TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 8 Julai 2013

Kutipan Tabung Lahad Datu diagih kepada mangsa

Kutipan Tabung Lahad Datu diagih kepada mangsa

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya mengagihkan duit hasil sumbangan dan derma Tabung Lahad Datu kepada mangsa yang terjejas dengan insiden keganasan di Lahad Datu dua bulan lalu.

Tabung Lahad Datu diwujudkan oleh DPMM dan digerakkan bermula pada 1 Mac 2013 setelah beberapa hari insiden keganasan di Lahad Datu.

Ia bertujuan membantu mangsa kekejaman pengganas Sulu yang terdiri daripada keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika bertugas disamping memberi sumbangan kepada keluarga mangsa yang terjejas kehidupan mereka di Lahad Datu, Sabah.

Tabung ini telah ditutup pada 30 Jun 2013 iaitu setelah genap tiga bulan tabung ini digerakkan ke seluruh negara, dan setelah insiden keganasan ini tamat dengan kejayaan pasukan keselamatan mengawal keadaan.

"DPPM berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM25,634.18. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 16,000.00 berjaya diagihkan kepada balu dan keluarga pejuang negara seramai 9 orang yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna," kata Setiausaha DPMM Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut beliau, DPPM juga telah menyerahkan pelbagai bantuan termasuk makanan, pakaian dan sebuah frozen untuk menyimpan makanan segar yang berharga RM 2,000.00 dan ianya telah diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPA) semasa misi kemanusiaan DPPM ke Lahat Datu yang diketuai oleh Ketua DPPM Nasrudin Hassan sendiri pada 26 Mac 2013.

"Baki daripada akaun sebanyak RM 9,634.18 pula akan diagihkan menjelang Ramadhan tahun ini kepada kesemua keluarga terbabit," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang budiman dan mendoakan semoga semua pihak yang terbabit menghulurkan sumbangan agar dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan dalam hidup.

0 ulasan:

Catat Ulasan