TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 18 Julai 2012

PEMUDA PAS DESAK TUTUP KEDUTAAN SYIRIA

PEMUDA PAS DESAK TUTUP KEDUTAAN SYIRIA

PUTRAJAYA : Satu memorandum bantahan kepada kezaliman rejim Basyar al-Assad telah dihantar oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia ke Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya. Memorandum tersebut adalah bertujuan mengutuk perlakuan zalim kerajaan Syiria ke atas rakyatnya.

Menurut Saudara Khairul Faizi selaku Setiausaha Pemuda PAS Malaysia berkata, "memorandum ini adalah untuk mendesak kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan tegas terhadap kezaliman rejim pemerintahan Basyar al-Assad dan kerajaan Syiria.

Kami melihat kezaliman yang dilakukan oleh Basyar al-Assad telah melampaui batas kemanusiaan kerana membunuh ribuan rakyat negaranya tanpa belas kasihan".

Difahamkan sebelum ini juga Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil dari negara ASEAN dan mencapai beberapa resolusi antaranya adalah mengutuk dan menyatakan bantahan secara tegas dan keras ke atas kezaliman yang berlaku di Syiria oleh rejim Basyar al-Assad.

"Kami minta agar kerajaan Malaysia tutup Kedutaan Syiria di Malaysia dan menghantar pulang duta besar Syiria di Malaysia. Kami juga mahu kerajaan Malaysia mendesak Pertubuhan Negara-negara Islam [OIC] agar segera bersidang dan membincangkan isu ini secara serius sekaligus menghentikan kezaliman ini dari terus berlaku. Manakala kerajaan Malaysia perlu menyuarakan pandangan rasmi yang menolak sebarang campur tangan dari pihak luar terutamanya Amerika dan sekutunya", ulas beliau lagi.

Beliau turut ditemani oleh Ustaz Syed Abdul Kadir selaku Penolong Setiausaha 2, Saudara Yusapiza Yaacob selaku Penolong Setiausaha 3 dan Saudara Suhaimi selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semasa menyerahkan memorandum tersebut.

Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Kementerian Luar Negeri iaitu En. Abdul Samad Othman undersecretary of Africa Division dan juga Dato' Norhaidi Che Dan selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan