TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 25 Julai 2012

Syria ancam guna senjata kimia

Syria ancam guna senjata kimia - Sinar Harian

24 Julai 2012
Syria ancam guna senjata kimia
Syria mengancam untuk menggunakan senjata kimia dan biologi jika terdedah dengan serangan kuasa asing.
DAMSYIK - Syria memberi amaran untuk melepaskan senjata kimia dan biologi mereka jika negara itu berhadapan dengan ancaman serangan dari luar.

Amaran itu dikeluarkan untuk pertama kali berikutan banyak pihak mula menggesa Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan sedangkan beliau tetap berkeras untuk mengekalkan kuasanya walaupun kumpulan pemberontak telah menguasai hampir keseluruhan Damsyik.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar, Jihad Makdissi berkata, kesemua senjata kimia itu disimpan secara selamat dan di bawah kawalan keselamatan tinggi.

"Tiada senjata kimia atau senjata biologi akan digunakan walaupun keadaan semakin buruk di Syria melainkan negara ini terdedah dengan ancaman kuasa luar," tegasnya.

Menurut Tentera Pembebasan Syria (FSA), rejim Bashar dipercayai mempunyai senjata kimia seperti agen saraf dan gas mustard serta pelbagai kelengkapan canggih lain untuk menghadapi serangan musuh.

Mereka turut mendakwa rejim Bashar telah memindahkan kesemua senjata kimia tersebut ke lapangan terbang di sempadan negara itu dan Israel.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, kerajaan telah mengambil langkah pemindahan secara besar-besaran tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini dan negara antarabangsa," menurut FSA menerusi satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut mengecam Syria dan menyifatkan tindakan Assad melepaskan senjata kimia akan menjadi satu kesilapan tragik.

0 ulasan:

Catat Ulasan