Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 1 Januari 2014

Kuliah Dhuha (Jumaat) Bulan Januari 2014 di Kluang


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sempena dengan bermulanya Jumaat menjadi hari kelepasan ataupun hari cuti di Johor menggantikan hari Ahad, PAS Kawasan Kluang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kuliah Dhuha pada setiap hari Jumaat.

Semua kuliah akan dilaksanakan di Pejabat Pentadbiran PAS Kawasan Kluang bermula pada hari Jumaat ini.

Wassalam.

TURUN : Himpunan Lebih Besar Jika Tiada Tindakan Kerajaan


'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan'
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.

"Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya.

"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh para peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan golongan itu menghormati prinsip demokrasi dan tidak bertindak ganas untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa.

Tambahnya, ancaman yang timbul berhubung ancaman bom serta ribuan laporan polis oleh NGO pro-kerajaan juga tidak menghalang kemaraan kumpulan berkenaan untuk menyatakan bantahan mereka.

"Ancaman sebegitu tidak mampu melemahkan kebangkitan peserta terutama anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh mereka," katanya.

Menurutnya, ancaman seperti itu hanyala ketakutan golongan tersebut pada "bayang-bayang sendiri".

Sedangkan, kenaikan kos sara hidup itu berpunca dari kegagalan kerajaan mengurus tadbir negara dengan baik, dakwanya.

Perhimpunan tersebut masih tetap diteruskan semalam walau perdana menteri pada hari sebelumnya mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus.

Memulakan Tahun 2014 Yang Mencabar!







Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai peristiwa suka duka yang cukup panjang lebih-lebih lagi tahun 2013 berlakunya kempen Pilihan Raya Umum ke 13 yang hampir-hampir menyebabkan BN tersungkur dalam sejarah pemerintahan yang panjang.

Tahun 2014 pula digambarkan sebagai 'Tahun Rakyat Terbeban' kerana janji-janji BN ketika menghadapi PRU ke 13 yang penuh lunak dalam pelbagai janji serta kempen menakut-nakutkan orang Melayu khususnya terhadap PR sekarang ini telah ternyata menjadi janji kosong penuh kepalsuan.

Pelbagai kos perkhidmatan dan barangan tidak lagi berselindung untuk dinaikkan. Tol, tarif elektrik, tarif air dan sebagainya seperti sudah tidak termampu untuk dihalang. Semuanya seolah-olah mahu naik secara borong, sedangkan rakyat tercungap-cungap untuk menyediakan wang untuk membayar kos anak untuk ke sekolah.

Bukan saja yuran yang tinggi, kos untuk membeli kasut sekolah, baju, kasut dan beg sekolah meningkat sehingga 20% dalam masa yang singkat. 

Tahun 2014 juga adalah tahun yang mencabar kepada saya untuk lebih cekap dan efektif membahagikan masa dengan sebaiknya. Amanah sebagai Penolong Setiausaha Agong 2 PAS Pusat, Penolong Setiausaha PAS Negeri Johor dan Pengarah Jabatan Arkib PAS Johor, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang serta beberapa jawatan yang lain perlu dipastikan dapat ditunaikan dengan sebaiknya.

Dalam masa yang sama, saya sedaya upaya untuk menyelesaikan pengajian saya di UM pada tahun ini dengan harapan pada tahun hadapan saya mampu untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD, insya Allah.

Perjuangan mesti diteruskan walaupun pelbagai rintangan mendatang.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Tingkat 2, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut KL.