TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Sabtu, 10 Ogos 2013

Kelantan Akan Terus Membangun Bersama Islam Di Bawah Kepimpinan Baru

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Awal pagi ini, saya terima satu mesej daripada pelbagai 'WhatsApp Chat Group' tentang kritikan yang telah ditulis oleh Prof Agus yang terbaru tentang perkembangan 100 hari kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar yang baru.

Walaupun saya sendiri belum pasti ia adalah sememangnya satu kritikan daripada tuan punya nama atau tidak namun umumnya ia adalah satu hasrat yang dilahirkan untuk melihat kerajaan Kelantan akan terus berdiri teguh di bawah konsep Membangun Bersama Islam.

Sudah menjadi lumrah, setiap kali sebuah kerajaan baru ataupun kepimpinan baru dibentuk, projek 100 hari pertama dijadikan ukuran awal sebagai tanda aras kemampuan sesebuah pentadbiran dan pemerintahan.

Tidak kira apapun hujah dan alasan, 100 hari pertama sering dinantikan hasilnya dan faktor 'wow' sangat diharapkan akan terjadi untuk menghiburkan hati para rakyat dan para penyokong.

Kesungguhan rakyat Kelantan untuk melihat projek Lebuhraya Rakyat disiapkan sememangnya tidak dapat dinafikan yang sudah pastinya dapat mempercepatkan perjalanan anak perantauan pulang ke kampung halaman.

Saya percaya bahawa MB Kelantan yang baru menggantikan tokoh hebat seperti TG Nik Aziz mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda perjuangan mentadbir dan memajukan Kelantan namun sebagai pemimpin negeri yang baru pasti memerlukan masa untuk membuktikan kemampuannya yang sebenar.

Sebagai orang luar Kelantan, saya juga mahu melihat Kelantan akan terus maju kehadapan dengan projek-projek rakyat seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Mana-mana yang belum berjaya perlu digiatkan lagi perancangan dan perlaksanaannya.

Datuk Ahmad Yaakob dan barisan exconya berkemampuan untuk merealisasikan hasrat ini. Cuma kadar waktunya masih belum dapat dipastikan lagi dan pastinya ia bukan dalam tempoh 100 hari pertama ini.

Semoga Allah memberikan kekuatan.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Felda Maokil,Labis
10 Ogos 2013, 3 Syawal 1434

0 ulasan:

Catat Ulasan