TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Selasa, 24 September 2013

Tambang Bas Ekspres Kluang-KL Naik ; Sekarang RM 27.50

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Petang semalam, saya ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspres seperti rutin biasa tetapi yang tidak biasanya adalah harganya yang sudah berbeza.

Ketika membeli tiket, saya menyerahkan RM30 tetapi yang dipulangnya hanya RM2.50 saja. Ketika itu baru saya sedar tiket sudah dinaikkan RM 2.50.

Jika harga gula dinaikkan kerana nak elakkan rakyat Malaysia mengidap sakit kencing manis maka adakah menaikkan tambang bas sebanyak 10% pula untuk mengurangkan pergerakan?

Saya percaya kenaikan ini ada kena mengena dengan harga petrol dan diesel yang dinaikkan 20 sen baru-baru ini.

Mohon para Ahli Dewan Rakyat sentuh perkara ini dalam sidang Parlimen.

Wassalam.

Naik subsidi minyak elak tambang bas naik

Hazayani Zakaria, 23 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan menaikkan subsidi minyak kepada pengusaha pengangkutan awam khususnya bas ekspres agar mereka tidak ada alasan untuk menaikkan tambang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini menyebabkan pengusaha bas ekspress menaikkan tambang sebanyak 10 peratus

"Contohnya bas dari Kuala Lumpur ke Alor Setar naik sebanyak RM5 selepas Aidilfitri. Minyak naik 20 sen sahaja tapi tambang naik sampai lima ringgit.
 
"Jadi kerajaan perlu beri subsidi yang lebih kepad apengusaha bas ekspres," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat siang tadi.

Awal September lalu, walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa tiada kenaikan tambang untuk perkhidmatan bas ekspres buat masa ini, pengusaha bas ekpress dibenarkan mengenakan caj tambahan 10 peratus sehingga tambang baharu diumumkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam jawapannya berkata, kerajaan tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia.

Ahmad berkata, kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.

Katanya, golongan berpendapatan tinggi, 40 peratus daripada keseluruhan rakyat, menikmat hampir 80 peratus subsidi yang diberikan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, subsidi tidak begitu berkesan untuk sampai ke kumpulan sasaran.

0 ulasan:

Catat Ulasan