TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 18 Jun 2013

PAS Kluang akan Berusia 30 Tahun pada 21 Jun 2013 Ini


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Tanggal 21 Jun 1983 adalah merupakan satu sejarah yang cukup penting bagi PAS Kluang yang mana pada tarikh tersebut, PAS Kluang telah diterima dengan rasminya oleh Pejabat Pertubuhan sebagai sebuah PAS kawasan yang berdaftar.

Walaupun mungkin kehadiran PAS di Kluang pada waktu itu tidak dirasai oleh masyarakat Kluang namun kesungguhan sekelompok masyarakat Islam di Kluang yang mahukan sebuah parti yang ideologi perjuangannya berasaskan Islam berada di sini maka mereka telah berusaha agar PAS akan dapat bergerak di Kluang dengan sah.

Saya telah melihat dokumen-dokumen penting dan pelbagai catatan yang penuh dengan suka-duka yang perlu saya kongsikan bersama para pembaca kerana saya percaya bahawa ia adalah sejarah 'orang lama' yang wajar dicontohi oleh 'orang baru' yang kini meneruskan perjuangan mereka. Lebih-lebih lagi Johor terkenal sebagai negeri yang UMNO terkuat di dunia.

Sebelum ini, saya pernah menulis berkenaan dengan Sejarah PAS Johor dan Perkembangannya Menjelang PRU ke 13 dan kini saya sedang berusaha untuk menyiapkan satu lagi tulisan berkaitan dengan Perkembangan PAS di Kluang. 

Mudah-mudah Allah memberikan saya ruang masa untuk menyiapkannya dan dapat di baca oleh semua pada 21 Jun 2013 yang akan datang ini, insya Allah.

Wassalam.

Khairul Faizi Ahmad Kamil 
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang

0 ulasan:

Catat Ulasan