TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 25 Jun 2013

SIASAT DAN DEDAHKAN SYARIKAT TERLIBAT MENCERAHKAN HUTAN DI INDONESIA

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



SIASAT DAN DEDAHKAN SYARIKAT TERLIBAT MENCERAHKAN HUTAN DI INDONESIA

(25 Jun 2013)



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius dakwaan Indonesia bahawa terdapat lapan syarikat milik rakyat Malaysia yang melakukan aktiviti pencerahan hutan secara salah sehingga mengakibatkan jerebu melanda  negara ini. Bagi DPPM, dakwaan ini amat berat memandangkan krisis jerebu yang melanda negara semakin serius serta menjejaskan kehidupan rakyat di negara ini.



Sekiranya benar dakwaan Indonesia, pastinya ke lapan-lapan syarikat terbabit perlu dihukum kerana angkara mereka pencemaran udara berlaku dengan begitu teruk sehingga ke tahap beberapa kawasan diisyhtiharkan darurat. Syarikat-syarikat ini adalah golongan yang tidak bertanggungjawab serta meletakkan kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan negara dan alam sekitar, malah ada pemimpin yang menggelarkan mereka sebagai pengkhianat negara.



Justeru, DPPM mendesak kerajaan menyiasat dalang serta mendedahkan kepada umum kesemua syraikat terbabit agar mereka dapat diheret ke muka pengadilan. Mereka ini telah memalukan negara ini di samping menjadikan keselamatan rakyat di negara terancam.



KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL

Setiausaha

Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan