Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 30 Jun 2014

Kempen Menutup Aurat Ramadhan 1435

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya telah sebut dalam facebook saya bahawa sepanjang Ramadhan kali ini, saya akan laksanakan kempen Menutup Aurat dan Kempen Berhenti Merokok.

Di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan maka saya belum dapat fokus kepada kempen-kempen ini. Insya Allah, dari masa ke masa saya akan cuba tunaikan hasrat saya ini sebelum menjelangnya Idil Fitri nanti.

Saya akan cuba pelbagaikan gambar-gambar menarik yang bersesuaian dengan kempen ini dalam blog saya ini juga, insya Allah.






















Sabtu, 28 Jun 2014

BAHAGIAN KE 3 : MENGADAPTASI TEORI PENGURUSAN KE DALAM PENTADBIRAN PAS.




BAHAGIAN KETIGA : MENGADAPTASI TEORI PENGURUSAN KE DALAM PENTADBIRAN PAS.

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Dalam ilmu Pengurusan, kita akan didedahkan dengan teori pengurusan yang melibatkan teori daripada pelbagai ahli falsafah dan pakar pengurusan sejak tahun 1770an sehinggalah ke peringkat teori terkini yang digunakan oleh pelbagai sektor. Teori-teori ini terhasil daripada pelbagai sebab yang akan dinyatakan nanti.

Secara ringkasnya, teori-teori ini ada di antaranya pun telah kita aplikasikan dalam sistem pentadbiran kita pada ketika ini. Akan dinyatakan sebab-sebab teori pengurusan ini perlu diperjelaskan kepada penggerak organisasi PAS di setiap peringkat.

Sejarah awal teori pengurusan telah dipelopori oleh Robert Owen dan Charles Babage sekitar tahun 1771 – 1871. Robert Owen menyatakan bahawa pekerja merupakan sumber daya pengurusan yang signifikan. Owen percaya bahawa pengurusan yang memperbaiki keadaan persekitaran kerja atau pelaburan pada sumber daya manusia dapat meningkatkan output dan keuntungan.

Rabu, 25 Jun 2014

BAHAGIAN KE 2 : FUNGSI PENGURUSAN DALAM MEMANTAPKAN PENGURUSAN PAS


BAHAGIAN KEDUA              :   
FUNGSI PENGURUSAN DALAM MEMANTAPKAN PENGURUSAN PAS

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Dalam Bahagian Pertama sebelum ini telah dijelaskan bahawa usaha untuk memperkasa dan memantapkan pengurusan perlu diberikan perhatian di semua peringkat.  Ia bukan hanya terpikul di atas bahu mereka yang diamanahkan sebagai SETIAUSAHA sahaja tetapi mestilah dilaksanakan bersama oleh mereka yang berada di dalam organisasi tersebut.

PAS sebagai sebuah organisasi yang disusun melalui struktur formal dengan matlamat yang jelas, PAS wajarlah memastikan bahawa entiti sosial ini dapat ditadbir dengan sebaik mungkin daripada serendah peringkat PAS Cawangan sehinggalah ke peringkat teratas. Tidak akan wujud organisasi jika ia tidak ada matlamat. Tanpa matlamat maka organisasi akan menjadi struktur yang longgar dan tidak formal.

Umumnya, terdapat tiga sebab organisasi diperlukan iaitu pertamanya yang melibatkan masa lampau, keduanya masa kini dan ketiganya masa akan datang. Apa yang dimaksudkan dengan masa lampau adalah berkaitan dengan kemampuan organisasi mengaitkan manusia dengan masa lalu. Ia memberikan kita gambaran yang jelas tentang sejarah awal terbentuknya organisasi, matlamat, sasaran dan tujuan ia ditubuhkan. Begitu juga dengan keperluan organisasi pada masa kini iaitu untuk melaksanakan apa yang telah dirancang manakala keperluan masa hadapan adalah bertujuan untuk merangka dan merancang apa yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang.

Oleh kerana itu, kita perlu memahami bahawa untuk mencapai pengurusan yang mantap maka amat wajar kita memahami apa sebenarnya fungsi pengurusan itu sendiri.  Justeru bagi memastikan bahawa organisasi PAS ini berjaya mencapai matlamatnya maka penggerak organisasi wajar memahami empat (4) perkara atau fungsi-fungsi elemen di dalam dunia pengurusan yang dilihat sebagai perkara yang menentukan berjaya atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi iaitu MERANCANG, MENGATUR, MEMIMPIN dan MENGAWAL.

Lagu Impian Ramadhan 2014 - FULL

Lagu Impian Ramadhan 2014 - Unplugged

Rabu, 18 Jun 2014

Apakah Definisi Perancangan?



Apakah Definisi Perancangan?


Oleh: Hj. Fauzi


Sebagaimana yang telah dicatatkan sebelum ini, berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, ‘merancang’ ditakrifkan sebagai ‘proses merencanakan atau mempersiapkan’. Takrifan yang ringkas ini walaupun mampu dihuraikan namun skop huraiannya mungkin agak terhad.


Merujuk kepada beberapa buah buku pengurusan, takrif perancangan mempunyai skop yang lebih luas. Umpamanya Harold Koontz dan Heiz Weihmict dalam buku mereka ‘Management’ mentakrifkan perancangan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan misi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Pada masa yang sama, perancangan melibatkan  proses pembuatan keputusan iaitu membuat pilihan ke atas pelan tindakan.


Manakala James A.F Stoner  dan Charles Wankel dalam buku mereka yang turut mempunyai tajuk yang sama iaitu ‘Management’ mentakrifkan perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya. Pada masa yang sama, perancangan membantu pihak pengurusan organisasi menentukan arah tujuan organisasi, memutuskan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan mengenai – apa, bila dan bagaimanakah pelan perancangan akan dilaksanakan dan siapa yang akan melakukannya. Stoner dan Wankel juga melontarkan pandangan bahawa ’perancangan tanpa pelaksanaan adalah satu perbuatan yang sia-sia.’


Selasa, 17 Jun 2014

Akaun Diaktifkan Semula!

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Terlalu banyak soalan yang diajukan kepada saya mengapa blog saya tidak dapat diakses sejak dua bulan yang lalu.

Kebanyakkan yang tanya adalah mereka yang ingin dapatkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran mereka yang ada kaitannya dengan Sains Politik.

Ya, memang terdapat kesilapan teknik yang menyebabkan saya kehilangan "www.khairulfaizi.com" dan perlu dibayar dengan kos yang tinggi untuk mendapatkannya kembali.

Tak apalah, terpaksalah saya korbankannya dan menggantikan dengan "www.khairulfaizi.net" bagi meneruskan penulisan saya ini.

Apa yang penting, segala isi kandungan asal blog ini masih selamat tersimpan tanpa sebarang gangguan.

Terima kasih di atas sokongan semua :)

Wasalam