TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Jumaat, 14 Jun 2013

Bantahan Di Kedutaan Syria Oleh Pemuda PAS




Lebih 1,000 sertai bantahan di kedutaan Syria

Anis Nazri, 14 Jun 2013   
 
KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 umat Islam hari ini berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Syria, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad terhadap rakyat negara itu.

Bantahan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu turut disertai wakil NGO Islam serta hak asasi manusia yang turut sama membantah kekejaman berterusan di negara bergolak itu.

Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), NGO Muslim Care serta Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis).

Mengetuai bantahan itu Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Pemuda Riduan Mohd Nor dan pimpinan serta exco dewan itu yang lain.

Sebelum itu, mereka berarak hampir dua kilometer dari Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Syria..

Ketika ini, tiga orang wakil sedang dipilih untuk masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria.

Antara lain memorandum itu mendesak pihak regim kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di negara itu.

Himpunan tersebut juga turut mendapat kerjasama pihak polis yang mengawal keadaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan