TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 22 Jun 2013

TUBUH SURUHANJAYA SIASAT PENIPUAN PRU KE 13

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
TUBUH SURUHANJAYA SIASAT PENIPUAN PRU KE 13
(21 Jun 2013)

 Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cepat memberikan reaksi apabila kerajaan Selangor mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Baginya semacam ada yang tidak kena apabila kerajaan Selangor cuba menyelongkar dakwaan berlakunya penipuan yang dilakukan dalam Pru ke 13 di negeri tersebut. 

Soal petisyen di mahkamah seperti gesaan Tan Sri Abdul Aziz adalah proses undang-undang yang akan dijalani oleh Pakatan Rakyat. Petisyen adalah langkah bagi menuntut hak yang dinafikan secara undang-undang dan mahkamah akhirnya yang menentukan menang atau kalah sesuatu kes. Selain petisyen, siasatan menyeluruh atau suruhanjaya seperti cadangan kerajaan Selangor adalah langkah baik bagi menyiasat secara terperinci setiap dakwaan terhadap SPR. Kerajaan Selangor percaya, SPR tidak boleh dihukum bersalah sehingga kesemua dakwaan tersebut dibuktikan melalui saksi dan bukti yang kukuh. Ada kemungkinan banyak lagi kes penipuan tidak direkodkan atau tidak sempat di bawa  kemahkamah untuk petisyen namun boleh sampai ke pengetahuan suruhanjaya dan rakyat amya.

Tan Sri Abdul Aziz tidak perlu merasa cemas dan risau dengan pengumuman Tan Sri Khalid, sebaliknya beliau patut memberikan pujian kerana kerajaan Selangor berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan mencari punca penipuan yang berlaku. Sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihan raya secara profesional, SPR telah bertindak betul, jujur dan bebas semasa PRU ke 13. Selepas Pru ke 13, serahkan sahaja kesemua persoalan itu kepada rakyat untuk membuktikannya dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya yang menjadi tuduhan.

Sebenarnya langkah kerajaan Selangor adalah untuk membantu meningkatkan lagi integriti SPR di mata rakyat di samping membina imej profesioalisme SPR sebagai pengadil pilihanraya. Rakyat mahukan SPR benar-benar profesional tanpa melakukan sebarang kesalahan dan kecuaian yang memalukan badan itu serta rakyat kesleuruhannya. Niat sebaik ini pasti membuahkan natijah yang baik dengan kesemua pihak berharap PRU ke 14 nanti adalah pilihan raya terbaik yang pernah dilangsungkan dalam negara ini.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan