Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 21 April 2014

BAHAGIAN PERTAMA : PENGENALAN - PENTINGNYA MEMPERKEMAS DAN MEMPERKASA PENGURUSAN ORGANISASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

BAHAGIAN PERTAMA : PENGENALAN - PENTINGNYA MEMPERKEMAS DAN MEMPERKASA PENGURUSAN ORGANISASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Aspek yang penting dalam sesebuah organisasi adalah pengurusan. Kepentingan di dalam menguruskan organisasi bagi mencapai sesuatu kejayaan telah dibuktikan dalam sejarah Islam sejak dari awal lagi tanpa menafikan bahawa faktor pertolongan daripada Allah S.W.T. Tanpa pengurusan yang teratur, cekap dan berstrategik akan menyebabkan sesuatu perancangan itu sukar untuk dicapai kerana Allah lebih menyukai mereka yang berjuang dengan bersistematik, bertepatan dengan FirmanNya dalam Surah As-Saff ayat ke 4;

“Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang pada jalanNya dalam Saff yang tersusun seperti sebuah bangunan yang kukuh”

Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber primer atau sumber utama rujukan dalam aspek pengurusan Islam. Al-Quran merupakan kitab Allah yang mengandungi ajaran yang syumul untuk kemashlahatan seluruh umat manusia.  Terdapat ayat-ayat dan peraturan yang berkaitan dengan tatacara kehidupan bermasyarakat yang meliputi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial dan pendidikan termasuklah pengurusan.

Begitu juga dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang bukan sahaja model akhlak yang terbaik bagi umat seluruh alam malah Baginda juga merupakan contoh arkitek, pentadbir, pemimpin dan ahli strategis yang cukup unggul kerana kerana sikap, sifat atau tingkah lakunya yang berakhlak mulia yang harus dicontohi serta mempunyai hati yang suci murni. 

15 Artikel Berkaitan Dengan Pengurusan

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Saya bercadang untuk menulis berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dan fokusnya untuk menambahbaik pengurusan PAS khususnya dan menyampaikan maklumat berkaitan dengan pengurusan secara amnya.

Saya pecahkan kepada 15 BAHAGIAN untuk memudahkan para pembaca memahami perkara yang berkaitan dengan lebih mudah dan berkesan. Pecahannya adalah seperti berikut :-

BAHAGIAN PERTAMA :     
PENGENALAN - PENTINGNYA MEMPERKEMAS DAN MEMPERKASA PENGURUSAN ORGANISASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

BAHAGIAN KEDUA :     
FUNGI PENGURUSAN DALAM MEMANTAPKAN PENGURUSAN PAS

BAHAGIAN KETIGA :     
TEORI PENGURUSAN DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGURUSAN PAS.

BAHAGIAN KEEMPAT :     
CIRI DAN NILAI PENTING DALAM PENGURUSAN

BAHAGIAN KELIMA :     
SUMBER PENGURUSAN ISLAM

BAHAGIAN KEENAM :     
PENGURUSAN ISLAM VS PENGURUSAN BARAT VS PENGURUSAN JEPUN

BAHAGIAN KETUJUH :     
MEMAHAMI PERBEZAAN DI ANTARA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM BERORGANISASI

BAHAGIAN KELAPAN :     
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN PENGURUSAN BERKUALITI

BAHAGIAN KESEMBILAN :     
KEPENTINGAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PENGURUSAN

BAHAGIAN KESEPULUH :     
MERANCANG MELALUI PENGURUSAN MELALUI OBJEKTIF (MBO) DAN MENILAI MENGGUNAKAN KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

BAHAGIAN KESEBELAS :    
PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

BAHAGIAN KEDUABELAS :    
MEMBINA ORGANISASI YANG MANTAP: APA RAHSIANYA?

BAHAGIAN KETIGABELAS :   
BAGAIMANA MENJALANKAN MESYUARAT YANG BERKESAN

BAHAGIAN KEEMPATBELAS :   

MENGGUNAKAN APLIKASI MEDIA BARU DALAM PENGURUSAN BERORGANISASI

BAHAGIAN KELIMABELAS :
PENUTUP – KEPENTINGAN MEMAHAMI MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA DALAM PENTADBIRAN PAS.

Bahan ini juga saya akan kongsikan bersama di dalam laman harakahdaily dan juga Harakah Cetak.

Wassalam.


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
Sektor Pengurusan Organisasi

21 April 2014 

Rabu, 2 April 2014

Media Asing Dan Media Tempatan Perlu Bebas Dan Berintegriti

Media Asing dan Media Tempatan Perlu Bebas dan Berintegriti

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Pagi-pagi membaca berita tentang rasa kekesalan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong terhadap akhbar dari luar negara yang mengeluarkan berita yang tidak bertanggungjawab dan mengeluarkan tuduhan-tudahan liar serta melabel Kerajaan Malaysia sebagai punca utama tragedi MH370.
Pastinya, rakyat Malaysia juga tidak dapat menerima perkara ini. Rakyat Malaysia mahukan pemberitaan yang adil dan berintegriti serta tidak berat sebelah agar setiap perkara yang berlaku dapat dinilai dengan seadilnya.
Justeru wajar diambil pengajaran agar ia tidak berterusan di Malaysia dengan kawalan parti pemerintah terhadap media yang terkongkong dengan kehendak satu pihak. Laporan yang berat sebelah yang berlaku selama ini wajar dihentikan agar rakyat Malaysia juga tidak 'dihasut' dengan berita yang akhirnya menimbulkan rasa benci dan mewujudkan permusuhan.
Kawalan dan kongkongan terhadap media di Malaysia dibuktikan dengan Indeks Kebebasan Media 2014 berada di tangga ke-147 daripada 180 buah negara.

Bak kata pepatah daripada peribahasa Melayu " Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar"

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Kluang, Johor Darul Takzim
www.khairulfaizi.com
2 April 2014.

Selasa, 1 April 2014

Masa Terbaik Untuk Liverpool Kembali Menjadi Pasukan Yang Disegani & Digeruni

Masa terbaik untuk Liverpool kembali menjadi pasukan yang disegani dan digeruni.

Kemenangan Liverpool ke atas Tottenham Hotspurs baru-baru telah melonjak kedudukan pasukan lagenda ini ke tangga teratas Barclays Premier League (BPL). Berbaki lagi enam perlawanan dengan 71 mata serta jaringan 88 gol, Liverpool berpeluang untuk mengekalkan kedudukan sehingga ke akhir musim sekiranya mampu konsisten untuk mengekalkan kemenangan.

Enam pasukan yang bakal ditemui selepas ini ada pasukan Man. City, Chelsea dan Newcastle di Anfield manakala West Ham, Norwich dan Crystal Palace di tempat lawan. Kelebihan yang dimiliki Liverpool kerana akan bertemu dengan pasukan yang mampu mencabar kedudukannya di tempat sendiri, di stadium keramat Anfield. Pasukan Liverpool telah lama tidak menjulang BPL atau sebelum ini dikenali sebagai EPL. Kali terakhir iaitu pada musim 89/90 dibawah Pengurusan lagenda bolasepak Kenny Dalglish yang juga bertindak sebagai pemain ketika itu. Pada musim ini, Liverpool adalah pasukan yang paling digeruni dengan mencatatkan rekod kemenangan paling besar 9-0 ke atas Crystal Palace dan mencatatkan kemenangan di tempat lawan paling besar dengan jaringan 1-6 menentang Conventry City.

 Ketika itu, saya bersekolah di tingkatan 5 dan sejak daripada itu prestasi Liverpool tidak lagi sehebat namanya. Walaupun pernah menjuarai Piala FA (1992, 2001 dan 2006), Piala Eropah pada tahun 2005, Piala UEFA tahun 2001 dan Piala Liga 1995, 2001, 2003 dan 2012 namun ia belum cukup untuk mengembalikan kegemilangan pasukan lagenda ini. Kebanyakkan penyokong setia pasukan ini adalah golongan seusia saya dan yang lebih berusia, jarang kita dengar pelajar sekolah atau orang muda meletakkan Liverpool sebagai pasukan idaman. Pernah anak saya pada tahun lalu, yang belajar dalam Darjah 5 beritahu saya, kawan-kawan sekelasnya pelik apabila Liverpool menjadi pasukan pilihannya. Tapi ia berbeza akhir-akhir ini, anak saya beritahu bahawa pasukan Liverpool sudah menjadi sebutan lebih-lebih nama Gerrard, Suarez, Sturridge dan Sterling meniti di bibir anak-anak sekolah. Semoga Liverpool akan berjaya, kami penyokong setia akan terus beri sokongan. 

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penyokong Setia Liverpool sejak 1983.
1 April 2014.