TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 29 Mei 2013

Datuk Tamrin, Haris Ibrahim, Safwan Anang dan Tian Chua Di Tahan!



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sekali lagi, Datuk Tamrin dan Haris Ibrahim ditahan lagi. Begitu juga seorang lagi pejuang Anak Muda, Safwan Anang yang di tahan di rumahnya ketika hendak pergi ke kuliah maghrib.

Selepas selesai mesyuarat di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, saya terus ke Balai Polis Dang Wangi dan setibanya saya di sana kelihatan para penyokong telah berkumpul di hadapan balai polis tersebut. 

Kelihatan kelibat Datuk Tamrin yang sedang dikerumun oleh para wartawan dan mereka yang berada di sana. 

Begitu juga dengan sdr Safwan Anang yang disambut oleh para anak muda yang cukup kental semangat juang mereka.

Pagi nanti mereka akan ke Mahkamah untuk di dakwa di hadapan Hakim. Kita tunggu apa isah selanjutnya nanti.

Wassalam
Harakahdaily, 28 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dibebaskan bekas aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan aktivis NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini.

Beberapa media melaporkan penahan itu dibuat kira-kira jam 7 malam tadi.

Turut ditahan seorang lagi aktivis mahasiswa Safwan Anang.

Kesemua mereka difahamkan dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Tamrin dan Haris pada 23 Mei lalu telah ditahan bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berikutan kenyataan mereka yang didakwa dibuat semasa forum pada 13 Mei yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kedua-duanya termasuk seorang lagi yang turut ditahan iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, dibebaskan sehari kemudian selepas polis gagal mendapat perintah reman.


Tamrin, Haris ditahan semula

Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

NONE"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.

"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.

Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.
"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan