TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 9 Mac 2013

Kerajaan Kesultanan Sulu : Menyingkap Sejarah

 Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Tragedi yang menimpa Sabah ketika ini memberikan satu ruang kepada kita semua untuk mengambil tahu tentang sejarah sebenar Kerajaan Kesultanan Sulu yang ketika ini kononnya di pihak waris mereka sedang menuntut agar Sabah dikembalikan kepada mereka semula.

Saya cuba melontarkan soalan yang sama kepada teman-teman saya sama ada mereka benar-benar tahu tentang Sulu. Seperti yang saya jangka, ramai di kalangan mereka sebenarnya kabur dan samar terhadap maklumat ini. Mungkin disebabkan tidak ramai yang meminati untuk melihat kepada sejarah namun ia adalah sesuatu yang penting bagi kita untuk membuat penilaian terhadap apa yang berlaku.

Saya cuba mencari beberapa link yang saya kira informasinya dapat dipercayai dan membuat beberapa perbandingan yang terbaik. Link tersebut adalah seperti berikut :-






 
Kerajaan Kesultanan Sulu sebenarnya sudah agak lama tempoh masanya, ia bermula daripada abad ke 14 lagi. Ia adalah sebuah kerajaan Islam dan dikhabarkan pernah satu masa dahulu mengusai Laut Sulu di Selatan Filifina. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.

Sejarah yang panjang ini sudah tentu dilalui dengan pelbagai episod suka duka selain sehinggalah ia melalui peristiwa berdarah seperti mana yang kita saksikan pada hari ini.

Royal House of Sulu adalah laman web rasmi bagi mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah golongan Kesultanan Sulu yang sebenar. Saya galakkan semua untuk membacanya.

Mudah-mudahan Allah mencucuri RahmatNya ke atas para tentera dan polis yang terkorban dalam pertempuran ini. Semoga mereka memperolehi pahala Syahid kerana mempertahankan kedaulatan negara.

Wassalam


0 ulasan:

Catat Ulasan