TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 5 Jun 2013

BN bukan parti terbuka, siapa sebenarnya Mahathir

BN bukan parti terbuka, siapa sebenarnya Mahathir

Harakahdaily, 05 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional belum sampai masanya untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia menunjukkan siapa sebenar beliau dan partinya di depan rakyat.
“Tun Dr Mahathir telah membuktikan bahawa Barisan Nasional adalah parti berasaskan kaum dan sukar baginya menerima keahlian dari bangsa lain,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar).

Katanya, Umno adalah hanya untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk kaum Cina manakala MIC untuk kaum India dan perjuangan mereka juga berasaskan kepada kepentingan bangsa mereka masing-masing.

Tambahnya, tatkala rakyat bercakap soal politik merentasi kaum, perpaduan antara sesama bangsa tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, BN masih lagi berpegang pada ideologi lapuk ciptaan mereka.

Menurutnya, mereka menghad dan mengecilkan keahlian hanya pada sesuatu kaum sahaja.

“Di mana konsepnya 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya itu?”


“Apa salahnya BN menjadi parti tunggal yang menerima kehadiran semua bangsa sekiranya benar mereka memupuk perpaduan dan kesejahteraan kaum?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, PKR yang dianggap dikuasai oleh orang Melayu tetapi mempunyai pemimpinnya dari kalangan pelbagai bangsa serta memiliki ramai wakil rakyat bukan Melayu.

Beliau berkata, DAP yang dianggap parti untuk kaum Cina tetapi masih mempunyai wakil rakyat mereka dari kalangan bangsa Melayu dan India.

PAS pula, jelasnya memiliki calon-calon dari kalangan bukan Islam terdiri dari kaum Cina dan India serta ada Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan kaum India dan Cina.

“Bagaimana dengan Umno, berbilang bangsakah mereka?” tanya beliau.

Beliau menambah, budaya politik baharu yang gagal difahami oleh insan seperti Tun Dr Mahathir adalah politik merentasi budaya dan kaum dengan menolak perkauman sempit.

Menurutnya lagi, rakyat yang susah dan tertindas, meskipun dari jalur bangsa mana mereka, wajib dibantu dan dan ditolong.

“Agak mengharukan apabila kaum Cina bangkit membela nasib orang Melayu  di Kampung Bharu yang tergadai, orang Melayu yang membela tahanan India yang mati di lokap polis, serta kaum India dan Melayu sama-sama membela nasib orang Cina yang terabai dan tersisih,” katanya.

Beliau berkata, anak-anak muda pada hari ini berdiri bersama antara silang bangsa dan budaya menuntut hak mereka yang terabai, iaitu keadilan dalam kehidupan serta keprihatinan pemimpin terhadap nasib mereka.

Mereka, ujarnya sanggup berhimpun di mana sahaja bersama-sama tanpa membezakan bangsa dan budaya semata-mata mahu mendambakan sebuah demokrasi yang diidamkan semua bangsa.

“Malangnya, ketika rakyat melaungkan slogan keadilan dan perpaduan untuk rakyat, pemimpin BN pula masih enggan menerima politik baharu ini dan masih mengamalkan politik zaman kuno yang telah ditolak oleh rakyat,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan