TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 16 Oktober 2012

Laporan Audit 2011 - Sekolah Agama Johor Dianaktirikan?

Assalamu'alaikum dan salah perjuangan,

Laporan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu Laporan Audit Negara 2011 akhirnya dikeluarkan juga dan dibentangkan di Parlimen pada hari semalam (Isnin). Ramai yang sebenarnya telah 'gatal tangan' dan menggaru-garukan kepada yang tidak gatal kerana menunggu laporan audit yang masih belum dibentangkan, ibarat 'menunggu buah yang tidak gugur'.

Beberapa kejutan telah dilaporkan di dalam media maya, di antaranya berita berkaitan seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta.

Terdapat juga berita tentang dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010.

 Projek membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin juga mendapat perhatian. Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion

Namun begitu, saya tersentuh dengan laporan audit negara yang melibatkan pengurusan sekolah agama kerajaan Johor.

Pelbagai cerita yang kurang enak telah didengari di Johor bahawa SAKJ ini tidak mendapat perhatian daripada pemerintah dan ia seperti dianaktirikan oleh kerajaan sekarang.

Di dalam laporan audit ini telah ditemui empat perkara iaitu :

1. Penempatan SA di penempatan sementara adalah kurang selesa
2. Peralatan pengajaran dan pembelajaran adalah tidak lengkap.
3. Kekurangan guru dan kakitangan sokongan 
4. Pengurusan aset dan inventori yang perlu diperbaiki.

Sangat menyedihkan apabila satu aset kerajaan negeri yang dibanggakan oleh umat Islam di Johor kini sudah dipandang sepi oleh pemerintah. Tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan sekolah agama Johor ini. 

Saya masih ingat lagi semasa saya bersekolah di Sekolah Agama Gunung Lambak, boleh dikatakan hadir ke sekolah agama sebagai satu perkara yang wajib bagi setiap pelajar yang paginya belajar di sekolah rendah kebangsaan.

Pada ketika itu, peralatan sekolah termasuk bangku dan meja banyak yang uzur. Ketika saya hadir ke SA ini apabila menghantar anak saya, apa yang saya alami dulu tidak jauh beza dengan apa yang anak saya alami pada ketika ini.

Lihatlah dalam lampiran yang saya sediakan di dalam posting ini, kerusi meja yang patah tidak diganti kerana tiada peruntukan daripada kerajaan negeri. 

Perlu diingat bahawa SA bukanlah SAR iaitu Sekolah Agama Rakyat. SA adalah sekolah yang menjadi milik 100% kerajaan negeri Johor. Sebab itu, tidak timbul persoalan kenapa kerajaan negeri tidak memberikan kepada pembangunan sekolah.

SA juga tidak mempunyai kerani, saudara-saudari bayangkanlah betapa teruknya pentadbiran dan pengurusan SA. Semuanya terletak kepada kesukarelaan guru. 

Saya sedang menunggu ulasan daripada Menteri Besar Johor yang pernah satu ketika dahulu berhajat untuk 'menjual' SA kepada kerajaan pusat kerana tidak mahu menanggung pembelanjaan SA ini yang tidak menguntungkan.

mari kita selamatkan SA yang bakal menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 100 pada tahun 2018. Jika Umno/BN sudah tidak mampu lagi untuk mengusahakannya maka serahlah kepada PAS/PR yang bersedia untuk melaksanakan tanggung jawab ini.

Wassalam


f





























0 ulasan:

Catat Ulasan