TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 9 Mac 2013

Bapa Saiful Jumpa Anwar Sebelum Mohon Maaf : Cerita Palsu

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Berdasarkan kepada para blogger UMNO yang menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan bahawa DS Anwar Ibrahim bertemu dengan bapa Saiful maka dalam Utusan Online disiarkan gambar kononnya pertemuan itu berlaku beberapa bulan yang lalu sebelum Azlan bertindak memohon maaf kepada Anwar.


Saya tidak pasti sama ada ia akan disiarkan atau tidak di dalam UM versi cetak namun apa yang pasti gambar ini telah diambil daripada sebuah rakaman video pada tahun 2008, bukannya beberapa bulan yang lalu seperti dakwaan UM. Info ini dapat dibaca lebih lanjut di sini


Walaupun sudah agak lama saya tidak membeli UM cetak dan sangat-sangat jarang membacanya kecuali tidak ada apa-apa lagi untuk dibaca namun saya menaruh rasa simpati kepada para pekerja sama ada yang bekerja sebagai wartawan ataupun di bahagian pentadbiran yang terus bersekongkong dengan UM walaupun mereka ini tahun bahawa majikan mereka ini penabur fitnah yang luar biasa di Malaysia.

Dalam isu seperti ini,cepat sungguh UM bertindak, bagi memastikan bahawa Anwar tetap bersalah. Tiada ruang untuk melaporkan berita yang membuka minda pembaca malah mengongkong pembaca dengan ketaksuban kepada UMNO.

Semoga UM terus-menerus akan dikenakan tindakan (saman).

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan