Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Jumaat, 11 Januari 2013

Amanat Hadi: Permainan Umno, ahli Pas usah melatah - Sinar Harian

ABDUL HADI AWANG
11 Januari 2013
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SAYA tidak menduga petikan ucapan saya di awal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam Pas yang telah melompat masuk Umno selepasnya, telah dijadikan satu polemik.

Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan Pas, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh Umno, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka Felda dan penyelewengan yang berlaku kepada Felda, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan Umno-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah ke hadapan untuk menyahut cabaran manakala mereka pula berundur 10 langkah ke belakang.
 
Isu “takfir” (kafir-mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam Umno, di seluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik, ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri di atas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. 

Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat di zaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya di satu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir-mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku di seluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.

Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama Pas dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal 60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti: “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga ke peringkat antarabangsa dan angkasa lepas.

Pas dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab, Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). 

Pas berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut Umno tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila Pas ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir-mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan Pas di bawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan Umno yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab: "Ya! Sebenarnya itu ucapan saya."

Maka hamba ALLAH yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

Pas berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam Umno secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan Umno boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. Umno tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden Umno di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam Umno supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak Umno yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak Pas, pihak Umno melantik pengerusi dan penentuan masa.

Pas menerima dengan terbuka. Akhirnya Pas dipujuk membatalkan debat dengan Umno, padahal Umno lah yang membuka pintunya. Akhirnya Umno terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.
Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.
 
Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu.

Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam.
 
Maka saya nasihatkan kepada ahli Pas tidak melatah dengan permainan kalangan Umno yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.
Firman ALLAH yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (ALLAH) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

Stadium Merdeka management snubs Pakatan - Malaysiakini

With the Himpunan Kebangkitan Rakyat (People’s Uprising Rally) drawing closer, its organiser Pakatan Rakyat has yet to secure Stadium Merdeka as the venue – today, it was snubbed by the management of the premises. 

PAS Youth secretary Khairul Faizi Ahmad Kamil (left), who led a delegation to the management’s office in Kuala Lumpur, said Pakatan has been trying to secure the use of the historic venue since two weeks ago, but to no avail. 

He said the secretariat had sent a letter to the Merdeka Heritage Trust on Dec 26 last year, requesting the use of the stadium. 

This was in addition to phone calls to the office. As there was no response, the Pakatan delegation turned up this afternoon at the doorstep of the management’s headquarters in Menara PNB, Kuala Lumpur. 

 However, security personnel barred the representatives from meeting the management, explaining that they were “in a meeting”. 

Frustrated by more than an hour of waiting, PKR Youth secretary Julailey Jemadi (right) told reporters that he is disappointed with the management. 

“It is sad that their treatment of us does not reflect Malaysian culture,” he said. 

He claimed that Pakatan had communicated with the management to arrange a meeting today, but the management did not turn up. 

However, secretary of the Pakatan secretariat Adib Ishar told Malaysiakini that Pakatan only called the management today, but fell into no response. 

Asked on the next move, Julailey said that Pakatan’s top leadership will decide on a meeting at PKR headquarters tomorrow. 

Nevertheless, he hoped that the rally could be held at the stadium as planned, while Khairul Faizi further added, “our first, second and third choice remained Stadium Merdeka!”