangan beliau ini pasti akan mendapat tentangan daripada sekutunya MCA ataupun pimpinan-pimpinan utama dari UMNO sendiri.

Cadangan daripada ADUN Kemelah ini seharusnya diteleti rasionalnya. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, usaha PAS di dalam perjuangannya untuk melaksanakan hudud telah dilihat oleh UMNO. Mereka akhirnya membuka mata dan melihat kebenaran dan keadilan yang terkandung di dalam hudud itu sendiri.

Tahniah dan syabas Dewan Pemuda PAS Malaysia ucapakan kepada YB Datuk Ayub Rahmat. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar YB Datuk Ayub dan juga pihak UMNO Johor agar dapat membincangkan perlaksanaan hudud di Johor secara serius bukannya hanya cakap-cakap di dalam persidangan Dewan Negeri sahaja.

Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan