Kempen PAS PILIHANKU

PAS telah melancarkan Kempen PAS PILIHANKU yang bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62

Kenangan semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat pada thun 2016

Pasukan baru PAS Pusat selepas selesai Retreat PAS Pusat di Morib Selangor

Tersenyum ria semua pimpinan selepas selesai retreat PAS Pusat selepas berkampung selama 3 hari

Gimik Pra-Pelancaran kempen PAS PILIHANKU di Pejabat Agung PAS

Gimik pra-pelancaran PAS PILIHANKU diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS selepas sidang media diadakan baru-baru ini

Pelancaran Tabung Pilihanraya PAS kawasan Segamat

Gimik pelancaran tabung Pilihanraya PAS Kawasan Segamat

TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 31 Oktober 2016

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA EDISI 2016


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak negeri Kedah kerana berjaya menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam malam tadi dalam perlawanan yang penuh dengan debaran.

Saya hanya sempat untuk menonton perlawanan tersebut bermula dari masa tambahan kerana mempunyai komitmen dengan program yang perlu diutamakan.
Saya tidak memihak kepada mana-mana pasukan sama ada pasukan Selangor atau Kedah tetapi terasa ingin melihat pada malam tadi agar Kedah memenangi perlawanan akhir pada tahun ini memandangkan mereka telah tewas pada aksi perlawanan akhir pada tahun lalu dengan lawan yang sama.
Keduanya, saya melihat ramai pemain khususnya Helang Merah yang turun ke padang dengan menggunakan seluar 'tight' yang melengkapkan penutupan aurat mereka. Semoga semakin ramai pemain Bola Sepak daripada kalangan pemain beragama Islam di Malaysia akan berhijrah pada musim akan datang dengan penutupan aurat seperti yang diseburkan tadi.
Apapun, perlawanan malam tadi memang mendebarkan, sehingga perlawanan terpaksa diheret sehingga ke pukul 12.15 tengah malam dengan Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan.
Mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah bukan bermakna sokongan saya terhadap pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pudar. 

Tahun hadapan musim untuk JDT merangkul kesemua kejuaraan termasuklah Piala Malaysia Edisi 2017.
Majulah Sukan Untuk Negara
Pastikan Solat Tidak Dilupa


Sekian. Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
x

Selasa, 25 Oktober 2016

Pimpinan PAS Nwgeri Johor Turun Padang Ke Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu








HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERBAKAR!

25/10/2016: MAKLUMAN AKHIR SUSULAN KEBAKARAN HOSPITAL DI JOHOR BAHRU: Mangsa terperangkap 7 orang - 6 maut & 1 selamat. Operasi ditamatkan
https://twitter.com/bombaJBPM/status/790762413528186880
























Isnin, 24 Oktober 2016

Bajet 2017: longgar syarat beli rumah tiada penyata gaji



Bajet 2017: longgar syarat beli rumah tiada penyata gaji

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa kerajaan agar melonggarkan syarat-syarat pembelian rumah kepada sesetengah pembeli yang tidak ada penyata gaji.

Ketua Penerangan Ikatan, Tunku Profesor Dr Fauzi Malek berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan pilihan 'rent to own' kepada pembeli supaya mereka boleh menyewa tempat tersebut kemudian sewa rumah itu digunakan untuk bayaran bagi membelinya.

"Idea untuk bank memberi pinjaman 100% bagi rumah PPR adalah sangat bagus kerana harga jualan adalah di antara RM35,000 ke RM42,000 manakala nilai rumah tersebut boleh mencecah RM200,000 mengikut kawasan.

"Jadi kalau di beri pinjaman 100% pun kalau bank terpaksa tarik balik loan mereka, bank boleh melelong rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, ramai di kalangan rakyat negara ini tidak tahu wujudnya skim perumahan apatah lagi hendak memohon rumah daripada skim PPR, PR1MA, My Beautiful Home, PPA1M, PMR, transit studio dan lain-lain lagi.

"Eloklah kalau kerajaan mewar-warkan skim yang sedia ada. Proses untuk mendapatkan rumah dan pinjaman untuk pembeli pun agak sukar. 

"Rumah transit pula bagi graduan yang terpaksa ke kota besar untuk bekerja boleh menyewa studio di kawasan ini selama 5 tahun. Semasa di sini mereka boleh mengumpul duit untuk membeli rumah baru. Satu idea yang bagus tapi kalau di buat di dalam kawasan seperti Wilayah Persekutuan," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000. – HARAKAHDAILY 24/10/2016

Bajet 2017: Yang tersurat dan tersirat






“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggal lah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (Al-Isra’: 29-30)

Bajet Adalah Pilihan

Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, bajet akan dibentangkan oleh kerajaan untuk disajikan kepada rakyat. Namun bagi orang awam, mengikuti pembentangan bajet pastinya memeningkan. Angka-angka yang dikemukakan amat besar, ditambah pula dengan penggunaan istilah yang janggal dan mengelirukan.

Proses penyediaan bajet adalah sangat rumit, apatah lagi dalam keadaan ekonomi negara dan global yang tidak menentu. Sesebuah bajet dirangka demi mencapai objektif keadilan sosial (social justice) dengan penumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif, mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang berkemampuan. 

Justeru, ukuran kejayaan bajet yang sebenar adalah memastikan semua pihak iaitu rakyat, peniaga, dan kerajaan, berada di dalam keadaan yang selesa. Sesebuah bajet tidak mencapai matlamat jika hanya pihak kerajaan (dan pemimpin) sahaja yang selesa, sedangkan rakyat masih menanggung beban yang belum selesai, atau mendatangkan masalah baru yang bakal ditanggung seperti, pengangguran, muflis dan kemiskinan, seterusnya menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah yang kian meningkat.

Maka setiap peruntukan di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosioekonomi negara. Prinsipnya adalah sama tanpa mengira sama ada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu “Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan”. Inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam Surah Al-Isra’ ayat 29 dan 30.

Bajet 2017 – Yang Tersurat

Sebagaimana diumumkan, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2017, peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016. Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion (82%) diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion (18%) untuk Perbelanjaan Pembangunan, suatu nisbah 80:20 yang tidak mampan untuk sebuah negara yang berhasrat mahu mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan menjangkakan pungutan hasil berjumlah RM219.7 bilion (naik 3.0% berbanding unjuran hasil 2016), disumbangkan oleh cukai pendapatan individu dan korporat mencecah RM100 bilion, di samping kutipan GST yang lebih tinggi pada tahun 2017, iaitu RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion pada tahun 2016.

Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit fiskal berjumlah RM40.3 bilion atau 3.0% kepada KDNK (2016: RM38.7 bilion, 3.1% KDNK), meneruskan rekod defisit fiskal berturut-turut sejak 1998. Tren defisit ini mengakibatkan jumlah Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion atau 53.2% kepada KDNK. Jika dicampur dengan liabiliti luar jangka yang dianggarkan pada paras 15% kepada KDNK, negara berhadapan dengan risiko hutang kerajaan mencecah 70% kepada KDNK.  

Bajet 2017 – Yang Tersirat

Menurut Kerajaan, usaha konsolidasi fiskal akan diteruskan di samping memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan. Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi semasa termasuklah kejatuhan harga minyak mentah dunia, kerajaan akan memaksimakan sumber sedia ada dan menumpukan perbelanjaan kepada program dan projek yang berimpak tinggi dan mengutamakan rakyat.

Namun, antara perkara yang cuba didiamkan oleh Kerajaan adalah beberapa pemotongan dan pengurangan di dalam Bajet 2017, khususnya pengurangan sebanyak 10.4% bagi peruntukan subsidi dan bantuan sosial, iaitu RM22.4 bilion berbanding RM25 billion pada 2016.

Ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol menunjukkan kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017. Di samping itu, subsidi minyak masak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan, membawa kemungkinan kenaikan harga makanan di pasaran. 

Selain itu, bajet untuk universiti awam turut dikurangkan ke paras terendah sejak 2011 iaitu sebanyak RM6.2 bilion (kurang 20%), manakala beberapa agensi kerajaan yang penting turut menyaksikan pengurangan bajet antaranya Jakim, BTN, MKN. Apa yang lebih dikesali, tiada peruntukan khusus untuk projek tebatan banjir di Kelantan dan Terengganu serta fenomena ombak besar di pantai barat, yang keperluannya sangat mendesak.

Bajet 2017 juga tidak memperlihatkan mekanisma baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap integriti, menghentikan ketirisan dan langkah penjimatan. Setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan masih terdedah kepada elemen salah urustadbir yang sering disiasat oleh SPRM dan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, di samping kecenderungan untuk memohon Bajet Tambahan di setiap awal tahun. Selain itu, pembaziran masih terus berlaku, khususnya dalam aspek ‘perbelanjaan protokol’ yang melibatkan elaun, kos perjalanan luar negara dan penganjuran program para menteri.

Malah, tidak banyak langkah transformasi struktural diketengahkan oleh Perdana Menteri untuk menangani isu-isu kritikal ekonomi negara, khususnya kejatuhan nilai Ringgit, penjimatan operasi kerajaan, hutang kerajaan, kos sara hidup rakyat, rasionalisi konsesi, pengangguran graduan, kenaikan harga rumah, skandal 1MDB dan seumpamanya. 

Selain itu, antara yang sering dilaungkan adalah pemberian BR1M yang dinaikkan daripada RM450 hingga RM1,200 yang akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion. Walaupun Perdana Menteri menyatakan BR1M bukannya dedak mahupun umpan, tetapi dengan jumlah penerima yang terus meningkat dan mencecah lebih 55% daripada jumlah pengundi berdaftar, ia suatu angka ‘deposit undi’ yang sangat signifikan bagi pihak Kerajaan.  

Ini ditambah pula dengan penerima baucer buku seramai 3.5 juta murid, kad debit IPTA seramai 1.3 juta pelajar, bantuan rakyat termiskin kepada 69,000 keluarga, bantuan warga emas kepada 120,000 penerima, bantuan OKU kepada 150,000 penerima, projek bekalan air di 42 perkampungan orang asli, kenaikan elaun imam kepada 15,000 penerima, kenaikan elaun guru Kafa kepada 33,000 penerima, bantuan musim tengkujuh kepada 440,000 pekebun dan penoreh getah, elaun sara hidup kepada 57,000 nelayan, projek bekalan air kepada 5,200 keluarga peneroka Felda, serta subsidi padi berjumlah RM1.3 bilion. Kesemuanya ini akan membentuk segolongan masyarakat yang terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan.

Melihat kepada corak belanjawan ini, pemberian BR1M dalam keadaan GST diperluaskan dan subsidi dikurangkan; adalah terlalu awal untuk menjangkakan pilihan raya umum ke-14 diadakan pada tahun hadapan. Ini dilihat pula dengan peruntukan yang rendah untuk operasi SPR pada tahun 2017 sekitar RM48 juta, lebih rendah berbanding 2016 iaituRM150 juta yang menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak, dan jauh lebih rendah berbanding peruntukan untuk PRU13 berjumlah RM461 juta. Namun tiada yang mustahil di Malaysia.

Kesimpulannya, ternyata Bajet 2017 ini menyerupai Bajet 2013 yang penuh dengan ‘janji manis’ dan menyeluruh kepada rakyat di semua peringkat. Justeru seluruh rakyat dan anak muda diseru agar lebih peka terhadap segala perancangan dan tindakan kerajaan di dalam Bajet 2017. Ini kerana bajet sebelum pilihan raya seringkali bersifat manis, namun selepas pilihan raya akan bertukar menjadi pahit. -HARAKAHDAILY 24/10/2016

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.

Ahad, 16 Oktober 2016

PRESIDEN MCA BERI JAMINAN RUU355 TIDAK AKAN DIBAHASKAN


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Membaca laporan berita ini sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan sikap beliau terhadap RUU 355 seperti yang telahpun kita dapat baca sejak daripada awal lagi.

Sudah dapat dibaca betapa usaha untuk melewat-lewatkan atau mengganggu agar ianya akan diusahakan agar tidak dibentangkan apabila Parlimen bermula pada hari esok (17 Oktober 2016) walaupun ia telah tersenarai sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.

Mungkin ia juga adalah merupakan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat komponen BN semalam yang mana masih dirahsiakan apa yang telah mereka putuskan dan apa yang mereka akan lakukan ketika Parlimen mula bersidang.

Kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti. 

Marilah seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa kepada Ilahi, semoga Allah mempermudahkan urusan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

---------------------------------------------------------------
Berita : Liow: MCA jamin RUU Hadi tidak akan dibahaskan

MCA hari ini berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada sebarang langkah melambatkan 'RUU Hudud' itu adalah keputusan konsensus 13 parti komponen BN seperti yang diputuskan pada yang mesyuarat pra-majlis semalam. 

"Ia adalah sangat jelas bahawa BN membuat keputusan konsensus RUU undang-undang kerajaan akan mendahului RUU persendirian. 

"Kami akan memastikan RUU tersebut tidak akan dapat dibahaskan kerana kita tahu RUU kerajaan mesti didahulukan di Parlimen," ujar beliau kepada pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Wanita MCA Selangor. 

Beliau juga menegaskan MCA telah banyak kali mengulangi pendirian dalam menentang cadangan pindaan Abdul Hadi untuk memperkasakan perundangan Syariah pada masa lalu. 

"Kami (MCA) membantah sekeras-kerasnya mengenai RUU ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sangat jelas." 

"Pada masa yang sama, BN juga menyatakan bantahan kepadanya. Saya bangkitkan isu ini pada mesyuarat BN," katanya. 

Usul Abdul Hadi bertujuan untuk mengemukakan RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta yang membenarkan tahap hukuman yang lebih tinggi berbanding keadaan semasa.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/359246

Khamis, 13 Oktober 2016

TAKWIM DEWAN RAKYAT 17 OKTOBER 2016 - 24 NOVEMBER 2016


Takwim Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016
Mesyuarat Ketiga

Tarikh
Urusan Majlis
Bil. Hari
Catatan
Minggu Pertama
Isnin 17 Oktober 2016Rang undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain
1
Selasa 18 Oktober 2016Rang undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain
1
Rabu 19 Oktober 2016Rang undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain
1
Khamis 20 Oktober 2016Rang undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain
1
Jumaat 21 Oktober 2016Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2017 oleh YAB Menteri Kewangan
1
Pembentangan Belanjawan 2017 pada jam 4.00 petang (Tiada sidang sebelum pembentangan)
Minggu Kedua
Isnin 24 Oktober 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar
1
Selasa 25 Oktober 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar
1
Rabu 26 Oktober 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar
1
Khamis 27 Oktober 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar
1
Minggu Ketiga
Isnin 31 Oktober 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar
1
Selasa 1 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar
1
Rabu 2 November 2016Jawapan oleh YB Menteri
1
Khamis 3 November 2016Jawapan oleh YB Menteri
1
Minggu Keempat
Isnin 7 November 2016Jawapan oleh YB Menteri
1
Selasa 8 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Rabu 9 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Khamis 10 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Minggu Kelima
Isnin 14 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Selasa 15 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Rabu 16 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Khamis 17 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Minggu Keenam
Isnin 21 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Selasa 22 November 2016Perbahasan Belanjawan di Peringkat Jawatankuasa
1
Rabu 23 November 2016Rang Undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain
1
Khamis 24 November 2016Rang Undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain
1
Jumlah
  25   Hari

























































Sumber ; http://www.parlimen.gov.my/takwim-dewan-rakyat.html?uweb=dr&id=3&ssid=4









Rabu, 12 Oktober 2016

GAJET BAKAL MEMUSNAHKAN MASA HADAPAN ANAK-ANAK KITA?


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Semasa makan tengahari tadi bersama staff di pejabat, di antara topik yang sempat dibincangkan secara lalu adalah tentang kesan gajet terhadap anak-anak masa kini.

Sama ada kita sedar atau tidak, di kalangan ibu bapa zaman ini lebih mudah memberikan anak-anak kemudahan gajet untuk membolehkan anak-anak tidak mengganggu urusan ibu bapa atau seumpamanya. Tidak kiralah sama ada gajet tersebut adalah telefon mudah alih, tablet, i-pad atau yang sewaktu dengannya tetapi sebahagian daripada kalangan ibubapa lebih rela anak mereka 'berkawan' dengan gajet-gajet ini daripada membuat kerja-kerja lain.

Anak-anak kecil telah diberikan gajet sejak usia kecil lagi, silap-silap daripada buaian lagi anak-anak telah kenal apa itu gajet. Menonton cerita animasi lebih mudah dengan menggunakan telefon mudah alih, hanya perlu menggantungkan di buaian sehingga anak-anak menontonnya tertidur.

Gajet sudah dilantik menjadi 'pengasuh' anak-anak tanpa komunikasi dua hala. Akibatnya, anak-anak diajar untuk membesar dengan persekitarannya sendiri. Mereka tidak perlukan orang lain kerana semuanya mereka akan dapat dengan mudah di depan mata.

Kesannya, hilang rasa kasih sayang sesama ahli keluarga dan sesama manusia yang tidak mustahil apabila mereka besar nanti akan memberi kesan negatif kepada kehidupan sosial.

Setiap zaman, kanak-kanak akan membesar dengan suasana pada ketika itu. Zaman kita sudah tentu tidak sama dengan zaman ayah dan ibu kita. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada zaman ini perlu diberikan perhatian dengan sebaiknya kerana ia dicorakkan oleh kita sebagai ibu bapa.

Pada pandangan saya, kita sebagai ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menentukan sejauh mana keperluan gajet kepada anak-anak kita. Setiap yang diberi perlu ada limitnya. Jika kita salah menguruskannya maka kesannya adalah kepada anak-anak kita.

Biarlah anak-anak kita menangis kerana batasan yang kita berikan daripada kita menangis di kemudian hari akibat daripada kesilapan kita pada hari ini.

Sekian, wassalam

KFAK - 12 Oktober 2016

Rujuk juga ;

http://www.drshimamatsaad.com/2016/08/bahaya-gadjet-kepada-kanak-kanak.html

http://www.ukm.my/wadahict/kanak-kanak-gajet/

Selasa, 11 Oktober 2016

POLITIK MALAYSIA SEMAKIN MENARIK

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Politik Malaysia semakin menarik perhatian umum, walaupun mungkin tidaklah semeriah pemerhatian terhadap Pilihan Raya Presiden Amerika di antara Hillary Clinton dan Donald Trump namun ia masih tetap dilihat menarik kerana pelbagai peristiwa dan insiden yang telah dan sedang berlaku.

2. Wujudnya beberapa parti politik baru dan yang paling terbaru adalah Penang Front Party (PFP) yang dikatakan mesra BN dan bakal bertanding 25 kerusi DUN di Pulau Pinang. Mudah kata, PFP memfokuskan untuk menguasai Pulau Pinang dan musuhnya adalah DAP.

3. Pengerusi PFP berkata, jika mereka menang di Pulau Pinang maka mereka akan mohon lesen daripada kerajaan Persekutuan untuk membuka kasino ala Macau supaya Pulau Pinang akan dapat meningkatkan industri pelancongan. Mungkin PFP percaya bahawa BN akan bersetuju dengan cadangan untuk "Judi Halal" yang diberi lesen seperti yang sedang gah di singgahsana di atas Genting Highland.

4. Parti pecahan UMNO iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun pada awalnya dilihat tidak memberikan ancaman kepada UMNO namun 'roadshow' PPBM akhir-akhir ini semakin berjaya mencuit hati rakyat Malaysia khususnya veteran UMNO untuk bersama berjuang dengan Dr Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin. PPBM juga sedang mencari 'regu' yang sesuai untuk berdepan dengan BN dan hasrat untuk PAS turut serta dalam blok mereka.

5. Parti Amanah Negara (PAN) pula wujud selepas Muktamar Tahunan PAS pada tahun 2015 apabila sebahagian daripada barisan pimpinan PAS Pusat kalah dan seterusnya mewujudkan Harapan Baru  (sebelum wujud PAN) bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

6. Mantan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal pula mengumumkan keluar parti dan menubuhkan parti baru di Sabah. Gerakan Shafie Apdal telah berjaya menarik ribuan ahli UMNO di Sabah untuk mengikut jejak langkahnya. Pengerusi PKR Sabah, YB Datuk Lajim Ukim pula mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah dan keluar daripada PKR dan bakal bersama dalam parti baru tajaan Shafie Apdal.

7. Ketika ini, PAS dan IKATAN bergabung dalam GAGASAN yang bakal dianggotai juga oleh parti BERJASA yang telahpun mengistiharkan untuk bersama GAGASAN. Usaha untuk memperkukuhkan GAGASAN terus dilaksanakan dan tidak mustahil keanggotaannya akan bertambah dengan perkembangan politik di negara kita sekarang ini.

8. Ketelitian untuk menentukan halatuju perjuangan khususnya dengan siapa untuk berkawan dan dengan siapa menjadi lawan sedang dibuat perkiraan. Sama ada "Dua Penjuru" atau "Tiga Penjuru" ia bergantung kepada keputusan kepimpinan tertinggi PAS. Walaupun TS Muhyiddin Yassin semacam yakin bahawa PAS akan bersama dengan blok pembangkang cadangannya namun ia masih terlalu awal untuk dipastikan. Tidak mustahil nanti PPBM pula yang akan sertai blok Gagasan bersama PAS.

9. Ia masih terlalu awal namun apa yang pastinya politik Malaysia semakin menarik.

Wassalam.

KFAK - 11 Oktober 2016

MURSYIDUL AM PAS YANG BARU : TG HAJI HASHIM BIN JASIN


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan, 

Sekalung ucapan tahniah kepada TG Hj Hashim bin Jasin kerana telah dilantik sebagai MURSYIDUL AM PAS yang baru.

Agak sukar juga untuk meramalkan siapa yang bakal menggantikan almarhum Dr Harun Din bagi posisi ini kerana setiap ahli MSU mempunyai latar belakang yang berkelayakan. Namun, faktor senioriti dan pengalaman yang luas dalam bidang politik dan pengajian Islam meletakkan TG Hj Hashim sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.

Semoga TG Hashim diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk memimpin parti Islam yang semakin dicintai oleh rakyat Malaysia.

Sekian. Wassalam.

KFAK - 11 Oktober 2016

SAKIT SEBAGAI SATU PERINGATAN

SAKIT SEBAGAI SATU PERINGATAN

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Setiap yang hidup pasti akan merasai saat kematian. Walaupun kita tidak tahu bila masanya akan hadir kematian itu namun ia adalah sesuatu yang telah disuratkan kepada makhluk yang hidup, tidak kira sama ada mereka bersedia atau tidak, mahu atau tidak mahu namun ia mesti menerima hakikat bahawa ia akan mati satu hari nanti.

2. Larilah ke planet mana pun namun Malaikat Maut tetap akan berada bersama kita untuk menarik keluar roh daripada jasad kita ini.

3. Sakit adalah merupakan salah satu daripada peringatan Allah kepada hambaNya bahawa kematian itu semakin menghampiri dirinya.

4. Seorang sahabat saya, apabila ditanya kepadanya akan keadaan sakitnya yang masih belum pulih, jawapannya bahawa di penghujung hidup kita di atas dunia ini adalah MATI. Maka sakit ini menjadi peringatan kepadanya bahawa mati semakin menghampiri diri kita.

5. Ada yang mati secara mengejut di kala badan yang sihat dan cergas, tiba-tiba Allah mengambil nyawanya dalam kemalangan sebagai contohnya. Ada yang mati ketika sedang berehat-rehat menonton siaran TV, ada yang mati kerana tersedak makanan dan ada yang mati ketika sedang nyenyak tidur. Bermakna, tanpa apa-apa 'signal' diberikan manusia boleh kehilangan nyawa mereka.

6. Berbeza dengan yang Allah berikan mereka sakit, ia adalah satu peringatan yang paling mudah untuk kita segera sedar bahawa hidup kita tidak selama-lamanya di dunia ini.

7. Sabda Rasulullah S.A.W.
Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).
(Hadith riwayat al-Bukhari)

8. Kita yang terlalai sering membazirkan masa yang terluang dengan aktiviti yang hanya untuk keseronokan di dunia, sehingga sering kita lupa bahawa dunia ini hanya tempat untuk sementara waktu sahaja. Itulah kita yang dinamakan manusia.

9. Teman-teman, selain daripada satu tanda peringatan kepada kita, sakit juga adalah merupakan salah satu cara sebagai penebus dosa. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda ;

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).

10. Sebagai manusia biasa, kita sukar untuk tidak melakukan dosa. Pengaruh daripada nafsu dan syaitan yang berterusan menggoda umat manusia sehingga ke akhir zaman menyebabkan kita lalai dan leka, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini maksiat boleh dilalui dan dilihat di mana-mana.

11. Sukar untuk kita mengelak daripada berhadapan dengan situasi seperti ini namun bukan bermakna kita perlu redha dan membiarkan sahaja ia berlaku.

12. Selain daripada memohon keampunan daripada Allah, sakit adalah merupakan salah satu cara Allah mengampun dosa- dosa yang telah kita lakukan.

13. Mengakhiri tulisan ini, pesanan untuk diri saya dan para sahabat serta para pembaca agar kita sentiasa beringat dalam setiap tindakan kita. Hidup kita hanya sementara sahaja di sini, Hidup yang panjang menanti kita di Akhirat nanti.

Sekian, wassalam.

KFAK
11 Oktober 2016

Ahad, 2 Oktober 2016

KE MANA ARAH EZAM SELEPAS INI?

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan, 

Beberapa jam tadi saya menerima mesej melalui medium Whatsapp daripada sahabat yang memaklumkan bahawa sdr Ezam Mhd Nor telah membuat pengistiharan bahawa tidak lagi bersama UMNO yang difahami sebagai telah KELUAR DARIPADA UMNO.

Agak lama juga saya tidak menulis tentang sdr Ezam yang satu masa dahulu menjadi 'idola' saya dalam perjuangan, seorang pejuang yang komited menentang rasuah namun bertindak kembali semula kepada UMNO.

Namun selepas lapan tahun belalu, Ezam kembali meninggalkan UMNO dengan hujah-hujah yang telah disiarkan di dalam akaun FB dan Twitter har ini (sila baca lampiran posting di bawah).

Apapun, saya ucapkan selamat kembali berjuang kepada beliau. Saya menunggu langkah beliau yang seterusnya. Apakah beliau akan kembali menyertai PKR atau berjuang melalui NGO? 

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

-----------------------------------------------------------------------------------------

1.Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO. 

2.Enam bulan lalu saya telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan saya di Kem Kewangan, satu tahun lebih awal dari tarikh tamat tempoh kontrak perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir 1April 2017.

3.Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya.

4.Keputusan saya sertai semula parti UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yg sama.Saya mendapat komitmen jelas drpd PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru SPRM menggantikan akta BPR.Perubahan itu benar berlaku sejurus slps kemasukan saya ke dalam parti UMNO dan SPRM yg lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

5.Dua lagi akta yang menjadi tumpuan saya ialah Akta keselamatan dalam negeri ISA dan Akta rahsia rasmi OSA.Saya pernah di penjarakan di bawah kedua2 Akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua2 Akta ini sering menjadi hambatan kpd perjuangan melawan jenayah rasuah.

6.Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara 2010-14 ISA dibahas dan dimansuhkan.Manakala OSA masih tiada tanda2 akan berlaku perubahan.

7.Saya tetap bersangka baik kpd kerajaan transformasi di bawah PM DS Najib dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran melakukan perubahan khususnya OSA.

8.Apa yg berlaku adalah sebaliknya.OSA bukan shj tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan keatas laporan PAC kes 1MDB.satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yg mewajarkan penggunaan OSA.

9.Ini adalah sejuta langkah kebelakang didalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan.Justeru saya telah membuat teguran terbuka mendesak tindakan salah ini diperbetulkan.

10.Beberapa bulan berlalu.tiada tindakan pembetulan.malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yg bersuara memperbetulkan keadaan.

11.Makanya saya sedar saya bukan lagi didalam satu parti dan jemaah yg serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih2 lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan.

12.Walhal realiti zaman ini dan lebih penting ingatan Rasulullah SAW sendiri didalam hadis riwayat Termizi yg pertama kali saya temui dinukilkan didlm buku tulisan Porf Hamka semasa saya dipenjara dibawah OSA menyatakan dgn jelas bahawa cabaran bagi ummat Muhammad adalah soal harta.

13.Saya tidak boleh berkompromi dlm soal ini.sebagai satu2nya warganegara yg pernah d penjara d bawah OSA saya benar2 faham setiap inci peruntukan akta dan merasa bertanggungjawab kpd negara apabila mengetahui ianya disalahgunakan untuk melindungi perasuah dan penjenayah.

14.Reformasi,Transformasi,Perubahan,Pembaharuan..apapun namanya mesti menjadikan agenda melawan rasuah sbg agenda paling utama kerana itulah realiti zaman dan itulah juga ingatan junjungan besar kita Muhammad SAW.


Hanya kepada Allah Swt saya bertawakkal.Salam Maal Hijrah.Salam perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
1 Muharam 1438/ 2 Okt 2016

Sabtu, 1 Oktober 2016

MELAYU (DR MAHATHIR) MUDAH LUPA

1. Dr Mahathir, Dr Mahathir...dulu beliau Perdana Menteri Malaysia, sekarang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pernah sekali dipecat sebagai ahli UMNO dan dua kali istihar keluar daripada UMNO sewaktu Pak Lah dan Najib sebagai Presiden UMNO.

2. Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988, Dr Mahathir telah menubuhkan UMNO (Baru) manakala Tengku Ghazaleigh Hamzah menubuhkan parti S46. UMNO (Baru) adalah lahir daripada Zaman Dr Mahathir, sebab itu Dr Mahathir sangat sayang kepada UMNO dan sanggup buat apa sahaja demi UMNO.

3. Dr Mahathir dilaporkan berkata, Najib berperanan dalam menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pak Lah tamat edah.

4. Ya, Pak Lah memang teruk dikecam terutamanya daripada Pembangkang akibat lemahnya beliau ketika menjadi PM. Agenda Islam Hadhari hanya mampu bertahan seketika sehingga BN kalah teruk pada tahun 2008. Tapi jangan lupa, Dr Mahathir juga berperanan besar untuk membantu dalam proses menjatuhkan Pak Lah sehingga akhirnya Dr Mahathir bertindak keluar daripada UMNO.
Memang Melayu (Dr Mahathir) mudah lupa.


5. Dr Mahathir kata ada banyak bukti bahawa Najib sebagai Perdana Menteri telah menolak amalan demokrasi di negara ini. Dr Mahathir kata, Najib menguasai badan Kehakiman, badan eksekutif dan Perundangan dan ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

6. Walaupun Dr Mahathir dikatakan mempunyai daya ingatan yang cukup kuat namun di dalam isu Doktrin Pengasingan Kuasa yang telah tercemar di Malaysia, Dr Mahathir terlupa akan sejarahnya sendiri.
Memang Melayu (Dr Mahathir) mudah lupa.


7. Dr Mahathir 'menjatuhkan' Pak Lah dan mahukan Najib sebagai PM. Kini, Dr Mahathir mahu 'menjatuhkan' Najib dan Muhyiddin pula menjadi pilihan hati.

8. Jangan lupa, Dr Mahathir sanggup keluar UMNO dan menentang Pak Lah sehinggalah Pak Lah jatuh. Apabila Najib dilantik sebagai PM maka Dr Mahathir kembali kepada UMNO kerana Dr Mahathir sayang pada UMNO tapi marah kepada Pak Lah.

9. Najib, UMNO dan BN memang perlu dijatuhkan secara demokrasi dalam Pilihanraya Umum ke 14. PAS dan Gagasan akan terus lawan UMNO/BN bukan kerana Najib sahaja tetapi kerana dasar mereka. Namun adakah Dr Mahathir menentang Najib tetapi masih sayang dengan UMNO?.

Memang Melayu (Dr Mahathir) mudah lupa, janganlah kita pula yang lupa seperti Dr Mahathir.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL 
1 Oktober 2016, 3.29 pagi

KONGRES RAKYAT JOHOR : PENAJAAN DIBUKA!!!




DALAM keadaan rakyat dibelenggu masalah ekonomi dan dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup, rakyat tercari-cari siapa yang akan menjadi pembela mereka.

Kongres ini merupakan platform rakyat utk mencari formula dan pelan tindakan rakyat utk menghadapi masalah yang membelenggu segenap kehidupan rakyat.

Bermula dengan Kongres Rakyat pertama yang telah diadakan pada 12 September 2015 di Shah Alam, Selangor, di peringkat kebangsaan dengan tema “MEMBINA MALAYSIA SEJAHTERA”, Kongres Rakyat di peringkat negeri-negeri mula diadakan.

Isu-isu rakyat yang telah ditimbulkan di peringkat kebangsaan termasuklah isu-isu ekonomi, sosial, pendidikan, pengurusan sumber, kesihatan, budaya, pembangunan bandar dan desa, kos dan kualiti hidup dan perundangan. Di peringkat negeri pula, isu akan dijuruskan dengan lebih terperinci perkara-perkara tersebut dengan keadaan setempat.


Kongres Rakyat Johor ini akan melibat pelbagai pihak dari pelbagai latar belakang yang ingin menyuarakan keluhan dan rintihan rakyat yang semakin terhimpit dengan pelbagai permasalahan. Cetusan-cetusan idea yang membina juga akan ditimbulkan bagi membantu kongres untuk mengariskan resolusi-resolusi yang akan memberikan impak kepada perubahan dan pembangunan negeri Johor dan negara Malaysia.

PAKEJ PENGIKLANAN BUKU CENDERAMATA

Kongres Rakyat Johor 2016 menawarkan pakej penajaan pengiklanan di dalam buku cenderamata bagi menampung kos perlaksanaan kongres. Dengan sasaran kehadiran peserta seramai 500 orang dari pelbagai pertubuhan dan NGO dari seluruh negeri Johor Darul Takzim, pengiklanan syarikat-syarikat bagi tujuan perniagaan dan lain-lain akan memberikan manafaat dan peluang yang baik kepada pihak penaja.


Berikut adalah pakej-pakej penajaan yang ditawarkan.
 Muka surat kulit belakang (penuh) RM 5000.00 x 1 iklan
 Muka surat dalam kulit belakang (penuh) RM 3000.00 x 1 iklan
 Muka surat dalam (penuh) RM 1000.00 x 6 iklan
 Muka surat dalam (separuh) RM 500.00 x 12 iklan

Sila hubungi Sdr Khairul Faizi (019 7701830 / 013 2565530) atau Ahmad Al Johari (019 7699979) untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL 
PENGERUSI KONGRES RAKYAT JOHOR