TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Khamis, 3 Julai 2014

Isu Wakil Rakyat Di Halang Edar Kurma di Kluang



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Tiba-tiba Kluang menjadi 'panas' apabila Ahli Parlimen Kluang dan Adun Mengkibol telah dihalang oleh petugas Bazar Ramadhan di bandar Kluang untuk meneruskan pengedaran kurma kepada pengunjung bazar tersebut.

2. Tahun lalu, program mengedar kurma untuk berbuka puasa telah pun dijalankan oleh kami daripada Pusat Komuniti Pakatan Rakyat Kluang (KCC) dan telah pun membuat edaran di tempat yang sama dan beberapa bazar yang lain seperti di Taman Intan dan Taman Makmur dan penerimaan masyarakat sangat baik dan mendapat sambutan yang luar biasa (rujuk gambar lampiran).


3. Bazar Ramadhan di bandar Kluang pada tahun lalu dikendalikan sepenuhnya oleh Majls Perbandaran Kluang (MPK) dan berbeza dengan tahun-tahun terdahulu di mana ianya dikendalikan oleh UMNO Bahagian Kluang.

4. Tahun ini, bazar Ramadhan di bandar Kluang telah diserahkan kepada satu pertubuhan yang berkaitan dengan UMNO yang mana ia diperakui oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, Md Nor Halim Mohd Amin. Sebelum daripada ini, isu mengenai bazar Ramadhan telah disiarkan di dalam Sinar Harian tentang kos sewaan gerai yang meningkat mendadak.
http://www.sinarharian.com.my/pertikai-agihan-tapak-1.293506

5. Kerana apa bazar ini diserahkan kepada UMNO dan bukan lagi dikendalikan oleh MPK seperti tahun lalu tidak dapat dipastikan setakat ini sebabnya namun yang pastinya, keadaan adalah amat berbeza pada tahun lalu apabila tidak ada apa-apa halangan untuk kedua-dua wakil rakyat ini untuk turun bertemu masyarakat Kluang yang mengungjungi bazar Ramadhan.

6. Saya melahirkan rasa kesal dengan insiden yang berlalu di bazar Ramadhan ini kerana ia memperlihatkan ketidakmatangan pihak penganjur yang tidak memberikan ruang kepada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk mengedarkan kurma kepada pengunjung bazar. Jika wakil rakyat dilayan dengan sebegitu rupa, bagaimana pula mereka melayan rakyat biasa?

7. Apapun, kami akan teruskan aktiviti mengedarkan kurma ini dan tidak bimbang dengan apa jua ancaman yang dikenakan kepada kami dan para petugas daripada KCC.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang.
3 Julai 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan