TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 5 Julai 2012

Hudud: Umno tak serius, dakwa Pas

Hudud: Umno tak serius, dakwa Pas
NORSHIKIN MOHD SALLEH
5 Julai 2012
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
 
SENAI – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hudud disokong seratus peratus oleh Pas Johor.
 
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, beliau berharap Ayub ikhlas dan serius untuk melaksanakan hudud di negeri ini, bukannya sekadar meraih publisiti murahan dengan menyatakan cadangannya itu untuk meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat.
 
“Kami sokong cadangan beliau tentang hudud. Tetapi saya ingin mempersoalkan di manakah respons atau sokongan pimpinan Umno pusat mahupun negeri sehingga Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri enggan mengulas.

Ini jelas menampakkan bahawa Umno tidak pernah serius memperjuangkan Islam, apatah lagi hukum hudud.
 
“Masyarakat hari ini sudah pasti dapat melihat siapa sebenarnya yang selalu menjadikan hudud sebagai permainan politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Mahfodz berkata, beliau turut menggesa pimpinan Umno memberi tindak balas terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa Ayub hilang akal apabila memberi cadangan melaksanakan hudud di Johor.

0 ulasan:

Catat Ulasan