TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Jumaat, 8 Mac 2013

Sultan Johor minta penyokong jaga disiplin


Sultan Johor minta penyokong jaga disiplin
7 Mac 2013
 
SULTAN Johor Sultan Ibrahim hari ini menasihatkan penyokong bola sepak negeri ini supaya menjaga tatatertib dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang ketika menyaksikan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana.

Baginda bertitah semua penyokong perlu sentiasa mengingati keselamatan semua pihak ketika berada di stadium supaya tidak mencemarkan nama negeri ini.
"Jangan buat perkara yang mencemarkan nama negeri Johor seperti melempar barang-barang, asap dan mercun, sebaliknya tunjukkan kepada penyokong negeri lain bahawa kita berdisiplin," titah baginda kepada pemberita di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Baginda turut memuji inisiatif yang dilakukan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini.

"Sekarang saya tengok stadium penuh malah saya difahamkan tiket sudah habis seawal pukul 10 pagi dan penyokong hadir ke stadium seawal pukul 6 petang.

"Cara Tunku Mahkota memimpin PBNJ dalam masa terdekat sudah nampak hasilnya tetapi peminat jangan berharap pasukan terus menjadi juara, sebaliknya memberi tempoh masa untuk pasukan," titah baginda.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Tunku Mahkota Johor kerana mengkritik mutu pengadilan, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan akur dengan keputusan FAM.

Malah saya sendiri tidak pilih mana-mana pihak sama ada Tunku Mahkota Johor atau FAM kerana saya neutral dalam hal ini, titahnya.

"Tunku Mahkota Johor sendiri ada menghadap sembah kepada saya memberitahu mengenai perkara ini. Saya terima dengan hati terbuka malah tidak mahu berlaku 'double standard' walaupun dia anakanda saya," titah baginda.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, pasukan Johor Darul Takzim kini menungguli carta Liga Super dengan 16 mata manakala Johor FA menghuni tangga ketiga dalam Liga Perdana dengan jumlah pungutan mata yang sama. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan